Telegram Web Link
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penyanyi dan pelakon, Na’im Daniel, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Selebriti itu, yang nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, membuat pengakuan tersebut di hadapan hakim mahkamah sesyen, M. Kunasundary dalam prosiding tertutup pada Selasa.

#AWANInews
Malaysia mencatat lonjakan terbesar dalam sejarah terkini apabila melonjak 11 anak tangga untuk menduduki tangga ke-23 dunia dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025, kedudukan terbaik negara sejak 2020.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencapaian ini adalah hasil langsung daripada pelaksanaan reformasi menyeluruh di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

“Alhamdulillah, ini adalah petunjuk jelas bahawa usaha reformasi kerajaan sedang membuahkan hasil. Ia bukti bahawa Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta,” ujar beliau.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Selebriti itu, yang nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M. Kunasundary dalam prosiding tertutup pada Selasa.

Menurut kertas pertuduhan, Naim didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja berkenaan di sebuah hotel di Jalan Harapan, Petaling Jaya pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan hingga menyebabkan mangsa terbabas hingga melanggar tiang elektrik di bahu kanan jalan dalam kejadian pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan pada jam 11.05 malam.

"Kemalangan dipercayai berlaku ke atas lelaki berusia 20 tahun yang ketika itu dikatakan mahu pulang ke rumahnya di Kampung Sentosa Masai.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Lebih 4,000 peminat hiburan dan e-sukan berhimpun di Stadium Juara, Bukit Kiara sepanjang hujung minggu lalu bagi memeriahkan acara “Pentas Kebanggaan”, hasil kolaborasi tahun kedua antara Astro dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY).

Acara dua hari itu bukan sahaja meraikan pentas akhir MPL MY musim ke-15, malah menyatukan dunia muzik dan komuniti e-sukan dalam satu pengalaman yang inklusif dan interaktif.

Kemuncak kejohanan menyaksikan Selangor Red Giants (SRG.OG) mengukuhkan dominasi mereka apabila menewaskan Homebois 4-0 dalam aksi Grand Final Best of Seven. Kemenangan itu turut melakar sejarah baharu buat SRG.OG sebagai juara tiga musim berturut-turut sejak musim ke-13.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dua lelaki maut selepas ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, tengah malam Isnin.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa.

"Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah memainkan peranan penting untuk menyelaraskan program pembangunan usahawan tempatan, termasuk membantu mereka meneroka pasaran luar negara.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, STeP bagaimanapun tidak mampu bergerak tanpa bantuan serta sokongan daripada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta seperti Astro.

Sehubungan itu, katanya, STeP telah berkolaborasi bersama Astro AWANI dalam menjayakan Program Jiwa SME di Perak, fokus kepada membangunkan usahawan dari segi digital.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
What’s fueling the tension between the U.S. and China? Not oil. Not weapons. Just… tiny chips.

Let’s break down how semiconductors became the new battleground and why a recent agreement in London could change everything.

#BattleOfTheGiantsWithNabilah
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7516798956932730133
Penyanyi era-90an, Sheqal meninggal dunia di usia 60 tahun akibat jangkitan kuman paru-paru pada jam 12.31 tengahari di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, pada Selasa.

Berita pemergian itu disahkan Presiden Kebajikan Artis Tanahair dan penyanyi veteran, Datuk DJ Dave ketika dihubungi Astro AWANI.

Sheqal atau nama sebenarnya Shaharin Salehuddin, 60, yang terkenal dengan lagu Cinta Nusantara itu telah dimasukkan ke HTJ, pada 4 Jun lalu dan dilaporkan terpaksa ditidurkan sehari selepas dimasukkan ke hospital.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pemimpin negara-negara G7 mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan sokongan tegas terhadap keselamatan Israel dan menyifatkan Iran sebagai “punca utama ketidakstabilan” di Asia Barat, susulan serangan ketenteraan langsung Tehran ke atas wilayah Israel baru-baru ini.

Kenyataan itu, yang dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak G7 di Kanada, mengecam tindakan Iran yang didakwa menyokong kumpulan bersenjata seperti Houthi, Hezbollah, dan Hamas, serta pejuang lain yang bersekutu di Iraq.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/3FF8qeg
🔸Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual
🔸Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah
🔸G7 sokong Israel🇮🇱, tuduh Iran🇮🇷 punca ketidakstabilan

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Lelaki yang tular di media sosial kerana menyeret seekor anjing di belakang motosikal di Bandar Puteri Jaya dekat sini, Ahad lepas, disahkan sebagai warga emas berusia 82 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dan mudah lupa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata lelaki itu, semasa soal siasat mengaku melakukan perbuatan itu terhadap anjing peliharaannya, namun tidak dapat mengingati sebab berbuat demikian.

"Lelaki itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas ditahan oleh orang awam semasa kejadian," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam parit sawah berhampiran rumah neneknya di Kampung Bukit Kenak Tok Kundur, Jerteh petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa jam 8.53 malam Isnin.

Menurutnya, mangsa, Intan Inara Mohammad Hariz Husaini, dipercayai keluar melalui pintu belakang rumah neneknya dan bermain seorang diri di kawasan belakang rumah tanpa disedari sesiapa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Persatuan Peguam Amerika (ABA) memfailkan saman di mahkamah persekutuan di Washington, D.C. pada Isnin bagi menghalang apa yang disifatkan sebagai kempen intimidasi oleh pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap firma guaman utama di negara itu, lapor Xinhua.

"Dalam sejarahnya, tidak pernah timbul keperluan yang begitu mendesak untuk ABA mempertahankan ahlinya, profesion mereka dan kedaulatan undang-undang itu sendiri," menurut petikan tuntutan mahkamah persatuan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebuah pesawat Saudia Airlines yang dilaporkan membawa ratusan jemaah haji melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara pada Selasa susulan ancaman bom, menurut media tempatan.

Pesawat dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta dilencongkan ke Deli Serdang selepas juruterbang menerima maklumat mengenai kemungkinan bahan letupan di dalam pesawat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Iran agar meninggalkan negara tersebut dengan serta merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata nasihat dikeluarkan susulan situasi yang kian meruncing antara Iran dan Israel sejak Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai pasukan menjelang musim hadapan.

Ini bermakna, kesemua pemain tersebut turut terlepas bersama Harimau Selatan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Antara yang mencuri tumpuan ialah, bekas penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias, yang sudah bersama sejak 2014 harus mengucapkan selamat tinggal kepada JDT selepas 11 tahun menabur bakti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, 77, selamat menjalani prosedur jantung pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Walaubagaimanapun, tiada perincian lanjut diberikan mengenai prosedur atau rawatan yang dilalui oleh Ahli Parlimen Marang itu.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Atas nasihat doktor, tiada pelawat dalam masa terdekat. Mohon doakan kesembuhan untuk Ayah Chik tercinta,” kata Syahir melalui akaun Facebook rasminya pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penyanyi Ernie Zakri mengakui dia trauma untuk mementaskan konsert selepas diuji masalah kesihatan pada persembahan solo pertamanya, Aura Ernie Zakri Live In Concert, Januari lalu.

Menghitung hari menjayakan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 pada 18 Oktober depan, Ernie bagaimanapun sudah belajar dari pengalaman lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada Selasa depan (24 Jun), menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM memaklumkan seramai 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2024 di 670 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan seramai 22,852 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
2025/07/07 14:27:28
Back to Top
HTML Embed Code: