Mendapat mesej dari luar negara sebelum Subuh hari ini. Saya kongsikan moga membekas di hati semua sebagaimana ianya meninggalkan kesan di hati saya.

المعروف يبقى ، والوفاء لا يضيع ،
وصنائع الخير ترجع لأصحابها وإن طال الزمن، وعند الله لا يضيع مثقال ذرة .
‏"اللهم إجعلنا من أهل المعروف وأهل الوفاء وأجعلنا من صناع الخير"

‏ جمعه مباركه
مقدما

"Kebaikan akan kekal. Kesetiaan tidak pernah disia-siakan. Yang mencipta kebaikan akan kembali kebaikan itu kepadanya walau pun waktunya panjang. Di sisi Allah tidak pernah disiakan kebaikan walau sebesar zarah.

Ya Allah, jadikanlah kami dari ahli kebaikan dan ahli kesetiaan dan masukkan kami ke dalam kumpulan pencipta kebaikan.

Jumaat mubarak.
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗕𝗔𝗧𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Perang Ain Jalut merupakan pertempuran antara tentera Mamluk Mesir dan tentera Mongol di Ain Jalut, Palestin di bulan Ramadan yang berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

Apakah rahsia kemenangan umat Islam di bulan Ramadan ini? Tonton Webinar Perang Ain Jalut dan Ribath Ramadan.

- Rakaman penuh webinar beserta
sesi soal jawab selama 1½ jam
- E-nota dan e-sijil diberikan

𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴!
Klik di sini: bit.ly/duniapalestin004
Percaya dan Menyumbanglah

1. Beberapa peristiwa yang berlaku memberi kesan banyak kepada sumbangan masyarakat terhadap rakyat Palestin. Antaranya kes Aman Palestin dan cadangan penggubalan undang-undang kawalan lebih ketat terhadap kutipan awam oleh mana-mana badan berdaftar bawah ROS. Selain itu beberapa usaha pihak berwajib yang seolah-olah cuba me'monopoli' saluran sumbangan ke Palestin juga memberi kesan terhadap isu ini.

2. Seorang kenalan dari sebuah badan antarabangsa yang menguruskan sumbangan ke Palestin menyebut kepada saya ketika ziarahnya ke pejabat Isma bahawa tahun ini amat ketara pengurangan sumbangan dari Malaysia ke Palestin. Tidak seperti sebelum ini, sumbangan dari pelbagai ngo Malaysia ke Palestin agak besar dan banyak. Saya menjelaskan kepadanya perkembangan di dalam negara yang menyumbang ke arah itu.

3. Suasana di sana amat kritikal dari hari ke hari. Untuk lebih 2 juta penduduk Gaza, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 500 kontena makanan setiap hari. Tetapi yang masuk mungkin hanya puluhan sahaja sehari. Serangan yang berlanjutan memburukkan lagi keadaan. Fasiliti perubatan yang rosak menjadikan keadaan lebih mendukacitakan. Ditambah dengan suhu yang tidak menentu di pertukaran musim sejuk ke musim panas sekarang ini. Ramadhan tidak lagi menjadi bulan yang menggembirakan buat penduduk di sana. Sambutan Syawal pula masih kelam.

4. Kami di GSPP sentiasa mencari mekanisme terbaik untuk penyaluran sumbangan ke Palestin. Ada beberapa pilihan yang ada sekarang dan ianya masih diperhalusi.

Untuk sementara GSPP menggunakan platform beberapa ngo di antaranya Kelab Perwira dengan kerjasama badan di dalam Gaza untuk saluran sumbangan ini. Setakat ini sudah banyak bantuan air dan makanan yang sampai ke sana dalam tempoh perang ini walau pun dengan seribu kesukaran yang terpaksa dihadapi.

5. Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza khasnya dan warga Palestin di merata tempat umumnya. Di dalam harta kita ada hak mereka sepertimana yang Allah sebutkan di dalam al-Quran:

وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ

"Di dalam harta mereka terdapat hak bagi orang yang meminta dan orang yang tiada sumber pendapatan." (Az-Zariyat: 19)

6. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada siapa sahaja melalui cara yang diyakini oleh masing-masing. Tetapi menyumbanglah dan jangan berhenti.

Jika ada secebis kepercayaan kepada GSPP, menyumbanglah melalui Kelab Perwira dan mana-mana ngo yang bekerjasama di dalam gabungan ini. GSPP akan usahakan sebaiknya agar sumbangan itu sampai kepada warga Palestin yang memerlukannya.

7. Kita yakin Israel akan jatuh. Tetapi yang akan ditanya oleh Allah kepada kita adalah sumbangan kita sebagai individu. Kejatuhan Israel tidak akan meringankan hisab ke atas kita jika tiada sumbangan yang kita berikan dalam hidup kita.

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ

Wallahul Musta'an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Kenapa Palestin Sukar Merdeka?

1. Walaupun pembantaian terhadap Gaza berlaku dalam keadaan yang amat dahsyat, tetapi satu yang ketara juga adalah Israel juga sedang jatuh dan makin lemah dari segala sudut. Ekonomi jatuh, imej di hadapan dunia juga jatuh, media lebih memihak kepada Palestin, polisi rasmi badan-badan dunia seperti PBB dan ICJ tidak menyebelahi Israel, perselisihan Israel dan negara-negara sekutunya, penolakan rakyat terhadap Netanyahu dan banyak lagi yang lain.

2. Pun begitu jalan menuju kemerdekaan Palestin masih kelam dan samar. Kenapa?

Di sini saya kongsikan sedutan kuliah subuh saya semalam di Alam Sari, Bangi. Beberapa noktah yang tidak sempat saya kongsikan semalam, saya kongsikan di sini.

3. Beberapa faktor menjadi penghalang kepada kemerdekaan Palestin. Di antaranya:

a. Kesatuan Barat memberikan bantuan perang sedangkan negara Islam hanya memberi bantuan kemanusiaan. Ini menjadikan pertarungan antara Israel dan sekutunya melawan Palestin menjadi satu pertarungan yang berat sebelah.

b. Umat Islam terperangkap dengan sistem dunia. Perangkap pertama berlaku dulu ketika pemimpin umat Islam menerima cadangan Barat untuk ditubuhkan OIC sebagai ganti kepada kuasa dunia Islam pada masa itu iaitu Khilafah Othmaniah. Peperangan, perdamaian, pembahagian sempadan negara sampailah kepada proses pemberian bantuan hari ini masih lagi dalam lingkungan sistem yang dibenarkan PBB dan negara-negara besar dunia.

c. Normalisasi enam negara Arab dengan Israel. Selepas perang terakhir yang besar antara negara pada 1973, satu demi negara Arab mengambil pendekatan berdamai dan mengiktiraf Israel. Dimulai oleh Mesir, Jordan dan kemudian diikuti oleh Emirate, Bahrain, Sudan dan Morocco. Menyusul seterusnya adalah Saudi. Beberapa negara lain sedang dilobi untuk itu.

Kesan hubungan diplomatik ini boleh dilihat di era perang Taufan Aqsa ini apabila usul-usul negara-negara Arab ditolak dab tidak dapat dilaksanakan. Usul-usul itu antaranya usul memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, tidak membenarkan tanah dan udara negara Arab digunakan oleh Israel dan US dan menggunakan kuasa enonomi Arab seperti minyak untuk memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya.

d. Ancaman baru dari Syiah Iran dan sekutu yang menambahkan kerumitan. Sekatan Yaman kepada kapal-kapal di Teluk Mandab hanyalah lakonan Houthi untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Yaman. Jika Iran dan sekutunya bergabung dengan Russia dan China, perang akan makin melebar dan membebankan Palestin.

4. Gerakerja pembebasan Palestin mesti pergi kepada satu gerakerja baru, keluar dari sekadar gerakerja kemanusiaan. Jalannya jauh dan panjang tetapi pasti.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
🇲🇾 TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG 🇵🇸
#bantuansampai
#teruskansolidaritibuatGaza

‼️ TERKINI I Bantuan Sampai di Gaza: Ahad, 7 April 2024 pasukan Perwira Pal3stin sudah mula mengagihkan baju dan  kasut raya ke khemah-khemah perlindungan saudara kita di kawasan Rafah. Video sumbangan akan menyusul kemudian.

SAKSIKAN ‼️
Kegembiraan yang terpancar di wajah saudara-saudara kita di Gaza.

🎥  Sebanyak 17 bantuan sebelum ini yang telah berjaya sampai di Gaza walaupun dalam situasi yang kritikal .

👍  Sumbangan melalui Kelab Perwira Malaysia merupakan kerjasama NGO-NGO yang bergabung di dalam Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) beserta rakan kerjasama di Gaza.

Inilah bukti keprihatinan yang tinggi seluruh rakyat Malaysia terhadap Palestin 🥰 Alhamdulillah🤲🏻


📦 SENARAI BANTUAN YANG TELAH DIAGIHKAN :

1️⃣ 24 Januari 2024 : Bantuan Pertama Perwira berjaya disalurkan berbentuk sumbangan kotak makanan.
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2806

2️⃣  3 Februari 2024 : 2 Bantuan khemah, 100 bakul sayuran dan wang tunai
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2839

3️⃣  21 Februari 2024 : 150 Bantuan Bakul Makanan di Rafah, G4z4
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2915

4️⃣  23 Februari 2024 : Agihan daging kambing kepada 30 buah keluarga di Deir Balah, tengah Gaza
https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/2932

5️⃣  5 Mac 2024 : 150 set bakul sayuran di kawasan Rafah
https://youtube.com/shorts/eLFbe9t6g9I?si=xfsiH0BIZeFHXpcF

6️⃣  7 Mac 2024 : Agihan bantuan 150 pek susu formula untuk bayi di R4f4h
https://youtube.com/shorts/2BTvaGaaLdU?si=9v3q7FdVnaqHxe1A

7️⃣  8 Mac 2024 : Bekalan 8,000 liter air di Utara G4z4
- https://youtu.be/qtC0d6kdqg8?si=U2XZE8gSX1nBMv2_
- https://www.tg-me.com/kelabperwiraofficial/3031

8️⃣  250 set Bakul Ramadan di Rafah, G4z4
https://youtu.be/t-wwN0RkuFk?si=laC2zmT2oBd2jUwT

9️⃣  20 Mac 2024 : Agihan 1,000 bubur Sumaqiyyah untuk Juadah Berbuka Puasa di Jabalia, Utara G4z4
https://youtu.be/kFlxG0DFmGo?si=Feo-3n_uRKbWqpNK

1⃣0⃣  24 Mac 2024: 140 pax barang dapur untuk keluarga yang berlindung di Utara Gaza
https://www.youtube.com/watch?v=ECiu2vAVeEM&feature=youtu.be

1⃣1⃣  24 Mac 2024: 450 pek buka puasa menu aneka roti di Sheikh Radwan, Utara G4z4
https://www.youtube.com/watch?v=EaaRPOkZQG4

1⃣2⃣  27 Mac 2024 : 3 periuk besar kacang lentil untuk 800 orang di Sekolah Dar Al-Arqam, Utara G4z4 😍
https://youtu.be/-tQoT6mwnOE

1⃣3⃣  30 Mac 2024 :  1,250 pek makanan iftar diedarkan di Masjid Al-Aqsa
https://youtu.be/L9ea5v0Xc58

1⃣4⃣  31 Mac 2024 :  Juadah buka puasa berupa Sup Daging untuk 1,200 di Utara G4z4
https://youtu.be/CEJIP0iZKgM

1⃣5⃣  31 Mac 2024 : Roti dan bubur disediakan untuk 700 orang yang berlindung di Rafah
https://youtu.be/NXWfQC4OOvM?si=wZqlH0WpGGtGZd7b

1⃣6⃣  2 April 2024 : Bantuan tilam, selimut dan pakaian setiap 70 buah keluarga dengan 420 orang penerima manfaat di Rafah
https://youtu.be/aRCmFaV933s

1⃣7⃣  2 April 2024 : Seramai 1,000 orang di Utara G4z4 dapat menikmati juadah nasi Arab Kambing 
https://youtu.be/PgANH-djD4E

Nantikan khabar gembira dan terus mengikuti kami untuk mendapatkan perkembangan bantuan-bantuan yang telah diagihkan.

===================

📦 Teruskan INFAQ JIHAD anda yang terbaik di PENGHUJUNG RAMADAN AL MUBARAK.

🔊 Sertai kempen HADIAH RAYA UNTUK PALESTIN sebagai keprihatinan anda berkongsi kegembiraan bersama rakyat Palestin menjelang Syawal.

🅰️ RM150: Beloved Family
🅱️ RM50: Giving Hope
🆎 RM10: For Smiles

1️⃣ Salurkan Hadiah Raya anda ke akaun *𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀*:

🔺 Bank Rakyat : 1102185403
🔺 Bank CIMB : 8604540809
🔹 Billplz : https://www.billplz.com/uk9end9c1
(Rujukan: Nama pakej bantuan anda)

2⃣ Hantar resit transaksi dan maklumat Tuan/Puan ke whatsapp :
📞 Ustazah Zulikha
wasap.my/60183935600
+60183935600
+60183935600

3⃣  Sertakan maklumat berikut:
Nama :
No. Tel :
Tujuan Sumbangan : Nama pakej bantuan anda

"KITA PERWIRA PALESTIN"
#PerjuanganTanpaNoktah
#HarapanDisebalikRuntuhan
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Iran vs Israel

1. Masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan adakah serangan terbaru Iran terhadap Israel adalah suatu yang didorong oleh perebutan kuasa atau sekadar propaganda seperti serangan yang dilakukan oleh Houthi Yaman dan bantuan melalui 'air drop' yang dilakukan oleh Jordan.

2. Apa pun motif, mungkin noktah-noktah ini penting untuk kita memahami latar belakang apa yang berlaku sekarang.

a. Iran dan Israel adalah dua kuasa penjajah. Iran dengan projek 'hilal syi'ie' dan Israel dengan projek 'Israel Raya'. Kawasan kedua-dua projek penjajahan ini sebahagian besarnya adalah kawasan yang bertindan.

b. Iran berjaya mempengaruhi Lubnan melalui Hizbullah, Yaman melalui Houthi, Syria melalui Basyar Asad pendokong Syiah Alawi dan Iraq melalui pimpinan Syiah yang menguasai Iraq selepas kejatuhan Sadam Husain. Manakala Israel berjaya mempengaruhi Mesir selepas perang 1973, Jordan selepas 90an, Emirate dan Bahrain. Sudan dan Morocco juga ada hubungan diplomatik kuat dengan Israel. Saudi pula dalam proses. Maknanya kedua-dua kuasa ini ada kekuatan masing-masing di rantau Arab.

c. Pertembungan antara kedua kuasa ini dari dulu tidak pernah menjejaskan bumi Israel atau bumi Iran. Sebaliknya yang sentiasa rosak dan musnah adalah tanah umat Islam di negara-negara Arab. Kemungkinan inilah yang akan terus berlaku seterusnya ... wallahu a'lam.

d. Perselisihan antara dua kuasa penjajah ini adakalanya boleh meringankan beban Palestin kerana perselisihan itu melemahkan kedua pihak dan memberi ruang kepada Palestin 'bertenang'. Tetapi adakalanya akan merugikan dan menekan lagi Palestin.

3. Kita perlu perhatikan perkembangan terbaru ini dengan rapat kerana ia mungkin akan membawa peperangan Taufan Aqsa meluas ke dimensi baru.

4. Jangan terlalu gembira sehingga menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Iran. Tidak pernah Syiah berbuat baik kepada negara sunni bila mereka dapat kuasa. Jangan jadi seperti pepatah Melayu 'keluar mulut harimau masuk ke mulut buaya'.

Moga apa yang berlaku mengukuhkan kedudukan Islam di Palestin dan kemenangan akhirnya untuk Palestin.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Serangan Iran dan Keuntungan Israel - US

1. Saya tidaklah bersungguh mencari kenyataan rasmi dari pihak Israel berkenaan kadar kemusnahan di Israel hasil serangan Iran. Jika ada pembaca yang menemuinya mohon kongsikan di ruangan komen. Sepintas lalu macam tak padan kadar kemusnahan dengan saiz serangan.

2. Saya kongsikan sebahagian mesej dari rakan luar negara yang dikirimkan awal pagi tadi. Mesejnya berkisar sekitar keuntungan yang diperolehi oleh Israrel US hasil serangan Iran tersebut.

a. Israel kembali mendapat simpati dunia setelah menerima kutukan dunia terhadap genosid yang dilakukannya selama enam bulan terhadap Palestin.

b. Imej Netanyahu di mata warga Israel dapat dipulihkan. Imejnya sebagai pemimpin yang gagal mengendalikan perang kini muncul sebagai 'hero' yang berdepan dengan ancaman dari pelbagai penjuru.

c. Biden dapat sokongan semula Kongres terhadap polisi menyokong Israel dengan bantuan senjata dan berjaya mengadakan perjanjian penjualan senjata kepada Israel.

d. Dengan imej Israel sebagai pihak yang diserang, US dan sekutunya dari negara~negara Eropah dapat kembali sokongan rakyatnya yang sebelum ini memprotes kerajaan masing-masing kerana membantu Israel menyerang Palestin.

e. Kehangatan warga US dan Eropah terhadap isu Palestin mula menurun.

3. Khabarnya mungkin tiada lagi serangan besar dari Iran. Khabarnya juga Israel akan buat serangan balas. Kita tunggu apa yang berlaku seterusnya.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Serangan Iran ke Atas Israel; Apa Agaknya Respon Saudara Palestin?

1. Semalam saya berhari raya bersama beberapa rakan warga Palestin. Beberapa perkara diperbualkan, di antaranya adalah apakah pandangan mereka terhadap serangan Iran terhadap Israel. Soalan ini penting kerana yang menjadi keutamaan kita adalah masa depan Palestin. Iran dan Israel nak bergaduh sesama mereka, hanya penting kepada kita jika ada kesannya kepada Palestin.

2. Secara umum, mereka merasa gembira dengan serangan tersebut dan perkembangan yang berlaku sekarang. Sebelum saya kongsikan sudut pandang mereka ini, suka saya nyatakan bahawa warga Palestin khususnya Hamas amat memahami tabiat dan agenda Syiah. Pengalaman perit yang berlaku di Iraq, Syria dan Yaman adalah pengalaman berdarah yang menjadi noktah penting dalam mereka berinteraksi dengan Iran dan sekutunya. Ada batas dan garis merah yang mereka letakkan dalam interaksi dua hala tersebut.

3. Satu yang jelas bagi Palestin adalah apa-apa juga serangan terhadap Israel khususnya jika serangan bersenjata, ianya akan memberi sedikit kelegaan kepada Palestin. Kerana serangan itu akan menjadikan Israel terganggu, tertekan dan menyukarkan mereka untuk terus membantai Palestin.

Serangan Houthi Yaman di Laut Merah memberi sedkit kelegaan. Begitu juga serangan Hizbullah dan yang terbaru serang Iran ke atas Israel.

Kegembiraan ini adalah kerana ia meringankan tekanan terhadap Palestin. Ianya sudah tentu bukan kegembiraan kerana 'hero telah datang' kerana warga Palestin tidak sesekali pernah meletakkan nasib dan masa depan mereka kepada Iran.

4. Perkembangan yang berlaku ini juga sebenarnya sudah mula mengalihkan corak peperangan. Kalau sebelum ini peperangan adalah antara Israel dan Palestin (khususnya Gaza), kini sudah mula ada tanda-tanda bahawa peperangan ini akan keluar dari lingkungan itu dan mula merebak ke negara berhampiran.

Ini bermakna Israel tidak hanya akan berhadapan dengan mujahidin Palestin sebaliknya kemungkinan akan berhadapan dengan negara-negara lain serentak. Ini adalah suatu yang cuba dielakkan oleh Israel tetapi mereka terjebak dalam suasana ini kerana silap perhitungan mereka ketika menyerang pejabat konsulat Iran di Syria. Mereka tidak menyangka serangan kali ini akan mencabar maruah Iran, tidak seperti serangan-serangan lain sebelum ini yang tidak mendapat tindak balas Iran.

5. Perkembangan lain adalah negara-negara jiran khususnya Jordan dan Mesir kemungkinan akan mengubah polisi mereka. Ini kerana sekarang bukan sahaja Palestin tidak selamat, sebaliknya negara-negara jiran juga sudah mula berasa tidak selamat.

Ini mungkin akan menimbulkan tekanan dari rakyat agar pemimpin negara tersebut mengambil satu tindakan pro aktif dalam isu perang Israel-Palestin. Jika tidak, masa depan negara mereka juga akan terjejas.

Pemimpin negara Arab amat faham tindak balas rakyat ini boleh membawa kepada implikasi yang pelbagai. Paling teruk yang pernah mereka tanggung adalah apa yang berlaku pada tahun 2011 dalam peristiwa Arab Spring.

6. Kita mengikuti perkembangan ini terus dan kita doakan moga apa juga yang berlaku akan membawa kepada pembebasan Palestin.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Lintasan hati ....

Saya seperti ramai orang yang mengharapkan Iran akan memerangi Israel lalu Palestin pun akan merdeka. Beza saya dengan orang ramai itu adalah saya masih yakin perang Iran-Israel itu tidak akan berlaku. Apa yang terjadi sekarang tidak kuat untuk mengubah kepercayaan saya.

Mereka bermusuhan berebut maslahah tertentu. Tetapi mereka ada musuh yang sama yang boleh menyatukan mereka di sebahagian strategi mereka.

Ditambah dengan petunjuk wahyu yang memberikan pencerahan tentang tabiat pertembungan di akhir zaman.

Kita tunggu dan lihat ....
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

1. Saya rasa poster ini tersebar dan mungkin memberikan pelbagai persepsi kepada
pembaca tentang apakah pendekatan Hamas berkenaan hala tuju perang Israel-Palestin sekarang.

2. Poster ini mungkin mengambil apa yang disimpulkan oleh wartawan dalam wawancara mereka bersama Dr Khalil al-Hayyah di Turki. Secara umum kesimpulan wartawan tersebut agak kurang cermat hingga menimbulkan salah faham terhadap pendekatan terkini Hamas.

Antara salah faham yang boleh timbul dari poster tersebut:

i. Hamas dilihat sudah lemah dan mula mengambil pendekatan mengalah

ii. Hamas mengiktiraf Two State Solution lalu seterusnya mengiktiraf keabsahan kewujudan negara Israel

iii. Hamas kalah dalam rundingan genjatan senjata hingga menggugurkan beberapa tuntutannya terhadap Israel

3. Saya pernah menulis tentang pendirian Hamas tentang Two State Solution yang diucapkan oleh Khalid Masy'al pada tahun 2017. Pembaca boleh merujuk semula di sini untuk memahami apa pendirian Hamas terhadap penyelesaian Two State Solution:

https://www.facebook.com/share/gx1Err2UXmzAFybu/?mibextid=WC7FNe

4. Berkenaan tentang pendirian Hamas sekarang, pembaca dengan mudah boleh memahaminya jika mendengar ucapan-ucapan pemimpin kanan Hamas berkenaan isu ini. Saya kongsikan salah satu daripadanya untuk rujukan pembaca:

https://youtu.be/KC-RO8Ahx8E?feature=shared

5. Kesimpulan pendirian sebenar Hamas tentang isu yang ditimbulkan di dalam poster di atas:

i. Hamas menuntut untuk dikembalikan 'hak tarikhi' (hak sejarah) terhadap seluruh Palestin. Tiada tolak ansur dalam perkara tersebut.

ii. Sebagai penyelesaian sementara, Hamas bersetuju dengan 2SS dengan syarat Gaza, Tebing Barat dan Quds dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Juga seluruh pelarian Palestin mesti dikembalikan ke Palestin dan genjatan senjata berlaku dalam tempoh panjang (terbaru dipersetujui lima tahun).

iii. Jika sudah wujud negara Palestin yang merdeka, Hamas akan bertukar kepada badan dalam kerajaan (sebagai tentera kerajaan, sebagai parti politik dan sebagainya yang akan mempertahankan negara).

6. Tetapi dunia semua tahu bahawa Pbb lagi sekali telah menolak Palestin. Dan dunia semua tahu bahawa Israel dan sekutunya ingin mengosongkan Gaza dan seterusnya Tebing Barat. Jadi soalan tentang pendirian Hamas tentang pendirian dan masa depan mereka hanyalah soalan andaian yang sukar berlaku kerana Israel tidak bersedia untuk berhenti menyerang Palestin.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan

1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua.

2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka.

3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh.

Firman Allah:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ

".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120)

4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin.

Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan.

Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh?

5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu.

6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan.

7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul.

Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan.

Wallahu a'lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Lintasan hati ....

Seruan boikot terhadap produk Denmark berlaku kerana ada aktivis anti Islam di sana bakar al-Quran berkali-kali dan 'dilindungi' setelah pemansuhan undang-undang penghinaan agama oleh kerajaan Denmark. Kesannya beberapa tahun selepas itu Denmark menggubal rang undang-undang pengharaman membakar al-Quran atas alasan keselamatan negara.

Seruan boikot terhadap produk AS pula berlaku kerana AS menyokong dan melindungi Israel dalam pembunuhan rakyat Gaza. Bibit-bibit kesannya boleh dilihat sekarang dan akan lebih jelas nanti dengan berlalunya masa.

Boikot terhadap produk AS sepatutnya lebih mudah disambut berbanding boikot terhadap produk Denmark. Membunuh puluhan ribu manusia yang tidak berdosa sudah tentu lebih berdosa dari membakar al-Quran. Tetapi kalau boikot produk Denmark atas kesalahan membakar al-Quran (yang terbukti membawa kepada penggubalan ruu) pun tidak boleh diterima, saya tidak mahu komen lebih.

Kita kadang kala berkata kita bertindak atas dasar ilmu dan bukan perasaan. Tetapi ilmu tidak pernah terpisah dari sensitiviti jiwa seorang mukmin. Lagi tinggi ilmu dan pengetahuan seseorang sepatutnya lagi sensitif jiwanya terhadap maruah agama.

Wallahul Musta'an
2024/05/04 07:24:20
Back to Top
HTML Embed Code: