Telegram Web Link
Dunia hari ini dunia VUCA penuh kecelaruan.

Namun…

Ibu berdoa agar setiap hari kehidupan mu damai dan tenang. Dilimpahi pula dengan rezeki berkat yang melimpah ruah.

Semoga segala keserabutan dapat dirungkaikan. 🤲❤️

Mari kita sama-sama Amiin kan
👍3
Anak-anak suka kita puji mereka. Tapi fokus puji perbuatan bukan sekadar rupa paras. Kerana yang kedua boleh membangkitkan riak.

Tapi jika mereka menjaga ketrampilan, sikat rambut, mandi, shampoo, menjaga kebersihan, maka itu juga elok dipuji kerana kita nak mereka tahu, menjaga ketrampilan, kebersihan adalah sebahagian daripada akhlak mulia.

Ada anak2 Ibu di sini yang susah pujuk anak mandi?
Skil terpenting perlu sayang dikuasai dalam mendidik anak-anak mu adalah skil berkomunikasi dan membina perhubungan erat.

Adakah yang buntu bagaimana nak menyuruh anak melakukan sesuatu tanpa perlu marah?

Ibu doakan Allah mudahkan untuk mu.
Ibu dan Team IKIM untuk slot G-Alpha akan ke udara lagi esok

Tajuk: "Bahagia Menjadi Diri Sendiri: Sihat Emosi, Kuat Jiwa"

Time: KHAMIS, 8.30 pagi, 12HB JUN 2025

Link: https://www.facebook.com/ikimfm

Soalan-soalan yang akan diutarakan

1. Ibu Rose, ramai ibu bapa hari ini risau melihat anak-anak remaja mudah tertekan, cepat marah, dan kadang-kadang menyendiri. Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam emosi remaja zaman sekarang?

2. Bagaimana kita boleh bantu anak-anak — terutama remaja — untuk rasa selamat dan cukup baik dengan diri mereka, tanpa terlalu bergantung kepada pujian atau pengiktirafan orang lain?

3. Dalam dunia media sosial, ramai remaja terkesan dengan ‘perbandingan’ – dari rupa paras hingga pencapaian. Apa kesannya kepada keyakinan diri mereka dan bagaimana ibu bapa boleh bantu dari rumah?

Dan banyak lagi, jom bersama Ibu & Team IKIM di IKIMfm
G-ALPHA | "BAHAGIA MENJADI DIRI SENDIRI: SIHAT EMOSI, KUAT JIWA"*

Ikuti bual bicara bersama Ibu Rose, Pakar Keluarga dan Pembangunan Modal Insan, A.L. Advancement of Human Potential dalam segmen Inspirasi Pagi hanya di IKIMfm.

📅 Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
📻 Saluran: IKIMfm

💻 Saksikan secara langsung di:
FB Live & YouTube IKIMfm


#ikimfm #inspirasiutamaanda
#InspirasiPagi

👍 Jangan lupa Like, Follow & Share media sosial rasmi IKIMfm:

🔹 TikTok: ikimfm.my
https://www.tiktok.com/@ikimfm.my?_t=ZS-8w7Isp221vI&_r=1
🔹 Facebook: IKIMfm
https://www.facebook.com/share/16HSGJ8pSe/
🔹 Instagram: @ikimfm.my
https://www.instagram.com/ikimfm.my?igsh=MWZiZmN0MGJ5bXc2Zg==
🔹 YouTube: IKIMfm
https://youtube.com/@ikimfm_my?si=MuP4l_1MO0Zl2l-8
Pelik Tapi Benar!

Anak suka bermain... tapi selalu dimarah sebab bermain.

Pelik tak?
Tapi lebih pelik sebenarnya — orang dewasa yang lupa bahawa:

BERMAIN itu adalah cara anak belajar.

Bukan sekadar suka-suka.
Bermain tu universiti awal mereka.
Dari situ mereka belajar:

Memahami dunia
Menyusun emosi
Menyelesaikan masalah
Menjadi kreatif

Jadi...
📌 Jangan marah anak sebab dia bermain.
📌 Marahlah jika dia tak dapat ruang untuk bermain!

Bila kita halang anak bermain, kita sedang potong akar pembelajaran fitrah mereka.

Dan satu lagi.
Jangan beli mainan sebab nak elak anak ganggu kita.
Itu bukan hadiah — itu suapan senyap supaya anak ‘tak kacau’.

Sebaliknya…
🎈 Belilah mainan yang merangsang minda.
🎈 Berilah masa dan ruang anak meneroka.
🎈 Dan ketahuilah — kadang anak tak perlukan mainan pun untuk bermain.
Dia hanya perlu peluang dan perhatian.

Anak yang dibenarkan bermain dengan bebas dan bimbingan… akan jadi dewasa yang lebih stabil dan bijak menyusun hidup.

🌹Pelik tapi benar kan?
8
Siri First Time Parents FIRST TIME PARENTS – ANAK 0-6 TAHUN
Fasa Mengandung – Siri 1: Apa Nak Kata Kepada Anak Dalam Kandungan?
Ramai Mama dan Ayah tak sedar satu perkara yang sangat penting...
Anak dalam kandungan itu sedang dengar dan rasa apa yang kita cakap.
Dia mungkin belum boleh membalas, tapi roh dan jiwanya sudah mula menerima kasih dan getaran kata yang kita lafazkan sejak awal dalam rahim.

💞 Jadi… Cakaplah perkara baik-baik padanya. Beritahulah yang Mama dan Ayah menanti dia penuh cinta. Berbicaralah dengan tenang, walau hanya bisikan dalam hati.
Contoh:
🗣️
“Sayang, Mama tahu kamu sedang membesar dengan baik. Mama doakan kamu jadi anak soleh/solehah yang bahagia dunia akhirat.”
Atau...
“Anak Mama kuat. Mama tahu kamu sedang belajar mengenal dunia dalam rahim Mama. Mama ada di sini bersama kamu.”

💡 Zikir & Doa Ringkas untuk Mama dan Ayah amalkan:
🕊️ “Hasbunallahu wa ni’mal wakeel” (Cukuplah Allah sebagai Penolong kami) ➤ Ulang-ulang ketika resah, letih, atau risau
🕊️ “Rabbi habli minassolihin” (Ya Tuhanku, kurniakan aku zuriat yang soleh) ➤ Baca sambil letak tangan di perut
🕊️ “Ya Allah, tenangkan hati anakku dalam kandungan, kuatkan tubuhnya, lembutkan jiwanya, dan jadikan dia penyejuk mata dan hati kami.”

Setiap kata yang keluar dari hati seorang Mama adalah doa yang terbang ke langit. Dan setiap pelukan dari jiwa — walau belum bersentuh kulit — tetap membekas dalam roh anak. Parenting Wisdom Sayang Ibu tahu tak, anak dalam kandungan mu amat suka mendengar suara lunak ibu dan ayahnya? Oleh itu selalulah bercakap indah dengannya sambil menggosok perut mu. Dan si ayah, bacakan doa untuknya sambil menggosok perut si ibu.

— Ibu Rose #FirstTimeParents #IbuRoseShare #ParentingTips #ParentingKeJannah #SuriUmmah
🥰1
Jom Ibu dah Live bersama DJ IKIM dalam Segmen G-Alpha

Topik: "Bahagia Menjadi Diri Sendiri: Sihat Emosi, Kuat Jiwa"

Tekan link dibawah untuk sertai

https://www.facebook.com/100044608831563/videos/1438663680818494

https://www.youtube.com/watch?v=SWLOqnfwDm4&ab_channel=IKIMfm

Share juga kepada keluarga & rakan-rakan ❤️
Setuju?
Apakah pengalaman mu sayang?
10
Semoga Allah tambah rezeki berkat untuk mu. Dan mudahkan semua urusan baik.
Tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik bagi mu.

Aminkan doa ini. ❤️
5
Allah tetap nampak usaha mu. Walaupun pada mata manusia sedikit. Tetapi Allah tahu hati mu yang sedang berjuang melawan hasutan iblis.

Mari bersama Ibu kita berdoa agar Allah tetap membimbing kita.

Mendidik anak dengan sabar itu ‘Jambatan Ke Syurga’.

Semoga Syurga untuk mu wahai ibu-ibu yang gigih melawan nafsu. 🤲❤️
5
PERHATIAN PARA IBU MUDA

Sempena bulan Julai, bulan birthday Ibu, Ibu bakal mengadakan program ini " Elak Parenting Trauma - Generasi Baru.

Program ini bernilai RM699 TAPI Ibu nak beri PERCUMA kepada 16 orang ibu-ibu yang pregnant atau ada anak 0-6 tahun,

Belajar in small group dengan Ibu secara fizikal.

Boleh bertanya apa sahaja soalan yang bersarang di minda.

Jadi seorang ibu yang bijaksana dan berdaya tinggi.

Details semua di link di bawah dan

Cepat isi borang ini, untuk melayakkan anda.

ezy.la/ibupertamakali
ezy.la/ibupertamakali
ezy.la/ibupertamakali

Jumpa nanti...

dan boleh Ibu minta yang bukan new mothers untuk bantu Ibu share dengan first time mothers.... bantu Ibu ya sebarkan mesej ni.
4
Alhamdulillah, Ibu Rose akan di interview mengenai perkara ini di IKIMfm esok.
Jom support Ibu.

G ALPHA (KHAMIS, 8.30 pagi, 10hb Julai 2025)

Tajuk : “Ibu Bapa Hebat, Mula Dari Sekarang”

Soalan-soalan yang dijawab
1. Ibu Rose, bila sebenarnya ‘sekarang’ itu? Maksudnya, dari bila kita patut mula membentuk diri untuk jadi ibu bapa yang hebat?

2. Ramai ibu bapa hari ini sibuk dengan kerjaya. Bagaimana mereka boleh seimbangkan masa untuk membina hubungan berkualiti dengan anak-anak sejak awal?

3. Apa ciri-ciri utama yang ibu bapa perlu ada untuk dikatakan ‘hebat’ pada zaman sekarang yang serba mencabar ni?

4. Ada ibu bapa rasa sudah ‘terlewat’ bila anak mereka dah remaja. Apa nasihat Ibu Rose kepada mereka yang baru sedar kepentingan parenting positif?

Jom dengarkan esok di IKIMfm.
1👍1
Jom Ibu dah Live bersama DJ IKIM dalam Segmen G-Alpha

Tajuk: “Ibu Bapa Hebat, Mula Dari Sekarang”

Tekan link dibawah untuk sertai

https://www.facebook.com/100044608831563/videos/1168435711675040

https://www.youtube.com/watch?v=RwHgv6uj_LM&ab_channel=IKIMfm

Share juga kepada keluarga & rakan-rakan ❤️
2👍1
Assalamualaikum, Ibu nak tanya ibu-ibu muda,

Apa cabaran terbesar sebagai ibu baru (anak umur 0–6 tahun)?

A) Anak tantrum & susah nak dengar cakap
B) Emosi ibu sendiri cepat meletup/‘triggered’
C) Orang sekeliling asyik tegur/nasihat ‘cara parenting’ kita

Reply A/B/C sekarang – ibu nak hantar link jemputan sesi coaching eksklusif (PERCUMA, bernilai RM699)

Tempat terhad – cepat ya

@iburoselove
1
Ramai ibu bapa hari ini yang risau mengenai anak-anak generasi digital ini.
.
Ramai yang risau akan daya tahan mereka juga daya tahan anak-anak yang terdedah kepada dunia yang semakin celaru.
.
InsyaAllah berada di sini hari ini. Nanti ada LIVE di FB. Boleh ikuti slot Ibu pada pukul 10.30 am - 12.30 pm.
.
Tajuk slot Ibu...
Cabaran Daya Tahan:
Mendidik Anak Era Digital

Jom bersama Ibu.

https://www.facebook.com/majlisagamaislamns
[Tinggal 7 Slot PERCUMA: Coaching Parenting Ibu Anak 0-6 Tahun Bersama Ibu Rose Bernilai RM699]

Terlepas sesi 12 Julai lepas?

Khas kepada ibu-ibu kali pertama (anak 0–6 tahun / sedang mengandung / bakal ibu),

Akademi Parenting sedang bangunkan program pentauliahan keibubapaan khas "Loving & Firm" khas untuk ibu (anak 0–6 tahun)!

Tapi sebelum dilancarkan…

Ibu Rose nak dengar sendiri cabaran dan soalan dari anda melalui sesi coaching 3-jam secara fizikal (bernilai RM699 — 100% PERCUMA!)

🧡 Untuk 20 ibu sahaja.
🗓 Ahad, 27 Julai | 9:30–12:30 tgh | 📍Kota Damansara

🎁 Join sesi ini & jadi pencetus perubahan parenting generasi baru!

👉 Klik sini cepat:
ezy.la/ibupertamakali
ezy.la/ibupertamakali
ezy.la/ibupertamakali

Ini kali terakhir sesi ini diadakan secara percuma.

Tempat sangat terhad. Sebarkan pada rakan/kenalan yang mungkin sangat perlukan ini.

@iburoselove
3
Assalamualaikum Semua,💖
Ibu just nak beritahu bahawa bermula 19/7/2025, Ibu mengikut sebuah program anjuran Yayasan Ummi Malaysia (YUM) ia itu TOTIQ - Training of Trainers - Interaktif Quran.

Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah memakbulkan doa Ibu untuk lebih mendekati Al-Quran.
Bila kita mengikuti program seperti ini, maka tentu ada praktikalnya untuk membantu kita menjadi lebih faham dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Oleh itu, bermula hari ini dan seterusnya Ibu akan berkongsi Ilmu TOTIQ yang perolehi dan aplikasi ilmu tersebut.
Ibu focus kepada 4 Kategori yang Ibu akan tulis, InsyaAllah
1- Parenting
2- Membangunkan Jiwa Wanita - Women Empowerment - Suri Ummah.
3- Bahagia Keluarga
4- Pembangunan Diri
Semua berdasarkan Quran dan Sunnah.

Semoga Allah membantu Ibu istiqamah.
Terima kasih semua. 💖💖💖
========💖==========

#TOTIQ4
#TOTIQ
#totiqgroup6
#yayasanummimalaysia
#iburoseshare
#startitrightwithparenting
#parentingkejannah
2025/10/27 10:55:12
Back to Top
HTML Embed Code: