Telegram Web Link
Syarikat Malaysia perlu bersedia untuk meneroka pasaran baharu dan mencari peluang dagangan di luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam membuat gesaan ini beliau berkata, mereka tidak boleh hanya bergantung kepada pasaran tradisional semata-mata, sebaliknya perlu meneroka ke pasaran baharu.

Menurut Anwar, platform seperti BRICS menawarkan peluang yang amat besar, dan memuji syarikat Malaysia seperti Petronas dan Yinson Production atas kejayaan usaha niaga mereka di Brazil.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/brics-tawar-peluang-pasaran-baharu-kepada-perniagaan-malaysia-pm-anwar-528131
#AWANInews
πŸ‘Ž31❀15πŸ‘9πŸ”₯3πŸ‘1
Tentera Israel mengesahkan telah menembak jatuh sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman pada Ahad, dalam insiden terkini yang mencerminkan ketegangan berterusan di rantau Asia Barat.

Siren amaran berbunyi di beberapa kawasan termasuk sekitar Jerusalem dan selatan Israel, sebelum sistem pertahanan udara berjaya memusnahkan peluru berpandu tersebut di udara, tanpa sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-israel-tembak-jatuh-peluru-berpandu-dari-yaman-ketegangan-serantau-terus-memuncak-528130
πŸ”₯26πŸ‘Ž4❀3
Isu sistem waktu bekerja berlainan (WBB) yang telah tertangguh sejak Januari melibatkan kakitangan kesihatan awam akan diselesaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan baharu Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.


Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad optimis di bawah kepimpinan yang baharu isu WBB dapat ditangani dengan baik.

β€œSemua ini sedang diperhatikan oleh kumpulan di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan baharu…saya yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-wbb-dijangka-selesai-di-bawah-kepimpinan-baharu-kkm-dr-dzulkefly-528132
πŸ‘Ž18πŸ‘10
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Kadzim berkata tempoh lima tahun DUN Sabah dikira bermula dari tarikh persidangan pertama DUN Sabah Ke-16 iaitu pada 12 Nov 2020, justeru tempoh tamat penggal lima tahun itu adalah pada 11 Nov ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/dun-sabah-terbubar-sendiri-11-november-ini-speaker-528140
#AWANInews
πŸ‘17πŸ”₯5πŸ‘3❀1
Polis menahan isteri kepada suspek lelaki yang maut dalam insiden berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, malam Sabtu, sebagai sebahagian daripada siasatan lanjut terhadap kumpulan penjenayah bersenjata yang aktif di beberapa negeri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata wanita berusia awal 20-an itu ditahan di rumah sewa pasangan berkenaan, yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isteri-suspek-ditembak-mati-di-sungai-petani-ditahan-polis-rampas-sepucuk-pistol-528139
πŸ‘10πŸ”₯6❀2πŸ‘1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman dron yang dirakam pada hari Sabtu (5 Julai) menunjukkan arus sungai deras di Georgetown, Texas akibat hujan lebat yang melebihi ramalan dan telah mencetuskan banjir kilat di bahagian tengah negeri A.S. itu.

Sekurang-kurangnya 43 orang, termasuk 15 kanak-kanak, telah disahkan meninggal dunia akibat banjir di seluruh Texas, menurut pihak berkuasa pada hari Sabtu, sementara pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari puluhan lagi perkhemahan, pelancong dan penduduk yang masih hilang.

#AWANInews
πŸ‘26πŸ‘9πŸ”₯4❀3
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuh jentera serangan bagi musim 2025 dengan membawa masuk penyerang warisan kebangsaan Joao Figueiredo.

Perkembangan itu diumumkan menerusi media sosial rasmi kelab hari ini, yang turut memaparkan pemain kelahiran Brazil itu menyarung jersi nombor 25 bersama skuad Harimau Selatan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/joao-figueiredo-perkukuh-jentera-serangan-jdt-528144
#AWANInews
πŸ‘Ž9πŸ”₯5πŸ‘4❀1
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuh jentera serangan bagi musim 2025 dengan membawa masuk penyerang warisan kebangsaan Joao Figueiredo.

Perkembangan itu diumumkan menerusi media sosial rasmi kelab hari ini, yang turut memaparkan pemain kelahiran Brazil itu menyarung jersi nombor 25 bersama skuad Harimau Selatan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/joao-figueiredo-perkukuh-jentera-serangan-jdt-528144
#AWANInews
πŸ‘Ž16❀11πŸ‘4πŸ”₯4πŸ‘1
Kementerian Kesihatan (KKM) bakal merancang satu dasar β€˜Satu Doktor, Satu Keluarga’ untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia mempunyai seorang doktor keluarga yang dikenali, dipercayai, dan mudah diakses.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat dasar tersebut merupakan satu langkah ke hadapan yang akan menjamin sektor kesihatan negara berada dalam situasi yang mampan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-rancang-dasar-satu-doktor-satu-keluarga-menteri-kesihatan-528145
#AWANInews
πŸ‘36πŸ‘Ž13❀6
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico meluahkan kekesalan terhadap kembalinya dasar 'Iron Curtain' atau 'Tirai Besi' di Eropah yang menurutnya kini semakin menjadi kenyataan.

"Mereka mahu sekali lagi memisahkan Barat dan Timur. Malangnya, Tirai Besi kini sedang menjadi realiti. Hubungan telah terputus dan sesiapa sahaja yang cuba memahami apa yang berlaku di sebalik tirai itu terus dituduh mengkhianati nilai-nilai Eropah," katanya semasa berucap pada sambutan Hari Santo Cyril dan Methodius pada Sabtu.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/perdana-menteri-slovakia-kesal-polisi-tirai-besi-kembali-warnai-eropah-528137
#AWANInews
πŸ‘10❀1πŸ”₯1
Ketika ramai rakan seusianya memilih untuk berehat di rumah, Syed Abdul Rahman Syed Jaafar, 74, atau lebih mesra dipanggil Pak Habib, masih ligat menggerakkan tubuh mengajar senaman aerobik secara percuma di Taman Merdeka, Johor Bahru, beberapa kali seminggu.

Berbekalkan 2,000 koleksi lagu pelbagai genre, Pak Habib yang juga pakar motivasi kecergasan memilih untuk kekal aktif dan lincah mengajar pengikut setianya daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur pada Khamis hingga Ahad seawal 8 pagi.

Lanjut: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/usia-74-tahun-bukan-halangan-pak-habib-kekal-aktif-jadi-guru-aerobik-528142
#AWANInews
❀18πŸ‘9πŸ‘4
UMNO akan mula mengambil tindakan tegas dengan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah atau mencemarkan nama baik pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu selari dengan penubuhan Sekretariat Perundangan di peringkat Ibu Pejabat UMNO yang berperanan memantau isu berkaitan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/umno-ambil-tindakan-undangundang-terhadap-penyebar-fitnah-pemimpin-parti-528151
#AWANInews
πŸ‘Ž51❀5πŸ”₯4πŸ‘3
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), hak asasi kemanusiaan, keanggotaan penuh Timor Leste dalam ASEAN antara isu menjadi tumpuan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin bercakap pada sidang media praacara sempena AMM ke 58 dan mesyuarat berkaitan memberitahu, ini termasuk kemungkinan penyertaan negara-negara yang memiliki senjata nuklear sekali gus menunjukkan tanda kemajuan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amm-ke58-seanwfz-hak-asasi-dan-keanggotaan-timorleste-antara-isu-tumpuan-528155
❀2πŸ”₯2πŸ‘Ž1
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan sehingga siasatan selesai.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata jika seseorang pemegang Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan kenderaan barangan (GDL) didapati bersalah selepas siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), lesen mereka kemudiannya akan dibatalkan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lesen-pemandu-kenderaan-perdagangan-digantung-jika-terlibat-kemalangan-jpj-528185

#AWANInews
πŸ‘17πŸ‘Ž3πŸ”₯1πŸ‘1
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik semula tauliah mengajar agama bagi seorang ustaz yang baru-baru ini ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes jenayah, sejak tahun 2022.

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin berkata individu berkenaan juga pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada September 2024 kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-lucah-mais-tarik-tauliah-mengajar-ustaz-ditahan-polis-sejak-2022-528159

#AWANInews
πŸ‘13πŸ‘3❀1
Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan kaki selepas diserang haiwan liar dipercayai kucing tulap dalam kejadian di Kampung Pauh Terachi dekat Tanjung Ipoh, di Kuala Pilah, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 malam, melibatkan mangsa berusia 56 tahun.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-cedera-diserang-haiwan-liar-dipercayai-kucing-tulap-528161

#AWANInews
πŸ”₯8❀1
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar khas bersama beberapa Ahli Parlimen PKR pada Isnin.

Perkara itu dikongsikan Rafizi menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Ahad.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/rafizi-ramli-ahli-parlimen-pkr-buat-sidang-media-khas-esok-528178

#AWANInews
πŸ‘41πŸ‘Ž16πŸ”₯8❀1πŸ‘1
Seorang wanita telah diterbangkan ke hospital selepas digigit seekor singa di sebuah zoo di negeri Queensland, Australia, lapor Xinhua.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Zoo Darling Downs, 110 kilometer ke barat daya Brisbane, sekitar 8.30 pagi Ahad susulan laporan seorang wanita berusia lingkungan 50-an diserang seekor haiwan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-putus-tangan-diserang-singa-di-zoo-australia-528182

#AWANInews
πŸ”₯13❀5
Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 bagi Kohort 2023 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan 15,897 calon telah menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-peperiksaan-svm-diumum-esok-kpm-528189

#AWANInews
πŸ‘10
UMNO tidak akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya kekal bersama Barisan Nasional (BN) sebagai wadah perjuangan politik parti itu, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata UMNO akan terus menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan BN pada pilihan raya akan datang tanpa mengenepikan rakan-rakan komponen lain, termasuk MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH).

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-kekal-bertanding-atas-tiket-bn-pada-pru16-ahmad-zahid-528179

#AWANInews
πŸ‘Ž86πŸ‘13❀7πŸ”₯5πŸ‘1
2025/07/09 22:14:51
Back to Top
HTML Embed Code: