Telegram Web Link
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi HADIAH MENARIK! ๐ŸŽ‰

Ayuh cepat join CABUTAN BERTUAH!

...Pendaftaran masih dibuka sehingga 13 April 2025 !

Hadiah Utama: PERCUTIAN KE TURKIโ—๏ธ

Yang dah join, pastikan masuk ke dalam group yang kami dah sediakan ye. ๐Ÿ˜‰

Daftarkan diri anda SEKARANG.
Klik link: sedekahym.my

#syawal #bersamaYM #Cabutanbertuah #YayasanMaghfirah
Di Ambang Kebinasaan
=====
1. Dalam keghairahan menggila, media dikawal oleh pihak regim bagi menutup keruntuhan yang sedang di alami oleh makhluk keji ini. Laporan LeadNews 24 merekodkan sehingga 21 Mac 2025, pihak Iz mengalami kejatuhan paling kritikal dalam sejarah mereka:

a. ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ง๐ 
Sejak negara haram itu ditubuhkan pada tahun 1948, mereka mengalami kerugian:

โ€ข Kerugian Ketenteraan berjumlah $34 billion.
โ€ข Total kejatuhan ekonomi $67 billion.
โ€ข Budget deficit: $40 billion (paling teruk dalam sejarah mereka).

๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐ž๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ค:
โ€ข 60,000 syarikat ditutup menyebabkan kehilangan kerja yang memuncak
โ€ข Sektor pelancongan yang menurun kepada 70%, menyebabkan kerugian $5 billion.
โ€ข Sektor binaan yang kerugian $4 billion, dengan 70 projek pembangunan dibekukan.

Data ini menunjukkan bagaimana ekonomi mereka mula mencair dan meruncing sejak meletusnya peperangan.

b.๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ข๐ง๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฅ
Sejak bermulanya peperangan, seramai 143,000 rakyat Iz telah lari dari rumah mereka yang berhampiran dengan sempadan utara G. Sekalipun dalam tempoh genjatan senjata, mereak terlalu takut untuk kembali kepada penempatan asal mereka.

c. ๐“๐ž๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ง๐ 
Populasi rakyat negara ini mengalami tekanan psikologi yang sangat membimbangkan:

โ€ข 900,000 rakyatnya menderita dari post-traumatic stress disorder (PTSD)โ€”satu angka yang memecahkan rekod dunia,
โ€ขSatu pertiga dari rakyat Iz are struggle dengan depression atau mental health disorders.
โ€ข Penggunaan alkohol yang meningkat sebanyak 25%.
โ€ข Pengambilan pil tidur yang meninggkat sehingga 180%,menunjukkan rakyat mereka tidak boleh tidur kecuali melalui bantuan perubatan.
โ€ข Dalam kalangan tentera seramai 21 kes bunuh diri direkodkan pada tahun 2024 dan angka sebenar barangkali lebih tinggi dari yang dilaporkan.

These statistics show that morale inside Israel is at an all-time low, directly affecting military preparedness and internal stability.

d. ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ข๐ง๐๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š
Salah satu perkara yang memberikan indikasi penting terhadap keruntuhan mereka ialah rakyat sendiri meninggalkan negara mereka:

โ€ข 82,700 yahudi meninggalkan penempatan mereka pada tahun 2024, jumlah yang tertinggi dalam dekad ini.

Adakah kita bakal menyaksikan berakhirnya era negara kejam ini?

Laporan LeadNews24

Teruskan berdoa agar Allah membantu saudara-saudara kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Wajib Mempertahankan Aset Kita
=====
1. Adalah menjadi satu kewajipan buat setiap individu Muslim untuk mempertahankan harta atau aset yang dimiliki. Rasulullah menyebutkan dalam sebuah hadis:

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูุชูู„ูŽ ุฏููˆู†ูŽ ู…ุงู„ูู‡ู ูู‡ูˆูŽ ุดูŽู‡ูŠุฏูŒ ูˆู…ูŽู†ู’ ู‚ูุชูู„ูŽ ุฏููˆู†ูŽ ุฏููŠู†ูู‡ู ูู‡ูˆูŽ ุดูŽู‡ูŠุฏูŒ

โ€œBarangsiapa yang terkorban kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid dan barangsiapa yang terkorban mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid.โ€ (HR Tirmizi)

2. Saidina Abu Hurairah turut pernah menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang datang bertanya kepada Rasulullah tentang seseorang yang cuba untuk mengambil harta darinya. Kata Abu Hurairah:

โ€œSeorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah SAW seraya berkata: โ€˜Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya seorang lelaki datang kerana ingin mengambil hartaku?โ€™ Rasulullah SAW menjawab: โ€˜Jangan berikan hartamu.โ€™ Lelaki itu berkata: โ€˜Apa pendapatmu jika dia memerangiku?โ€™ Baginda menjawab: โ€˜Perangilah dia.โ€™ Lelaki itu bertanya lagi: โ€˜Apa pendapatmu jika dia membunuhku?โ€™ Baginda menjawab: โ€˜Maka kamu dikira syahid.โ€™ (HR Muslim).

3. Begitu juga kata al-Khatib al-Sharbini dalam menghuraikan perkara ini bahawa adalah menjadi kewajipan buat Muslim untuk mempertahankan aset mereka. Kata beliau:

ูˆูŠุฌุจ ุงู„ุฏูุน ุนู† ุจูุถู’ุนู ... ูˆุณูˆุงุก ุจูุถุน ุฃู‡ู„ู‡ุŒ ุฃูˆ ุบูŠุฑู‡" ุงู†ุชู‡ู‰

โ€œDan menjadi kewajipan untuk pertahankan aset kita, sama ada aset ahli keluarga atau aset orang lain.โ€ (Mughni al-Muhtaj)

4. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan buat diri kita mempertahankan tanah kita, aset kita atau harta kita. Janganlah seorang itu dilihat terlalu lemah dalam mempertahankan hak orang Islam itu sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Alhamdulillah. Sumbangan untuk menaja makanan Daurah Hadis telah pun cukup. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah memberikan ganjaran yang tidak terhingga kepada mereka yang memberi makan kepada para penuntut ilmu hadis ini. Amin.
Doa Tetamu Buat Tuan Rumah
===========
1. Ketika beraya, jangan lupa doakan buat Tuan Rumah. Rasulullah pernah menziarahi seorang sahabat Nabi bernama Saidina Busr. Beliau telah menjamu Rasulullah dengan makanan. Ketika ingin pulang, Saidina Busr berkata: Doakan kami Wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah mendoakan mereka:

ุงู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู‡ูู… ููŠู…ุง ุฑูŽุฒูŽู‚ุชู‡ู’ู…ู’ุŒ ูˆุงุบู’ููุฑ ู„ู‡ู… ูˆุงุฑุญูŽู…ู’ู‡ูู…

โ€œYa Allah berkatilah mereka dengan rezeki yang engkau berikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.โ€ (HR Muslim).

2. Berdasarkan hadith ini, Sheikh Said al-Qahtani telah meletakkan satu topik khusus di dalam kitab Hisnul Muslim tentang doa si tetamu kepada tuan rumah yang memberi makan. Ia dinamakan sebagai:

ุฏุนุงุก ุงู„ุถูŠู ู„ุตุงุญุจ ุงู„ุทุนุงู…
(Doa tetamu kepada si pemberi makan)

Kaedah yang sama juga digunakan oleh al-Imam al-Darimi, al-Bayhaqi dan Ibn Hibban. Mereka meletakkan topik yang hampir sama dengan lafaz yang berbeza.

3. Berdasarkan hadith ini juga al-Imam al-Nawawi menyatakan tentang keharusan buat si tetamu untuk mendoakan Tuan Rumah yang memberi makan. Kata al-Nawawi:

ูˆููŠู‡ ุงุณุชุญุจุงุจ ุทู„ุจ ุงู„ุฏุนุงุก ู…ู† ุงู„ูุงุถู„ุŒ ูˆุฏุนุงุก ุงู„ุถูŠู ุจุชูˆุณุนุฉ ุงู„ุฑุฒู‚ ูˆุงู„ู…ุบูุฑุฉ ูˆุงู„ุฑุญู…ุฉ

โ€œHadith ini menunjukkan keharusan meminta doa daripada orang yang lebih baik dari kita, begitu juga keharusan berdoa oleh tetamu agar (Tuan Rumah) diberikan keluasan rezeki, keampunan serta rahmat dari Allah.

4. Pandangan yang sama dinyatakan oleh al-Imam Ibn Qudamah. Kata beliau:

ูˆูŠุณุชุญุจ ุงู„ุฏุนุงุก ู„ุตุงุญุจ ุงู„ุทุนุงู… ; ู„ู…ุง ุฑูˆู‰ ุฌุงุจุฑ ุจู† ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡

โ€œDan harus untuk mendoakan seseorang yang memberi makan kepada kita, ia adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir ibn Abdillah. (Ibn Qudamah, al-Mughni)

5. Biarpun hadith ini secara umumnya tidak menampakkan sunnah yang khusus tentang doa tetamu buat Tuan Rumah, ia adalah satu keharusan buat tetamu mendoakan kebaikan buat Tuan Rumah seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi dan Ibn Qudama.

6. Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mendoakan kebaikan terhadap mereka yang memberikan kita makan dengan lafaz yang pernah diucapkan oleh Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
*PENGGANTIAN HORN SPEAKER MASJID*

โ˜ช๏ธ Sebaik sahaja pengumuman Aidilfitri berlangsung pada Ahad lepas, speaker masjid mengalami masalah.

โ˜ช๏ธ AJK Penyelenggaraan masjid bertungkus lumus menyelesaikan apa yang termampu.

๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
โ€œSemua speaker rosak. Tak boleh gunaโ€

๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
โ€œ6 speaker outโ€

โ˜ช๏ธ Mahu atau tidak kita perlu gantikan yang baharu supaya laungan azan terus berkumandang di Kariah Pekan Nilai.

โ˜ช๏ธ Azan adalah syiar untuk memanggil para jemaah hadir solat berjemaah dan tanda masuknya waktu solat.

โ˜ช๏ธ Jawapannya *ganti baharu*. Duit kita cari kemudian. Gunakan dulu apa sahaja sumbangan yang masjid ada.

๐Ÿ•Œ Alhamdulillah pemasangan spekaer baharu telah selesai. Doakan agar azan sentiasa berkumandang dengan kuat dan jelas tanpa henti.

Bagi yang mahu menyumbang :

๐Ÿ“ŒBank Islam

๐Ÿ•ŒMasjid Pekan Nilai

โœ๏ธ*05058010001640*

๐Ÿ“ŒJom sertai kami

https://www.facebook.com/MasjidPekanNilai

https://chat.whatsapp.com/Em0D8i221clLGXDifFDHJz ๐Ÿช€

#MohKoMosojid
#MasjidPekanNilai
#JHEAINS
Tiada Pilih Kasih Dalam Hukuman
==========
1. Seorang perempuan dari Bani Makhzum telah mencuri di zaman Rasulullah. Bani Makhzum adalah antara kabilah yang mempunyai kedudukan dan pengaruh di sisi Qurasyh. Apabila perempuan ini di dapati mencuri, tiada siapa yang berani untuk memaklumkan kepada Rasulullah kerana menjaga kedudukan kumpulan manusia yang berpengaruh ini.

2. Quraysh mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka menggunakan pendekatan memujuk Rasulullah dengan menghantar orang yang paling disayangi Baginda. Tokoh yang dipilih dalam usaha diplomasi yang salah ini adalah Usamah ibn Zaid. Usamah adalah watak yang dikenali sebagai antara orang yang sangat disayangi Rasulullah. Al-Bukhari menggunakan lafaz โ€œhibbu Rasulillahโ€ iaitu (orang yang disayangi Rasulullah).

3. Telahan Quraysh meleset. Apabila Usamah berusaha bercakap memujuk Rasulullah, reaksi Baginda mengejutkan. Baginda marah lalu bangkit berkhutbah. Sabda Baginda:

( ุฃูŽุชูŽุดู’ููŽุนู ูููŠ ุญูŽุฏู‘ู ู…ูู†ู’ ุญูุฏููˆุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŸ! ) ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ( ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽูƒูู…ู’ ุŒ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑูŽู‚ูŽ ูููŠู‡ูู…ู ุงู„ุดู‘ูŽุฑููŠูู ุชูŽุฑูŽูƒููˆู‡ู ุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑูŽู‚ูŽ ูููŠู‡ูู…ู ุงู„ุถู‘ูŽุนููŠูู ุฃูŽู‚ูŽุงู…ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุญูŽุฏู‘ูŽ 

โ€œApakah kamu meminta syafaat (supaya hukuman digugurkan) berkenaan hukuman hudud ini? Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang berpengaruh, kamu bebaskan. Dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah (orang biasa) maka kamu kenakan hukuman hudud terhadap mereka.โ€ (HR al-Bukhari dan Muslim)

4. Begitulah tegasnya Baginda dalam menjalankan hukuman bagi memastikan keadilan sosial dapat ditegakkan. Pangkat dan kedudukan tidak mengecualikan seseorang daripada hukuman keadilan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Jaga Batasan Pergaulan Di Tempat Kerja
=========
1. Hubungan pergaulan di tempat kerja yang tidak terkawal di antara lelaki dan wanita berupaya menimbulkan fitnah yang mengundang kepada zina. Tidak kira samada seseorang itu sudah berkahwin atau bujang, batasan pergaulan hendaklah dijaga. Hati manusia boleh berubah untuk cenderung melakukan maksiat.

2. Secara umumnya, Rasulullah sangat memelihara batas pertemuan antara lelaki dan perempuan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Rasulullah ๏ทบ dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat.

3. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah ๏ทบ adalah bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat. Al-Bukhari merekodkan:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุญููŠู†ูŽ ูŠูŽู‚ู’ุถููŠ ุชูŽุณู’ู„ููŠู…ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽูƒูŽุซูŽ ูŠูŽุณููŠุฑู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ููˆู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุดูู‡ูŽุงุจู ููŽุฃูุฑูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ููƒู’ุซูŽู‡ู ู„ููƒูŽูŠู’ ูŠูŽู†ู’ููุฐูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฏู’ุฑููƒูŽู‡ูู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุงู†ู’ุตูŽุฑูŽููŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู

โ€œRasulullah ๏ทบ akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ๏ทบ memberi salam. Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah ๏ทบ ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat). (HR al-Bukhari)

4. Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda ๏ทบ juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita. Sabda Rasulullah ๏ทบ:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูˆู’ ุชูŽุฑูŽูƒู’ู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุจูŽุงุจูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุงููุนูŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู…ูŽุงุชูŽ

Rasulullah ๏ทบ bersabda: โ€œAlangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata-kata Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalah beliau meninggal.โ€ (HR Abu Daud)

5. Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadis bahawa Rasulullah ๏ทบ menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

ุฑูˆู‰ ุฃูŽุจูˆ ุฃูุณูŽูŠู’ุฏู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠู‘ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุณูŽู…ูุนูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฎูŽุงุฑูุฌูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ููŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽุทูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ูููŠ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ุงุณู’ุชูŽุฃู’ุฎูุฑู’ู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุญู’ู‚ูู‚ู’ู†ูŽ ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู‚ูŽ ( ุชูŽุณูุฑู’ู† ูˆุณุท ุงู„ุทุฑูŠู‚ )

โ€œAbu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda ketika Baginda ๏ทบ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ๏ทบ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit laluan kamu, jangan lah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita). (HR Abu Daud)

6. Mereka yang berurusan dengan masjid ini, pada andaian kita barangkali mereka adalah golongan yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

7. Bayangkan, kalau di masjid dalam keadaan nak beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana di tempat kerja. Batasi pergaulan kita. Usah bergurau dengan gurauan โ€œorang kahwinโ€ yang melampau. Bermula dari cetusan yang sedikit, syaitan berupaya membisikkan godaan zina yang memusnahkan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
DAURAH KITAB RIYADUS SALIHIN FASA 6- BERMULA BAB KE 100 (KITAB ADAB)

Anjuran: Ulum Hadith Research Centre

Kitab Riyadus Al-Salihin adalah kitab yang ditulis oleh al-Imam al-Nawawi -Rahimallahuta'ala-. Kitab ini menghimpunkan hadis-hadis berkaitan topik-topik tertentu sebagai bimbingan bagi diri seorang muslim. Oleh itu, Ulum Hadith Research Centre sekali lagi akan menyambung fasa yang ke-6 bagi mensyarahkan hadis-hadis di dalam kitab bermula bab ke 100 Kitab Adab.

Berikut merupakan makluman berkaitan daurah:

Hari: Setiap Khamis
Masa: 09.10-10.10 Malam (1 Jam)
Platform: Zoom ( Rakaman Facebook disediakan)
Tarikh : 1 Mei 2025 - 29 Januari 2026 (10 Bulan)

Yuran RM 50 Setiap Bulan.

Bagi pembayaran sekaligus 10 Bulan ialah sebanyak RM 400. (Diskaun RM 100 diberikan)

Terdapat empat Panel bagi daurah ini, iaitu Dr Ahmad Sanusi bin Azmi, Dr Mohd Yusuf bin Ismail, Dr Zulhilmi Mohd Mor dan Dr Amiruddin bin Sobali. Ahli Panel ini akan bergilir-gilir mensyarahkan hadis ini setiap minggu sehingga fasa terakhir.

Cara Mendaftar :
1. Transfer pembayaran yuran di Akaun Bank Islam 05058010028832 (ULUM HADITH RESEARCH CENTRE).
2. Screenshot pembayaran.
3. Isi Pendaftaran Google Form di bawah dan Upload gambar resit pada ruangan disediakan:

Link pendaftaran Google Form:
https://forms.gle/p1TUJW8RLZnPi7Tv5

Sebarang persoalan boleh hubungi saudara Ibn Ramzi di 018-230 9851
Janganlah Raya Disambut Dengan Dosa
=====
1. Tular video nyayian lagu raya bersama artis dengan anak-anak muda. Ditambah pula tarian dan joget tersebut dilakukan dalam premis sekolah, tempat anak-anak dididik mengenal agama dan budaya.

2. Tahukah anda bahawa kita membayar Zakat Fitrah adalah bagi menyempurnakan kekurangan puasa kita di bulan Ramadan. Perkara ini dinyatakan oleh Ibn Abbas dalam sebuah hadis yang menyebutkan:

ููŽุฑูŽุถูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุฒูŽูƒูŽุงุฉูŽ ุงู„ููุทุฑู ุทูู‡ุฑูŽุฉู‹ ู„ูู„ุตูŽู‘ุงุฆูู…ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ุบูˆู ูˆูŽุงู„ุฑูŽู‘ููŽุซู

โ€œRasulullah memfardukan Zakat Fitrah itu adalah bagi menyucikan (kekurangan) orang yang berpuasa daripada melakukan perkara yang lagha (sia-sia) dan dosa.โ€ (HR Abu Daud)

3. Anehnya setelah kita membayar Zakat Fitrah dan berpuasa bagi membersihkan diri kita dari dosa, kita sambut pula dengan nyanyian, jogetan serta pergaulan bebas sesama lelaki dan wanita. Kata Bisyr al-Hafi:

ุฃู† ู‚ูˆู…ู‹ุง ูŠุชุนุจุฏูˆู† ููŠ ุฑู…ุถุงู† ูˆูŠุฌุชู‡ุฏูˆู† ููŠ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ุŒ ูุฅุฐุง ุงู†ุณู„ุฎ ุชุฑูƒูˆุง! ู‚ุงู„: ุจุฆุณ ุงู„ู‚ูˆู… ู‚ูˆู… ู„ุง ูŠุนุฑููˆู† ุงู„ู„ู‡ ุฅู„ุง ููŠ ุฑู…ุถุงู†.

Sesungguhnya terdapat satu kaum yang beribadah dalam bulan Ramadan dan bersungguh dalam amalan. Apabila hilang Ramadan, mereka meninggalkan semua (kebaikan itu). Inilah sejahat-jahat kaum. Mereka hanya mengenal Allah dalam bulan Ramadan. (Miftah al-Afkar, 2/283)

4. Keseronokan sambutan Hari Raya janganlah dicemari dengan dosa. Hari Raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Allah menjadikan Hari Raya sebagai gantian kepada perayaan Jahiliah. Namun, apa yang membimbangkan, kita pula mengembalikannya dengan sifat sambuatn Jahiliah. Sabda Rasulullah:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุจู’ุฏูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ุจูู‡ูู…ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุถู’ุญูŽู‰ ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ููุทู’ุฑู

โ€œSesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Adha dan Hari Raya Aidil Fitri.โ€ (HR Abu Daud)

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
40 Hadis tentang Haji & Umrah
=====
Sudah pasti ramai yang sudah menerima tawaran Haji. Dapatkan buku 40 Hadis Tentang Haji & Umrah oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi melalui link di bawah:

https://shorturl.at/mr0bX
https://shorturl.at/mr0bX
2025/07/12 21:36:14
Back to Top
HTML Embed Code: