PESAN BUAT LELAKI
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Dalam hadis dikatakan Rasulullah ﷺ mafhumnya:
“Bagaimana kamu hidup di suatu zaman nanti, kalau wanita-wanita kamu melakukan perbuatan melampau, dan anak-anak muda kamu melakukan kefasiqan?”
Dimulakan dengan perempuan dahulu, kemudian rosaknya anak muda.
Ya, memang ramai anak-anak muda rosak disebabkan oleh kerana perempuan.
Perempuan itu rosak kerana tak dijaga oleh lelaki yang bertanggungjawab - kalau isteri itu tanggungjawab suami, kalau anak itu tanggungjawab ayah.
Sabda Rasulullah ﷺ, “Tidak aku tinggalkan fitnah setelah aku nanti yang lebih mencabar kepada laki-laki melebihi daripada fitnah perempuan.”
Sehingga ramai daripada orang yang tidak menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى dengan adanya anak, zuriat, dengan diabaikan, dan tidak dididik…
Sehingga tak peduli anak berkawan dengan siapa, pergi dengan siapa…
Menjadi perkara biasa anak lelaki kita makan malam dengan anak perempuan orang lain, kononnya untuk saling kenal-mengenali atau anak perempuan kita makan malam dengan anak lelaki orang lain yang mungkin kawan katanya.
Perkara itu tak jadi pelik, bahkan pelik jika ada orang berkahwin dan tiada ada perkenalan sebelumnya…
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

❤10🥰4
Ketika kita rasa sakit dengan Dunia, ingatlah kita akan tinggalkannya tak lama lagi.
Tapi kesakitan itu tetap kekal untuk dihitung sebagai amal soleh daripada pahala Sabar dan Redha.
Jika difikirkan, segala sedih, sakit, sempit, dan derita semuanya berbaloi untuk kita tempuh apabila hasilnya adalah SYURGA.
Dan jika dihimpunkan seluruh keseronokan dan kebahagiaan didunia ini tidak ada sedikitpun yang menyamai dengan Nikmat Syurga. Maka bertahanlah kita sementara belum mati.
- Ustazah Asma’ Harun

🥰9❤7
"HUBUNGAN SILATURAHIM"
"Jadilah kita orang yang selalu menyambung silaturahim, ibarat jarum dengan benang, walaupun menyusuk tetapi ia mencantumkan dua kain yang terpisah.
Jangan menjadi seperti gunting dalam lipatan bergerak ke depan untuk memisahkan.
Sesungguhnya orang yang menjaga silaturahim akan mendapat kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat; adanya bermanfaat, ketiadaannya di hati ingatan tersemat"

❤12🥰5
TUJUH TANDA HATI SUDAH MATI
1. Berani Meninggalkan Sembahyang
Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.
2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa
Firman Allah :
كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)
3. Jauh Dari Al-Quran
Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.
Firman Allah :
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)
4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama
Firman Allah :
أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” (An-Nahl : 108)
5. Hidupnya Hanyalah Membuat Sangkaan Buruk Kepada Orang Dan Mencari Salah Orang
Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا
“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)
6. Tidak Suka Mendengar Nasihat
Firman Allah :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)
7.Tidak Takut Dengan Mati dan Azab Kubur
Firman Allah :
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah : 12)
SEMOGA BERMANFAAT 🥰

🌹Terpilih kah????
Ya Allah, pilihlah kami untuk segala kebaikan, kemuliaan, ketinggian, keampunan, keredhoan dan petunjuk.
Sahabat2... kita tanya diri kita masing2... terpilih kah kita? Untuk taqarrub pd NYA.. untuk intim dengan kalamNYA.. untuk sentiasa di mihrab munajat menikmati kelazatan mengingati dan memujiNYA... terpilih kah kita untuk memahami ilmuNYA, mendalami agama yang diredhoiNYA dan segala kebaikan yang lain?
Mari kita mulakan dengan istighfar kepada Allah, Solawat kepada Rasulullah saw, berdoa memohon pilihan dan pertolonganNYA, mulakan dengan kebaikan yang boleh dimanfaati oleh orang lain, mungkin sedekah yang kita infaqkan, atau amar ma'ruf, nahi mungkar atau membantu orang-orang yang berhajat dan kesusahan.
Sebesar mana kita mohon bantuan dariNYA dalam hidup ini, maka seharusnya kita juga memberi perhatian yang besar untuk membantu ummah yang kita cintai.
ustazahnorhafizahmusa

🥰9❤6
MUKMIN ITU BAHAGIA.
.
.
Ya, ajaib sungguh orang yang beriman! Walau apa pun yang menimpa mereka --- baik kesulitan baik kesenangan, mereka boleh melihat dan mengambil kebaikan dan keuntungan daripadanya.
.
.
dari situ, timbulnya bahagia. di hati yang penuh percaya kepada Tuhan yang Maha Mengetahu lagi Maha Baik atas hamba-hambaNya.
.
.
Dan sifat ini hanya ada pada orang-orang mempunyai iman. Yakni iman yang teguh terhadap ALLAH dan Hari Kiamat.
.
.
Dan iman kita pada hari ini, bagaimana?

❤8🥰4
PESAN PADA HATI .
Macam mana nak puaskan hati manusia lain? Tak perlu puaskan hati mereka. Sebab mereka memang tidak pernah puas. Puaskan hati sendiri dulu.
Kesalahan manusia lain dia nampak. Kesalahan diri sendiri dia sembunyikan.
Apabila tidak suka, semua salah di matanya.
Jangan bersedih. Kesedihan hanya membuat kamu lumpuh dan tidak bersemangat. Bersyukurlah pada kehidupan. Nikmati dengan tenang.
Saya boleh untuk membenci kamu. Tetapi saya memilih untuk memaafkan kamu. Bukan apa, dengan kemaafan, hati saya makin rasa tenang.
Manusia datang dan pergi dalam hidup ini. Lumrah dunia.
Senyum itu mampu menangkis jiwa yang resah. Apa pun yang berlaku dalam hidup ini, senyum dan senyum sahaja.

❤11🥰6