Telegram Web Link
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
==========
1. Mendidik anak pada zaman teknologi ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Cabaran yang bakal dilalui perlu diharungi dengan penuh kesabaran.

2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيّ

“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)

3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).

4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:

وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَانِ، لَا تقُومُ لَهُمَا الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، فَيَقُولَانِ: يَا رَبُّ، أَنَّى لَنَا هَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُمَا: بِتَعْلِيمِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ

“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)

5. Ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:

مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّار

“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Ungkapan Nasihat Imam al-Syafi'e
========
Kalam al-Imam al-Syafi'e sarat dengan mutiara dan hikmat. Beliau pernah mengungkapkan beberapa nasihat penting tentang ilmu dan adab. Antaranya:

1. Ilmu bukan sekadar hafalan
2. Selalu kenyang menggelapkan hati
3. Memuaskan hati manusia adalah sesuatu yang sukar
4. Diam ketika dicerca

Disini dikongsikan beberapa petikan buat pedoman kita bersama.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
🐂JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA, MINDANAO dan PATTANI Anjuran i-GURU 🐐

📌AKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2025 M/ 1446 H📌

🐂 1 bahagian lembu di :
Kemboja : RM 370
Mindanao : RM 500
Pattani : RM 550

🐐 1 ekor kambing di :
Kemboja : RM 700
Mindanao : RM 970

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
🗒Sedekah korban RM20
🗒Sedekah korban RM50
🗒Sedekah korban RM100

Tarikh tutup penyertaan: 05 Jun 2025

MACAM MANA NAK MENYERTAI ⁉️⁉️

1️⃣ Untuk pendaftaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2025
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

ATAU

2⃣ Hubungi pegawai khidmat kami :
☎️ www.wasap.my/+60136467969
Puan Azimah
☎️ www.wasap.my/+60136616676
Mua'llim Fairul

‼️‼️ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI

‼️TARIKH TUTUP : 05 JUN 2025‼️
Salam Jumaat di bulan Zulkaedah yang penuh berkat menuju musim Haji yang mulia 🤲🏼

Mari berinfaq untuk kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.

Tekan link OnPay di bawah untuk infaq :

https://bit.ly/tajaB40kelasngaji
MUZAKARAH ILMUWAN ISLAM DITANGGUHKAN KE 1 JUN 2025

Sebagai makluman, Muzakarah Jihad Bebaskan Palestin pada Sabtu ini terpaksa DITANGGUHKAN disebabkan keadaan trafik luar dari jangkaan awal kami (terlalu banyak penutupan jalan-jalan di Kuala Lumpur).

Oleh itu, pihak MUIS akan melanjutkan Muzakarah tersebut pada tarikh 1/Jun/2025 (Ahad) akan datang. Butiran:

Tarikh: 1 Jun 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 ptg
Tempat: Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

Daftar segera sebagai pemerhati:
https://ezy.la/o3h
https://ezy.la/o3h

Harap maklum
Siapakan Fasiq Yang Dimaksudkan?
=====
1. Di dalam surah al-Hujurat, Allah memberikan kita peringatan mengenai keperluan menyemak maklumat yang disampaikan kepada kita. Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُواْ عَلى مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِين(6)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.

2. Para ulama mengaitkan ayat ini dengan insiden pengutusan al-Walid bin Uqbah kepada Bani Mustaliq dalam urusan pengutipan wang zakat dari mereka. Timbul persoalan di sini, siapakah yang dimaksudkan dengan fasiq di sini? Adakah ia benar-benar merujuk kepada al-Walid?

3. Apakah maksud fasiq yang sebenar dan bagaimanakah konsep al-Tabayyun yang dilaksanakan oleh Rasulullah?

Dapatkan semua perbincangan ini melalui karya terbaru berjudul Nota Surah al-Hujurat

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Program Bicara Hadis di PBAKL hari ini jam 1 hingha 2 petang di pentas utama inshAllah
Journal of Hadith Studies
=====
Alhamdulillah, Journal of Hadith Studies edisi khas (special issue) May 2025 telah pun diterbitkan. Naskhah ini merupakan himpunan artikel yang telah disaring dari pembentangan dan wacana ilmiah yang berlangsung dalam Seminar Warisan Nabawi (SWAN 2024). Sebanyak 11 artikel terpilih dan telah melalui proses penilaian serta penyuntingan selaras dengan tema seminar yang menumpukan kepada isu-isu kontemporari berkaitan hadis dan sunnah Nabi. Artikel boleh dibaca secara percuma di pautan yang disediakan di bawah.

https://journalofhadith.usim.edu.my/index.php/johs
https://journalofhadith.usim.edu.my/index.php/johs
https://journalofhadith.usim.edu.my/index.php/johs
Wanita Menjaga Maruah Mereka
=============
1. Kemuliaan para wanita terletak pada kesungguhan mereka menjaga kehormatan dan maruah dirinya. Allah menampilkan contoh yang terbaik dalam al-Quran tentang kisah anak gadis di Madyan.

2. Ketika lari keluar daripada kezaliman Firaun, Allah menggambarkan bagaimana Nabi Musa bertemu dengan dua orang gadis di Madyan. al-Quran menerangkan beberapa ciri yang ditampilkan oleh kedua anak gadis tersebut ketika mereka berusaha untuk mendapatkan air buat binatang ternakan mereka. Perkara ini direkodkan dalam surah al-Qasas ayat 22 hingga 26.

3. Menurut Sheikh al-Sabuni, kedua anak gadis ini amat memelihara kehormatan mereka dengan menjaga batasan pergaulan. Mereka mengasingkan diri mereka daripada bersesak dan percampuran yang terbuka sehingga keadaan mereka ini disedari oleh Nabi Musa. Perkara ini dipaparkan dalam al-Quran ketika babak anak gadis ini menunggu giliran mereka mengambil air.

4. Menurut al-Sa’di, Allah juga menggambarkan bagaimana anak gadis seharusnya hanya keluar rumah atas keperluan. Perkara ini digambarkan apabila anak gadis tersebut menerangkan kepada Nabi Musa bahawa mereka harus menguruskan urusan gembala mereka kerana ayah mereka telah terlalu tua.
Kata anak gadis tersebut seperti yang dinukilkan dalam al-Quran:

لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

“Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya ".

5. Apa yang paling jelas sekali adalah, kedua anak gadis tersebut digambarkan sebagai memiliki sifat malu yang tinggi. Perkara ini ditampilkan secara spesifik apabila Allah menerangkan perlakuan mereka ketika berjalan dengan lafaz “mereka datang berjalan dalam keadaan malu-malu.”Firman Allah:

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…”

6. Begitulah kisah ringkas di dalam Surah al-Qasas yang membayangkan sifat wanita yang memiliki perwatakan yang baik serta berakhlak yg tinggi. (1) Mereka menjaga kehormatan serta batasan pergaulan, (2) mereka tidak keluar rumah melainkan dengan keperluan dan (3) mereka memiliki sifat malu yang tinggi.

7. Mereka tidak semudahnya mengajak lelaki untuk masuk ke rumah mereka, melayan lelaki dengan begitu mudah malah menjauhi segala ruang yang membawa kemurkaan kepada Allah. Semoga Allah memelihara para wanita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Forwarded from My #HadithTime
Apa yang menarik dalam Episod 1 My #HadithTime 2.0 ini?

1) Kelebihan mempelajari hadis dan menyebarkannya.
2) Kecerdasan Zaid bin Thabit, ketua projek kumpul al-Quran.
3) Definisi "hadis" dari sudut bahasa dan istilah.
4) Ayat 122 surah al-Taubah berkaitan mempelajari ilmu.
5) Kuiz tentang umur Rasulullah SAW.

Tonton di YouTube: https://youtu.be/h0UR5T7JXfY

Jangan lupa tulis di ruangan komen, apa ilmu baru yang anda belajar dari episod ini.

#RasulullahSuriTeladan
2025/07/13 09:10:48
Back to Top
HTML Embed Code: