Kempen Masuk Syurga Sekeluarga
==========
1. Surah al-Tahrim menyediakan kepada kita satu panduan yang lengkap mengenai kempen “masuk syurga sekeluarga.” Kempen ini dimulakan dengan peringatan kepada suami agar sentiasa membimbing isteri dan ahli keluarga mereka agar sentiasa mematuhi perintah syarak.
2. Dalam permulaan surah ini Allah menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak semata-mata ingin menjaga hati isteri.
3. Perbincangan ini disusuli dengan peringatan yang sangat tegas di mana Allah meminta kita memelihara diri dan keluarga kita dari neraka. Andai gagal, kita yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…”
4. Kemudian al-Quran menampilkan contoh isteri-isteri yang terpisah dari suami mereka. Mereka bukan sahaja tidak beriman malah mengkhianati dakwah suami mereka lalu Allah humban mereka ke neraka terpisah dari suami mereka di syurga. Firman Allah:
وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ
"Masuklah kamu berdua (isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut) ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".
5. Setelah itu Allah bayangkan kepada kita, terdapat juga isteri yang dianugerahkan istana di syurga, namun suami mereka merengkok ke neraka. Mereka adalah pasangan yang terpisah dek keimanan yang berbeza. Firman Allah:
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim."
6. Akhirnya Allah tutup perbincangan ini dengan menjelaskan mengenai wanita yang tidak mempunyai pasangan. Wanita yang masih belum berpasangan ini hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka seperti Saidatina Maryam yang akhirnya dikurniakan syurga oleh Allah.
Semoga Allah membimbing kita untuk ke syurga sekeluarga.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi

Telegram
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
TAJA KELAS MENGAJI BULANAN
=========================
Kelas mengaji ini adalah satu-satunya peluang untuk mereka belajar.
Mereka tak dapat nak masuk sekolah biasa, tak tahu apa rasanya belajar di meja yang proper
Anak-anak ni berjuang nak belajar. Tapi mereka perlukan kita untuk teruskan.
Jom sama sama kita bantu anak asnaf mengaji dengan klik link: sedekahym.my
Setiap bantuan adalah harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.

Penghinaan Terhadap Nabi Lagi?
=====
1. Tular lagi semalam aduan mengenai kenyataan seseorang yang menggunakan akaun bernama Khor Soon Keat yang seakan-akan menghina Nabi Muhammad. Kenyataannya menyebutkan: “rela kafir daripada mengikut pak arab yg rogol budak 9 tahun” telah menimbulkan tanda tanya.
2. Ayat kontroversi ini seolah-oleh ditujukan kepada Nabi umat Islam. Ia merupakan komentar terhadap kenyataan Menteri Agama yang mempertahankan petugas MAPIM yang terkorban yang dilaporkan oleh NST. Lihat di sini:
https://www.facebook.com/nstonline/posts/pfbid02g3g1MpY9F7UcaSQnU6o2tAPbACU8r9VaTQWncsiLkpgtz3iDAJHPKYhiSBSGskajl
3. Kenyataan melalui akaun Khor Soon Keat ini telah menimbulkan keresahan. Sebahagian warga maya yang ingin melihat profile beliau tidak berjaya memandangkan akaunnya dikunci:
https://www.facebook.com/share/1BwHN1ZstA/?mibextid=qi2Omg
4. Manakala sebahagian warga maya yang lain telah melakukan report profile kepada pihak Facebook, SKMM dan juga SISPAA. Tidak kurang juga yang melakukan laporan kepada pihak polis setelah melihat kenyataan biadab ini.

Facebook
NST Online
#NSTnation Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar said attacking individuals delivering humanitarian aid was an unacceptable crime that must be...
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗥𝗜𝗕𝗔𝗧𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗
Ribath dan jihad merupakan sesuatu yang telah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat Palestin. Apakah sebenarnya ribath dan jihad serta kelebihannya?
Ayuh kita menambah ilmu di bulan Ramadan ini bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi dengan memahami syarahan hadis ribath dan jihad bagi lebih menghayati perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah air mereka dari penjajah Zionis.
Tarikh: 20 Mac 2025 | Khamis
Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi
Medium: Google Meet
Jadikan webinar ini sebagai sesi pengisian rohani Ramadan di pejabat.
Dijemput semua bersama sertai.
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin019

Ayuh bersama sertai jam 10.00 pagi ini. Pendaftaran masih dibuka.

{ MELANCARKAN DANA DEWAN NGAJI FASA 2 }
___
✓ Sepatutnya bulan Ramadhan juga kelas² Al Quran anak² berjalan seperti biasa, namun oleh kerana surau sudah tiada , maka terpaksa ditangguhkan sehingga kami dpt memikirkan jalan keluar atau ganti tempat pengajian Al quran yg baru.
✓ Ramai ibubapa yg mengeluh dan bimbang kemana mereka nak hantar anak² mengaji Al Quran lg selepas ini. Ini membuatkan jiwa saya rebah dan rasa bersalah kerana tidak berusaha sebaik mungkin.
✓ Setelah berbulan- bulan memikirkannya kami buat keputusan utk ikhtiar siapkan baki Dewan Ngaji yg juga berperanan seperti surau iaitu tempat beraktivit termasuk pengajian Al Quran.
✓ Dewan ini sudah siap lama utk fasa 1, cuma kami hentikan pencarian Dana kerana melihat perkembangan kutipan yg sgt perlahan.
✓ Setakat ini, walau hanya siap sebahagian saja ( 40 % siap ) tetapi sudah byk manfaatnya yg kami dpt gunakan.
✓ Oleh itu, tidak salah rasanya jika kita cuba sekali lagi utk lancarkan pencarian Dana Dewan Ngaji utk siapkan fasa 2.
✓Namun saya tidak mampu melakukannya sendirian. Saya memohon jasa baik kawan2 utk sama² kita usaha terutama di hari² berbaki Ramadhan ini utk bantu mencari Dana ini.
✓ Berapa saja Dana ini yg kita dapat akan kita teruskan pembinaan dgn kadarannya Insyallah.
✓ Tidak perlu canggih mahupun cantik, cukup ada dinding ,tingkap pun sudah kita manfaatkan Insyallah.
✓ Semoga kita sama² mendapat pahala yg besar dari usaha ini.
✓ Dengan lafaz BASMALAH saya lancarkan kutipan DANA PEMBANGUNAN DEWAN NGAJI FASA 2.

𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗥𝗜𝗕𝗔𝗧𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗
Ribath dan jihad merupakan sesuatu yang telah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat Palestin. Apakah sebenarnya ribath dan jihad serta kelebihannya?
Ayuh kita menambah ilmu di bulan Ramadan ini bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi dengan memahami syarahan hadis ribath dan jihad bagi lebih menghayati perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah air mereka dari penjajah Zionis.
- Rakaman penuh webinar beserta sesi soal jawab
- Slaid webinar diberikan
Dapatkan rakaman webinar di sini:
bit.ly/duniapalestin019
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
www.tg-me.com/duniapalestin

Jangan Normalisasikan Hubungan Songsang
=========
1. Kita dikejutkan lagi pada bulan mulia ini dengan kemunculan drama bersiri terbaru yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadan. Adegan dalam drama ini dikatakan membawa unsur percintaan sesama lelaki yang jelas dikeji dalam agama.
2. Lebih menyedihkan, lakonan siri menyelitkan elemen songsang ini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Al-Quran menyifatkan kumpulan yang melakukan perbuatan songsang sebegini sebagai golongan yang melampau. Firman Allah:
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-A’raf: 81)
3. Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan songsang ini sebagai perbuatan yang terkutuk yang dibenci oleh Allah, maka mengapa perlu kita melakonkan perbuatan tersebut yang secara tidak langsung menjadi medium promosi dan normalisasi perlakuan mungkar.
4. Bukan sekadar dikeji oleh Allah, Rasulullah turut melaknat kumpulan manusia yang melakukan perlakuan songsang ini. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ
“Allah melaknat mereka yang mengamalkan amalan kaum Lut.” (HR Ahmad - dinilai Sahih li Ghairihi oleh al-Arna’ut)
4. Kita sedia maklum bahawa perlakuan songsang sebegini bukan sahaja menyalahi agama, malah ia memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan manusia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kebanyakan pengidap HIV kini berpunca dari hubungan songsang.
5. Perubahan lanskap data pengidap HIV ini menunjukkan betapa seriusnya masalah yang dihadapi oleh negara dalam menangani gejala hubungan seks sejenis. Barangkali inilah kebimbangan yang pernah dinyatakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah:
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ
“Antara perkara yang paling aku takuti (bimbangi) dikalangan umat aku adalah perlakuan kaum Nabi Lut.”
6. Oleh yang demikian, andai jelas perlakuan terkutuk ini dibenci oleh Allah, malah memberikan impak negatif kepada kesihatan manusia, maka apa perlunya lagi kita mempromosikan unsur-unsur yang berupaya membawa kepada kemungkaran?
7. Tidak kira samada kita adalah penerbit filem atau pelakon yang memainkan watak bertemakan gay, adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk tidak terlibat dalam perlakuan berunsur mempromosikan kemungkaran.
Semoga Allah membimbing kita.

G4Z4 DISERANG LAGI!
‼️ SETIAP MINIT, MEREKA DALAM BAHAYA ‼️
1sra3l khianati gencatan senjata! Serangan bertubi-tubi kembali menghujani G4Z4!
😢 Hospital musnah, pesakit terbunuh atas katil!
😢 Kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan,tiada tempat selamat!
😢 Bayi maut dalam pelukan ibunya!
Allahhhh... Mereka hanya mampu menjerit meminta tolong...
Tapi siapa yang akan sahut?
Doa & bantuan anda sangat mereka perlukan sekarang!
Klik untuk bantu:
sedekahym.my
Atau
Yayasan Maghfirah
Bank Islam: 1230 0010 0113 04
ref: BTT 03
hubungi: 019-651 9663
#RaikanRamadan #BersamaYM #BTT #PrayForGaza #DoaUntukGaza

Kenapa Jibril Dinamakan Sebagai Ruh?
=====
1. Di dalam Surah al-Qadar, Allah menyebutkan tentang penurunan malaikat pada malam al-Qadar yang diketuai Jibril yang disebut sebagai Ruh. Firman Allah:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.”
2. Para ulama tafsir memberikan pandangan yang berbeza mengenai mengapa Jibril digelar sebagai Ruh di dalam al-Quran. Antaranya:
(a) al-Jayyani menyebutkan bahawa sifat Jibril adalah seperti ruh yang menghidupkan jiwa. Sesuatu tubuh itu tidak hidup tanpa Ruh.
(b) al-Razi pula berpandangan bahawa secara fizikalnya, Jibril itu dijadikan daripada Ruh.
(c) Manakala al-Imam Ibn Asyur pula berpandangan bahawa beliau dinamakan sebagai Ruh kerana hadir daripada alam rohani. Kata Ibn Asyur:
سمي روحاً لأن الملائكة من عالم الروحانيات
“Beliau namakan Ruh kerana malaikat di datangkan dari alam ruhaniyyat.”
3. Penurunan malaikat pada malam al-Qadar menggambarkan kebesarannya sehingga menyempitkan ruang-ruang di setiap pelosok di muka bumi. Ia seumpama sebuah hari kebesaranyang dihadiri oleh orang-orang pembesar kenamaan. Begitulah pada malam al-Qadar, kemuliaan dan rahmat yang turun diiringi oleh kehadiran para malaikat.

Apakah Maksud Salam Sehingga Fajar?
========
1. Di penghujung Surah al-Qadar, Allah mengungkapkan salam kesejahteraan buat mereka yang menghdupkan malan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan salam kesejahteraan ini?
2. Menurut al-Sya’bi, perkataan salam tersebut adalah ucapan para malaikat (doa mereka) ke atas ahli masjid yang menghidupkan malam tersebut. Kata beliau:
هو تسليم الملائكة ليلة القدر على أهل المساجد من حيث تغيب الشمس إلى أن يطلع الفجر
“Salam tersebut adalah ucapan malaikat pada malam al-Qadar ke atas ahli masjid, bermula dari lenyapnya matahari (masuk maghrib), sehinggalah terbitnya fajar.” (Tafsir al-Baghawi)
3. Oleh yang demikian, rugilah buat mereka yang tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir ini. Ini kerana ada dalam kalangan kita yang telah meninggalkan masjid. Ada dalam kalangan kita sekadar melakukan Lailatul Kamdar (bershoping di Kamdar) atau Lailatul Kandar (melepak di restoran nasi kandar)
4. Menurut al-Dahhak pula, pada malam tersebut, Allah menentukan Qadar (taqdir) segala kebaikan buat manusia. Ini kerana pada malam al-Qadar, ketentuan manusia ditulis pada malam tersebut. Mereka yang memperbanyakkan berdoa pada malam itu, Allah akan mencatatkan ketentuan yang sejahtera buat mereka. Kata al-Dahhak:
لا يقدر الله في تلك الليلة إلا السلامة
“Allah tidak menentukan segala ketentuan melainkan dicatatkan ketentuan yang baik dan sejahtera sahaja pada malam tersebut.” (Tafsir al-Qurtubi)
5. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini. Mudah-mudahan Allah menulis segala kebaikan dan kesejahteraan sahaja buat diri kita dan memadamkan segala ketentuan yang tidak baik.

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Umat Islam perlu bersatu pertahankan hak dengan saluran yang betul.