Telegram Web Link
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SE-RAMP 2040 sasar sumbang sehingga 75 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui Malaysia menjelang 2040. Pelan menyeluruh ini dilihat akan merancakkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, meluaskan akses tenaga luar bandar, serta memacu pelaburan hijau di peringkat serantau.
#AWANInews
๐Ÿ‘2
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pada awalnya, lelaki itu hanya menurunkan separuh kerusi tempat pemandu sementara menunggu anaknya pulang dari sekolah.

"Menurut lelaki itu, dia nampak sebuah motosikal meluru ke arah kenderaannya dan terus menurunkan kerusi pemandu sehingga dalam keadaan baring, menyebabkan tembakan dilepaskan dua suspek tidak mengenai mangsa.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-terselamat-dalam-tembakan-sempat-turunkan-kerusi-pemandu-527799
๐Ÿ‘17๐Ÿ”ฅ10โค5
Orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan normalisasi maksiat atas nama kebebasan peribadi, sebaliknya bangkit membina benteng akhlak dan rohani dalam diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naโ€™im Mokhtar berkata, data mengenai 1,091 jangkitan HIV yang direkodkan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024 adalah amat membimbangkan.

โ€œAgama bukan sekadar pelajaran, ia juga panduan kehidupan. Hiduplah dengan prinsip, bukan sekadar ikut arus,โ€œ katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-ipt-hidap-hiv-henti-normalisasi-maksiat-mohd-naim-527794
๐Ÿ‘46โค20๐Ÿ”ฅ9๐Ÿ‘1
Beliau telah meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas kereta Lamborghini yang dipandunya terbabas di utara Sepanyol hari ini (Khamis). Kejadian berlaku hanya dua minggu selepas dia melangsungkan perkahwinan bersama cinta hatinya sejak kecil, Rute Cardoso.

Ketika kejadian, Jota sedang menaiki kereta mewah tersebut bersama adik lelakinya, Andre Jota, 26 tahun, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak. Kedua-duanya disahkan maut dalam nahas berkenaan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/ini-kronologi-kemalangan-maut-penyerang-sensasi-liverpool-diogo-jota-527825
โค16๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ‘2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Orly, di Paris bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Perancis, Emmanuel Macron selama dua hari ke republik itu.

Sejurus pesawat sewaan khas Malaysia Airlines mendarat di ruangan khas, Anwar diberi sambutan rasmi di Pavillon d'Honneur pada jam 4.10 petang waktu tempatan, pada Khamis.

#AWANInews
๐Ÿ‘Ž68โค17๐Ÿ‘11
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyiapkan garis panduan terbaru industri kecantikan dan akan membawa cadangan itu kepada Kabinet, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh.

Beliau berkata garis panduan itu tersedia dengan beberapa penambahbaikan, selaras dengan perkembangan terkini industri berkenaan selepas pihaknya mengadakan libat urus bersama pemain industri selain bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan.

Fuziah berkata garis panduan baharu ini akan memperkemaskan panduan yang digunakan sejak 2013.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/garis-panduan-terbaru-industri-kecantikan-siap-dibawa-ke-kabinet-fuziah-527848
๐Ÿ‘11๐Ÿ‘Ž4โค1
Sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tembakan oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak malam Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza dan pegawai hospital tempatan.

Antara yang terkorban termasuk 38 individu yang sedang menunggu bantuan makanan dan perubatan di beberapa pusat agihan.

Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan satu serangan berasingan telah mengenai Sekolah Mustafa Hafez di Bandar Gaza, yang menjadi tempat perlindungan bagi keluarga pelarian.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/82-termasuk-penerima-bantuan-maut-dalam-serangan-udara-israel-di-gaza-527815
๐Ÿ‘Ž21๐Ÿ”ฅ7๐Ÿ‘2
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, iaitu Ching Hin Leong, 46, Tay Wei Bin, 36, Pham Thi Quy, 26, dan Nong Thi Nhinh, 29, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.

Pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengedar dadah jenis pil MDMA seberat 375 gram di lokasi dan waktu sama.

Empat tertuduh berkenaan antara lima individu yang ditahan dalam satu operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Johor di sekitar Johor Bahru Selatan, menyaksikan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM3 juta.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-individu-termasuk-dua-warga-vietnam-didakwa-edar-miliki-lebih-13-kg-dadah-527834
๐Ÿ‘11๐Ÿ”ฅ2โค1๐Ÿ‘Ž1
Lebih 30,000 penumpang terjejas selepas syarikat penerbangan tambang rendah Ryanair terpaksa membatalkan lebih 170 penerbangan akibat mogok oleh pengawal trafik udara Perancis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary, sekali lagi menggesa Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, untuk mengambil "tindakan segera" bagi mereformasi perkhidmatan kawalan trafik udara (ATC) Kesatuan Eropah berikutan gangguan ini yang berlaku pada permulaan cuti musim panas Eropah.

O'Leary berkata: "Sekali lagi, keluarga Eropah menjadi tebusan akibat pengawal trafik udara Perancis yang mogok.

#AWANInews

Baca lanjut di:https://www.astroawani.com/berita-dunia/ryanair-batal-170-penerbangan-akibat-mogok-kawalan-trafik-udara-perancis-527853
๐Ÿ”ฅ14โค3
Bermula Januari 2026, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang obes atau gagal memenuhi Indeks Jisim Badan (BMI) yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Pesuruhjaya agensi itu Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata langkah tersebut diambil bagi menekankan kepentingan kesihatan dalam kalangan warga SPRM selain memastikan keterampilan dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Ramai penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Bila lebih berat badan, ia menjejaskan keterampilan, kecergasan dan penyampaian kita kepada orang awam.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-anggota-sprm-obes-tidak-layak-dipertimbang-naik-pangkat-mulai-januari-2026-azam-baki-527850
๐Ÿ‘32๐Ÿ‘Ž17๐Ÿ”ฅ13โค3๐Ÿ‘1
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata permintaan yang semakin meningkat terutama dalam kalangan penternak ruminan menunjukkan bahawa rumput itu boleh menjadi alternatif lestari bagi menggantikan dedak atau pelet yang mahal.

Beliau berkata hasil Banci Pertanian 2024 turut mendapati rumput itu bukan sahaja menjadi sumber makanan ternakan yang berkhasiat dan kos efektif, malah kini digunakan sebagai bahan mentah untuk biojisim dan tenaga boleh diperbaharui.

"Kos rumput napier lebih rendah berbanding makanan ternakan komersial lain dan harga rumput napier kering lebih murah sekitar 30 sen sekilogram berbanding makanan ternakan komersial yang boleh mencapai lebih 50 sen sekilogram.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanaman-rumput-napier-berpotensi-besar-mampu-kurangkan-kos-makanan-ternakan-dosm-527844
๐Ÿ‘9โค3๐Ÿ‘Ž1๐Ÿ‘1
Astro AWANI
Photo
Hari ini 838 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

Sebelum mangkat, Raja Baitulmaqdis Baldwin IV mengikat perjanjian damai dengan Sultan Mesir & Syria Salahuddin. Namun pada Disember 1186, Putera Antioch Reynald de Chatillon melanggar perjanjian itu dengan menyerang rombongan dagang Islam ke Kerak.

Berang, Salahuddin berikrar untuk membunuh Reynald lalu mengumpul kekuatan dari segenap wilayah Ayyubiyah. Sekitar 40,000 tentera dipimpin merempuh tanah jajahan Kristian, bermula dengan menakluk Cresson pada 1 Mei 1187.

Sebagai tindak balas, sekitar 20,000 tentera Salib pimpinan Raja Baitulmaqdis yang baharu Guy de Lusignan mara ke Safurriya & mendirikan kem di sana, bersama Reynald & Balian of Ibelin sebagai panglima kanannya.

Salahuddin menyedari lebih mudah menewaskan musuh dalam pertempuran terbuka berbanding di pangkalan, maka beliau menyerang & menakluk kota Tiberias untuk mengumpan angkatan Salib supaya bergerak dari Saffurya.

Ia berhasil & pada 3 Julai, Guy memimpin tenteranya berarak ke Tiberias. Dalam cuaca panas terik berdebu, mereka diserang oleh pasukan pemanah berkuda Ayyubiyah dari segenap arah, memaksa mereka bermalam di pertengahan jalan sambil terus ditekan.

Pada siang 4 Julai, angkatan Salib yang kehausan & lemah mengubah haluan menuju ke Hattin, di mana ada sumber air. Namun sepanjang perjalanan, mereka terus diasak serangan pemanah ditambah asap daripada pembakaran semak di sekitar oleh tentera Ayyubiyah.

Segenap laluan ditutup oleh barisan tentera Salahuddin, hingga mereka dikepung. Mereka bertempur namun tak berdaya lagi melawan, akhirnya tentera Salib menyerah kalah & Guy dijadikan tawanan perang atas belas Salahuddin.

Namun tidak buat Reynald, yang turut sama ditawan bersama Guy, berkelakuan biadap sebelum akhirnya menemui ajal di tangan Salahuddin sendiri, melunaskan ikrarnya untuk menghukum si pelanggar janji itu.

Kemenangan di Hattin telah meranapkan angkatan tentera Kerajaan Kristian Baitulmaqdis, lantas membuka laluan mudah kepada Salahuddin untuk menakluk kota suci itu pada 2 Oktober 1187.

Sumber: World History, History Today

#PeristiwaHariIni
โค34๐Ÿ‘13๐Ÿ‘Ž3๐Ÿ”ฅ1
Seorang pemain bola sepak Palestin, Muhannad Al-Lelee disahkan maut selepas rumah keluarganya di Gaza diserang oleh dron tentera Israel.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Palestin yang memaklumkan Al-Lelee merupakan pemain kelab Khadamat Al-Maghazi.

Menurut kenyataan badan induk itu di platform X, jumlah anggota komuniti sukan Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober 2023 kini meningkat kepada 585 orang - termasuk 265 individu daripada komuniti bola sepak.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pemain-bola-sepak-palestin-maut-dalam-serangan-dron-tentera-israel-527874

#AWANInews
๐Ÿ”ฅ29โค7๐Ÿ‘Ž7๐Ÿ‘1
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| ๐ŸŒฅ Setakat 10 pagi

*Berita Penuh*
๐Ÿ”— https://bit.ly/4eyEbm9
๐Ÿ”ธ *Berjalan kaki ke Mekah dari Sabah* , misi dua beranak warga Indonesia cetus keraguan
๐Ÿ”ธTrump mahu keselamatan untuk rakyat Gaza, Hamas tuntut jaminan tamat perang
๐Ÿ”ธAS ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ kenakan sekatan baharu terhadap minyak Iran๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท dan kewangan Hezbollah

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
๐Ÿ”ฅ3
Dua individu warga Indonesia yang mendakwa sedang dalam misi berjalan kaki dari negara asal mereka menuju ke Mekah ditahan pihak berkuasa ketika berada di Lahad Datu, malam kelmarin.

Difahamkan, kehadiran dua beranak tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan selepas rakaman video mereka tular di media sosial, sehingga mencetuskan aduan awam.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berjalan-kaki-ke-mekah-dari-sabah-misi-dua-beranak-warga-indonesia-cetus-keraguan-527875
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ9๐Ÿ‘Ž1
2025/07/12 21:44:00
Back to Top
HTML Embed Code: