Manusia, Al-Quran dan Ramadan

Tahukah kita siapakah sebaik-baik manusia? Adakah kita tergolong dalam kalangan sebaik-baik manusia?

Pelbagai kriteria dan ciri boleh kita sebut yang menunjukkan seseorang itu terbaik. Mari kita lihat siapakah sebaik-baik manusia menurut Rasulullah SAW dalam hadis baginda.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari no. 5027).

Al-Quran adalah firman Allah SWT bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tertulis dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan berpahala ibadah apabila membacanya. Al-Quran juga adalah sumber utama hukum syariat Islam serta panduan hidup yang mengandungi keterangan petunjuk serta penjelasan yang benar dan salah. Firman Allah SWT:

هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ

(Al Quran) sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (al-Baqarah, 185).

Ibn Kathir menjelaskan hadis ini bertujuan menjelaskan sifat-sifat orang Mukmin yang meneladani para rasul untuk memberikan manfaat kepada diri mereka dan melebar manfaatnya kepada orang lain yang mengikutinya (Fadail al-Qur’an, 1/126) melalui mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa orang yang belajar al-Quran mendapat kebaikan walaupun tidak mengajarkannya. Namun, orang yang belajar al-Quran dan kemudian mengajarkannya kepada orang lain akan mendapat kebaikan lebih banyak kerana mendapat manfaat sebagai (guru) yang diikuti (Fath al-Bari, 9/76).

Hadis ini juga menjelaskan kemuliaan dan kelebihan bagi mereka yang mempelajari al-Quran. Bagi mereka yang telah belajar dan berkemampuan, mereka dituntut mengajarkannya pula kepada orang lain. Belajar al-Quran adalah dengan maksud mempelajari cara bacaan terutama secara musyafahah, memperbetulkan sifat huruf dan makhraj serta bertajwid bagi mencapai bacaan yang tartil.

Mereka yang tidak tahu membaca al-Quran, wajib mempelajarinya walaupun sudah berusia tanpa rasa malu.

Setelah berilmu, dituntut pula menjadi guru al-Quran kerana banyak ganjaran pahala bagi ilmu yang dimanfaatkan, lebih-lebih lagi ilmu al-Quran yang sentiasa dibaca oleh murid.

Kita juga dituntut bertadabbur dengan merenungi ayat al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungannya. Jika mempunyai kemampuan, hafaz dan belajarlah ilmu-ilmu al-Quran, antaranya tafsir, asbab al-nuzul, nasikh mansukh dan sebagainya.

Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan adalah kitab hidayah, justeru jangan biarkan sebagai hiasan rak rumah dan masjid sahaja. Bergeraklah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik di muka bumi ini dengan mempelajari, membaca dan menghayati al-Quran.

Terdapat hadis lain yang menjelaskan kelebihan ahli al-Quran, antaranya diangkat darjat di sisi Allah SWT serta pemberi syafaat pada hari akhirat kelak. Kelebihan bukan hanya untuknya sahaja malah untuk kedua ibu bapanya.

Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا فَهُوَ فِي صُعُودٍ مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

“Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia.

Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al-Qur’an)”. [Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadis ini hasan.

Mari kita jadikan Ramadan kali ini sebagai bulan al-Quran dengan banyak membaca, menghayati dan mengajarnya.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Setiap kita sudah pasti berazam untuk memperbanyakkan amal ibadah bagi mencari kelebihan lailatul Qadr. Sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan.

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksud: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 3-5)

Antara kelebihan malam Qadar ialah:

1. Lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbit fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain” Riwayat Ahmad

Antara perkara yang boleh dibuat pada 10 malam terakhir ini;

1. Solat berjamaah Maghrib, Isya dan Subuh sebaiknya di Masjid.

2. Menghidupkan malam dengan Solat Tarawih, Solat Tahajud dan solat Witir. Jika dapat, solat sunat tasbih juga.

3. Sedekah pada setiap malam.

4. Banyakkan membaca al-Quran.

5. Memperbanyakkan doa, antaranya:

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).

6. Memperbanyakkan istighfar, tasbih dan selawat.

7. Menjauhkan diri daripada perkara tidak bermanfaat seperti melihat filem, drama, atau bermain games.

8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.

9. Beriktikaf.

JOM merebut peluang Ramadan kali ini. Mungkinkah ia Ramadan terakhir buat kita!

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Not all ramadans need to be like the 20-year-old student's no-responsibility, no-job, pray all night, read Quran all day, dat-feels-good ramadan. Nor are they meant to be.

If you're a single mother and between work, taking care of your child, and scraping together the bare minimum societal standards of basic hygiene, you can just about find time to pray 5 times a day and keep your fast, then that's your ramadan. And your reward may be more than the 20-year-old's.

If you're working two jobs trying to support your wife and kids and can only find time to listen to Quran and do dhikr on the commute between jobs, then that's your ramadan.

If you've graduated and this is your first ramadan working full time in a city firm and you feel overwhelmed, then that's your ramadan. You don't need to read as many khatms of the Quran as you did when you were 19. You didn't have a job then and now you do, so that's 8-10 hours a day you have less than before. That's nothing to feel guilty about.

If you're studying for your finals and you have to prioritise revision over taraweeh, then that's your ramadan. The ummah needs your qualifications and expertise.

We should always strive to continuously improve our ramadan, and never be content with what we're doing. But at the same time understand that it's not *all* about quantity. Don't beat yourself up if you can't do as much as another person; your circumstances differ. And don't beat yourself up if you can't do as much as you did in a previous year. Your current circumstances are different from your previous ones.

Take the essence from Ramadan and use the opportunity to connect with your Lord. Speak to Him. Cry. Beg Him. Plead for mercy and guidance. Sometimes one line can outweigh an entire month's reading of the Quran.

-Dr Salah Sharief-
Sudahkah kita menjamu makan orang yang berpuasa

Kebiasaannya pada bulan Ramadan kita akan banyak menerima pesanan ringkas atau iklan melalui media sosial rayuan Ramadan untuk memberi makan orang berbuka. Kita telah melalui lebih separuh puasa bulan Ramadan, adakah kita telah merebut peluang ini.

Terdapat riwayat hadis dari Rasulullah menunjukkan bahawa adalah disunatkan kita menjamu dan memberi makan orang yang berpuasa. Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.

Ganjaran pahala yang diperolehi seumpama orang yang berpuasa dan tidak berkurang walau sedikit. Bayangkan kalua kita dapat menjamu beberapa orang untuk berbuka.
Dalam  hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah SAW: ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’.
Ada pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjamu orang berbuka dan pelbagai bentuk makanan. Sehingga Rasulullah menyebut walau sekadar air atau sebiji kurma.

1. Menyumbang wang pada masjid yang ada menyediakan makanan untuk orang berbuka.

2. Menghantar makanan yang dimasak pada jiran dan sahabat yang berhampiran.

3. Membeli kurma secara borong dan boleh dibungkus semula untuk diedarkan kepada sahabat dan saudara mara.

4. Boleh buat pindahan wang untuk berbuka ke dalam akaun orang yang kita kehendaki.

5. Buat pesanan makanan
melalui khidmat grabfood dan seumpamanya untuk dihantar kepada yang berkenaan. Walaupun orang tersebut duduk jauh masih lagi boleh untuk bersedekah makanan berbuka.

Ada berbaki beberapa hari lagi, jangan bertangguh lagi. Apatah lagi jika kita boleh memberinya kepada orang miskin dan anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

MaksudnyaMereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Jumaat Terakhir Ramadan

Alhamdulillah, kita sudah hampir berjaya mengekang hawa nafsu sebulan. Pelbagai usaha kita lakukan termasuk puasa, solat, menghayati al-Quran, sedekah, berkongsi ilmu dan rezeki, membantu manusia lain dan macam-macam lagi demi anugerah TAKWA yang kita cari.

Kesempatan terakhir ini jangan dipersia, masih ada waktu memburu setiap ganjaran di segenap amal soleh yang kita lakukan. Moga Allah SWT pertemukan kita dengan lailatulqadr dan beroleh kita anugerah TAKWA yang diimpikan.

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
اللهم اجعلنا من المتقين

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Hari-Hari Terakhir Ramadan

Ramadan telah berada di penghujung. Semoga setiap kita diberi kekuatan membuat “finishing” yang terbaik. Jika kita peserta larian 400 meter, kita sedang berada di 100 meter terakhir. Pecutan akhir ini perlu dilakukan sedaya mungkin bagi menentukan kedudukan kita berjaya ditempat pertama atau sebaliknya….

Kata ulama;

العبرة بكمال النهايات لا بنقص البدايات

“Yang menjadi ukuran itu adalah akhir yang sempurna, bukan permulaan yang penuh kekurangan.”

Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW

وَإِنَّمَا الأعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

"Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada pengakhirannya (penghujungnya)” (HR. Bukhari No: 6607).

Hasan al-Basri rahimahullah berkata: Perbaikilah hari-hari yang tersisa ini semoga Allah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.

Gunakanlah kesempatan hari-hari berbaki Ramadan ini sebaik mungkin kerana kita tidak tahu bilakah rahmat Allah itu datang untuk kita. Boleh jadi di hari-hari terakhir Ramadan ini. Begitu juga Lailatul Qadar, barang kali malam ini atau mungkin juga esok atau seterusnya?

Marilah kita bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan hari-hari berbaki Ramadan kita pada tahun ini.

اللَّـهُـمَّ اخْـتِـمْ لَـنَا رَمَـضَانَ بِالْغُـفْـرَانِ وَالْعِـتْـقِ مِنَ النِّـيرَانِ

Ya Allah, tutuplah Ramadan kami ini dengan keampunan dan pembebasan dari siksaan api neraka.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Perginya Ramadan Ditangisi

Perginya Ramadan bermakna segala kehebatan anugerah Allah Azza wa Jalla kepada umat ini juga turut pergi meninggalkan kita.

Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan dibukakan pintu syurga buat kita seperti semasa Ramadan bersama kita.

Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan ditutup rapat pintu neraka buat kita.

Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keistimewaan Lailatul Qadar yang menjanjikan ganjaran melebihi 1000 bulan buat kita.

Perginya Ramadan bermakna tiada lagi keberkatan Ramadan, keberkatan memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa.

Perginya Ramadan bermakna Syaitan Iblis dah bebas berkeliaran untuk menggoda kita.

Berlalunya Ramadan bermakna tiada lagi jaminan khusus keampunan segala dosa yang lalu kepada orang yang berpuasa dan orang yang menghidupkan malam hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan.

Jangan pergi duhai bulan keampunan.
Jangan pergi duhai bulan rahmat.
Jangan pergi duhai bulan barakah.
Jangan pergi duhai bulan yang membentuk kita menjadi insan bertaqwa.

Namun apakan daya… Ramadan tetap akan pergi meninggalkan kita. Tahun hadapan belum tentu kita dapat bersama dengan Ramadan.

Yang kita mampu hanya berdoa mengharap bertemu kembali dengan Ramadan.

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Masih berbaki Ramadan untuk kita dakap sebelum dia pergi... manfaatkan Ramadan ini sebaik mungkin untuk melipat gandakan ibadat..

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA

PERSIAPAN MENINGGALKAN RAMADAN; WASIAT BUAT UMAT ISLAM
OLEH: Imām Yūsuf al-Qaraḍāwī
Penterjemah: Omar Mokhtar Hamdan al-Rupawani

Ramaḍān adalah bulan kebaikan dan keberkatan. Beruntunglah orang yang memanfaatkan hari-hari kebaikan ini, dan celakalah orang yang apabila berlalunya hari-hari tersebut namun tidak memanfaatkannya serta tidak menambahkan sebarang bekal kebaikan di sisi Allāh ‘azza wa jalla.

Kita sedang berada di hari-hari terakhir Ramaḍān, sebelum Ramaḍān berlalu pergi meninggalkan kita. Karya ini adalah wasiat Imam al-Qaraḍāwī buat seluruh umat Islam, agar kita menjadi orang yang beruntung melalui hari-hari dalam Ramaḍān, dan tidak menjadi orang yang rugi dan celaka setelah berlalunya Ramaḍān.

Baki-baki hari yang tinggal ini hendaklah kita manfaatkan sebaiknya. Alangkah sia-sianya jika tidak memanfaatkan hari-hari terakhir Ramaḍān ini, alangkah sia-sianya jika tidak dimanfaatkan tempoh masa Ramaḍān ini.

Untuk bacaan lanjut, wasiat Imām al-Qaraḍāwī ini boleh dibaca secara atas talian dan boleh dimuatturun melalui pautan di bawah ini.

https://e-maktabah.com/kategori/ya-ramadan/#flipbook-df_1489/1/

Karya yang baik dan bermanfaat ini kami sebarkan sebagai bahan bacaan percuma, dan ia boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

Selamat membaca dan menghayati! Moga-moga amal kita sepanjang Ramaḍān diterima oleh Allāh, dan kita termasuk golongan yang beruntung!
Jadilah Rabbani Bukan Ramadani

Para salafus soleh pernah berkata:

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

Maksudnya: “Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadan (mengenal Allah hanya di bulan Ramadan).”

Insan Rabbani adalah mereka yang keluar dari Madrasah Ramadan dengan cemerlang dan berterusan dalam kecemerlangan amal soleh mereka.

Insan Rabbani adalah mereka yang sentiasa berusaha melaksanakan amal yang boleh menjadi penghapus segala dosa sepanjang masa.

Insan Rabbani adalah mereka yang sentiasa menjadikan kebiasaan melaksanakan ibadat fardu dengan sempurna serta melipatgandakan segala ibadat sunat yang menjadi pelengkap dan penyempurna segala ibadat fardhu.

Antara Tanda Insan Rabbani:

•  Sentiasa mendampingi Allah setiap masa, berterusan dalam ibadah dan tidak terputus daripada amal soleh.

•  Sentiasa menjaga solat berjamaah di masjid tanpa mencuaikan dalam solat-solat fardunya (bagi kaum lelaki).

•  Sentiasa memastikan hubungan berterusan dengan membaca, mentadabbur, menghafaz dan beramal dengan al-Quran dan tidak memisahkannya pada bulan-bulan selepas Ramadan. Berhati-hati dari tenggelam bersama mereka yang meninggalkan al-Quran seperti peringatan Allah kepada Nabi SAW tentang mereka:

وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا ٣٠

Maksudnya: Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai (Surah al-Furqan ayat: 30)

•  Tidak terputus daripada melakukan puasa sunat antara dua Ramadan. Disunatkan puasa di bulan Syawal seperti yang dinyatakan oleh nabi SAW  apabila seorang hamba mendirikan puasa Syawal selepas Ramadan ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun.

Sebenarnya momentum kesungguhan ibadat pada bulan Ramadan itu hendaklah diteruskan pada bulan yang lain agar semangat kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah sentiasa berterusan.

Marilah kita menginsafi diri dengan berterusan memperbaiki diri dengan segala amal soleh pada setiap detik dan ketika. Jangan sesekali menjadikan kita sebagai hamba Allah hanya di bulan Ramadan.

Jadilah Insan Rabbani bukan Ramadani.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Hakikat Hari Raya

Sebahagian salafusolleh menyebutkan;

ليس العيد لمن لبس الجديد

Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru

إنما العيد لمن طاعاته تزيد

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.

ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب

Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya

إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya.

ليس العيد لمن كسب الربياة

Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit

إنما العيد لمن وجد الرحمة

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah.

ليس العيد لمن كثر الاشراب و الطعام

Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum

إنما العيد لمن عمل الصواب و الدوام

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan.

ليس العيد لمن ذهب في اي المكان

Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi kemana sahaja tempat yang dia suka

إنما العيد لمن يزيد الايمان

Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Eid Mubarak…

Selamat Hari Raya

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Syawal Dan Ziarah

Saling ziarah menziarahi adalah antara amalan yang dituntut di dalam Islam.

Menjadi tradisi dalam masyarakat di Malaysia apabila menjelang Aidil Fitri ialah amalan saling kunjung mengunjung sama ada antara kaum kerabat mahupun jiran tetangga. Tujuannya untuk saling bermaafan dan mengeratkan hubungan silaturahim mahupun ukhuwah.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :

مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً

”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah SWT maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” (HR Tirmizi No: 2008). Status: Hadis Sahih

Perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi syariat dan adab bersilaturahim dan berukhuwah. Antaranya;

1.  Pastikan memakai pakaian sopan dan menutup aurat.

2.  Tidak menziarahi terlalu lama.

3.  Sebaiknya meminta izin dan memilih masa yang sesuai kerana kita perlu menghormati privasi orang yang diziarahi.

4.  Berusahalah untuk mengeratkan ukhuwah serta silaturahim dengan kaum kerabat melalui ziarah yang dilakukan.

Sabda Rasulullah SAW;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. (Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Bagi kita yang masih ada ibu bapa, adik beradik, serta kaum kerabat yang tidak dapat diziarahi secara fizikal, manfaatkan teknologi yang ada untuk bertanya khabar mereka dalam kerangka mengeratkan silaturahim.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Umpama Berpuasa Sepanjang Tahun

Kita baru sahaja menunaikan ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima ibadat kita. Disamping ibadat puasa fardhu, terdapat juga galakan untuk kita mengerjakan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984) Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadis di atas, mereka yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 60 hari atau dua bulan”.

Terdapat juga hadis yang menerangkan kelebihan kepada mereka yang berpuasa sunat selain Sunat Syawal. Antaranya puasa tiga hari setiap bulan, sama ada puasa Isnin atau Khamis juga puasa pada hari-hari Puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979)

Puasa tiga hari menyamai puasa tiga puluh hari atau sebulan.

Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Wahai Abu Zar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761) Hadis Hasan.

Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Di kesempatan Syawal yang masih ada ini, bagi yang belum memulakan puasa sunat Syawal, jom rebutlah peluang yang ada untuk berpuasa sunat, kerana kita tidak pasti akan bertemu Syawal pada tahun akan datang atau tidak.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Perjuangan Tiada Kesudahan

Jihad yang berlaku demi mempertahankan tanah air dan Kota Suci Bait al-Maqdis merupakan perjuangan panjang yang perlu disokong seluruh umat Islam. Perjuangan ini telah mengorbankan jiwa, harta, masa dan segalanya. Namun, kita yakin setiap pengorbanan ini pasti diganjari dengan ganjaran agung di sisiNya.

Kita pula di negara yang aman damai, jihad kita termasuk lah jihad nafsu, jihad ilmu, jihad melawan godaan syaitan dan sebagainya. Kesemua jihad ini sedikit sebanyak menginsafi penderitaan saudara-saudara kita di bumi yang bergolak khususnya Palestin saat ini.

Firman Allah SWT;

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

Mari kita berusaha untuk berjihad dengan penuh kesungguhan sama ada dalam bidang ilmu, kepakaran, pekerjaan, menentang hasutan syaitan dan hawa nafsu. Kita sambung semangat berkobar kita melawan hawa nafsu sewaktu Ramadan hingga kita bertemu Ramadan akan datang.

اللهم انصر إخواننا في فلسطين 🇵🇸
اللهم ثبت أقدامنا في جهادنا

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Hasil Tarbiah Ramadan

Kita baru sahaja melalui Tarbiah di bulan Ramadan. Saya yakin dan percaya, pelbagai ibadat telah kita gandakan. Namun adakah amal tersebut berkekalan sehingga kini?

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga. Kebanyakannya berkesempatan pulang ke kampung berhari raya bersama ibu bapa dan saudara mara. Tahukah kita bahawa  saudara kita di Palestin menyambut hari lebaran dengan peluru dan titisan darah. Namun adakah kita merasa selesa berhari raya di Negara kita dengan mercun dan bunga api? Atau hanya bersedih kerana tidak dapat berhari raya di kampung. bertemu keluarga dan sanak saudara kerana bertugas wajib.

Mungkin juga kita terus merasa tenang dan terus tertipu dengan ketenangan, keselesaan dan kehebatan apabila kita menjauhkan diri dari orbit ibadah, dakwah dan tarbiah. Tiada lagi kesibukan bertilawah, berqiamullail juga bersedekah. Aktiviti usrah, katibah, daurah dan pelbagai wasilah dakwah kita dah tak kisah.

Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kerdil apabila memikirkan untung nasib ketika berhadapan dengan Rabbul Jalil nanti.

Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kekurangan apabila melihat segala amalnya berbanding salafussoleh terdahulu.

Ketahuilah, orang yang  perihatin terhadap nasib umat Islam lain seperti di Palestin, Syria dan lain-lain akan sentiasa merasa bersalah apabila kemampuan terbatas dan terhad untuk memberi bantuan dan pertolongan.

Ketahuilah, dakwah akan terus berjalan, sama ada penumpangnya ramai atau sedikit, sama ada kita bersama atau tidak, sama ada kita bantu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak....... ia akan terus berjalan.

Maka berungtunglah sesiapa yang sentiasa memperbaiki segala amalnya.

Maka beruntunglah sesiapa yang sentiasa perihatin dan memberikan segala bantuan kepada orang lain.

Maka beruntunglah sesiapa yang terus bersama dengan dakwah.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus bersama dalam memperbaiki amal, keprihatinan serta medan dakwah sehingga ke nafas yang terakhir...

Semakin dekat kita dengan paksi orbit ini maka makin kita terasa 'kita di mana' dalam pandangan Allah SWT.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
📌 BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL

🩷💚 Tarikh cadangan puasa 6 bagi
tahun 2024 M/1445 H:

🌟 22/4 (Hari Putih +
Isnin) 13 Syawal
🌟 23/4. ( Hari Putih )
14 Syawal
🌟 24/4. ( Hari Putih )
15 Syawal
🌿 25/4. ( Khamis )
16 Syawal
🌿 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal
🌿 2/5 ( Khamis )
23 Syawal

Berhimpun 3 Fadhilat
1. Puasa 6 Syawal
2. ⁠Puasa Isnin Khamis
3. ⁠Puasa Hari Putih

✔️ Tahniah buat yg dah
selesai
✔️ Buat awal itu yg terbaik
Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Waktu amat berharga dalam kehidupan kita. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Ramadan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya telah berlalu. Setiap kita belum pasti dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun akan datang. Jika bertemupun, belum pasti kita berpeluang merebutnya dengan pelbagai amalan soleh seperti tahun sebelumnya. Mungkin ketika itu kita tidak berdaya melakukan ibadat puasa.

Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri,

يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد
فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه

Maksudnya: "Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekallah daripadaku dengan amal soleh kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat".

Waktu yang berlalu kita berikan unit ukuran seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Akhirnya ia membentuk sesuatu yang kita panggil umur dan usia.

Sesungguhnya kesempatan umur dan usia yang dimiliki oleh seseorang menentukan kelangsungan usia dan ajal seseorang.

Firman Allah :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Surah Al-Araf ayat: 34)

Setiap detik masa yang kita lalui, umur yang kita miliki akan dipersoal di hari akhirat kelak. Justeru kita perlu memanfaatkan setiap detik masa dan usia ini sebaik mungkin dengan amal yang bermanfaat.

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)

Waktu yang berlalu seringkali membuatkan manusia tertipu. Ia merasakan esok masih ada. Sedangkan waktu dan hari yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak akan kembali sehingga hari kiamat. Berapa ramai dari kalangan kita yang membiarkan masa berlalu tanpa amal yang bermanfaat.

Alangkah sedihnya mengenangkan waktu yang berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga waktu dan hari yang ada ini kita rebut kesempatan menyediakan bekalan. Bukan sahaja untuk survival diri, juga untuk survival Islam dan umat ini.

Pepatah Melayu menyebutkan, Masa Itu Emas. Ia amat berharga dan perlu diguna serta dimanfaatkan sebaik mungkin.

Pepatah Arab menyebutkan;

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

"Masa Seperti Pedang, Andai Engkau Tidak Memotongnya, Dia Akan Memotongmu."

Jangan kita biarkan masa berlalu tanpa kita gunakan dengan cara yang bermanfaat. Waktu yang berlalu tidak akan kembali.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Viral

Semakin berkembang dunia teknologi, semakin canggih segala alat yang wujud hari ini. Kewujudan kenderaan elektrik, kebijakan peranti elektronik, kelajuan internet, termasuk lah media sosial yang diguna pakai hampir seluruh masyarakat dunia.

Tidak dinafi semua yang ada di atas bumi punyai kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan. Semuanya tentang diri pengguna bagaimana dia memanfaatkan atau memudaratkan perkembangan yang berlaku di sekeliling.

Acap kali kita melihat fenomena masyarakat yang seakan mencari sesuatu untuk menarik perhatian orang lain apabila dunia teknologi kian diakses semua lapisan masyarakat. Semua yang menaikkan “rating” dan “viral” seolah menjadi tujuan utama tanpa mengira soal maruah, harga diri dan malu seorang yang bergelar INSAN apatah lagi seorang MUSLIM.

Mari renungi hadis-hadis Nabi SAW;

َاْلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ َاْلإِيْمَانُ.

"Iman mempunyai enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan 'Lâ ilâha illallâh,' dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu merupakan salah satu cabang Iman." (HR. Imam Al Bukhari No 9).

اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ

"Iman dan malu merupakan pasangan dalam segala situasi dan kondisi. Apabila rasa malu sudah tidak ada, maka iman pun sirna." (HR. Al Hakim).

Jelas terbukti dalam hadis-hadis Nabi SAW malu terkait dengan Iman. Betapa canggihnya teknologi suatu masa nanti tidak mengikis sifat malu kita. Kita akan beroleh
Ketenangan dan kedamaian dengan cara memelihara malu dan maruah. Kita akan dihormati walaupun tidak “famous” di mata masyarakat.

Harga diri dan maruah terlalu tinggi dan wajib dipelihara oleh setiap yang berakal dan beragama Islam. Selagi mana iman kita mampu jaga, selagi itu malu kita ada.

Wahai orang-orang beriman, bertakwa lah dan takut lah azabNya yang bakal menimpa bagi yang lalai, buang lah sikap suka mengejar VIRAL, LIKES, SHARE, FOLLOW semata-mata. Pelihara diri kita, keluarga, rakan-rakan daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menggoda terutama zaman “viral” seperti hari ini.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
Dunia Berputar

Kita berada pada zaman yang sukar. Ujian ekonomi, sosial, politik, perubahan iklim dan bermacam-macam lagi. Seakan menekan kita dari segala sudut.

Namun, janji Allah SWT dalam surah al-Insyirah bahawa setiap kesukaran bersamanya kesenangan memberikan kita satu harapan baharu.

فإن مع العسر يسرا
إن مع العسر يسرا

Harapan untuk mencari kebahagiaan di sebalik kesengsaraan, ketenangan di sebalik kegusaran, kegembiraan di sebalik kesedihan, kelapangan di sebalik kesibukan.

Berdoa lah kepadaNya bersungguh-sungguh setelah segala usaha dan daya telah kita lakukan. Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya hingga ke SyurgaNya.

https://www.tg-me.com/kapsul_tazkirah
2024/04/30 09:16:10
Back to Top
HTML Embed Code: