Telegram Web Link
Tiga lukisan dihasilkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seperti memberi bayangan akan kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak minggu lepas yang meragut nyawanya bersama 14 rakan lain.

Ibu Allahyarham, Juariah Abdul Rahman, 48, berkata lukisan sebuah bas, jalan raya berlatarbelakangkan hutan dan tulisan kreatif berkaitan kematian merupakan antara lebih 100 koleksi lukisan Muhammad Mustaqim yang disimpan dalam fail di bilik tidurnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tentera Israel sekali lagi dilaporkan membunuh orang awam yang sedang menunggu berhampiran pusat agihan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak berkuasa Hamas.

Pihak berkuasa kesihatan yang dikendalikan Hamas memaklumkan sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera di selatan wilayah itu, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan kekecewaannya berhubung kekejaman Israel terhadap wilayah Gaza.

Menurut Mohamad, wakil Malaysia termasuk beliau berulang kali menyuarakan tuntutan Malaysia agar keganasan yang berlaku terhadap warga Palestin dihentikan segera.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pembangunan fizikal di ibu negara perlu dirancang secara seimbang dengan keperluan sosial bagi menjamin kesejahteraan penduduk merentasi semua lapisan generasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata pertumbuhan pesat Kuala Lumpur perlu disertai dengan keupayaan sistem pendidikan, kemudahan asas dan sokongan terhadap struktur komuniti setempat agar bandar raya ini kekal kondusif dan sesuai untuk didiami.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyeru supaya berlaku anjakan paradigma dalam dasar awam, dengan menggesa negara agar tidak lagi melihat isu umur panjang sekadar satu trend demografi.

Dalam ucaptama pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2025 di sini, Anwar berkata dasar awam perlu mengiktiraf umur panjang sebagai satu bentuk transformasi struktur yang menuntut pelaksanaan reformasi proaktif dalam sistem penjagaan kesihatan, perlindungan sosial dan perancangan ekonomi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.

Menurut beliau, tanpa perpaduan dalam kalangan negara Islam, ia hanya akan membuka ruang kepada Israel untuk terus melancarkan serangan ke atas negara-negara lain.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan membangunkan statistik Indeks Pengeluaran Pertanian Negara, bagi menyediakan data lebih lengkap sekali gus berupaya menjadi indikator keterjaminan makanan negara.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata statistik indeks itu dijangka akan diterbitkan setiap suku tahun, seperti statistik sektor lain iaitu perkilangan, elektrik serta perkhidmatan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kepimpinan dan tadbir urus; prestasi dan pembangunan bakat; teknologi dan pendigitalan serta kesejahteraan dan penglibatan warga merupakan empat prinsip utama yang perlu menjadi pegangan seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata kepimpinan bukan hanya soal jawatan tetapi amanah dan tanggungjawab manakala setiap penjawat awam harus sentiasa diberi ruang untuk belajar serta berkembang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata mengawal inflasi sahaja tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi perlunya penekanan yang mendesak untuk pembaharuan struktur dalam menangani pertumbuhan gaji yang tidak berkembang dan memastikan pendapatan seiring dengan kenaikan harga.

Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar berkata walaupun inflasi keseluruhan telah menurun dengan ketara disebabkan pengetatan dasar monetari yang tepat pada masanya, paras harga masih kekal tinggi, sekali gus mengurangkan kuasa beli isi rumah di tengah-tengah pertumbuhan gaji yang sederhana.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 9 pagi

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/441UZgo
🔸Trump🇺🇸 dakwa AS kuasai ruang udara Iran🇮🇷, tahu lokasi Khamenei
🔸IRGC🇮🇷 lancar serangan terhadap pangkalan udara ✈️ Israel🇮🇱
🔸Benjamin Netanyahu🇮🇱 "ancaman terbesar" kepada keselamatan Asia Barat – Erdogan🇹🇷

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Ketika siren amaran berbunyi di seluruh Israel susulan serangan peluru berpandu dari Iran, jutaan penduduk bergegas ke tempat perlindungan.

Namun bagi sebahagian warga Palestin yang memegang kerakyatan Israel, pintu-pintu perlindungan itu ditutup - bukan oleh musuh, tetapi oleh jiran sendiri.

Insiden diskriminasi ini dilaporkan berlaku di beberapa bandar utama, termasuk Haifa dan Acre, di mana penduduk Palestin-Israel - yang mewakili kira-kira 21 peratus daripada populasi negara - dinafikan akses ke tempat perlindungan awam, menurut laporan Al Jazeera.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza, menjadikan ia hari paling berdarah sejak operasi ketenteraan terkini bermula.

Menurut sumber perubatan tempatan, kebanyakan mangsa adalah orang awam yang sedang menunggu bantuan makanan di tapak agihan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), sebuah inisiatif yang disokong oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Antara yang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, Mohammed Khalil al-Athamneh, manakala lebih 200 orang cedera dalam serangan berhampiran Koridor Netzarim.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 10 malam itu melibatkan kereta Proton Wira dinaiki lima sekeluarga dengan lori jenis Mitsubishi Fuso milik syarikat Golden Green Farm.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Jamal Azizul Samat, 44, dari arah Kuantan menghala ke Segamat dipercayai hilang kawalan semasa memotong sebuah kenderaan lain sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Letupan demi letupan yang dapat dilihat di ruang udara Tel Aviv awal pagi Rabu ketika perang Israel dan Iran terus berlanjutan.

Ini merupakan serangan balas yang dilancarkan Iran selepas rejim Israel menyerang 12 tapak pelancaran peluru berpandu dan kemudahan penyimpanan di Tehran. Menurut maklumat dari pihak tentera Israel, Iran melancarkan lebih banyak peluru berpandu lewat malam Selasa dan awal Rabu.

#AWANInews
Diperkenalkan secara rasmi oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Jun 2023, Fattah dianggap sebagai lonjakan besar dalam keupayaan ketenteraan Iran dan cabaran serius terhadap sistem pertahanan udara moden.

Fattah, yang bermaksud “penakluk”, ialah peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana yang dibangunkan oleh IRGC.

Ia mampu mencapai kelajuan antara Mach 13 hingga Mach 15 — bersamaan lebih 18,000 km/j — dan mempunyai jarak operasi sekitar 1,400 kilometer.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Rare earth minerals may lie a kilometer beneath the ground, but they’re much closer to your daily life than you think. Here’s how the latest US-China standoff over this critical resource could impact you.

#PriceOfWarWithLuqmanHaris
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7517136781217713428
Hari ini 210 tahun yang lalu, Napoleon Bonaparte kecundang di Waterloo, menandakan berakhirnya Era Napoleon di Eropah.

Napoleon Bonaparte adalah antara strategis tentera terulung dalam sejarah, diisytihar sebagai Maharaja Perancis pada 1804. Menjelang 1807, jajahannya seluas dari sungai Elbe di utara hingga ke selatan Itali, dari Pyrenees di timur ke pantai Dalmatian di barat.

Mulai 1812, Napoleon melalui rentetan kekalahan selepas kempen di Rusia yang gagal & dibuang negeri pada 1814. Bagaimanapun beliau berjaya melarikan diri untuk kembali ke Perancis pada awal 1815, membentuk regim baharu & berarak ke Belgium.

Pada Jun 1815, Napoleon menewaskan angkatan Prussia di Ligny & menghantar 1/3 daripada angkatannya untuk mengejar musuh yang berundur. Bersama selebihnya, beliau mendepani tentera bersekutu pimpinan Arthur Wellesley, Duke of Wellington di Waterloo.

Ketika itu tanah di sana basah, jadi Napoleon menanti hingga tengahari sebelum mengarahkan serangan dilancarkan. Tidak dijangkanya bahawa penundaan itu membolehkan angkatan Prussia yang berundur tadi kembali untuk menyertai barisan tentera bersekutu.

Serangan demi serangan dilancarkan namun Napoleon gagal memecahkan barisan tengah angkatan bersekutu, ketika sama sayap kanan angkatannya diserang oleh angkatan Prussia sehingga akhirnya Napoleon & "La Grande Armée"nya bertempiaran melarikan diri.

Napoleon kembali ke Paris 4 hari kemudian, menyerahkan takhta kepada anaknya & memutuskan untuk keluar dari Perancis sebelum berdepan sebarang gerakan penentangan. 15 Julai itu, Napoleon menyerah diri kepada perlindungan British di pelabuhan Rochefort.

Beliau dibuang negeri ke Saint Helena, sebuah pulau terpencil jauh ke tengah Laut Atlantik di barat Afrika di mana seorang bekas general perang terbilang itu menghabiskan sisa hidupnya hingga ke nafas terakhir yang dihembuskan pada 5 Mei 1821.

Hanya selepas hampir 2 dekad kemudian, kerajaan British membenarkan mayat Napoleon dibawa pulang ke Perancis. Ia diberi sambutan pengebumian negara & dimakamkan di Les Invalides, Paris.

Sumber: History, Smithsonian Magazine

#PeristiwaHariIni
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea berkenan berkongsi beberapa keping gambar kenangan sempena Kembara Mahkota Johor 2006 menerusi laman Facebook rasmi baginda, pada Isnin lalu.

Menerusi hantaran tersebut, kesemua gambar dimuat naik dalam sebuah album peribadi yang memaparkan detik-detik bersejarah program tahunan yang cukup sinonim dengan keluarga Diraja Johor itu.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, program Kembara Mahkota Johor telah mula dianjurkan sejak tahun 2001, ketika baginda masih bergelar Tunku Mahkota Johor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menamatkan lawatannya ke Sidang Kemuncak G7 lebih awal tanpa sebarang pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan tanpa jaminan sokongan ketenteraan baharu daripada Washington.

Zelenskyy hadir ke sidang kemuncak di Kananaskis, Alberta, dengan harapan memperoleh bantuan senjata tambahan dan sokongan diplomatik terhadap pencerobohan Rusia, namun terpaksa pulang ke Kyiv selepas Trump meninggalkan sidang lebih awal bagi menangani krisis yang memuncak di Asia Barat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/07/06 19:12:05
Back to Top
HTML Embed Code: