Telegram Web Link
Bayi 9 bulan maut disyaki didera

Polis tahan empat individu termasuk dua pengasuh


JOHOR BAHRU, 22 Syawal 1445H, Rabu - Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, empat individu yang berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sini pada jam 10 malam, Khamis.

Beliau berkata, Rabu lepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari HSA berhubung seorang bayi perempuan warga asing yang ketika itu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), disyaki akibat didera.

“Bayi itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 3.50 pagi keesokkan harinya, dan hasil bedah siasat mendapati wujud elemen jenayah dalam punca kematian bayi itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Balveer berkata, dua daripada yang ditahan ialah pengasuh bayi berkenaan iaitu pasangan suami isteri warga tempatan, dan polis masih berusaha mengesan ibu kepada bayi itu yang merupakan warga Vietnam.

“Kesemua yang ditahan direman selama enam hari bermula Jumaat lepas. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Korban banjir lumpur di Kenya kini cecah 169

91 orang masih hilang, 190,942 penduduk terjejas


NAIROBI, 22 Syawal 1445H, Rabu - Hujan dan banjir di Kenya meragut 66 lagi nyawa dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian kepada 169 orang sejak 1 Mac lalu.

Jurucakap kerajaan Kenya, Isaac Mwaura berkata, banjir lumpur yang menghanyutkan kampung dekat Mai Mahiu mengorbankan 45 orang, sekali gus melonjakkan angka korban kepada 169 manakala 91 orang lagi masih hilang.

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, kami telah kehilangan 66 nyawa di seluruh negara dan itu termasuk 60 dewasa serta enam kanak-kanak.

"Banjir itu menyebabkan penduduk Kenya hilang tempat tinggal membabitkan 30,214 isi rumah terdiri daripada kira-kira 190,942 mangsa," katanya.

Sebagai tindak balas kepada situasi itu, kerajaan Kenya mengumumkan menanggung semua bil hospital mangsa terjejas banjir lumpur bagi meringankan kewangan keluarga yang menghadapi kerugian dan perpindahan.

Banjir yang berpunca daripada hujan lebat dan limpahan sungai menenggelamkan kediaman, memusnahkan infrastruktur dan menganggu perkhidmatan penting di Kenya.

Presiden Kenya, William Ruto mengadakan mesyuarat khas Kabinet pada Selasa bagi menangani situasi bencana yang sudah meragut nyawa hampir 170 orang. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini: MB

861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar

HULU SELANGOR, 22 Syawal 1445H, Rabu - Kerajaan Selangor menyasarkan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu selewat-lewatnya pada Julai ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. 

Beliau berkata, hal ini berdasarkan taklimat yang diterima daripada Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor yang merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan untuk menyalurkan lebihan dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), membabitkan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan berkenaan.

"Ada sebahagian mereka yang hanya memerlukan tambahan RM17 lagi kepada pendapatan mereka untuk keluar daripada tahap kelompok kemiskinan setiap bulan. 

"Jadi, saya percaya dengan pemberian bantuan RM300 itu dicampur dengan zakat sebab (dalam jumlah senarai miskin tegar itu) kita ada 500 lebih masyarakat Melayu dan selebihnya bukan Melayu yang akan dapat kita tangani," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan raya anak muda Batang Kali di sini malam tadi.
 
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai isu Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli yang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, Amirudin berharap ia tidak dijadikan isu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.

"Biar SPRM jalankan tugas … kita (Pakatan Harapan) tak mahu mencatatkan kejayaan berdasarkan daripada bencana yang menimpa pihak lawan.

“Apa yang cuba ditampilkan PH ialah menunjukkan yang telah dicapai terutamanya sumbangan mendiang Lee Kee Hiong (penyandang kerusi DUN KKB) dan perkara yang bakal dilaksanakan oleh calon Pang Sock Tao di samping sokongan kuat program kebajikan dan pembangunan kerajaan negeri,” kata Naib Presiden PKR itu.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Gaji penjawat awam dinaikkan 15 peratus bermula Disember tahun ini, kenaikan paling tinggi dalam sejarah negara - PM Anwar
Petugas Tabung Haji mula berlepas ke tanah suci untuk persiapan operasi

Penerbangan pertama jemaah haji pada 9 Mei

KUALA LUMPUR, 22 Syawal 1445H, Rabu - Pasukan pertama petugas Lembaga Tabung Haji (TH) Musim Haji 1445H/2024M berlepas ke Jeddah, Arab Saudi, semalam sebagai persediaan awal bagi menyantuni jemaah haji dari Malaysia.

Pasukan itu terdiri daripada 16 individu termasuk petugas kebajikan, perubatan dan petugas teknologi maklumat bagi memastikan talian kemudahan komunikasi berfungsi dengan baik sepanjang musim haji nanti. 

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, keberangkatan semua petugas ke tanah suci dilakukan secara berperingkat melalui beberapa siri penerbangan bermula semalam sebelum diikuti penerbangan pertama jemaah haji pada 9 Mei. 

"Pasukan kedua petugas dijadual berlepas ke Jeddah esok (2 Mei) iaitu seramai 150 orang termasuk 14 pengamal media daripada pelbagai agensi antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), RTM, Astro AWANI dan Media Prima. 

"Pasukan ketiga petugas pula dijadual berlepas pada 6 Mei melibatkan 70 orang, manakala selebihnya akan berlepas bersama jemaah haji pada 9 Mei nanti," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
 
Beliau berkata, hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi pada musim haji pada tahun ini, bagi memudahkan urusan jemaah haji.

Pada masa yang sama, beliau menasihati petugas haji agar sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat menjalankan amanah menyantuni duyufurrahman.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia, melibatkan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia dengan penerbangan terakhir pada 9 Jun. 

Sementara itu, lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri antaranya Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Alor Setar, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024 dan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
KFC tutup: Bukti sentimen pembebasan Palestin ketara dalam kalangan rakyat Malaysia

BERJASA percaya boikot faktor utama lebih 100 cawangan ditutup


BANGI, 22 Syawal 1445H, Rabu - BERJASA percaya tindakan boikot menjadi faktor utama QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia menutup sementara lebih 100 cawangan terpilih di seluruh negara.

Naib Presidennya, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim berkata, persepsi bahawa KFC antarabangsa menyumbang kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menjajah serta merosakkan Palestin sejak Oktober lalu, menjadi punca boikot ini berlaku.

Bagaimanapun, beliau juga akur bahawa situasi terkini ekonomi negara turut menjadi faktor sebahagian rakyat mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan tidak perlu, termasuk membabitkan makanan segera seperti KFC.

"Namun, kita tidak boleh menolak faktor boikot yang pada pandangan saya merupakan sebab utama sebahagian rakyat tidak lagi membeli produk KFC.

"Sama ada QSR Brand menyumbang kepada AS dan Israel atau tidak adalah tidak penting. Sama ada sumbangan tersebut dalam bentuk bayaran terus atau yuran francais juga bukan persoalannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Lukman berkata, situasi itu membuktikan sentimen dan sokongan terhadap perjuangan pembebasan Palestin sangat ketara dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Ini juga bermakna kefahaman Islam dan sentimen persaudaraan Islam sejagat masih kukuh dalam kalangan rakyat negara kita.

"Jika kita boleh bersatu dalam memboikot produk-produk terkait dengan AS dan Israel, saya yakin dan percaya pasti kita juga mampu bersatu hati dalam mempertahankan Islam dan kepentingan agama Islam di negara Malaysia yang tercinta ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kedudukan agama Islam yang dilindungi kerajaan, institusi raja sebagai penaung agama Islam, sistem persekolahan tahfiz, sekolah agama, kebajikan guru agama dan ulama, sistem ekonomi dan perbankan Islam serta perpaduan umat Islam perlu sentiasa dipertahankan.

"Jangan biarkan semangat kenegerian, kecenderungan politik kepartian, latar belakang kehidupan serta kelas ekonomi menjadi garis pemisah yang memecah-belahkan kita semua.

"Percayalah, hanya apabila kita bersatu dan setia terhadap Islam, para musuh negara dan agama akan gentar dan mula mengendurkan serangan mereka," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan

Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu menjelaskan pihaknya menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini dengan penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.

Sementara itu, Malaysia Airlines menjadualkan semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan yang melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).

Malaysia Airlines menjelaskan walau bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
RUMAH KOSONG DI JEPUN CECAH REKOD BAHARU 9 JUTA

Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018, lapor Xinhua.

Jumlah itu juga membentuk rekod 13.8 peratus daripada jumlah keseluruhan rumah di negara itu, bermakna satu daripada kira-kira tujuh rumah tidak berpenghuni, menurut tinjauan kementerian hal ehwal dalam negeri yang diterbitkan Selasa.

Foto: Bloomberg/Akio Kan

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Boikot berhasil sebabkan McDonald's gagal capai untung suku tahunan

Akui perang di Timur Tengah beri kesan pada jenama, jejas jualan


NEW YORK, 22 Syawal 1445H, Rabu - McDonald's Corporation gagal mencapai anggaran keuntungan suku tahunan buat kali pertama, di tengah-tengah kempen boikot global terhadap rangkaian makanan segera itu susulan perang di Semenanjung Gaza.

Walaupun jualan meningkat hampir dua peratus pada suku pertama menandakan pertumbuhan positif 13 suku berturut-turut, syarikat makanan segera itu menghadapi masalah di pasaran antarabangsa, terutama di kawasan terjejas akibat konflik di Gaza.

"Jualan global meningkat 1.9 peratus, mencerminkan jualan setanding yang positif dalam segmen pasaran Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa.

"Namun, jualan setanding dalam segmen pasaran berlesen pembangunan antarabangsa adalah negatif kerana segmen itu terus dipengaruhi oleh perang di Timur Tengah.

"Kesan berterusan perang di Timur Tengah lebih daripada mengimbangi jualan positif di Jepun, Amerika Latin dan Eropah," katanya.

Rangkaian makanan segera AS itu berdepan kempen boikot selepas Alonyal Limited - yang mengendalikan McDonald's di Israel - memberikan ribuan makanan percuma kepada tentera Zionis berikutan serangan Tel Aviv ke atas Gaza, yang kini membunuh lebih 34,000 orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's, Chris Kempczinski berkata, konflik itu memberi kesan kepada jenamanya dan menjejaskan jualan di negara majoriti muslim. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Pelantikan Sultan Nazrin terus perkukuh kedudukan MKI

Sultan Perak kini Pengerusi baharu MKI untuk tempoh 2 tahun


BANGI, 22 Syawal 1445H, Rabu - Pelantikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu akan terus memperkukuh kedudukan MKI dalam melaksanakan fungsinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, MKI menjalankan fungsinya berpandukan Peraturan-Peraturan MKI 2022 khususnya dalam menyelaras hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam.

"Patik mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Pengerusi MKI berkuatkuasa 9 Mac 2024.

"Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar diberikan petunjuk serta pedoman kepada Sultan Perak Darul Ridzuan untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai Pengerusi MKI," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan pelantikan Sultan Nazrin Shah sebagai Pengerusi MKI bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.

Beliau berkata, pelantikan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 itu adalah bagi menggantikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah tamat menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI selama dua tahun.

Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022 menetapkan Pengerusi MKI hendaklah dipilih dalam kalangan Raja Pemerintah oleh Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun serta boleh diperbaharui.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM AKAN DIPERINCIKAN SEMASA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2025: FAHMI

Perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober depan, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember ini, antara kenaikan tertinggi diumumkan.

Kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion. 
Israel makin gila bedil rumah di Gaza, sasar Rafah

10,000 orang awam masih hilang dipercayai terperangkap


GAZA, 22 Syawal 1445H, Rabu - Beberapa warga Palestin syahid dalam serangan udara Israel di Jalan al-Jalaa di bandar Gaza, awal Rabu.

Sumber tempatan mengesahkan pesawat pejuang Israel menyasarkan sebuah rumah di Jalan al-Jalaa, sehingga membunuh beberapa orang awam Palestin dan mencederakan yang lain.

Katanya, operasi menyelamat masih dijalankan untuk mencari mayat dari bawah runtuhan rumah.

Terdahulu, dua kanak-anak terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan udara Israel yang masih menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Shaboura di Rafah, pada lewat malam Selasa.

Menurut agensi berita Wafa, seorang kanak-kanak lelaki dan adik perempuannya terbunuh dalam serangan itu.

Pesawat perang Israel mula melancarkan beberapa siri serbuan di kawasan timur dan utara Rafah.

Menurut data, lebih 10,000 orang awam masih hilang sejak pencerobohan Israel ke atas Gaza pada Oktober, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Data awam mengenai jumlah korban yang direkodkan sejak perang Israel di Gaza kini mencecah 34,535, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Penahanan individu ceroboh hutan Raub dibuat berdasarkan bukti: MB Pahang

Semua pihak mesti hormat keputusan mahkamah


KUANTAN, 22 Syawal 1445H, Rabu - Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, ia berikutan pihak penguatkuasaan tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang terlibat tanpa alasan.

“Saya yakin bila tangkapan dibuat sudah pastinya ada berlaku kesalahan... pada pandangan saya sudah pasti mereka (penguat kuasa) ada bukti dan alasan yang kukuh sebab itu mereka menahan orang yang menceroboh," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang (Teratai) Ke-42 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai penahanan dua pekebun haram durian Musang King dalam Ops Sekat di Sungai Ruan di Raub, semalam.

Menyentuh mengenai keputusan mahkamah berhubung permohonan semakan kehakiman 186 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah, Wan Rosdy berkata, semua pihak mesti menghormati keputusan mahkamah dan operasi pemantauan akan diteruskan.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman tersebut dan turut memerintahkan pekebun terbabit membayar kos berjumlah RM600,000 kepada semua responden.

Pada 2020, mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam dengan pokok durian Musang King sekitar Raub termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari parti PAS menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff yang juga ADUN Sungai Dua berkata, beliau dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
Semua negara kecuali AS, UK, Austria dan Switzerland telah menyambung semula pembiayaan agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA).

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memperuntukkan RM2 bilion kepada 2,000 pelajar berkelayakan dalam usaha memperkasakan pendidikan Bumiputera.

"Komitmen kami di MARA untuk terus menghantar pelajar-pelajar mengikuti pengajian sama ada di peringkat Sarjana atau PhD kerana kita melihat ini satu pelaburan masa depan yang baik untuk negara," katanya.
Al-Jazeera menyiarkan laporan berita mengenai KFC menutup 108 cawangan di Malaysia berikutan boikot terhadap Israel.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
32 hospital dan 53 pusat kesihatan di Gaza tidak lagi dapat operasi.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Berikut adalah rangkuman beberapa perkembangan utama perang Israel terhadap Palestin (3 Mei 2024):

— Lima orang, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di kem pelarian Bureij di tengah Gaza.

— Serangan udara Israel mengenai bangunan keselamatan Syria di Damsyik, mencederakan lapan askar, menurut laporan Reuters dan laporan berasingan daripada berita yang dikendalikan kerajaan.

— Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta susulan serangan oleh tentera Israel di Gaza.

— Pergerakan protes pelajar kini telah merebak ke UK, di mana berpuluh-puluh pelajar di University College London (UCL) menubuhkan perkhemahan pro-Palestin untuk menuntut universiti itu melepaskan diri dari Israel dan menamatkan sebarang kemungkinan terlibat dalam perang Israel ke atas Gaza. UCL ialah almamater kepada mendiang penyair dan ahli akademik Palestin, Refaat Alareer, yang terbunuh di Gaza oleh serangan udara Israel tahun lalu.

— Adnan Al-Bursh, seorang pakar bedah Palestin dan profesor perubatan ortopedik, terbunuh akibat diseksa semasa dalam tahanan Israel. Kematiannya, yang berlaku pada 18 April, diumumkan pada hari Khamis.

— Laporan oleh Bloomberg mendapati bahawa Arab Saudi menahan rakyat yang menyatakan pandangan kritis terhadap perang berterusan Israel ke atas Gaza dalam talian. Lina al-Hathloul, daripada kumpulan hak asasi manusia ALQST, berkata berita itu ‘mendedahkan pembohongan mengenai potensi normalisasi antara Arab Saudi dan Israel’.

— Israel memberitahu pentadbiran Biden bahawa jika Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel, ia akan "menghukum" Pihak Berkuasa Palestin, menurut laporan dari Axios.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata rejim Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat untuk konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kegagalan untuk menyediakan laluan selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/05/18 01:47:32
Back to Top
HTML Embed Code: