Telegram Web Link
Kenapa Jibril Dinamakan Sebagai Ruh?
=====
1. Di dalam Surah al-Qadar, Allah menyebutkan tentang penurunan malaikat pada malam al-Qadar yang diketuai Jibril yang disebut sebagai Ruh. Firman Allah:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.”

2. Para ulama tafsir memberikan pandangan yang berbeza mengenai mengapa Jibril digelar sebagai Ruh di dalam al-Quran. Antaranya:

(a) al-Jayyani menyebutkan bahawa sifat Jibril adalah seperti ruh yang menghidupkan jiwa. Sesuatu tubuh itu tidak hidup tanpa Ruh.

(b) al-Razi pula berpandangan bahawa secara fizikalnya, Jibril itu dijadikan daripada Ruh.

(c) Manakala al-Imam Ibn Asyur pula berpandangan bahawa beliau dinamakan sebagai Ruh kerana hadir daripada alam rohani. Kata Ibn Asyur:

سمي روحاً لأن الملائكة من عالم الروحانيات

“Beliau namakan Ruh kerana malaikat di datangkan dari alam ruhaniyyat.”

3. Penurunan malaikat pada malam al-Qadar menggambarkan kebesarannya sehingga menyempitkan ruang-ruang di setiap pelosok di muka bumi. Ia seumpama sebuah hari kebesaranyang dihadiri oleh orang-orang pembesar kenamaan. Begitulah pada malam al-Qadar, kemuliaan dan rahmat yang turun diiringi oleh kehadiran para malaikat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
*PECUTAN INFAQ AKHIR RAMADAN*
=========
*JOM INFAQ PEMBELIAN/PEMBAIKAN VAKUM DI KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ USIM*

Assalamualaikum W.B.T.

Allah menjanjikan orang yang berinfaq di terutama di bulan Ramadan ini dengan ganjaran berlipat ganda. Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) USIM mengalukan-alukan Tuan/Puan untuk infaq bagi pembelian 1 buah vakum Karcher untuk kegunaan KITM.

Sumbangan Tuan/Puan boleh dibuat melalui link berikut :

https://prim.my/sumbangan/Wakaf-Pembaikan-Vakum

Semoga sumbangan infaq Tuan/Puan akan diberikan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah S.W.T dan menjadi saham akhirat.

✉️ Disertakan link media sosial Pusat Islam bagi hebahan program yang dilaksanakan:

https://linktr.ee/pusatislamusim18

*- Ingat Solat Jemaah, Ingat KITM-*

#PusatIslamUSIM
#SahabatPusatIslamUSIM
#KompleksIslamTuankuMuhriz
Pemimpin Tegas Terhadap Kesyirikan
=====
1. Di dalam Surah al-Kahfi yang kita baca pada hari ini, Allah merekodkan ketegasan Zulqarnain dalam menghadapi golongan yang melakukan kekufuran dan kezaliman. Zulqarnain membenci kekufuran dan bertindak tegas terhadap sikap zalim ini.

2. Dalam menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa beginilah respon Zulqarnain terhadap kerosakan syirik. Kata al-Tantawi:

أما من ظلم نفسه بالإِصرار على الكفر والفسوق والعصيان ( فسوف نعذبه ) فى هذه الدنيا بالقتل وما يشبهه

“(Zulqarnain berkata: Wahai Tuhanku), ada pun mereka yang menzalimi mereka dengan kekal dalam kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan, maka kami akan mengazab mereka di dunia ini.”

3. Surah al-Kahfi ini turut mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan akidah mereka akan dipelihara oleh Allah. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

4. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah turut mempermudahkan urusan doa mereka. Perhatikan bagaimana Allah memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً

“Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.”

5. Lihat bagaimana Allah mengurniakan Rahmah buat mereka yang sentiasa memelihara perihal akidah mereka. Ini bererti Rahmah akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga akidah, bukan menggadaikan akidah kepada fahaman liberal dan plural.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Forwarded from Mohd Sofee Al Yamani
Forwarded from Mohd Sofee Al Yamani
☘️🍁☘️🍁🍁🍁☘️🍁🍁
_______
Malam 27 Ramadhan & Malam Jumaat
Kemungkinan Besar Malam LailatulQadr
_______
🍁☘️🍁☘️🍁☘️🍁👆☘️
✓ Sudah hampir 2 bulan kelas² Al Quran kami terhenti akibat surau yg telah tiada.

✓ Adakah kita akan lihat selamanya kelas² Al Quran seramai hampir 500 org kg ini terhenti selamanya ?

✓ Wahai Saudaraku Seluruh Umat Islam , marilah bersama² membantu kami utk bangunkan baki Dewan ngaji yg tertangguh sejak bertahun ini.

✓ Kutipan setakat hari ini adalah rm9000, bermakna tidak sampai 6% dari Dana yg diperlukan.

✓ Kami telah berjuang selama hampir 9 tahun membangunkan iman umat islam di kg² ini. Bermacam² cabaran dan dugaan yg telah kami adukan kepada Allah. Tidak sanggup melihat ia terhenti sekadar ini dan memberi kemenangan kpd musuh Allah.

✓ Jiwa ini masih sungguh bersemangat mendidik umat di kg² agar kuat berpegang dgn tali Allah.Namun saya tidak mampu melakukannya sendirian, saya memerlukangan sokongan dgn orang² yg beriman demi menegakkan kalimah Allah.

✓ Bersempena dgn mlm ke 27 Ramadhan yg jatuh malam jumaat ini , saya memohon dgn rendah hati kpd kawan² fb sekalian, sudilah kiranya kongsikan iklan ini dan berceritalah dgn sesiapa² budiman yg sudi membantu kami.


✓ Sabda Nabi Saw { Sedekah yg paling Utama adalah Sedekah di bulan Ramadhan } HR Tirmidzi

Barakallahufikum
SEDEKAH MENJADI PENYELAMAT AKHIRAT
======

1. Dalam sebuah hadis yang ringkas namun penuh makna, Nabi SAW bersabda:

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
"Peliharalah diri kalian daripada api neraka, walaupun hanya dengan (bersedekah) sebelah biji kurma."
(Riwayat Ahmad)

2. Hadis ini memberi gambaran betapa besarnya nilai sedekah di sisi Allah, walaupun iainya tampak kecil pada pandangan manusia.

3. Justeru, dalam kita mengejar keberkatan hari-hari terakhir Ramadan ini lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia, yang disifatkan oleh ulama sebagai hari yang paling utama untuk memperbanyakkan amal soleh, termasuk sedekah. Maka, kita diseru agar tidak melepaskan peluang keemasan ini.

4. Semoga dengan sedikit yang kita hulurkan, menjadi penyelamat di akhirat, dan menjadi asbab turunnya rahmat Allah, serta pelindung buat kita dan keluarga daripada panasnya api neraka.

Wallahu a’lam.

Salurkan sumbangan anda di:
https://sedekahjumaat.my

Yayasan Maghfirah
#WadahDakwahAnda
Kelesuan Selepas Malam ke 27
=====
1. Kemeriahan beribadah seakan merudum teruk setelah berlalunya malam ke 27. Sikap begini pada hakikatnya tidak betul. Ini kerana tiada siapa yang tahu bilakah masa sebenar malam Lailatul Qadar itu.

2. Sekali pun ramai ilmuan yang menjangkakan malam al-Qadar adalah pada malam yang ke 27, namun tiada siapa yang tahu bila masa yang sebenar. Menurut al-Qadi Iyaḍ, masa Lailatul Qadar itu berubah-ubah pada setiap tahun:

اخْتَلَفُوا فِي مَحَلِّهَا فَقَالَ بَعْضُهُمْ: هِيَ تَكُونُ مُنْتَقِلَةً فِي سَنَةٍ فِي لَيْلَةٍ، وَفِي سَنَةٍ أُخْرَى فِي لَيْلَةٍ أُخْرَى
“Para ulama berbeza pendapat tentang bilakah berlakunya malam tersebut. Ada dalam kalangan mereka berpendapat ia berubah-ubah pada setiap tahun. Pada tahun ini mungkin malam sekian, namun pada tahun hadapan, mungkin malam yang lain pula.”

3. Begitu juga al-Qurtubi menjelaskan:

والحاصل من مجموع الأحاديث، ومما استقر عليه أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم في طلبها: أنها في العشر الأواخر من رمضان، ‌وأنها ‌متنقلة فيه

“Dan kesimpulan dari beberapa hadis, begitu juga atas apa yang dilaporkan dari Nabi dalam pencariannya, ianya adalah pada 10 malam terakhir Ramadan dan ia berubah-ubah.”

4. Itulah hikmah mengapa malam al-Qadar dirahsiakan dari pengetahuan manusia agar kita bersungguh mencarinya pada setiap malam. Atas dasar itulah Saidatina Aisyah menceritakan bahawa Nabi bermujahadah pada 10 malam terakhir secara keseluruhannya dan bukan hanya menumpukan malam ke 27 sahaja. Kata Aisyah:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ akan bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh hari yang terakhir (dari bulan Ramadan) dengan penuh kesungguhan yang tidak berlaku pada hari-hari yang lain.”

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Download Buku 40 Hadis Tematik
=====
Jemput muat turun sebahagian buku 40 Hadis Tematik secara percuma. Buku-buku ini menghimpunkan hadis-hadis berdasarkan tema atau tajuk terpilih bagi memudahkan pembacaan dan pencarian para pembaca. Muat turun PDF di sini:

https://40hadithsanusi.wordpress.com/
https://40hadithsanusi.wordpress.com/
https://40hadithsanusi.wordpress.com/
Beberapa Sunnah Di Hari Raya
=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam pada hari raya ini. Antaranya ialah:

1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ

“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisau dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)

1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:

إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ

“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ

“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”

4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى

Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.

6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://40hadithsanusi.wordpress.com/2025/03/29/beberapa-sunnah-di-hari-raya/
Beberapa Sunnah Di Hari Raya
=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri ini. Antaranya ialah:

1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ

“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisai dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)

1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:

إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ

“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ

“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”

4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى

Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.

6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
2025/07/13 13:32:00
Back to Top
HTML Embed Code: