Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan penuh bahawa kerjasama yang terjalin bersama Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kemenangan di kerusi-kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lepas.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keyakinan itu disandarkan kepada prestasi cemerlang BN dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dan Ayer Kuning di Perak.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/bn-yakin-kerjasama-dengan-ph-kekalkan-kemenangan-pada-pru16-ahmad-zahid-528194
#AWANInews

π128π18β€4π1
Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memberi limpahan manfaat bukan sahaja di sekitar Johor Bahru, malah turut dirasai di semua 10 daerah negeri ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata inisiatif pembangunan itu bakal menyaksikan kewujudan lebih banyak bandar satelit sekali gus memastikan tiada daerah yang tertinggal dari segi infrastruktur dan kemajuan.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banyak-bandar-satelit-dijangka-wujud-impak-pembangunan-jssez-mb-johor-528191

π14π4π₯1
Kerajaan negeri Selangor dijangka memulakan ekonomi kitaran di negeri itu selewat-lewat dua tahun dari sekarang, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata kerajaan negeri ketika ini telah memulakan projek rintis iaitu projek SelKitar dan Program Kitar Semula Sisa Elektronik dalam usaha meluas pembangunan ekonomi itu dalam kalangan rakyat.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selangor-akan-mulakan-ekonomi-kitaran-dalam-tempoh-dua-tahun-menteri-besar-528171

π35π11π5β€1
Malaysia menegaskan, multilateralisme merupakan tonggak utama kepada kestabilan global, kemakmuran bersama dan maruah kedaulatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut menjadi asas penting ketika dunia berdepan tekanan geopolitik dan perubahan ekonomi yang pesat.
Berucap pada sesi intervensi Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-17, Anwar menyifatkan, institusi antarabangsa kini semakin goyah, manakala perdagangan dan teknologi dunia semakin dipengaruhi oleh politik serta keselamatan sekali gus menyebabkan peraturan global yang sedia ada kian terpinggir.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/brics-malaysia-tekankan-kepentingan-multilateralisme-tadbir-urus-ai-528223

π48π10β€8π₯1
Malaysia terbuka untuk bekerjasama dengan Bank Pembangunan Baharu (NDB) seiring mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan meneroka potensi kerjasama bersama NDB dalam kerangka pembangunan mampan dan pembiayaan infrastruktur.
βMalaysia akan meneliti secara menyeluruh keanggotaan dalam NDB, dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk komitmen yang diperlukan serta keberkesanan penyertaan dalam institusi tersebut,β katanya.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-terbuka-kerjasama-dengan-ndb-perkukuh-selatanselatan-528207

π41π8β€6
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar pesawat Brazil, Embraer.
Ia diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Francisco Gomes Neto, bagi membincangkan peluang pelaburan strategik di Malaysia.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/anwar-bertemu-teraju-aeroangkasa-brazil-embraer-528197

π47π22β€3
Pentadbiran Meteorologi Kebangsaan Romania mengeluarkan amaran kod merah pada Ahad, apabila gelombang haba yang kuat melanda sebahagian besar negara itu dari 6 hingga 8 Julai, lapor Xinhua.
Suhu maksimum dijangka mencecah antara 38 hingga 41 darjah Celsius di 16 daerah dan Bucharest, manakala suhu minimum pada waktu malam kekal melebihi 21 darjah Celsius. Indeks tekanan haba (ITU) akan melebihi ambang kritikal 80 unit, sekali gus menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/romania-siap-sedia-hadapi-gelombang-haba-keluarkan-amaran-merah-528195

π₯8
Hari ini 17 tahun yang lalu, Melaka & Georgetown diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kota Melaka & Georgetown mempunyai sejarah panjang lebih 500 tahun sebagai pusat perdagangan & pertukaran budaya antara Timur dengan Barat di Selat Melaka, menjadi medan khazanah pelbagai bangsa yang ketara juga tidak ketara (tangible & intangible).
Melaka adalah bukti sejarah panjang tanah ini berakar dari Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15, kemudian penjajahan Portugis, Belanda & Inggeris. Tidak hanya terlihat pada tinggalan bangunan pentadbiran, gereja & perkubuannya, tetapi juga budaya.
Begitu juga di Georgetown, yang merupakan lokasi pertama diduduki British di rantau ini. Dengan seni bina bangunan pentadbiran, komersil & kediamannya, bandar di Pulau Pinang itu menjadi bukti keberadaan pengaruh empayar besar itu sejak akhir kurun ke-18.
Kedua-dua bandar menjadi βmelting potβ kebudayaan Kepulauan Melayu, India, China & Eropah. Lantas ia diklasifikasikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia secara serentak pada 7 Julai 2008 selepas disahkan menepati Kriteria ii, iii & iv yang ditetapkan:
ii) Kedua-duanya mewakili contoh luar biasa bandar perdagangan di Timur & Asia Tenggara, memaparkan peringkat perkembangan yang berbeza serta perubahan yang bersilih ganti merentas tempoh yang panjang & setiap peringkat saling melengkapi.
iii) Kedua-duanya adalah testimoni hidup kepada warisan & tradisi pelbagai bangsa di Asia & pengaruh kolonial Eropah. Ia terlihat daripada binaan bangunan keagamaan, kediaman, kepelbagaian bahasa, festival, tarian, kostum, muzik, makanan & pelbagai lagi.
iv) Kedua-duanya mencerminkan adunan pelbagai pengaruh yang menghasilkan seni bina, budaya & landskap unik yang tiada di tempat lain di Timur & Asia Tenggara. Bangunan-bangunannya memaparkan pelbagia jenis & peringkat perkembangan.
Menurut UNESCO, Melaka & Georgetown masih mengekalkan ketulenannya & memiliki elemen yang diperlukan untuk menyerlahkan βNilai Sejagat Luar Biasaβnya.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, UNESCO
#PeristiwaHariIni

π14π5β€4
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| π₯ Setakat 10 pagi
*Berita Penuh*
π https://bit.ly/3I9tV7T
πΈEnam beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi keluarga
πΈAsyraf Wajdi fail saman RM1 juta terhadap Papagomo, nafi salah guna dana MARA
πΈ"Tindakan Elon Musk tubuh parti politik baharu mengarut" - Trump
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astroawani
πΈEnam beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi keluarga πΈAsyraf Wajdi fail saman RM1 juta terhadap Papagomo, nafi salahβ¦
Senarai berita pilihan terpopular sepanjang hari untuk anda!
π₯4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
BRICS: Kenapa Malaysia memimpin inisiatif penubuhan jaringan ASEAN AI?
Pendirian Malaysia semasa Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ialah masa depan dunia tidak harus dibelenggu oleh pertembungan blok atau perpecahan geopolitik.
Senario pertembungan 'geopolitics of tech' atau teknologi berpaksikan kuasa geopolitik yang membawa risiko terhadap inovasi dan kestabilan bermasyarakat dan bernegara.
#BRICS
#SelatanGlobal
#Geopolitik
#EkonomiGlobal

π11β€5π3π₯1
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan, terdapat beberapa kes meracun haiwan dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera sehingga menyebabkan kematian.
PBBPP dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, haiwan seperti anjing, kucing dan juga burung ditemui mati dipercayai termakan makanan beracun di atas kawasan bukit itu.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pbbpp-sahkan-haiwan-mati-diracun-di-bukit-bendera-jpvpp-jalankan-siasatan-528190

π₯10β€6π1
Kehilangan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sejak Sabtu masih belum ditemukan.
Namun, hari ini, sebuah kereta pula ditemukan dalam tenggelam di Sungai Korok, di sini, sekali gus memberi bayangan pada kehilangan keluarga berkenaan.
Sekalipun, jenis kereta tersebut belum dapat dipastikan, namun, pasukan bomba mengesahkan terdapat mangsa di dalam kenderaan itu.
Ketika ini, anggota pasukan keselamatan itu sudah berada di lokasi dan sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti mangsa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-dipercayai-dinaiki-enam-beranak-ditemukan-dalam-sungai-korok-528231

β€7π₯4π2π1
Bomba Kedah hari ini mengesahkan enam mangsa ditemukan dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, Alor Setar.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim yang mengesahkan penemuan itu, bagaimanapun, berkata, identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti.
Sehingga kini, kata Ahmad Aminuddin, mayat empat mangsa berjaya dikeluarkan dan dinaikkan ke tebing sungai.
Sementara dua lagi mayat yang dipercayai suami isteri belum dapat dikeluarkan lagi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-termasuk-bayi-enam-bulan-ditemukan-maut-dalam-kereta-yang-tenggelam-dalam-sungai-korok-528237

β€15π₯5
Gesaan itu turut disusuli permohonan rasmi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan agar satu prosiding khas dijalankan berhubung perkara tersebut.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, permintaan itu dibuat susulan kebimbangan serius terhadap kebebasan dan integriti institusi kehakiman negara, khususnya selepas beberapa keputusan mahkamah yang mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemelut-lantikan-ketua-hakim-negara-9-ahli-parlimen-pkr-gesa-tubuh-rci-528247

π43π₯7π6β€4
Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.
π·: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
π·: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
π53π7π₯6β€4