Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.97 peratus kepada US$74.95 setong.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kenaikan harga semasa adalah antara yang paling ketara sejak krisis tenaga pada 2022.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Sembilan pelajar sekolah menengah direman selama tiga hari bermula Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang berlaku pada akhir Mei lalu.
Perintah reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 18 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Wan Suhaila Mohd bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kesemua suspek yang bersekolah di daerah ini ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari pada Ahad selepas polis menerima laporan daripada mangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perintah reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 18 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Wan Suhaila Mohd bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kesemua suspek yang bersekolah di daerah ini ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari pada Ahad selepas polis menerima laporan daripada mangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis selesai merakam percakapan seorang guru susulan dakwaan hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada 9 Jun lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata individu itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung pada 10 pagi tadi dan selesai sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata individu itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung pada 10 pagi tadi dan selesai sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan insiden pergaduhan melibatkan dua murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini.
Beliau turut menafikan dakwaan tidak berasas yang mengaitkan ibu kepada seorang murid terlibat dengannya.
"Fitnah mengaitkan seorang daripada ibu murid terlibat dengan saya adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Saya tidak pernah mengenali individu terbabit," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau turut menafikan dakwaan tidak berasas yang mengaitkan ibu kepada seorang murid terlibat dengannya.
"Fitnah mengaitkan seorang daripada ibu murid terlibat dengan saya adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Saya tidak pernah mengenali individu terbabit," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
AMARAN VIDEO INI MUNGKIN MEMBABITKAN VISUAL YANG BERBAHAYA DAN MENGERIKAN.
Satu serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan milik televisyen Iran pada Isnin, menurut laporan media Iran. #AWANInews
Satu serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan milik televisyen Iran pada Isnin, menurut laporan media Iran. #AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tentera Israel mengarahkan penduduk di Daerah 3, Tehran yang menempatkan pejabat-pejabat kementerian dan kedutaan asing untuk segera mengosongkan kawasan itu susulan serangan udara baharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
#AWANInews
#AWANInews
Penduduk Kampung Ulu Dingin, Kulim, resah dengan kehadiran harimau yang menyerang ternakan mereka, dengan kejadian terbaharu didakwa berlaku Khamis lepas.
Penternak lembu Muhammad Khairul Azlan Che Hamid, 37, mendakwa serangan itu menyebabkan seekor lembu betina bunting miliknya mati, dan kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini.
"Secara keseluruhannya, tujuh ekor ternakan menjadi mangsa serangan harimau iaitu dua pada 2023 dan empat tahun lepas," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penternak lembu Muhammad Khairul Azlan Che Hamid, 37, mendakwa serangan itu menyebabkan seekor lembu betina bunting miliknya mati, dan kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini.
"Secara keseluruhannya, tujuh ekor ternakan menjadi mangsa serangan harimau iaitu dua pada 2023 dan empat tahun lepas," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tiga pendaki maut selepas dipanah petir ketika mendaki di wilayah Tyrol, Austria hujung minggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut polis pada Isnin, mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, masing-masing berusia 60 tahun, serta abang kepada isteri yang berumur 62 tahun.
Ketiga-tiga mereka sedang mendaki Mittagsspitze setinggi 2,600 meter di barat negara itu pada Ahad, namun terpaksa berpatah balik selepas cuaca berubah secara tiba-tiba dan menjadi buruk.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut polis pada Isnin, mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, masing-masing berusia 60 tahun, serta abang kepada isteri yang berumur 62 tahun.
Ketiga-tiga mereka sedang mendaki Mittagsspitze setinggi 2,600 meter di barat negara itu pada Ahad, namun terpaksa berpatah balik selepas cuaca berubah secara tiba-tiba dan menjadi buruk.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera akibat terkena tembakan ketika berbasikal bersama rakan-rakannya di kawasan yang diwartakan untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melakukan latihan menembak peluru hidup pada Ahad (15 Jun).
Dalam kenyataan pada Isnin, Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan kejadian berlaku di kawasan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah antara Empangan Upper Seletar dan Empangan Upper Peirce, sekitar 11.40 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam kenyataan pada Isnin, Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan kejadian berlaku di kawasan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah antara Empangan Upper Seletar dan Empangan Upper Peirce, sekitar 11.40 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kekal sebagai institusi yang berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan.
Beliau juga mahu Suhakam supaya terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan agenda hak asasi yang seiring dengan harapan dan cita-cita negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau juga mahu Suhakam supaya terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan agenda hak asasi yang seiring dengan harapan dan cita-cita negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) diarah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meneliti kelompongan perundangan sedia ada berkaitan pelupusan kenderaan terbiar di ibu negara dan Putrajaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, tindakan itu perlu disegerakan susulan jumlah aduan awam yang tinggi berhubung kenderaan terbiar di kawasan bandar.
"Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun. Ini bukan angka kecil dan tidak wajar dibiarkan berlarutan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

Ketegangan yang memuncak antara Iran dan Israel telah mencetuskan suasana panik dan ketidakpastian dalam kalangan penduduk Tehran, yang kini berdepan serangan udara tanpa amaran serta kerosakan meluas di ibu negara.
Penduduk melaporkan barisan panjang di stesen minyak dan kedai roti, serta kesesakan lalu lintas apabila ribuan cuba meninggalkan bandar.
“Kami tidak tidur selama beberapa malam,” kata seorang pelajar muzik berusia 21 tahun kepada BBC melalui aplikasi media sosial.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penduduk melaporkan barisan panjang di stesen minyak dan kedai roti, serta kesesakan lalu lintas apabila ribuan cuba meninggalkan bandar.
“Kami tidak tidur selama beberapa malam,” kata seorang pelajar muzik berusia 21 tahun kepada BBC melalui aplikasi media sosial.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh di kawasan berbukit sewaktu memasang paip di Kampung Baru Bukit Hijau, Baling pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.18 petang yang memaklumkan ada mangsa lemas.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.18 petang yang memaklumkan ada mangsa lemas.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 9 pagi
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4kE6fXr
🔸Penyampai cemas ketika 'live', bangunan stesen TV milik kerajaan Iran🇮🇷 diserang Zionis
🔸Serangan baharu bakal dilancar, Israel 🇮🇱arah penduduk Tehran kosongkan kawasan
🔸Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui dalam Sungai Klang
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Hari ini 563 tahun yang lalu, Vlad III cuba membunuh Sultan Mehmed II al-Fatih dalam Serangan Malam di Târgoviște.
Vlad III merupakan pemerintah Wallachia (hari ini Romania), wilayah di antara Kerajaan Hungary dengan Bulgaria yang berada di bawah taklukan Uthmaniyah. Konflik berputik apabila Vlad enggan membayar jizyah kepada Uthmaniyah sejak 1459.
Delegasi yang dihantar Sultan Mehmed dibunuh Vlad yang terkenal dengan sikap suka menyula. Kemudian Vlad menakluk kubu Uthmaniyah di Giurgiu & melancarkan kempen pembersihan etnik di wilayah Bulgaria yang bersempadanan dengan Wallachia.
Sebagai respon, Sultan Mehmed membentuk angkatan besar 150,000 tentera & mula berarak ke Târgoviște, ibu kota Wallachia. Namun mereka disulitkan dengan dasar bumi hangus, penyebaran wabak & beberapa serangan gerila yang dilancarkan Vlad.
Pada 16 Jun 1462, angkatan Uthmaiyah tiba di selatan Târgoviște & mendirikan kem. Malam itu, Vlad menyamar sebagai tentera Uthmaniyah menyelinap masuk, mengimbas susunan dalam kem & kembali ke persembunyian angkatannya berdekatan.
Beberapa jam kemudian, Vlad & sekitar 10,000 tentera Wallachia menyerbu masuk ke dalam kem, mencetuskan huru-hara & pertempuran dengan tentera Uthmaniyah yang panik & keliru. Dalam huru-hara, Vlad menuju ke khemah Sultan, namun baginda tiada di situ.
Selepas beberapa ketika, Uthmaniyah berjaya menyusun barisannya & mengusir angkatan Wallachia sebelum fajar menyingsing. Serangan malam itu menyaksikan kira-kira 15,000 askar Uthmaniyah terbunuh sementara sekitar 5,000 tentera Wallachia terkorban.
Beberapa hari kemudian, angkatan Uthmaniyah meneruskan perjalanan & akhirnya tiba di Târgoviște, namun pintu kota itu dibiar terbuka. Mereka ‘disajikan’ dengan sekitar 20,000 lelaki, wanita & anak kecil disula yang dipacak di sepanjang jalan utama kota itu.
Menyedari kegilaan & kekejaman Putera Wallachia itu sukar ditundukkan, Sultan Mehmed memutuskan untuk meninggalkan Târgoviște, lalu berarak ke Brăila sebelum berlayar pulang ke Adrianople.
Sumber: Weapons and Warfare, War History Online, Youtube/HistoryMarche
#PeristiwaHariIni

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Selasa, dipercayai bagi menghadapi kes seksual terhadap seorang remaja perempuan.
Dia yang berusia 28 tahun hadir bersama ibunya pada jam 8.34 pagi dengan diiringi peguam. #AWANInews

Sejumlah RM1.7 juta terkumpul menerusi Tabung Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin setakat ini, untuk waris dan mangsa nahas bas membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut di Gerik, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, dana terkumpul itu ialah usaha kira-kira 40 institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk politeknik serta kolej komuniti, selain sumbangan pelbagai pihak antaranya agensi kerajaan negeri, institusi bank dan pihak korporat.
Beliau berkata, tabung khas yang dikendalikan oleh UPSI itu akan disalurkan kepada penerima secara berperingkat dan setakat ini sebanyak RM371,000 daripada RM1.7 juta itu telah diserahkan kepada pelajar dan waris yang terkesan.

Astro AWANI kekal sebagai jenama berita paling dipercayai untuk tahun kelapan berturut-turut sejak 2018.
Berdasarkan laporan Reuters Institute Digital News Report 2025, Astro AWANI berada di tangga pertama, dalam skor kebolehpercayaan dengan 66 peratus, diikuti RTM dan TV3 (64 peratus) sementara Berita Harian dan TV9 (62 peratus).
Keputusan ini diperoleh berdasarkan tinjauan terhadap lebih 2,000 responden di seluruh negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Berdasarkan laporan Reuters Institute Digital News Report 2025, Astro AWANI berada di tangga pertama, dalam skor kebolehpercayaan dengan 66 peratus, diikuti RTM dan TV3 (64 peratus) sementara Berita Harian dan TV9 (62 peratus).
Keputusan ini diperoleh berdasarkan tinjauan terhadap lebih 2,000 responden di seluruh negara.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa.
Perkara itu disahkan sumber MIC kepada Astro AWANI.
Palanivel, 76, dilantik sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Tun S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010.