Penghormatan Terhadap Jalur Gemilang
=====
1. Agak menghairankan juga kesalahan terhadap ilustrasi berkaitan bendera negara ini apabila dilakukan oleh rakyatnya sendiri. Kalau kesalahan pertama, mungkin tidak mengapa, namun kalau berkali-kali ini ia seolah-olah sebuah paten kesilapan. Adakah ia disengajakan?
2. Dalam hadis, terdapat banyak peristiwa yang direkodkan yang menunjukkan tentang kepentingan bendera dalam perjuangan kebangsaan. Dikatakan Rasulullah mula memasuki Madinah menggunakan bendera Baginda sendiri.
3. Bahkan di dalam perjuangan Islam, mereka yang memegang bendera adalah mereka yang bukan calang-calang. Bendera Islam ketika dalam Badar di pegang oleh Mus’ab ibn Umayr sehinggalah beliau syahid terputus tangannya dalam mempertahankan panji Islam.
4. Ketika Perang Khaibar Rasulullah mengumumkan bahawa bendera Islam akan dipegang oleh mereka yang disayangi Allah. Sabda Rasulullah:
لَأُعْطِيَنَّ هَذِهِ الرَّايَةَ غَدًا رَجُلًا يَفْتَحُ اللَّهُ عَلَى يَدَيْهِ , يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيُحِبُّهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
“Aku akan berikan bendera ini esok kepada seorang lelaki yang Allah membuka (Khaibar) ini melalui tangannya. Dia menyayangi Allah dan RasulNya dan Allah dan RasulNya menyayanginya. (HR al-Bukhari)
5. Malah begitu pentingnya bendera ini, Rasulullah menamakan nama-nama tertentu yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah untuk mendaulatkan perjuangan dan bendera Islam. Perkara ini boleh diperhatikan dalam Perang Mu’tah dimana Rasulullah telah menamakan Zaid ibn Haritha, dan Ja’far Abu Talib dan Abdullah ibn Rawahah yang mana kesemua mereka bukan calang manusia.
6. Mereka mengangkat dan memartabatkan bendera yang membawa semangat perjuangan Islam. Hari ini terkadang terdapat sebahagian warga negara kita sendiri yang memandang remeh isu bendera bahkan merendahkan bendera negara kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi

Telegram
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡: 𝗙𝗔𝗧𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡
Dunia Palestin membawakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama Al-Juwaini, Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa untuk membincangkan hukum-hakam mengenai jihad, fatwa jihad untuk Palestin yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak dan bagaimana respons serta tindakan umat bagi membantu Palestin.
Tarikh: 21 April 2025 | Isnin
Masa: 9.30 malam - 10.30 malam
Medium: Google Meet
Dijemput semua bersama sertai.
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin020

Berjihad Sehingga Terkeluar Mata
=====
1. Membaca kisah para sahabat dalam memperjuangkan Islam benar-benar menginsafkan. Al-Imam Ibn al-Athir meriwayatkan kisah bagaimana Saidina Qatadah bin al-Nu’ man yang berjihad sehingga terkeluar matanya dan tergantung.
2. Insiden ngeri tersebut berlaku dalam Perang Uhud di mana mata Qatadah terkena terkena anak panah. Asim bin Umar menceritakan:
أُصِيبَتْ عَيْنُ قَتَادَةَ يَوْمَ أُحُدٍ، حَتَّى وَقَعَتْ عَلَى وَجْنَتِهِ، فَرَدَّهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَتْ أَحْسَنَ عَيْنَيْهِ
"Mata Qatadah telah cedera pada hari (perang) Uhud, sehingga terjatuh ke pipinya. Lalu Rasulullah ﷺ meletakkannya kembali ke tempat asalnya, maka ia menjadi mata beliau yang paling elok antara kedua-duanya." (Usd al-Ghabah, 4/370)
3. Pada asalnya para sahabat ingin memotong sahaja urat yang menggantung bebola mata Qatadah, namun ia dihalang oleh Rasulullah. Kata Asim:
فَأَرَادُوا أَنْ يَقْطَعُوهَا، فَسَأَلُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: " لا "، فَدَعَا بِهِ
Para sahabat ingin memotongnya (untuk mengelakkan mudarat), lalu mereka bertanya kepada Nabi ﷺ tentang hal itu. Baginda bersabda: "Jangan (dipotong)." Lalu Baginda ﷺ memanggil Qatadah (dan merawat beliau).
4. Insiden ini mengingatkan kita bagaimana ketabahan dan keteguhan sahabat dalam memikul bebanan jihad dan dakwah. Bersabar dalam segala kesulitan yang dialami. Penawar yang terindah akan hadir bersama Baginda Nabi ﷺ.

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔻 TERKINI | PEJUANG MENYERANG
Serangan Briged Al-Qassam menyasarkan jentera musuh Zionis yang menceroboh di pinggir kawasan kejiranan at-Tuffah, timur Bandar Gaza.
Sumber: Briged Al-Qassam
www.tg-me.com/duniapalestin

Zikir Yang Diajar Kepada Juwairiyah
======
1. Pernah suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan solat subuh dari rumah isterinya Saidatina Juwairiyah dan Baginda dapati, Juwairiyah sedang duduk ditempat solatnya.
2. Apabila selesai solat subuh (ketika waktu Dhuha), Rasulullah pulang ke rumah dan mendapati Saidatina Juwairiyah masih ditempat duduknya (sama seperti keadaan Rasulullah keluar dari rumah tadi).
3. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?" Juwairiyah menjawab: Ya. Lalu Rasulullah mengajarkan Juwairiyah satu zikir yang sekiranya diucapkan tiga kali sahaja sudah sama pahalanya dengan apa yang Juwairiyah bacakan sepanjang hari. Lafaz zikir tersebut ialah:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
4. Menurut al-Qastalani, zikir ini mengandungi empat elemen utama yang meliputi (1) hitungan jumlah makhluk (2) keluasan redha Allah, (3) timbangan Arasy (4) jumlah kalimahNya. Seakan-akan kita berharap tasbih yang diungkapkan meliputi segenap aspek di atas.
5. Mulla Ali al-Qari pula menjelaskan bahawa mereka yang mengungkapkan zikir ini akan memperolehi pahala yang luas sepanjang hari (atau sepanjang pagi atau lebih). Kata beliau:
لَتَرَجَّحَتْ تِلْكَ الْكَلِمَاتُ عَلَى جَمِيعِ أَذْكَارِكِ وَزَادَتْ عَلَيْهِنَّ فِي الْأَجْرِ وَالثَّوَابِ
"kalimah zikir yang diajarkan Baginda Nabi itu akan melampaui zikir-zikir yang dibaca oleh engkau (wahai Juwairiyah) bahkan lebih banyak pertambahan dari sudut ganjaran dan pahala." (Mirqah al-Mafatih)
6. Amalkan zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi buat isterinya ini. Semoga Allah membimbing kita.

Surah al-Kahfi Lebih Baik Dari Is Dunia
=====
1. Di permulaan Surah al-Kahfi lagi, Allah mengingatkan kita bahawa dunia inihanyalah perhiasan yang dijiadikan sebagai ujian buat para hambanya. Kata al-Imam Ibn Kathir:
ثم أخبر تعالى أنه جعل الدنيا دارا فانية مزينة بزينة زائلة
“Kemudian Allah memberitahu kita bahawa dia menjadikandunia sebagai rumah yang akan binasa, yang dihiasi dengan perhiasan yang tidak kekal.” (Tafsir Ibn Kathir)
2. Perkataan perhiasan ini disebut berulang kali di dalam al-Quran, menunjukkan kepada kita bagaimana manusia itu perlu untuk sentiasa diingatkan mengenai hakikat dunia. Dunia dijadikan sebagai instrument yang menguji kekuatan jiwa manusia. Apakah mereka boleh dibeli dengan dunia, rasuah atau sebaliknya.
3. Manakala dalam hadis pula, Rasulullah menggambarkandunia dengan dimensi yang berbeza. Dalam banyak hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa terdapat amalan yang kecil, tetapi nilainya lebih berharga dari seluruhisi dunia.
4. Sebagai contoh Rasulullah menjelaskan bahawa solatdua rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari seluruh isi dunia. Menurut Saidatina Aisyah, solat dua rakaat sebelum subuh ini adalah di antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah:
رَكْعَتَاالْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua rakaat fajar (sebelum subuh) adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.” (HR Muslim)
5. Manakala dalam hadis yang lain pula, Rasulullah menjelaskan bahawa membaca sepuluh ayat al-Quran pada malam hari adalah lebih
baik dari seluruh isi dunia. Sabda Rasulullah:
مَنْ قَرَأَعَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قِنْطَارٌ، وَالْقِنْطَارُ خَيْرٌ مِنَ
الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat pada waktu malam,maka akan ditulis baginya pahala ganjaran satu qintar, dan satu qintar itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR al-Tabrani)
6. Perhatikan bagaimana Allah ingin meleraikan ikatanjiwa manusia agar tidak terlalu berpaut dengan dunia. Setiap hari jumaat kita diingatkan mengenai perkara ini di dalam Surah al-Kahfi sedangkan Nabi pula mendatangkankepada kita pelbagai alternatif, menegaskan bahawa mengabdikan diri kepada Allah itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Rezeki Yang Diberkati Allah
=======
1. Terkadang kita merasa hairan melihat manusia yang diberikan ketenangan dan kelapangan yang berbeza. Ada manusia yang diberikan kurniaan wang yang banyak, namun masih merasakan tidak cukup sehingga menganiya orang lain dalam mencari harta dunia.
2. Namun, ada juga manusia yang dikurniakan rezeki yang sederhana atau sedikit, namun hidup mereka tenang dan Bahagia, sehingga kita merasa seronok melihat ketenangan dan kebahagian kehidupan mereka.
3. Jelas di sini bahawa ketenangan dan kebahagian itu tidak semestinya datang dengan limpahan wang yang banyak tetapi dianugerahkan buat mereka yang redha dan menjaga hak-hak yang diperintahkan oleh Allah. Sabda Rasulullah:
إن اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يبتلي عَبْدَهُ بِمَا أَعْطَاهُ فَمَنْ رضي بِمَا قَسَمَ الله عز وجل له بَارَكَ الله له فيه وَوَسَّعَهُ وَمَنْ لم يَرْضَ لم يُبَارِكْ له ولم يزده على ما كتب له
Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala, akan menguji hamba-Nya dengan rezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah , maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki tersebut untuknya. Dan barang siapa yang tidak redha, nescaya rezekinya tidak diberkati. (HR Ahmad)
4. Tidak salah mencari rezeki yang banyak, namun jangan sampai harta tersebut menjadikan kita jauh dari Allah dan tidak bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita.

Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah ﷺ
=====
1. Terdapat beberapa lafaz doa yang pernah diajarkan sendiri oleh Rasulullah ﷺ kepada para sahabat untuk diamalkan oleh mereka. Antaranya:
2. Doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi kepada Saidina Abu Bakar. Menurut riwayat al-Imam al-Nasa’i, Saidina Abu Bakar telah bertemu dengan Rasulullah dan bertanyakan doa apakah yang terbaik untuk dibacakan oleh beliau di dalam solatnya. Lalu Baginda Nabi mengajarkan kepadanya doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ
3. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim pula, Rasulullah turut pernah mengajarkan sebuah doa kepada Saidina Ali doa agar memohon dikurniakan hidayah dan petunjuk sepanjang kehidupan ini. Doa tersebut adalah:
اللهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي، وَاذْكُرْ، بِالْهُدَى هِدَايَتَكَ الطَّرِيقَ، وَالسَّدَادِ، سَدَادَ السَّهْمِ
4. Manakala dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah pernah mendidik Saidina Muaz bin Jabal agar membacakan doa memohon bantuan Allah dalam beribadat. Doa ini boleh dibacakan seusai solat. Doa tersebut ialah:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
5. Ini adalah di antara doa yang pernah diajarkan sendiri oleh Baginda Nabi SAW kepada para sahabat. Alangkah baiknya sekiranya kita sendiri berupaya untuk mengungkapkan lafaz doa yang pernah disampaikan oleh Baginda Nabi sendiri.