Telegram Web Link
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Kenapa Palestin Sukar Merdeka?

1. Walaupun pembantaian terhadap Gaza berlaku dalam keadaan yang amat dahsyat, tetapi satu yang ketara juga adalah Israel juga sedang jatuh dan makin lemah dari segala sudut. Ekonomi jatuh, imej di hadapan dunia juga jatuh, media lebih memihak kepada Palestin, polisi rasmi badan-badan dunia seperti PBB dan ICJ tidak menyebelahi Israel, perselisihan Israel dan negara-negara sekutunya, penolakan rakyat terhadap Netanyahu dan banyak lagi yang lain.

2. Pun begitu jalan menuju kemerdekaan Palestin masih kelam dan samar. Kenapa?

Di sini saya kongsikan sedutan kuliah subuh saya semalam di Alam Sari, Bangi. Beberapa noktah yang tidak sempat saya kongsikan semalam, saya kongsikan di sini.

3. Beberapa faktor menjadi penghalang kepada kemerdekaan Palestin. Di antaranya:

a. Kesatuan Barat memberikan bantuan perang sedangkan negara Islam hanya memberi bantuan kemanusiaan. Ini menjadikan pertarungan antara Israel dan sekutunya melawan Palestin menjadi satu pertarungan yang berat sebelah.

b. Umat Islam terperangkap dengan sistem dunia. Perangkap pertama berlaku dulu ketika pemimpin umat Islam menerima cadangan Barat untuk ditubuhkan OIC sebagai ganti kepada kuasa dunia Islam pada masa itu iaitu Khilafah Othmaniah. Peperangan, perdamaian, pembahagian sempadan negara sampailah kepada proses pemberian bantuan hari ini masih lagi dalam lingkungan sistem yang dibenarkan PBB dan negara-negara besar dunia.

c. Normalisasi enam negara Arab dengan Israel. Selepas perang terakhir yang besar antara negara pada 1973, satu demi negara Arab mengambil pendekatan berdamai dan mengiktiraf Israel. Dimulai oleh Mesir, Jordan dan kemudian diikuti oleh Emirate, Bahrain, Sudan dan Morocco. Menyusul seterusnya adalah Saudi. Beberapa negara lain sedang dilobi untuk itu.

Kesan hubungan diplomatik ini boleh dilihat di era perang Taufan Aqsa ini apabila usul-usul negara-negara Arab ditolak dab tidak dapat dilaksanakan. Usul-usul itu antaranya usul memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, tidak membenarkan tanah dan udara negara Arab digunakan oleh Israel dan US dan menggunakan kuasa enonomi Arab seperti minyak untuk memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya.

d. Ancaman baru dari Syiah Iran dan sekutu yang menambahkan kerumitan. Sekatan Yaman kepada kapal-kapal di Teluk Mandab hanyalah lakonan Houthi untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Yaman. Jika Iran dan sekutunya bergabung dengan Russia dan China, perang akan makin melebar dan membebankan Palestin.

4. Gerakerja pembebasan Palestin mesti pergi kepada satu gerakerja baru, keluar dari sekadar gerakerja kemanusiaan. Jalannya jauh dan panjang tetapi pasti.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
#bantuansampai
#teruskansolidaritibuatGaza

โ€ผ๏ธ TERKINI I Bantuan Sampai di Gaza: Ahad, 7 April 2024 pasukan Perwira Pal3stin sudah mula mengagihkan baju dan  kasut raya ke khemah-khemah perlindungan saudara kita di kawasan Rafah. Video sumbangan akan menyusul kemudian.

SAKSIKAN โ€ผ๏ธ
Kegembiraan yang terpancar di wajah saudara-saudara kita di Gaza.

๐ŸŽฅ  Sebanyak 17 bantuan sebelum ini yang telah berjaya sampai di Gaza walaupun dalam situasi yang kritikal .

๐Ÿ‘  Sumbangan melalui Kelab Perwira Malaysia merupakan kerjasama NGO-NGO yang bergabung di dalam Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) beserta rakan kerjasama di Gaza.

Inilah bukti keprihatinan yang tinggi seluruh rakyat Malaysia terhadap Palestin ๐Ÿฅฐ Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป


๐Ÿ“ฆ SENARAI BANTUAN YANG TELAH DIAGIHKAN :

1๏ธโƒฃ 24 Januari 2024 : Bantuan Pertama Perwira berjaya disalurkan berbentuk sumbangan kotak makanan.
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2806

2๏ธโƒฃ  3 Februari 2024 : 2 Bantuan khemah, 100 bakul sayuran dan wang tunai
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2839

3๏ธโƒฃ  21 Februari 2024 : 150 Bantuan Bakul Makanan di Rafah, G4z4
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2915

4๏ธโƒฃ  23 Februari 2024 : Agihan daging kambing kepada 30 buah keluarga di Deir Balah, tengah Gaza
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2932

5๏ธโƒฃ  5 Mac 2024 : 150 set bakul sayuran di kawasan Rafah
https://youtube.com/shorts/eLFbe9t6g9I?si=xfsiH0BIZeFHXpcF

6๏ธโƒฃ  7 Mac 2024 : Agihan bantuan 150 pek susu formula untuk bayi di R4f4h
https://youtube.com/shorts/2BTvaGaaLdU?si=9v3q7FdVnaqHxe1A

7๏ธโƒฃ  8 Mac 2024 : Bekalan 8,000 liter air di Utara G4z4
- https://youtu.be/qtC0d6kdqg8?si=U2XZE8gSX1nBMv2_
- https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/3031

8๏ธโƒฃ  250 set Bakul Ramadan di Rafah, G4z4
https://youtu.be/t-wwN0RkuFk?si=laC2zmT2oBd2jUwT

9๏ธโƒฃ  20 Mac 2024 : Agihan 1,000 bubur Sumaqiyyah untuk Juadah Berbuka Puasa di Jabalia, Utara G4z4
https://youtu.be/kFlxG0DFmGo?si=Feo-3n_uRKbWqpNK

1โƒฃ0โƒฃ  24 Mac 2024: 140 pax barang dapur untuk keluarga yang berlindung di Utara Gaza
https://www.youtube.com/watch?v=ECiu2vAVeEM&feature=youtu.be

1โƒฃ1โƒฃ  24 Mac 2024: 450 pek buka puasa menu aneka roti di Sheikh Radwan, Utara G4z4
https://www.youtube.com/watch?v=EaaRPOkZQG4

1โƒฃ2โƒฃ  27 Mac 2024 : 3 periuk besar kacang lentil untuk 800 orang di Sekolah Dar Al-Arqam, Utara G4z4 ๐Ÿ˜
https://youtu.be/-tQoT6mwnOE

1โƒฃ3โƒฃ  30 Mac 2024 :  1,250 pek makanan iftar diedarkan di Masjid Al-Aqsa
https://youtu.be/L9ea5v0Xc58

1โƒฃ4โƒฃ  31 Mac 2024 :  Juadah buka puasa berupa Sup Daging untuk 1,200 di Utara G4z4
https://youtu.be/CEJIP0iZKgM

1โƒฃ5โƒฃ  31 Mac 2024 : Roti dan bubur disediakan untuk 700 orang yang berlindung di Rafah
https://youtu.be/NXWfQC4OOvM?si=wZqlH0WpGGtGZd7b

1โƒฃ6โƒฃ  2 April 2024 : Bantuan tilam, selimut dan pakaian setiap 70 buah keluarga dengan 420 orang penerima manfaat di Rafah
https://youtu.be/aRCmFaV933s

1โƒฃ7โƒฃ  2 April 2024 : Seramai 1,000 orang di Utara G4z4 dapat menikmati juadah nasi Arab Kambing 
https://youtu.be/PgANH-djD4E

โœจโœจ Nantikan khabar gembira dan terus mengikuti kami untuk mendapatkan perkembangan bantuan-bantuan yang telah diagihkan.

===================

๐Ÿ“ฆ Teruskan INFAQ JIHAD anda yang terbaik di PENGHUJUNG RAMADAN AL MUBARAK.

๐Ÿ”Š Sertai kempen HADIAH RAYA UNTUK PALESTIN sebagai keprihatinan anda berkongsi kegembiraan bersama rakyat Palestin menjelang Syawal.

๐Ÿ…ฐ๏ธ RM150: Beloved Family
๐Ÿ…ฑ๏ธ RM50: Giving Hope
๐Ÿ†Ž RM10: For Smiles

1๏ธโƒฃ Salurkan Hadiah Raya anda ke akaun *๐Š๐„๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐–๐ˆ๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€*:

๐Ÿ”บ Bank Rakyat : 1102185403
๐Ÿ”บ Bank CIMB : 8604540809
๐Ÿ”น Billplz : https://www.billplz.com/uk9end9c1
(Rujukan: Nama pakej bantuan anda)

2โƒฃ Hantar resit transaksi dan maklumat Tuan/Puan ke whatsapp :
๐Ÿ“ž Ustazah Zulikha
wasap.my/60183935600
+60183935600
+60183935600

3โƒฃ  Sertakan maklumat berikut:
Nama :
No. Tel :
Tujuan Sumbangan : Nama pakej bantuan anda

"KITA PERWIRA PALESTIN"
#PerjuanganTanpaNoktah
#HarapanDisebalikRuntuhan
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Iran vs Israel

1. Masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan adakah serangan terbaru Iran terhadap Israel adalah suatu yang didorong oleh perebutan kuasa atau sekadar propaganda seperti serangan yang dilakukan oleh Houthi Yaman dan bantuan melalui 'air drop' yang dilakukan oleh Jordan.

2. Apa pun motif, mungkin noktah-noktah ini penting untuk kita memahami latar belakang apa yang berlaku sekarang.

a. Iran dan Israel adalah dua kuasa penjajah. Iran dengan projek 'hilal syi'ie' dan Israel dengan projek 'Israel Raya'. Kawasan kedua-dua projek penjajahan ini sebahagian besarnya adalah kawasan yang bertindan.

b. Iran berjaya mempengaruhi Lubnan melalui Hizbullah, Yaman melalui Houthi, Syria melalui Basyar Asad pendokong Syiah Alawi dan Iraq melalui pimpinan Syiah yang menguasai Iraq selepas kejatuhan Sadam Husain. Manakala Israel berjaya mempengaruhi Mesir selepas perang 1973, Jordan selepas 90an, Emirate dan Bahrain. Sudan dan Morocco juga ada hubungan diplomatik kuat dengan Israel. Saudi pula dalam proses. Maknanya kedua-dua kuasa ini ada kekuatan masing-masing di rantau Arab.

c. Pertembungan antara kedua kuasa ini dari dulu tidak pernah menjejaskan bumi Israel atau bumi Iran. Sebaliknya yang sentiasa rosak dan musnah adalah tanah umat Islam di negara-negara Arab. Kemungkinan inilah yang akan terus berlaku seterusnya ... wallahu a'lam.

d. Perselisihan antara dua kuasa penjajah ini adakalanya boleh meringankan beban Palestin kerana perselisihan itu melemahkan kedua pihak dan memberi ruang kepada Palestin 'bertenang'. Tetapi adakalanya akan merugikan dan menekan lagi Palestin.

3. Kita perlu perhatikan perkembangan terbaru ini dengan rapat kerana ia mungkin akan membawa peperangan Taufan Aqsa meluas ke dimensi baru.

4. Jangan terlalu gembira sehingga menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Iran. Tidak pernah Syiah berbuat baik kepada negara sunni bila mereka dapat kuasa. Jangan jadi seperti pepatah Melayu 'keluar mulut harimau masuk ke mulut buaya'.

Moga apa yang berlaku mengukuhkan kedudukan Islam di Palestin dan kemenangan akhirnya untuk Palestin.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Serangan Iran dan Keuntungan Israel - US

1. Saya tidaklah bersungguh mencari kenyataan rasmi dari pihak Israel berkenaan kadar kemusnahan di Israel hasil serangan Iran. Jika ada pembaca yang menemuinya mohon kongsikan di ruangan komen. Sepintas lalu macam tak padan kadar kemusnahan dengan saiz serangan.

2. Saya kongsikan sebahagian mesej dari rakan luar negara yang dikirimkan awal pagi tadi. Mesejnya berkisar sekitar keuntungan yang diperolehi oleh Israrel US hasil serangan Iran tersebut.

a. Israel kembali mendapat simpati dunia setelah menerima kutukan dunia terhadap genosid yang dilakukannya selama enam bulan terhadap Palestin.

b. Imej Netanyahu di mata warga Israel dapat dipulihkan. Imejnya sebagai pemimpin yang gagal mengendalikan perang kini muncul sebagai 'hero' yang berdepan dengan ancaman dari pelbagai penjuru.

c. Biden dapat sokongan semula Kongres terhadap polisi menyokong Israel dengan bantuan senjata dan berjaya mengadakan perjanjian penjualan senjata kepada Israel.

d. Dengan imej Israel sebagai pihak yang diserang, US dan sekutunya dari negara~negara Eropah dapat kembali sokongan rakyatnya yang sebelum ini memprotes kerajaan masing-masing kerana membantu Israel menyerang Palestin.

e. Kehangatan warga US dan Eropah terhadap isu Palestin mula menurun.

3. Khabarnya mungkin tiada lagi serangan besar dari Iran. Khabarnya juga Israel akan buat serangan balas. Kita tunggu apa yang berlaku seterusnya.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Serangan Iran ke Atas Israel; Apa Agaknya Respon Saudara Palestin?

1. Semalam saya berhari raya bersama beberapa rakan warga Palestin. Beberapa perkara diperbualkan, di antaranya adalah apakah pandangan mereka terhadap serangan Iran terhadap Israel. Soalan ini penting kerana yang menjadi keutamaan kita adalah masa depan Palestin. Iran dan Israel nak bergaduh sesama mereka, hanya penting kepada kita jika ada kesannya kepada Palestin.

2. Secara umum, mereka merasa gembira dengan serangan tersebut dan perkembangan yang berlaku sekarang. Sebelum saya kongsikan sudut pandang mereka ini, suka saya nyatakan bahawa warga Palestin khususnya Hamas amat memahami tabiat dan agenda Syiah. Pengalaman perit yang berlaku di Iraq, Syria dan Yaman adalah pengalaman berdarah yang menjadi noktah penting dalam mereka berinteraksi dengan Iran dan sekutunya. Ada batas dan garis merah yang mereka letakkan dalam interaksi dua hala tersebut.

3. Satu yang jelas bagi Palestin adalah apa-apa juga serangan terhadap Israel khususnya jika serangan bersenjata, ianya akan memberi sedikit kelegaan kepada Palestin. Kerana serangan itu akan menjadikan Israel terganggu, tertekan dan menyukarkan mereka untuk terus membantai Palestin.

Serangan Houthi Yaman di Laut Merah memberi sedkit kelegaan. Begitu juga serangan Hizbullah dan yang terbaru serang Iran ke atas Israel.

Kegembiraan ini adalah kerana ia meringankan tekanan terhadap Palestin. Ianya sudah tentu bukan kegembiraan kerana 'hero telah datang' kerana warga Palestin tidak sesekali pernah meletakkan nasib dan masa depan mereka kepada Iran.

4. Perkembangan yang berlaku ini juga sebenarnya sudah mula mengalihkan corak peperangan. Kalau sebelum ini peperangan adalah antara Israel dan Palestin (khususnya Gaza), kini sudah mula ada tanda-tanda bahawa peperangan ini akan keluar dari lingkungan itu dan mula merebak ke negara berhampiran.

Ini bermakna Israel tidak hanya akan berhadapan dengan mujahidin Palestin sebaliknya kemungkinan akan berhadapan dengan negara-negara lain serentak. Ini adalah suatu yang cuba dielakkan oleh Israel tetapi mereka terjebak dalam suasana ini kerana silap perhitungan mereka ketika menyerang pejabat konsulat Iran di Syria. Mereka tidak menyangka serangan kali ini akan mencabar maruah Iran, tidak seperti serangan-serangan lain sebelum ini yang tidak mendapat tindak balas Iran.

5. Perkembangan lain adalah negara-negara jiran khususnya Jordan dan Mesir kemungkinan akan mengubah polisi mereka. Ini kerana sekarang bukan sahaja Palestin tidak selamat, sebaliknya negara-negara jiran juga sudah mula berasa tidak selamat.

Ini mungkin akan menimbulkan tekanan dari rakyat agar pemimpin negara tersebut mengambil satu tindakan pro aktif dalam isu perang Israel-Palestin. Jika tidak, masa depan negara mereka juga akan terjejas.

Pemimpin negara Arab amat faham tindak balas rakyat ini boleh membawa kepada implikasi yang pelbagai. Paling teruk yang pernah mereka tanggung adalah apa yang berlaku pada tahun 2011 dalam peristiwa Arab Spring.

6. Kita mengikuti perkembangan ini terus dan kita doakan moga apa juga yang berlaku akan membawa kepada pembebasan Palestin.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Lintasan hati ....

Saya seperti ramai orang yang mengharapkan Iran akan memerangi Israel lalu Palestin pun akan merdeka. Beza saya dengan orang ramai itu adalah saya masih yakin perang Iran-Israel itu tidak akan berlaku. Apa yang terjadi sekarang tidak kuat untuk mengubah kepercayaan saya.

Mereka bermusuhan berebut maslahah tertentu. Tetapi mereka ada musuh yang sama yang boleh menyatukan mereka di sebahagian strategi mereka.

Ditambah dengan petunjuk wahyu yang memberikan pencerahan tentang tabiat pertembungan di akhir zaman.

Kita tunggu dan lihat ....
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

1. Saya rasa poster ini tersebar dan mungkin memberikan pelbagai persepsi kepada
pembaca tentang apakah pendekatan Hamas berkenaan hala tuju perang Israel-Palestin sekarang.

2. Poster ini mungkin mengambil apa yang disimpulkan oleh wartawan dalam wawancara mereka bersama Dr Khalil al-Hayyah di Turki. Secara umum kesimpulan wartawan tersebut agak kurang cermat hingga menimbulkan salah faham terhadap pendekatan terkini Hamas.

Antara salah faham yang boleh timbul dari poster tersebut:

i. Hamas dilihat sudah lemah dan mula mengambil pendekatan mengalah

ii. Hamas mengiktiraf Two State Solution lalu seterusnya mengiktiraf keabsahan kewujudan negara Israel

iii. Hamas kalah dalam rundingan genjatan senjata hingga menggugurkan beberapa tuntutannya terhadap Israel

3. Saya pernah menulis tentang pendirian Hamas tentang Two State Solution yang diucapkan oleh Khalid Masy'al pada tahun 2017. Pembaca boleh merujuk semula di sini untuk memahami apa pendirian Hamas terhadap penyelesaian Two State Solution:

https://www.facebook.com/share/gx1Err2UXmzAFybu/?mibextid=WC7FNe

4. Berkenaan tentang pendirian Hamas sekarang, pembaca dengan mudah boleh memahaminya jika mendengar ucapan-ucapan pemimpin kanan Hamas berkenaan isu ini. Saya kongsikan salah satu daripadanya untuk rujukan pembaca:

https://youtu.be/KC-RO8Ahx8E?feature=shared

5. Kesimpulan pendirian sebenar Hamas tentang isu yang ditimbulkan di dalam poster di atas:

i. Hamas menuntut untuk dikembalikan 'hak tarikhi' (hak sejarah) terhadap seluruh Palestin. Tiada tolak ansur dalam perkara tersebut.

ii. Sebagai penyelesaian sementara, Hamas bersetuju dengan 2SS dengan syarat Gaza, Tebing Barat dan Quds dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Juga seluruh pelarian Palestin mesti dikembalikan ke Palestin dan genjatan senjata berlaku dalam tempoh panjang (terbaru dipersetujui lima tahun).

iii. Jika sudah wujud negara Palestin yang merdeka, Hamas akan bertukar kepada badan dalam kerajaan (sebagai tentera kerajaan, sebagai parti politik dan sebagainya yang akan mempertahankan negara).

6. Tetapi dunia semua tahu bahawa Pbb lagi sekali telah menolak Palestin. Dan dunia semua tahu bahawa Israel dan sekutunya ingin mengosongkan Gaza dan seterusnya Tebing Barat. Jadi soalan tentang pendirian Hamas tentang pendirian dan masa depan mereka hanyalah soalan andaian yang sukar berlaku kerana Israel tidak bersedia untuk berhenti menyerang Palestin.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan

1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua.

2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka.

3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh.

Firman Allah:

ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ุจูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽุง ูŠูุตููŠุจูู‡ูู…ู’ ุธูŽู…ูŽุฃูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽุตูŽุจูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูŽุฎู’ู…ูŽุตูŽุฉูŒ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุทูŽุฆููˆู†ูŽ ู…ูŽูˆู’ุทูุฆู‹ุง ูŠูŽุบููŠุธู ุงู„ู’ูƒููู‘ูŽุงุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽู†ูŽุงู„ููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฏููˆู‘ู ู†ู‘ูŽูŠู’ู„ู‹ุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ู„ูŽู‡ูู… ุจูู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูŒ ุตูŽุงู„ูุญูŒ

".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120)

4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin.

Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan.

Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh?

5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu.

6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan.

7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul.

Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Lintasan hati ....

Seruan boikot terhadap produk Denmark berlaku kerana ada aktivis anti Islam di sana bakar al-Quran berkali-kali dan 'dilindungi' setelah pemansuhan undang-undang penghinaan agama oleh kerajaan Denmark. Kesannya beberapa tahun selepas itu Denmark menggubal rang undang-undang pengharaman membakar al-Quran atas alasan keselamatan negara.

Seruan boikot terhadap produk AS pula berlaku kerana AS menyokong dan melindungi Israel dalam pembunuhan rakyat Gaza. Bibit-bibit kesannya boleh dilihat sekarang dan akan lebih jelas nanti dengan berlalunya masa.

Boikot terhadap produk AS sepatutnya lebih mudah disambut berbanding boikot terhadap produk Denmark. Membunuh puluhan ribu manusia yang tidak berdosa sudah tentu lebih berdosa dari membakar al-Quran. Tetapi kalau boikot produk Denmark atas kesalahan membakar al-Quran (yang terbukti membawa kepada penggubalan ruu) pun tidak boleh diterima, saya tidak mahu komen lebih.

Kita kadang kala berkata kita bertindak atas dasar ilmu dan bukan perasaan. Tetapi ilmu tidak pernah terpisah dari sensitiviti jiwa seorang mukmin. Lagi tinggi ilmu dan pengetahuan seseorang sepatutnya lagi sensitif jiwanya terhadap maruah agama.

Wallahul Musta'an
*# SERTAI ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—œ๐—ฅA* ๐Ÿ‚

Hari Raya Korban akan tiba. Masih fikir lagi nak buat ibadah korban dekat mana? Dalam Malaysia atau luar negara? Atau nak buat ibadah korban untuk saudara di Palestin?

โค๏ธ *PANGGILAN IBADAH KORBAN TERBAIK TAHUN INI DI GAZA, SYRIA,YAMAN,LUBNAN & MALAYSIA ! BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN DENGAN PENGORBANAN!*

Haa.. tunggu apa lagi!

Ayuh, sertai *BAKTI KORBAN PERWIRA 2024* melalui pakej berikut:

1๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Palestin*

๐Ÿ‚ 1 Bahagian Lembu (Disejukkan) RM1,250 / seekor RM8,750
๐Ÿƒ 1 Bahagian Kerbau (Sejuk Beku) RM750 / seekor RM5,250

==========

2๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Syria*

๐Ÿ‚ 1 Bahagian Lembu Segar RM1,900 - seekor RM13,300
๐Ÿ 1 Ekor Kambing Segar RM1,750

==========

3๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Lubnan*

๐Ÿ‚ 1 Bahagian Lembu Segar RM1,500 / seekor RM10,500

==========

4๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Yaman*

๐Ÿ 1 Ekor Kambing Segar RM700

==========

5๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Malaysia*

๐Ÿ‚ 1 Bahagian Lembu Segar RM880 / seekor RM6,160
๐Ÿ 1 Ekor Kambing Segar RM1,450

==========

๐Ÿ…ฐ๏ธ Sedekah Daging RM50 (1 kg)
๐Ÿ…ฑ๏ธ Tabung Korban RM10 atau seikhlas hati


โ€ผ๏ธ *Tarikh Tutup Korban : 16 Jun 2024 / 9 Zulhijjah 1445H @ 11.59pm*

โœ… Pembayaran Korban boleh dibuat melalui akaun *Kelab Perwira Malaysia* di :-

๐Ÿ”น *Bank Rakyat* : *1102185403*
๐Ÿ”น *Bank CIMB* : *8604540809*

โœ… Hantar *resit transaksi* dan *maklumat* Tuan/Puan ke *whatsapp*:
๐Ÿ“ž Ustazah Zulikha
wasap.my/60183935600
+60183935600
+60183935600

โœ… *Sertakan maklumat berikut*:
Nama :
No. Tel :
Tujuan Sumbangan :
1๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Palestin*
2๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Syria*
3๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Lubnan*
4๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Yaman*
5๏ธโƒฃ *Ibadah Korban Malaysia*

*"KITA PERWIRA PALESTIN"*

#BaktiKorban

๐ŸŒLayari laman sesawang kami:
www.kelabperwira.com
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Pertemuan PMX Dengan Ismail Haniyeh; Apakah Seterusnya?

1. Beberapa orang rakan ngo bertanya komen saya tentang pertemuan PMX dengan pimpinan Hamas, Ismail Haniyeh dan Khalid Mash'al. Secara umum saya tiada maklumat tentang apa yang dibincangkan kecuali apa yang dikongsikan oleh media. Tetapi pertemuan itu pada saya adalah satu petanda yang baik.

2. Saya katakan baik kerana sekurang-kurangnya Malaysia terus mengiktiraf Hamas dan tidak menerima label terrorist yang diberikan oleh Israel dan dunia Barat kepada Hamas. Saya beranggapan yang tersirat dari pertemuan itu adalah begitu. Ia juga memberikan kelegaan kepada Hamas kerana ia memecahkan usaha memboikot dan mengasingkan Hamas di peringkat antarabangsa.

3. Cuma yang akan jadi persoalan adalah apakah langkah kerajaan Malaysia seterusnya dalam isu perang Israel-Palestin ini?

4. Perang ini sudah menyaksikan penglibatan yang agak menyeluruh dari masyarakat seluruh dunia, Barat dan Timur. Demonstrasi, kempen boikot, kempen di media sosial, bantuan kemanusiaan, rombongan pakar perubatan, pendakwaan di ICJ, sekatan laluan laut dan lain-lain lagi ... segalanya sudah dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tetapi perang tetap berterusan dan menggila sehingga ke kawasan zon selamat di Rafah sudah tidak lagi selamat.

5. Perang ini memerlukan penglibatan lebih serius dari pemimpin negara-negara umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Mesir dan Qatar dalam menjadi orang tengah sehingga tercapainya plan genjatan senjata tiga fasa, nampaknya tidak meredakan serangan Israel terhadap Palestin. Bantuan kemanusiaan yang diselenggara oleh Jordan melalui samada jalan darat atau udara juga tidak menghentikan kematian. Penutupan jalan laut di Teluk Mandab dan Laut Merah oleh Houthi Yaman juga tidak menghentikan perang. Bahkan yang terbaru serangan Iran, juga tidak ada kesannya kepada kegilaan Israel. Kata-kata semangat dan sokongan pemimpin dunia Islam kepada Palestin dan kata-kata kecaman mereka terhadap Israel juga tidak ada kesan langsung kepada perang.

6. Apakah peranan pemimpin dunia Islam dalam isu perang Israel - Palestin? Peranan yang mereka mainkan seperti yang saya senaraikan di atas sudah terbukti tidak berkesan.

Saya ingin mencadangkan beberapa cadangan yang pernah dicadangkan oleh GSPP sebelum ini samada kepada PMX atau kepada pemimpin dunia Islam yang lain. Saya berpandangan jika ini dilakukan ianya mungkin memberi kesan yang ketara kepada masa depan dan hala tuju perang.

a. Putuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Malaysia memang tidak mengiktiraf Israel. Tetapi penerimaan Two State Solution sebagai penyelesaian akhir kepada isu perang ini akan membawa kepada pengiktirafan negara haram Israel.

b. Memulakan langkah agar semua negara umat Islam tidak terikat atau bergantung dengan hubungan dagang samada dengan Israel atau dengan AS. Ambillah masa setahun, dua tahun bahkan 10 tahun sekali pun untuk tujuan itu. Negara di dunia ini ada banyak lagi selain AS.

c. Menggunakan sumber alam negara umat Islam seperti minyak, nadhir bumi dan sebagainya untuk memberikan tekanan kepada Israel dan AS.

d. Tidak membenarkan ruang udara dan tanah negara-negara umat Islam untuk digunakan oleh Israel dan AS.

e. Saya ingin mencadangkan cadangan kelima ini iaitu pemimpin-pemimpin negara umat Islam perlu menggerakkan tentera dan aset ketenteraan negara masing-masing bagi membantu Palestin. AS berikan senjata dan 10 ribu atau lebih tentera membantu Israel. German membekalkan senjata kepada Israel. Begitu juga banyak lagi apa yang dilakukan oleh negara sekutu Israel. Tidak logik bagi negara umat Islam hanya memberikan biskut dan kain kapan kepada Palestin.

7. Persoalan sekarang, selepas pertemuan bermakna antara PMX dan pemimpin Hamas, apakah yang akan dilakukan oleh PMX seterusnya?

Dalam isu Palestin, ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada masyarakat ... dan banyak yang sudah masyarakat laksanakan tanggungjawab itu pada kadar yang termampu. Ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada pemimpin negara ...
adakah mereka sudah laksanakan tanggungjawab itu?

Jika masyarakat mencela Israel, pemimpin tak perlu ulang celaan itu kerana itu bukan peranan pemimpin negara. Jika ngo bertemu Khalid Mash'al, pemimpin negara tak perlu bersaing untuk bertemu juga. Tak cukup untuk pemimpin negara sekadar bertemu.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Saya tidak berminat untuk masuk membincangkan isu khilaf. Cuma kali ini saya masuk sekadar untuk memberikan pandangan balas terhadap kaedah fiqh yang saya anggap mengelirukan.

Kalau Nabi saw tak buat, tidak bermakna umatnya tidak boleh buat. Tidak ada dalil yang mengatakan kita tidak boleh buat apa yang Nabi saw tidak buat. Cuba kongsikan satu hadis qauli yang Nabi saw larang umatnya buat benda yang Baginda saw yang tidak pernah buat. Kongsikan di komen.

Larangan dalam hadis 'ahdasa fi amrina' ada kaitan dengan 'ma laisa minhu'. Hadis lain tentang larangan 'muhadasatil umur' mesti ditafsir dengan hadis tersebut sebab hadis menafsirkan hadis. Orang belajar Usul Fiqh dan nahu saraf Arab patut fahamlah maksudnya atau 'dilalah'nya. Setiap amalan, ada yang thabit dengan 'dalil sorih', ada thabit dengan 'dalil umum'. Pakailah kaedah 'mafhum', 'mantuq' dan banyak lagi kaedah lain dalam memahami 'dilalah lafaz'. 'Dilalah' hadis fi'li tak sama dengan hadis qauli. Lafaz 'amar' dan 'nahi' tidak semuanya bermaksud wajib dan haram.

Yang thabit melalui hadis qauli adalah arahan Nabi saw suruh kita tinggalkan apa yang Baginda saw larang. Bukan tinggalkan apa yang Baginda saw tak buat. Jauh beza antara keduanya.

Fahamilah tulisan saya ini dengan berfikir secara mantiqi.

Wallahu a'lam
2024/05/22 17:52:36
Back to Top
HTML Embed Code: