Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata seramai 77,816 penduduk telah cedera dalam serangan tentera rejim.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Turkiye gantung semua eksport, import dengan Israel

Tindak balas pencerobohan Tel Aviv ke atas rakyat Palestin di Gaza

ANKARA, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Turkiye menggantung semua operasi eksport dan import dengan Israel sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Tel Aviv ke atas Palestin yang melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Keputusan itu diumumkan Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis, dalam fasa kedua langkah sekatan.

Sebelum ini, Turkiye mengehadkan eksport 54 kategori produk ke Israel.

Namun, kerajaan haram Israel masih meneruskan pendirian agresifnya dan tragedi kemanusiaan di Palestin menjadi semakin teruk.

Hampir 35,000 orang awam Palestin termasuk 15,000 kanak-kanak terkorban, manakala 78,000 yang lain cedera akibat serangan Israel terhadap Palestin yang melanggar undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia, kata kementerian.

Sejak Oktober, Turkiye telah mengambil inisiatif di peringkat tertinggi dan menggunakan semua alat diplomasi untuk menghentikan pertempuran, mencegah korban dan kemusnahan fizikal, memastikan gencatan senjata kekal serta merealisasikan penyelesaian dua negara.

"Sejak hari pertama, negara kita telah bergegas membantu penduduk Gaza, menyampaikan puluhan ribu tan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu dengan kapal dan kapal terbang, terutamanya bahan makanan, bantuan perubatan dan memindahkan ribuan pesakit untuk saudara kami di Palestin.

"Bagaimanapun, pembunuhan beramai-ramai, malapetaka kemanusiaan dan kemusnahan fizikal yang disebabkan oleh Israel, dan kerajaan Israel tidak mengendahkan usaha gencatan senjata antarabangsa dan menghalang bantuan kemanusiaan," katanya.

Kementerian berkata, Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu itu dengan tegas sehingga kerajaan Israel membenarkan aliran bantuan kemanusiaan tanpa gangguan dan mencukupi ke Gaza.

Usaha diperlukan sedang diselaras antara Kementerian Perdagangan Turkiye dan Kementerian Ekonomi Palestin untuk memastikan rakyat yang terpaksa hidup di bawah pendudukan tidak terjejas sekatan.

"Republik Turkiye akan terus menyokong perjuangan saudara dan saudari Palestin kita, seperti yang telah dilakukan sehingga hari ini," katanya.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Sweden benarkan protes bakar al-Quran

Polis beri permit baharu untuk protes di bandar Malmo


STOCKHOLM, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Pihak berkuasa Sweden membenarkan satu lagi protes diadakan membabitkan pembakaran al-Quran di negara itu.

Polis di Malmo di selatan Sweden mengeluarkan permit untuk protes kontroversi itu diadakan di dataran awam Gustavs Adolfs Torg di bandar itu pada Jumaat.

Sementara itu, pihak berkuasa masih belum memutuskan dua lagi permohonan untuk bantahan yang sama minggu ini, satu di tengah Malmo pada Sabtu dan di Rosengard pada Ahad.

Protes pembakaran al-Quran di Sweden telah menjejaskan hubungan diplomatik Stockholm dengan beberapa negara.

Ini termasuk, gesaan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya ahli-ahlinya mengambil langkah politik terhadap Sweden, Denmark dan negara lain yang membenarkan pembakaran dan perbuatan mencemarkan al-Quran.

Demontrasi sebegitu di Sweden dan Denmark, konon atas alasan kebebasan bersuara, juga telah mencetuskan kemarahan serta serangan ke atas misi diplomatik di negara majoriti muslim.

Sebagai tindak balas, Denmark menerima pakai undang-undang pada Disember lalu, yang melarang membakar naskhah al-Quran di tempat awam.

Sweden juga sedang mempertimbangkan pilihan undang-undang yang akan membolehkan polis menghalang protes serupa atas kebimbangan keselamatan negara.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata pada Khamis bahawa satu delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Ini merupakan hasil perbualan telefon antara Haniyeh dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel.

Menurut kenyataan Hamas, Haniyeh memberitahu Kamel bahawa satu delegasi kumpulan itu akan kembali ke Mesir dalam masa terdekat untuk meneruskan perbincangan bagi mencapai satu persetujuan untuk memenuhi permintaan rakyat Palestin dan menghentikan serangan.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Doktor terkenal Gaza meninggal dunia di penjara Israel

Israel sahkan kematian Dr Adnan berlaku pada 19 April tanpa dedah punca


GAZA, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Persatuan Tahanan Palestin menyalahkan Israel di atas kematian seorang doktor kanan Palestin, Dr Adnan Al-Bursh.

Ketua Ortopedik di Hospital Al-Shifa itu disahkan meninggal dunia di penjara Israel selepas lebih empat bulan ditahan.

Menurut dua persatuan itu, Dr Adnan telah ditahan oleh tentera Israel ketika berkhidmat sementara di Hospital Al-Awda di utara Gaza.

Kematian Dr Adnan disifatkan sebagai 'pembunuhan' dan jenazahnya didakwa kekal dalam tahanan Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, perkhidmatan penjara mengesahkan Dr Adnan meninggal dunia pada 19 April, ketika ditahan di penjara Ofer kononnya atas sebab keselamatan negara.

Bagaimanapun, Israel tidak mendedahkan punca kematian.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, kematian Dr Adnan meningkatkan korban membabitkan pekerja kesihatan kepada 496 orang sejak Oktober.

Sebelum ini, Israel menuduh Hamas menggunakan hospital untuk tujuan ketenteraan, namun dakwaan itu dinafikan kumpulan pejuang dan kakitangan perubatan.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan yang melawat tapak perkhemahan yang didirikan pelajar universiti berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

Lawatan itu disertai ahli Parlimen James Comer, Byron Donalds, Lauren Boebert, Anna Paulina Luna dan Eric Burlison di tengah-tengah demonstrasi yang berterusan di institusi pengajian tinggi di seluruh AS sebagai solidariti dengan Palestin.

Penggubal undang-undang Republikan itu bertemu dengan pentadbiran fakulti bagi mendesak khemah yang telah didirikan oleh pelajar selama seminggu ‘dimusnahkan’.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kes denggi turun, tiada kematian direkodkan

Kumulatif kes 52,887 banding 36,997 bagi tempoh sama


BANGI, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Jumlah kes demam denggi menurun kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu bagi tempoh 21 April hingga 27 April, berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME17.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME17 adalah sebanyak 52,887 berbanding 36,997 kes bagi tempoh sama pada tahun 2023.

"Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME17 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 80 lokaliti pada minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, 51 lokaliti dilaporkan di Selangor, empat di Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Pulau Pinang, dua di Perak serta masing-masing satu di Kedah dan Sarawak.

Mengenai survelan chikungunya, beliau berkata, tiada kes direkodkan pada ME17 menjadikan jumlah kes sehingga kini 23.

"Tiada wabak chikungunya dilaporkan pada ME17/2024.

"Bagi survelan zika, sebanyak 850 sampel darah dan enam sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Mahkamah Tinggi P.Pinang tolak permohonan Lim Guan Eng, isterinya dan seorang ahli perniagaan untuk batalkan tuduhan rasuah projek bernilai RM11.6 juta.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Saluran 12 Israel:

30 askar simpanan enggan sertai operasi Rafah kerana tak berupaya teruskan pertempuran.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Malaysia boleh jadi kuasa besar dunia jika urus REE sendiri

Kerajaan patut bina satu model syarikat seperti Petronas


BANGI, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Malaysia berpotensi menjadi mencapai status kuasa besar dunia sekiranya kerajaan bijak memanfaatkan sumber nadir bumi (REE) negara.

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara pengeluar REE terbesar dunia dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1 trilion.

Bagaimanapun, beliau melihat kerajaan seolah-olah tidak serius membangunkan industri ini kerana tidak memanfaatkan peluangnya dengan bijak.

"Kedah mempunyai sumber REE sebanyak RM60 bilion, Negeri Sembilan dengan RM30 bilion, Pulau Pinang RM100 bilion dan Selangor pula adalah sebanyak RM286 bilion.

"Itu tidak termasuk lagi dengan nilai REE yang ada di Terengganu, Kelantan dan Perak. Nilai ini jika digabungkan meliputi keseluruhan negeri maka ia mencapai nilai sebanyak RM1 trilion," katanya.

Justeru, beliau kesal apabila sumber REE tidak dinaikman sebagai satu kuasa nasional seperti digariskan BERJASA dalam kerangka idea Impian Nasional.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini amat mengecewakan sama sekali kerana kerajaan lebih berminat untuk menyerahkan projek melombong seperti sumber REE kepada syarikat luar seperti China.

"Maka kerajaan hanya mengambil komisyen dalam bentuk beberapa peratus sahaja daripada syarikat luar itu," katanya.

Beliau berkata, Malaysia sepatutnya sudah boleh membina satu model syarikat yang mempunyai autoriti menguruskan sumber REE sendiri, bagi mengelakkan syarikat luar mengaut keuntungan tanpa memberi faedah kepada negara.

"Kita pernah membuktikan kejayaan kepada dunia dengan menubuhkan Petronas sebagai syarikat cari gali minyak negara hingga menempa nama yang hebat di peringkat antarabangsa.

"Sepatutnya kita ada model syarikat yang sama seperti Petronas, apatah lagi kita sebenarnya mempunyai tenaga kepakaran seramai 26 orang dalam industri ini," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan industri nadir bumi Malaysia dijangka menyumbang RM9.5 bilion kepada keluaran dalam negara kasar pada 2025.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan Indonesia memindahkan 9,083 penduduk dari Pulau Tagulandang, dekat Gunung Ruang di Sulawesi Utara yang meletus ke tempat yang lebih selamat.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Lt Jen Suharyanto berkata 3,364 penduduk telah dipindahkan sementara 5,719 lagi sedang dipindahkan secara berperingkat.

"Pemindahan ini berlaku secara berperingkat dari 30 April ke 2 Mei dan dijangka selesai dalam tiga hari,” kata Suharyanto dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tun M sindir 'cara istimewa' perangi rasuah di Malaysia

‘Banyak kejayaan dicapai termasuk menghentikan dakwaan 47 kes rasuah’


BANGI, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran mendakwa ‘berbangga’ dengan usaha memerangi rasuah di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, banyak kejayaan sudah dicapai dan rasuah juga berkurangan melalui 'cara istimewa'.

Ia termasuk menghentikan dakwaan 47 kes rasuah, menggugurkan pendakwaan dan mengurangkan hukuman bagi kes tertentu, katanya.

"Dengan tindakan-tindakan ini berkuranglah rasuah dalam negara. Malangnya, telah dikenal pasti kes-kes baru.

"Kes ini dikenali oleh pembesar sendiri. Dianya memaklumkan kepada masyarakat bahawa ramai Perdana Menteri dahulu apabila berkuasa telah curi berbilion ringgit.

"Terdapat kotak-kotak dalam simpanan kerajaan bukti yang jelas berkenaan pencurian ini," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Dr Mahathir, semua bukti itu akan ditunjuk kepada masyarakat, namun proses pendedahannya menghadapi banyak masalah.

"Orang yang punyai bukti ini boleh dipicit sehingga terkeluarlah bukti. Proses ini mengambil masa sedikit, tetapi pihak yang bertanggungjawab mampu mengeluarkan bukti.

"Kesungguhan pihak berkuasa memerangi rasuah tidak boleh dipertikai, bukan sahaja perasuah kerdil yang akan disiasat tetapi juga Tun jerung dan Tan Sri paus juga akan disiasat.

"Percayalah jika masa bertahun diperlukan tetapi buruan akan diteruskan. Bukti akan ditunjuk supaya orang awam sedar keperluan menyokong pihak yang memerangi rasuah. Syabas," katanya.

Beliau juga secara sinis mendakwa, negara bukan sahaja bebas daripada rasuah, bahkan undang-undang juga menjadi semakin kuat.

"Tun ka, Tan Sri ka tidak selamat. Bertuah sungguhlah rakyat Malaysia," katanya.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Majoriti waris setuju pindah kubur untuk ECRL: MB Selangor

Beri ruang lagi seminggu pada waris tak bersetuju bincang dengan pihak JAIS, PBT dan juga ECRL


SHAH ALAM, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, majoriti waris dan ahli keluarga terlibat dalam proses pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bersetuju untuk memberikan laluan bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ERCL).

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.

"Kita akan meneruskan perbincangan dengan pihak terbabit kerana majoritinya telah bersetuju... alhamdulillah.

“Bagi kelompok waris yang belum bersetuju kita beri ruang lagi seminggu untuk berbincang dengan pihak JAIS, PBT dan juga ECRL," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan JAIS pada Rabu lepas.
 
Kerja-kerja menggali dan memindahkan kubur yang dijadualkan pada 1 Mei, ditangguh selama seminggu bagi memberikan ruang untuk proses pemakluman dan pendengaran kepada waris.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Indeks kebebasan media di Malaysia jatuh teruk, Fahmi wajar letak jawatan

Prestasi menteri memalukan, rejim pemerintahan Anwar memang menekan


BANGI, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil digesa meletakkan jawatan susulan laporan kedudukan Malaysia jatuh daripada 73 kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024.

Ahli Jawatankuasa Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, kedudukan Malaysia jatuh teruk pada 34 anak tangga, maka Fahmi wajar meletak jawatan Menteri Komunikasi atas prestasi memalukan itu.

Beliau berkata, prestasi buruk negara memang dijangkakan berdasarkan tindakan menyekat kebebasan media, kebebasan bersuara rakyat dan kebebasan mengkritik kerajaan yang diamalkan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

"Rejim pemerintahan Anwar Ibrahim dilihat lebih menekan kebebasan media berbanding kerajaan dan PM sebelum ini terutama dalam aspek undang-undang, politik dan sosial.

"Reformasi telah bertukar menjadi reforbasi dan sekarang reformati," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kedudukan Malaysia jatuh daripada 73 kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Media 2024 yang menilai situasi media sejak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan campuran PH-BN.

Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).

Laporan tahunan disediakan pemantau media global Reporters Without Borders (RSF) - yang menilai kebebasan media di 180 negara - turut meletakkan Malaysia pada 52.07 mata berbanding 62.83 mata pada tahun lalu.

Laporan terbaru itu berdasarkan penilaian landskap media sepanjang tahun 2023, yang menyaksikan siri tindakan terhadap media dalam talian dan penulis blog, menjadikannya penilaian pertama mengenai kebebasan media di bawah kerajaan Anwar.

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Hong Kong rekod April bulan paling panas sejak 1884

Sistem amaran haba di tempat kerja dikemas kini kepada tiga peringkat

HONG KONG, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Hong Kong merekodkan April sebagai bulan paling panas dalam rekod meteorologi sejak tahun 1884.

Menurut pemerhati cuaca, suhu purata bulan lalu iaitu 26.4 darjah Celsius di Hong Kong menjadikannya 'April paling panas' sejak rekod bermula 140 tahun lalu.

"Musim panas belum tiba tetapi April sudah mencatatkan rekod panas," kata balai cerap itu dalam kenyataan di media sosial.

Bandar subtropika China itu berdepan cuaca panas ekstrem sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan puluhan rekod suhu tinggi harian dan bulanan.

Pada 27 April, Hong Kong juga menetapkan rekod suhu harian untuk bulan itu, termasuk purata harian tertinggi 28.8 dan terendah harian pada 27.7.

Sebaliknya, antara 1991 dan 2020, purata suhu harian pada bulan April adalah antara 21.1 dan 25.6.

April yang direkod paling panas tahun ini berlaku selepas musim sejuk yang 'sangat panas' pada Disember hingga Februari dan Mac sebagai bulan lebih panas daripada biasa, melebihi suhu normal sepanjang 2024.

Jabatan Buruh Hong Kong mengemaskini tiga peringkat sistem amaran haba di tempat kerja daripada 30 minit kepada satu jam.

Sistem ini mewajibkan tempoh rehat atau penggantungan kerja bergantung pada tahap suhu serta jenis kerja.

Ini kerana, Hong Kong tidak menyenaraikan strok haba sebagai kecederaan berkaitan kerja dalam undang-undangnya, walaupun terdapat laporan kematian akibat kes itu ketika bekerja dalam musim panas.- Agensi

Ikuti berita terkini di https://www.tg-me.com/ismaweb
Anggaran awal kemusnahan di Gaza akibat perang Israel sekitar 30 billion dolar.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan untuk tidak mengeluarkan perintah kecemasan untuk menghentikan penjualan senjata Jerman kepada Israel.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
1,200 pelajar telah ditahan di seluruh universiti Amerika Syarikat (AS) kerana menyatakan solidariti untuk Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Tiga pegawai kanan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis melibatkan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga pegawai itu, masing-masing berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor berusia antara 38 tahun hingga 50 tahun ditahan di sekitar Jalan Tun Razak.

"Satu kertas siasatan telah dibuka dan berdasarkan siasatan awal, semua suspek menafikan terbabit dalam kes berkenaan," katanya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Laungan untuk Palestin di salah satu pintu masuk ke Universiti Columbia di New York, ketika mana polis menyerbu universiti berkenaan.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/05/03 17:58:23
Back to Top
HTML Embed Code: