Telegram Web Link
Sumbangan diperlukan untuk Pembinaan Masjid Abdul Rahman Auf di Kelantan.

Saksikan progress pembinaannya di sini:

https://www.facebook.com/share/v/1CWkogr8QS/

Layari laman web masjid sebagaimana berikut: www.masjid-arba-tdr.com
[SEDANG BERSIARAN] Episod 6 My #HadithTime 2.0!

Tonton di YouTube: https://youtu.be/6KVl_2nZgMM

Antara yang menarik dalam episod ini:

1. Kepentingan dan galakan berdoa
2. Huraian hadis "Doa itu ibadah"
3. Isu berdoa memohon jodoh di Jabal Rahmah
4. Definisi "matan" dalam ulum hadis
5. Pengajaran kisah al-Nu'man bin Basyir tentang "favouritism" oleh ibu bapa
6. Tadabbur ayat 61-62 surah Ghafir berkaitan doa

Jangan lupa tulis di ruangan komen, apa ilmu baru yang anda belajar dari episod ini.

#RasulullahSuriTeladan
Forwarded from Ahmad Nu'man Mazlan
๐—˜-๐— ๐—”๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—ช๐—”๐—›๐—ฌ๐—จ ๐—ญ๐—œ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ (๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐˜… ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป)

Edisi khas E-Majalah AkalWahyu kali ini membongkar sisi gelap gerakan Zionisme. Dari akar falsafahnya hingga kepada peranannya dalam mencemari akidah dan merancang penjajahan.

Tulisan ini lahir dari kesedaran yang mendalam bagaimana ummah perlu celik terhadap bahaya Zionisme. Bukan sekadar pada tindakan tetapi juga pada pemikirannya yang menyesatkan.

Dapatkan segera di sini:
bit.ly/akalwahyuzionisme
Salam Jumaat di awal tahun Hijrah, 1 Muharram yang penuh berkat yang mulia ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Tuan puan,
Mari berinfaq untuk kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.

Tekan link OnPay di bawah untuk infaq :
https://ezy.la/tajakelasngajianjunghikmah

Ikuti Kelas Ngaji kami di facebook : https://www.facebook.com/share/v/15aUjXo5XC/
Nabi Hijrah Pada Bulan Safar?
=====
1. Ya, menurut Sheikh al-Mubarakfuri, Baginda Nabi pada hakikatnya bergerak keluar dari rumah Baginda untuk berhijrah ke Madinah adalah pada bulan Safar dan bukannya bulan Muharram. Timbul persoalan di sini, jadi mengapa dikatakan 1 Muharram itu detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah?

2. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh al-Imam Ibn Hajar bahawa keazaman Baginda Nabi untuk berhijrah telah bermula sejak bulan Muharram lagi. Ini kerana, setelah berlakunya Baiโ€™ah Aqabah pada bulan haji (Zulhijjah), keazaman untuk berhijrah menuju ke penempatan kaum Ansar bertambah kuat.

3. Oleh yang demikian, tidak salah juga untuk menyatakan perkiraan hijrah bermula dari bulan Muharram lagi. al-Hafiz Ibn Hajar yang menjelaskan:

ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุฃูŽุฎู‘ูŽุฑููˆู‡ู -ุฃูŠ ุงู„ุชุฃุฑูŠุฎ ุจุงู„ู‡ุฌุฑุฉ- ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจููŠุนู ุงู„ู’ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ู ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงุจู’ุชูุฏูŽุงุกูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉู ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ูุ› ุฅูุฐู ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุนูŽุฉู ูˆูŽู‚ูŽุนูŽุชู’ ูููŠ ุฃูŽุซู’ู†ูŽุงุกู ุฐููŠ ุงู„ู’ุญูุฌู‘ูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ู…ูู‚ูŽุฏู‘ูู…ูŽุฉู ุงู„ู’ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉูุŒ

โ€œSesungguhnya mereka (ahli sejarah) menetapkan (permulaan hijrah) dari bulan Rabiโ€˜ al-Awwal ke bulan Muharram adalah kerana permulaan tekad untuk berhijrah itu berlaku pada bulan Muharram lagi. Ini kerana baiโ€˜ah (dengan kaum Ansar) berlaku pada pertengahan bulan Zulhijjah, dan ia merupakan mukadimah kepada hijrah.

4. Setelah keluar dari rumah pada penghujung bulan Safar, Nabi bersembunyi seketika di Gua Thur selama beberapa hari sehinggalah memulakan perjalanan Baginda pada bulan Rabiul Awwal.

5. Atas riwayat inilah, kita dapati bahawa ada sebahagian salafusoleh yang berpandangan bahawa bulan pertama dalam Islam itu sebenarnya bermula pada Rabiul Awal. Kata Ibn Kathir:

ูˆุญูƒู‰ ุงู„ุณู‡ูŠู„ูŠ ูˆุบูŠุฑู‡ ุนู† ุงู„ุฅู…ุงู… ู…ุงู„ูƒ ุฃู†ู‡ ู‚ุงู„: ุฃูˆู„ ุงู„ุณู†ุฉ ุงู„ุฅุณู„ุงู…ูŠุฉ ุฑุจูŠุน ุงู„ุฃูˆู„ุ› ู„ุฃู†ู‡ ุงู„ุดู‡ุฑ ุงู„ุฐูŠ ู‡ุงุฌุฑ ููŠู‡ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

โ€œAl-Suhaylฤซ dan sarjana yang lain telah meriwayatkan bahawa Imam Malik pernah berkata: "Permulaan tahun Islam adalah bulan Rabiโ€˜ al-Awwal, kerana itulah bulan di mana Rasulullah ๏ทบ berhijrah."

6. Secara umumnya dapat disimpulkan:
a. Nabi melaksanakan Baiah Aqabah dengan kaum Ansar pada bulan Zulhijjah 13 Kenabian
b. Nabi berazam untuk berhijrah pada Muharram 14 Kenabian
c. Nabi keluar dari rumah untuk berhijrah pada Safar 14 Kenabian.
d. Nabi keluar dari Gua Thur ke Quba pada Rabiul Awwal 14 Kenabian.
e. Nabi sampai di Madinah pada 8 Rabiul Awwal 14 Kenabian.

Semoga Allah menjadikan bulan Muharram ini, bulan kita memuliakan dan memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
IlustrasiPakaian Rasulullah
=====
1. Ternampak semalam beberapa ilustrasi pakaian Rasulullah yang dijana oleh Ai.Namun, tidak dapat dipastikan ketepatan grafik yang dikeluarkan tetapi ia adalah berdasarkan beberapa hadis yangdinukilkan di dalam hadis Nabi seperti:


a. SerbanPutih

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง: ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ุฎูŽุทูŽุจูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุนูุตูŽุงุจูŽุฉูŒ ุฏูŽุณู’ู…ูŽุงุกู". (ุฏูŽุณู’ู…ูŽุงุกู: ุงู„ุนู…ุงู…ุฉ ุงู„ุจูŠุถุงุก ุงู„ู…ุชุบูŠู‘ูุฑ ู„ูˆู†ู‡ุง)

Daripada Ibn สฟAbbฤs:โ€œSesungguhnyaNabi ๏ทบ berkhutbah kepada orang ramai, dan di ataskepala Baginda terdapat serban (putih) yang sudah berubah warnanya.โ€

b. al-Qamis
(Jubah)

ุนูŽู†ู’ ุฃูู…ู‘ู ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุงู„ุซู‘ููŠูŽุงุจู ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ูุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ุงู„ู’ู‚ูŽู…ููŠุตูยป

Daripada Umm Salamah, beliau berkata: "Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah ๏ทบ ialah qamฤซแนฃ (jubah)."

c. HullahMerah

ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุงุจูุฑู ุจู’ู†ู
ุณูŽู…ูุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูููŠ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูุฅูุถู’ุญููŠูŽุงู†ูุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุญูู„ู‘ูŽุฉูŒ ุญูŽู…ู’ุฑูŽุงุกูุŒ ููŽุฌูŽุนูŽู„ู’ุชู ุฃูŽู†ู’ุธูุฑู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูู„ูŽู‰
ุงู„ู’ู‚ูŽู…ูŽุฑูุŒ ููŽู„ูŽู‡ููˆูŽ ุนูู†ู’ุฏููŠ ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽู…ูŽุฑูยป

Daripada Jabi bin Samurah: "Aku melihatRasulullah ๏ทบ pada suatu malam yang cerah bercahaya bulan, dan Baginda memakai sepasang pakaian hullah berwarna merah. Maka aku pun mula memandangkepada Baginda dan kepada bulan โ€” demi Allah, sungguh Baginda lebih indah pada
pandanganku daripada bulan."

d. BurdahHijau

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฑูู…ู’ุซูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู
ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูุฑู’ุฏูŽุงู†ู ุฃูŽุฎู’ุถูŽุฑูŽุงู†ู.


Daripada Abลซ Rimthah,beliau berkata: โ€œAku melihat Rasulullah ๏ทบ, dan di atas Baginda terdapat dua helai burdah yang berwarna
hijau.โ€

e. Serban Hitam
ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุงุจูุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ:ยซุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽูƒู‘ูŽุฉูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ููŽุชู’ุญู ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู
ุนูู…ูŽุงู…ูŽุฉูŒ ุณูŽูˆู’ุฏูŽุงุกูยป
Nabi ๏ทบ masukke kota Makkah pada Hari Pembukaan (Fatแธฅ Makkah), dan di atas kepala
Baginda terdapat serban berwarna hitam."

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐‰๐ž๐ฃ๐š๐ค ๐’๐ข๐ซ๐š๐ก, ๐ƒ๐ข๐๐ข๐ค ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐”๐ฅ๐š๐ฆ๐š - ๐“œ๐“ฎ๐“ผ๐“ฒ๐“ป 7๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฒ 6๐“ถ๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ ๐Ÿช๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ

Mesir adalah tempat rehat terakhir bagi kebanyakan para ulama & ahlul bait, menjadikan negara ini sebagai tumpuan bagi pencinta sejarah dan juga tempat menuntut ilmu.
Selain daripada menyelusuri rihlah para ahlul bait, negara ini juga terdapat banyak tempat lawatan menarik yang sering menjadi tarikan buat pelancong Malaysia.

Pakej khas ini juga akan dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi bin Azmi

RM6350 โŒ
RM6350 โŒ
.
Harga pakej hanya ๐‘๐Œ๐Ÿ“๐Ÿ—๐Ÿ—๐ŸŽ bagi 10 orang yang pertama mendaftar.

๐™‹๐™–๐™ ๐™š๐™Ÿ ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™๐™๐™‡๐™‡๐˜ฝ๐™Š๐˜ผ๐™๐˜ฟ โ€ผ๏ธ
Tarikh: 16 โ€“ 22 oktober 2025
Penerbanagan: Emiates/Etihad/Saudia

Seat kami adalah terhad, klik link dibawah untuk dapatkan aturcara dan juga maklumat lebih lanjut.
Wasap.my/60183868492/pakejmesir

atau boleh hubungi nombor dibawah.
๐Ÿ“ฒ 018 386 8492- En. Firul
Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ๏ทบ
=======
1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ๏ทบ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ๏ทบ pada hari kiamat nanti.

2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ๏ทบ:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉู‹ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุตูŽู„ูŽูˆูŽุงุชูุŒ ูˆูŽุญูุทู‘ูŽุชู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽุดู’ุฑู ุฎูŽุทููŠุฆูŽุงุชูุŒ ูˆูŽุฑูููุนูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุนูŽุดู’ุฑู ุฏูŽุฑูŽุฌูŽุงุชู

Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasaโ€™i - dinilai Sahih)

3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ๏ทบ:

ูƒูู„ู‘ู ุฏูุนูŽุงุกู ู…ูŽุญู’ุฌููˆุจูŒ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ

Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.โ€ (HR al-Tabrani - perawinya siqah)

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ๏ทบ:

ุฃูˆู„ู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณ ุจูŠ ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ ุฃูƒุซุฑูู‡ู… ุนู„ูŠู‘ูŽ ุตู„ุงุฉู‹

โ€œManusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.โ€ (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Salam Jumaat di awal tahun Hijrah 1447H, di bulan Muharram yang penuh berkat dan mulia ini ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Tuan puan,
Mari berinfaq untuk kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.

Tekan link OnPay di bawah untuk infaq :
https://ezy.la/tajakelasngajianjunghikmah

Ikuti Kelas Ngaji kami di facebook : https://www.facebook.com/share/v/1AksiP6mYj/
[SEDANG BERSIARAN] Episod 7 My #HadithTime 2.0!

Tonton di YouTube: https://youtu.be/6GPcT9r_oDI

Antara yang menarik dalam episod ini:

1. Kesalahan-kesalahan dalam berdoa yang ramai tak sedar.
2. Kisah sahabat menegur anaknya yang berlebihan dalam berdoa.
3. Kisah sahabat menangis dalam Perang Tabuk.
4. Maksud ilmu hadis riwayah.
5. Tadabbur ayat 54-55 surah Ghafir berkaitan adab berdoa.

#RasulullahSuriTeladan
Belanja Keluarga Pada Hari Asyura
=======
1. Esok merupakan Hari Asyura. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:

ู…ูŽู†ู’ ูˆูŽุณู‘ูŽุนูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ูˆูŽุณู‘ูŽุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ู ุทููˆู„ูŽ ุณูŽู†ูŽุชูู‡ู

โ€œBarangsiapa yang meluaskan (melapangkan - menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani. Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)

2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุจูุฑูŒ: ุฌูŽุฑู‘ูŽุจู’ุชู‡ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนููŠู†ูŽ ุนูŽุงู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽุฎูŽู„ู‘ูŽูู’

โ€œDan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)

3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:

ูŠูŽู†ู’ุจูŽุบููŠ ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆูŽุณู‘ูุนูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽู‡ู’ู„ู ูููŠู‡ูู…ูŽุง -ุฃูŠ ู„ูŠู„ุฉ ุนุงุดูˆุฑุงุก ูˆูŠูˆู…ู‡ุง

โ€œSeharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)

4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafiโ€™i pula menjelaskan:

ูˆูŽูŠูุณูŽู†ู‘ู ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ุณูุนูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนููŠูŽุงู„ู ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽุ› ู„ููŠููˆูŽุณู‘ูุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู

โ€œDan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah โ€˜Ala Tuhfah al-Muhtaj)

5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn โ€˜Uyainah yang menyebutkan:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนููŠูŽูŠู’ู†ูŽุฉูŽ: ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุฑู‘ูŽุจู’ู†ูŽุงู‡ู ู…ูู†ู’ุฐู ุฎูŽู…ู’ุณููŠู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆู’ ุณูุชู‘ููŠู†ูŽ ููŽู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฅู„ู‘ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง

โ€œKata Ibn โ€˜Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qinaโ€™ โ€˜An Matn al-Iqnaโ€™)

6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.

7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
2025/07/07 15:06:40
Back to Top
HTML Embed Code: