Telegram Web Link
Bagi yang masih punya ibubapa. Hargai sebelum terlambat.
.
Tips Gembirakan Ibubapa :
.
1. Apabila ibu bapa bertanya, jawab dengan baik. Usah biarkan pertanyaan ibu bapa, termasuklah di WhatsApp, tidak berjawab. Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak-anak, percayalah mereka kecil hati.
.
2. Gunakan ayat yang penuh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Elak, "Sudah." Sebaliknya jawab, "Saya sudah makan malam tadi." Ayat ini lebih manis di telinga ibu bapa.Usah gunakan gaya percakapan kawan-kawan dengan ibu bapa.
.
3. Usah tunggu ibu bapa bertanya. Elok anak-anak yang mula bertanya ibu bapa. Anak-anak boleh bertanya adakah ibu bapa sihat, adakah mereka sudah makan, dan apakah aktiviti ibu bapa hari ini. Ibu bapa amat berbesar hati apabila melihat anak-anak prihatin dengan mereka.
.
4. Biasakan menzahirkan kasih-sayang kepada ibu bapa. Ucap terima kasih. Ucap "Saya sayangkan emak." Ucap "Saya rindukan ayah." Perkataan ini tidak susah diungkapkan, namun beri makna yang besar kepada ibu bapa.
.
5. Sekira ada perkataan ibu bapa yang kurang menyenangkan, elok berdiam diri saja. Sebagai manusia, ada masa mereka marah. Ada masa mereka sedih. Usah melawan dan berbalas-balas cakap dengan ibu bapa. Mereka sudah cukup berkorban rasa dengan kita.
.
6. Apabila ibu bapa membesarkan anak-anak selama lebih 20 tahun, mereka ada deria rasa yang tinggi. Melihat muka anak atau mendengar beberapa patah perkataan saja, mereka sudah dapat meneka apa yang anak-anak lakukan. Usah berbohong dengan ibu bapa. Mereka cukup terkilan apabila kena bohong dengan anak-anak.
.
7. Walau bagaimana sekali pun kita rasa pendapat ibu bapa salah, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak, maka raikan pendapat tersebut.
.
8. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan harta benda anak-anak. Selama ini pun, ibu bapa sudah korbankan banyak harta benda mereka kepada anak-anak. Ada kala ibu bapa ikat perut kerana nak beri kesenangan kepada anak-anak. Apabila ibu bapa minta tolong belikan sesuatu, usah lihat itu sebagai membebankan.
20🥰5
Forwarded from اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيد نامحمد💕
17👍11
Al-Quran bukanlah diturunkan semata-mata untuk dibaca, diperlagu dan dipertandingkan, tetapi jauh lebih daripada itu, tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk diamalkan dan hukumnya untuk ditegakkan.

Allah swt sebut dalam surah al-Baqarah ayat 121

{ ٱلَّذِینَ ءَاتَیۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ یَتۡلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ یُؤۡمِنُونَ بِهِۦۗ وَمَن یَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ }
[سُورَةُ البَقَرَةِ: ١٢١]

Apakah yg dimaksudkan dengan membaca dengan sebenar² bacaan? Iaitu membacanya, memahaminya dan mengamalkan isi kandungannya.

Oleh sebab itu, Al-Quran tidak cukup untuk dihafaz, tetapi mesti diajar juga ilmu² yg membawa kepada memahami al-Quran.
11🥰4
Forwarded from اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيد نامحمد💕
21👍6
17👍8
Rezeki Yang Berkat

Rezeki adalah pemberian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Setiap makhluk di dunia ini telah ditentukan rezekinya sejak azali lagi. Namun, sering kali kita lupa bahawa rezeki bukanlah semata-mata dalam bentuk wang atau harta benda sahaja. Kesihatan, keluarga yang bahagia, ilmu yang bermanfaat, dan sahabat yang setia juga adalah sebahagian daripada rezeki.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

_"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.'”_

Setiap pagi, kita harus bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Rezeki yang berkat bukanlah semata-mata banyaknya harta, tetapi sejauh mana rezeki tersebut dapat memberikan kebaikan kepada kita dan orang lain. Rasulullah SAW bersabda:

_"Barangsiapa yang bersyukur, maka Allah akan menambah nikmat-Nya." (HR. Ahmad)_

Kunci utama untuk memperoleh rezeki yang berkat adalah dengan bersyukur dan berkongsi dengan orang lain. Memberikan sebahagian daripada rezeki kita kepada yang memerlukan, sama ada dalam bentuk sedekah, zakat atau bantuan lain, akan membuka pintu rezeki yang lebih luas. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:

_"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."_

Marilah kita memulakan hari dengan niat yang baik, berdoa dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan berkat. Ingatlah bahawa rezeki bukan hanya sekadar mencari harta, tetapi juga merangkumi kebaikan dan rahmat yang Allah berikan kepada kita.

Semoga kita semua sentiasa diberkati dengan rezeki yang melimpah dan bermanfaat, serta mampu menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan berbuat kebaikan.

Selamat pagi dan semoga hari anda penuh dengan keberkatan!
14🥰5
12👍7
🌸MENGAPA ORANG BAIK SELALU DISAKITI ?🌸

😊 Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain.Dalam ruang kebahagiaannye dia tak sediakan untuk diri dia,kecuali hanya sedikit.

🌸MENGAPA ORANG BAIK SELALU DITIPU?🌸

😊Kerana dia selalu memandang orang lain jujur seperti dirinya,dia tak mensia2 kan sikit pun prasangka trhadap orang dia pandang sayang mampu mengkhianatinya.

🌸MENGAPA ORANG BAIK SELALU DIHINA?🌸

😊Kerana dia selalu tidak diberi kesempatan membela dirinya,dia harus terima meskipun bukan dia yg mulakan hal.

🌸MENGAPA ORANG BAIK SELALU MENITISKAN AIR MATA?🌸

😊Kerana dia tak ingin memberi kesedihannya kpd orang lain .Dia trbiasa mengubati lukanya sendiri.

Hadam baik²..
14🥰8😭1
👍1610
Tersenyumlah. Walaupun kau rasa benci. Walaupun kau sakit hati. Walaupun kau tak suka.

Namun andai tersenyum mampu buat mereka gembira, dan andai tersenyum mampu menyembunyikan luka, maka, senyumlah.

Biar senyummu bernilai sedekah. Biar sedekah itu merapatkan ukhuwah. Meraih redha Allah.

Melangkahlah. Walaupun kau rasa penat. Walaupun kau dah tak larat. Kerana ada perkara yang tetap perlu kau buat. Demi satu perhitungan di akhirat.

Buatlah. Walaupun kau rasa malas. Walaupun kau rasa tak ikhlas. Kerana ada perkara yang perlu dipaksa. Agar selari dengan agama. Agar tiada hati terasa. Agar tiada dosa tentangnya yang perlu dihisab di sana.

Ada perkara yang perlu kau paksa diri melakukannya. Ada bahagia yang perlu kau beli dengan pura-pura.

Tak mengapa. Kerana pada sesuatu dipanggil pengorbanan ... di situ ada catatan perjuangan. Ia mujahadah demi menuju rahmat Tuhan. Untuk hari ini, dan hari kemudian.
11🥰4
21👍9
REDHA

Jika barang berharga, contohnya gelang emas, bila hilang memang kita akan mencari bersungguh, semua celah digali, disusuli pula doa, solat hajat dll. Akhirnya tetap tidak jumpa, yang boleh merawat duka tu adalah perkataan REDHA.

Namun jika yang hilang tu barang yang tidak berharga seperti bekas makanan yang dibeli kedai echo, contohnya anak bawa ke sekolah untuk jamuan. Memang cepat dan mudah sangat untuk kita terima tanpa usaha. Ia mungkin bukan redha, tapi sikap “tak kisah”, bimbang membentuk sikap membazir.

KEHEBATAN MAQAM REDHA, biasanya diperolehi seseorang yang melalui ujian yang berat, kehilangan, kesakitan, kekecewaan, difitnah dikeji dihina dll. REDHA dan terima seadanya apa yang berlaku setelah berusaha seperti contoh kehilangan barang berharga di atas, akan memberikan kekuatan untuk bangkit semula, dan memulakan langkah baru.

– Asma Harun
13🥰3
15👍5
2025/10/22 08:08:15
Back to Top
HTML Embed Code: