Telegram Web Link
Lepas makan daging, rasa pening?

Bukan sebab daging tak masak… tapi sebab tekanan darah dah mula naik.

Daging merah memang sedap. Tapi kalau diambil terlalu banyak, risiko kesihatan pun naik:

👉 Lemak tepu & kolesterol tinggi
👉 Tekanan darah naik, salur darah sempit
👉 Jantung kena kerja keras
👉 Aliran darah ke Mr.P pun makin lemah…

Lama-lama, Mr.P tak ‘perform’.
Mati pucuk bukan sebab tua je, tapi sebab tak jaga makan.

Makan daging tak salah. Tapi kena berpada.
Sayang jantung, sayang Mr.P — mula jaga dari pinggan. 💪
💥 KEBAIKAN MAKAN DAGING KAMBING 💥

🥩 Mencegah anemia

🥩 Kurangkan berat

🥩 Mencegah kecacatan tub saraf pada bayi baru lahir

🥩 Bagus untuk kesihatan kulit & awet muda

🥩 Perbaiki ketumpatan tulang

🥩 Meningkatkan sistem imun

🥩 Mengekalkan jisim otot tanpa lemak

🥩 Menurunkan risiko strok &
penyakit buah pinggang

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
Innā lillāhi wa innā ilayhi rājiʿūn

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.

Malaysia hari ini bersedih.
15 nyawa anak muda, harapan ibu ayah, masa depan negara, pergi meninggalkan ruang yang takkan pernah terganti.

Bukan mudah menerima hakikat...
Anak yang dihantar untuk menimba ilmu,
pulang tanpa suara, tanpa senyuman.

Mereka bukan sekadar pelajar.
Mereka adalah anak, sahabat, dan harapan keluarga.
Semoga damai dan tenang di negeri abadi.

Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat.
Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian seberat ini.

Ayuh kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doakan mereka yang masih dirawat di ICU.
Agar diberi kesembuhan, kekuatan, dan kembali pulih seperti sediakala.

Al-Fatihah.
AWET MUDA
Dengan Pemakanan


🥦 Sayur Hijau Gelap - tinggi antioksidan, lawan radikal bebas

🫐 Buah Beri (blueberry, strawberry) - lindungi kulit dari penuaan

🍣 Ikan Berlemak (salmon, sardin) - kaya Omega-3, kulit lebih anjal

🌰 Kacang & Biji (almond,
chia seed) - sumber vitamin E untuk kulit

🍅 Tomato - mengandungi lycopene, pelindung semula jadi UV

🍵 Teh Hijau - - anti-radang, bantu kekalkan kelembapan kulit

🥑 Avokado - lemak baik untuk kulit berseri dan lembap

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
🫦 TIP MENGATASI ULSER DI RUMAH 🫦

✔️ Gunakan anestetik topikal yang boleh dibeli di farmasi

✔️ Banyakkan minum air

✔️ Bilas mulut dengan air masin

✔️ Elakkan sebarang minuman dan makanan pedas, masin, berasid atau panas

✔️ Ambil gel lidah buaya dan sapukan pada ulser

✔️ Jika mulut terasa sangat sakit, cuba minum menggunakan penyedut minuman

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
"𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐞𝐠𝐨, 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐚𝐦."

Isteri dia dah lama perasan.

Setiap kali nak bersama…
Suami akan bagi alasan: “Penat la… esok kerja… kepala sakit…”

Hakikatnya?
Adek dia dah lama tak keras.
Bila keras pun sekejap, lepas tu terus layu.

Tapi dia ego.
Katanya tak perlu jumpa doktor.
“Benda ni biasa la… semua lelaki akan lalu jugak…”

Jadi dia beli macam-macam…
Minyak sapu dari TikTok. Kapsul pelik dari Shopee.
Ada yang panas. Ada yang buat badan menggigil.
Tapi satu pun tak berkesan.

Dan bila gagal…
Dia bukan salahkan diri sendiri.
Dia salahkan isteri.

“Awak tak pandai rangsang saya.”
“Awak la punca semua ni.”
“Awak bukan macam isteri orang lain.”

Isteri tak cakap apa.
Tapi malam-malam, dia menangis dalam diam.
Dalam hati dia ulang-ulang soalan:
“Saya tak cukup baik ke?”

Bila saya jumpa pasangan ni, saya nampak mata isteri dah letih.
Bukan letih badan — tapi letih emosi.

Saya tanya suami dia,
“Kenapa tak nak jumpa doktor awal-awal?”

Dia jawab, perlahan…
“Saya takut doktor cakap saya ‘rosak’. Saya tak nak isteri tahu saya gagal sebagai lelaki.”

Saya senyum.
“Sebab tu isteri encik bawa ke sini. Bukan sebab dia nak hukum. Tapi sebab dia nak selamatkan rumah tangga.”

Lepas tu dia dapatkan rawatan di HIMWellness.

Hari ni, mereka datang semula.
Dan kali ni, suami tu yang pegang tangan isteri dan cakap:
“Terima kasih sayang… sebab tak pernah putus asa dengan saya.”

Jangan biar ego rosakkan hubungan.
Kalau kita sakit, kita rawat. Bukan salahkan orang yang sayang kita.

Kalau anda pun alami masalah yang serupa,
jangan tunggu sampai rasa putus asa, datang jumpa saya di HIMWellness, saya bantu.

Dr Ahmad Samhan
– Doktor Kesihatan Lelaki –
KELEBIHAN PENYUSUAN IBU

🍼 Dapat melindungi bayi dari jangkitan

🍼 Bekalan susu sentiasa ada dan tidak perlukan perbelanjaan

🍼 Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari

🍼 Membantu bakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat

🍼 Susu ibu mudah dihadam

🍼 Membekalkan sumber nutrien terbaik untuk bayi

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐤 𝐍𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤.

Tak ada siapa tahu,
Ayah pernah ikat perut… supaya cukupkan yuran anak.

Tak ramai perasan,
Ayah pernah simpan kasut lama, sebab duit lebih dia nak beli baju sekolah anak.

Ayah tak pernah tunjuk letih,
Tapi malam-malam… dia bangun senyap-senyap, termenung fikir bil rumah yang tertunggak.

Dia tak banyak cakap pasal sayang,
Tapi waktu anak demam, dialah yang selimutkan diam-diam…
dan kerja lebih masa supaya dapat beli apa yang anak-anak mahukan.

Ayah mungkin tak peluk setiap hari.
Tapi dia peluk seluruh dunia, demi anak-anaknya tak rasa kurang apa-apa.

Dan bila anak dah besar,
ramai lupa… siapa yang selama ini tak pernah tidur lena demi kebahagiaan mereka.

Selamat Hari Bapa.
Untuk lelaki yang tak banyak berkata,
tapi setiap langkahnya adalah doa dan pengorbanan yang tak ternilai.
Semoga Allah lindungi setiap ayah yang terus berjuang… walau tak pernah minta dipuji.
Betul tak?
CEGAH KANSER PARU-PARU DENGAN BAWANG PUTIH MENTAH

🔆 Amalkan 2 ulas seminggu

• Anti-bakteria

• Anti-inflamasi

• Anti-kanser

Berfungsi sebagai bahan anti-inflamasi

Rambut & kulit lebih sihat

Membunuh-bakteria dalam makanan

Meningkatkan imuniti badan

Dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
NARSISISTIK

Petanda Anda Seorang Yang Narsisistik :


💢 Berasa diri sendiri lebih
penting

💢 Ingin diiktiraf atau dikenali ramai

💢 Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain

💢 Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain

💢 Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain

💢 Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
2025/06/29 01:39:32
Back to Top
HTML Embed Code: