Telegram Web Link
Panjang Umur dan Rajin Beribadah
==========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan bahawa beruntunglah orang yang diberikan anugerah dengan usia yang panjang sedang dia mengabdikan diri kepada Allah. Sabda Rasulullah:

طُوبَى لِمَنْ طَالَ عُمْرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ

“Beruntunglah bagi mereka yang dipanjangkan usianya dan (semakin) baik amalannya. (Sunan al-Baihaqi, dinilai Sahih oleh al-Albani)

2. Bahkan Rasulullah membezakan dua lelaki yang panjang umur tetapi tidak digunakan kelebihan usianya dengan amalan yang baik. Perkara ini direkodkan ketika Rasulullah ditanya oleh seorang lelaki. Kata lelaki itu:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ" قَالَ: "فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟" قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ"

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih)

3. Atas dasar itu Saidina Ali lebih menyukai lelaki yang mati setelah usia yang panjang yang digunakan untuk mengenali Tuhannya berbanding kanak-kanak yang meninggal kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. Kata Saidina Ali:

مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ

“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Tuhannya adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.” (disebutkan oleh al-Imam al-Tayyibi)

4. Ini menunjukkan, usia yang panjang mestilah digunakan sebaiknya untuk mengenal Allah dan mengabdikan diri kepadanya. Janganlah sia-siakan masa yang diberikan dengan perkara yang tidak disukai Allah.

5. Kita bimbang akan tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu mereka yang dikurniakan usia yang panjang tetapi semakin rosak dan merosakkan manusia.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Sahabat Berjihad Hingga Terkeluar Mata! Bagaimana Dengan Semangat Jihad Kita Hari Ini?

Tonton di TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSh5hVTLF/
Rasulullah Membenci Golongan Songsang
=====
1. Kewujudan kumpulan-kumpulan yang menyokong amalan LGBT ini amat membimbangkan. Selain daripada bercanggah dengan fitrah manusia, amalan seperti ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith.

2. Allah SWT mengingatkan kita tentang ancaman ini melalui kisah Nabi Lut yang dinyatakan didalam al-Quran. Perbuatan terkutuk ini disifatkan oleh Allah SWT sebagai “orang yang melampaui batas”. Firman Allah:

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

3. Dalam menangani isu ini, Rasulullah ﷺ juga memberi amaran yang keras berhubung perbuatan ini. Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa amalan ini adalah perkara yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

Maksudnya: Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. (HR Ahmad)

4. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini. Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam menangani permasalahan ini.

5. Sebagai Muslim, kita dituntut untuk mengikuti perintah Allah dan Rasul. Andai Rasulullah membenci amalan tersebut, maka kita dituntut melakukan sedemikian. Bukan kerana menyebarkan kebencian, tetapi mematuhi ALlah dan Rasul.

6. Menurut al-Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah bagi membersihkan masyarakat dari budaya yang tidak sihat. Malah perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini. (al-Qardawi, al-Halal wa al-Haram.)

7. Dengan itu, adalah diharapkan agar pihak berkuasa memantau serta mengambil tindakan terhadap kewujudan kumpulan yang membantu ke arah perlakuan yang terkutuk ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Suami dan Isteri Saling Melindungi
========
1. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

2. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

3. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari.

4. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)

5. Begitu juga menurut Rasulullah, sebaik-baik wanita itu adalah yang menjaga hak suaminya. Sabda Rasulullah:

خيرُ النِّساءِ امرأةٌ إذا نظرتَ إليها سرَّتك، وإذا أمرتَها أطاعتك، وإذا غبتَ عنها حفظتَك في نفسِها ومالِك

"Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang tenang hatimu saat memandangnya, dia taat kepadamu saat disuruh, dan ketika engkau tiada, dia menjaga kehormatannya dan memelihara hartamu." (HR Abu Daud al-Tayyalisi)

6. Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
_*Bicara seorang anak kecil di Mindanao...*_

*“Anda ingin tahu apa yang kami makan setiap hari? Izinkan saya berkongsi ya?…”*

Saat poket ayahku berisi 50 peso (~RM4) — kami bersyukur dapat menikmati nasi bersama ikan dan sedikit sayur.

Apabila wang semakin berkurang, hanya tinggal 20 (~RM1.60) — kami masih mengalas perut dengan nasi dan ikan kering. Untuk melembutkan rasa, sedikit air dituangkan ke atas nasi. Ia juga membantu mengurangkan masinnya ikan kering.

Dan bila poket benar-benar kosong — kami akan ke kedai runcit, meminjam sekadar satu tin sardin atau sebungkus mi segera. Asalkan ada nasi, kami masih boleh bertahan.

Namun ada waktunya, tiada apa lagi yang tinggal. Kedai pun sudah tidak mampu membantu. Maka, kami hanya makan nasi bersama kicap, atau digaul dengan sedikit minyak kelapa dan garam — itu pun sudah cukup bagi kami.

Dan di saat yang paling getir — apabila nasi juga telah tiada — kami merebus ubi kayu atau mengalas perut dengan pisang seadanya. Kami hanya mampu berdoa agar esok lebih baik daripada hari ini. 😓

*Jadi, apa maknanya sekantung kecil daging buat kami?* Ia adalah satu nikmat besar. Sebuah kegembiraan yang tak mampu kami gambarkan. Sebuah hadiah yang begitu bererti dalam hidup yang serba kekurangan ini.

---------
Nota: *Kisah ini bukan rekaan untuk hiburan atau berdrama. Inilah realiti hidup sebahagian besar masyarakat miskin di Mindanao.*

🌹 Salurkan ibadah Qurban anda kepada mereka yang benar-benar memerlukan — anak-anak yatim, para mualaf dan komuniti miskin di Mindanao.


🐂JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA, MINDANAO dan PATTANI Anjuran i-GURU 🐐

📌AKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2025 M/ 1446 H📌

🐂 1 bahagian lembu di :
Kemboja : RM 370
Mindanao : RM 500
Pattani : RM 550

🐐 1 ekor kambing di :
Kemboja : RM 700
Mindanao : RM 970


Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
🗒Sedekah korban RM20
🗒Sedekah korban RM50
🗒Sedekah korban RM100

Tarikh tutup penyertaan: 01 Jun 2025

MACAM MANA NAK MENYERTAI ⁉️⁉️

1️⃣ Untuk pendaftaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2025
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

ATAU

2⃣ Hubungi pegawai khidmat kami :
☎️ www.wasap.my/+60136467969
Puan Azimah
☎️ www.wasap.my/+60136616676
Mua'llim Fairul


‼️‼️ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI
𝟳𝟳 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗡𝗮𝗸𝗯𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻

15 Mei 1948 merupakan tarikh yang diingati sebagai Nakbah Palestin, suatu malapetaka dan tragedi yang menimpa dunia Islam apabila tanah Palestin telah dijajah secara rasmi oleh Zionis.

Penjajahan tersebut telah dirancang oleh gerakan Zionis sejak 50 tahun sebelumnya pada 1897, yang disempurnakan dengan pemberian majoriti tanah di Palestin kepada orang Yahudi oleh PBB pada 1947.

Apakah yang berlaku sepanjang 50 tahun tersebut? Bagaimanakah strategi yang dilaksanakan oleh Zionis untuk menjajah tanah Palestin yang ratusan tahun berada di bawah naungan Khilafah Islam?

Dapatkan jawapannya dalam rakaman webinar ini: bit.ly/duniapalestin007
𝗠𝗨𝗭𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗟𝗠𝗨𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠: 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

Anjuran Muafakat Ilmuan Islam (MUIS), Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Dunia Palestin, Pertubuhan Global Hayat

𝗨𝗰𝗮𝗽𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗮𝗵𝗶𝗯𝘂𝘀 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗵𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗭𝗮𝗺𝗿𝗶 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺
Timbalan Mufti Perak
Pengerusi Muafakat Ilmuan Islam

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝟭 - 𝗝𝗶𝗵𝗮𝗱 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻: 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗲 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻
Oleh: Lt Kol Dr. Hj Mohamad Muntaha bin Hj Saleh
Pensyarah Akademi Pengajian Pertahanan Islam, UPNM

𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝟮 - 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗙𝗮𝗵𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻
Oleh: Muslim Imran
Pengarah Asia Middle East Center (AMEC)

𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗠𝘂𝘇𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶
Bersama 30 tokoh dan Ilmuwan Islam

Tarikh: 24 Mei 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pg–5.00 ptg
Tempat: Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur

Yuran Pemerhati: RM30.00
*Sarapan, makanan tengahari dan minum petang termasuk kertas kerja disediakan.

Daftar segera sebagai pemerhati:
https://ezy.la/sjv
https://ezy.la/sjv
https://ezy.la/sjv

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Abdul Halim di talian 0132214738
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
==========
1. Mendidik anak pada zaman teknologi ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Cabaran yang bakal dilalui perlu diharungi dengan penuh kesabaran.

2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيّ

“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)

3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).

4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:

وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَانِ، لَا تقُومُ لَهُمَا الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، فَيَقُولَانِ: يَا رَبُّ، أَنَّى لَنَا هَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُمَا: بِتَعْلِيمِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ

“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)

5. Ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:

مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّار

“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
2025/07/09 02:21:23
Back to Top
HTML Embed Code: