Telegram Web Link
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN PASUKAN SUMUD FLOTILLA

25 SEPTEMBER 2025M / 3 RABIULAKHIR 1447H
Berzikir Dalam Hati

Berzikir merupakan suatu ibadah mengingati Allah S.W.T dan satu sunnah yang dituntut di sisi syarak dan memberikan ganjaran pahala yang besar kepada para pelakunya.

Zikir menerusi lidah meliputi istighfar, berdoa, berselawat ke atas Rasulullah S.A.W, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, pembacaan Al-Quran dan seumpamanya.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang memperbanyakkan zikrullah menerusi lisan dan juga melalui jantung hati.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Akibat Sengaja Meninggalkan Solat Jumaat

Sesiapa yang sengaja meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur syarie hukumnya adalah berdosa besar. Lebih dahsyat, hatinya boleh menjadi keras hingga tertutup daripada menerima hidayah Allah SWT.

Jangan sia-siakan panggilan azan Jumaat. Ia peluang rahmat, bukan sekadar rutin mingguan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jauhi permusuhan, hiasi diri dengan akhlak mulia

Jagalah akhlak dan wasilah dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Pertanian Dalam Islam

Setiap pokok yang kita tanam, setiap hasil tanaman yang dimakan oleh burung, manusia ataupun haiwan, semuanya dikira sebagai sedekah yang berterusan.

Subhanallah, betapa luasnya rahmat Allah SWT. Bercucuk tanam bukan sahaja memberi manfaat di dunia, bahkan menjadi bekalan pahala di akhirat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kekayaan Harta Bukan Ukurannya

Ramai orang diluaskan rezekinya, tapi masih miskin jiwa. Tidak pernah cukup, sentiasa mahu lebih, hingga sanggup abaikan dari mana sumbernya.

Hakikatnya, kekayaan yang sebenar bukan pada banyaknya harta, tetapi pada keadaan hati seseorang yang sentiasa merasa cukup (qana'ah) dan bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang dimiliki.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Fitnah dan Doa Menghindarinya

Dalam kehidupan penuh cabaran, fitnah boleh datang tanpa diduga. Namun, Baginda Nabi SAW telah mengajarkan doa untuk kita amalkan sebagai benteng perlindungan.

Jadikan doa ini wirid harian agar hati sentiasa tenang, dijauhkan daripada fitnah dunia, serta dilindungi oleh Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Ketika Hujan

Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.

Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jauhi Sifat Ujub

Jangan merasa diri terlalu hebat hingga memandang rendah orang lain.

Ingatlah, kebaikan bukan untuk dibangga-banggakan, tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KEWAJIPAN BERZAKAT

Zakat bukan sekadar ibadah, tetapi tanda syukur atas nikmat Allah SWT. Ia membersihkan harta, menyucikan jiwa, dan mengukuhkan ukhuwah dengan membantu mereka yang memerlukan.

Ketahuilah bahawa, harta yang dizakatkan tidak akan berkurang, malah Allah SWT gandakan pahala dan rezeki.

Tunaikan zakat, suburkan keberkatan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ke-56 Tahun 2025 pada 29 September 2025M | 7 Rabiulakhir 1447H

Sembah takzim daripada Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM.
Solat di Awal Waktu

Rasulullah SAW bersabda, antara amalan yang paling dicintai Allah SWT ialah:

1️⃣ Solat pada waktunya
2️⃣ Berbuat baik kepada ibu bapa
3️⃣ Jihad di jalan Allah

Jom sama-sama kita jaga solat di awal waktu sebagai tanda cinta kita kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAA Dato’ Hj. Amran bin Mat Zain Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

atas pengurniaan anugerah berprestij Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-56 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan.
Elakkan Diri Dari Mengumpat

Mengumpat bukan sekadar kata-kata biasa, tapi ia luka yang mencalarkan hati saudara kita. Setiap butir bicara akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

Marilah kita hiasi lidah dengan zikir, doa, dan kata-kata yang baik kerana setiap kalimah yang baik akan mendapat pahala.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
NIAT DAN AMALAN ORANG MUKMIN

Hidup seorang mukmin bukan sekadar mencari dunia, tetapi menjadikan setiap amal dan ibadah sebagai jalan menuju reda Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Senyum Itu Sedekah

Senyuman dan wajah yang manis adalah sebahagian daripada akhlak Nabi SAW, menolak sifat sombong serta mengundang kasih sayang sesama manusia.

Senyuman juga dapat membantu orang yang sedang bersedih dan mengeratkan hubungan silaturahim. 

Amalkan senyuman yang ikhlas dan manis ketika bertemu dengan seseorang, tidak kira sama ada kawan, keluarga, mahupun orang yang tidak dikenali.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh dukacita, Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Dr. Ir. Luqmanul Hakim, M.Si, Mantan Pengarah Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetik Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) yang telah kembali kerahmatullah pada 30 September 2025 / 8 Rabiulakhir 1447H.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kubur serta ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah.
Nikah itu Sunnah Rasulullah SAW

Rasulullah SAW menyuruh umatnya berkahwin melalui sabdanya, "Sesiapa dalam kalangan kamu yang telah mampu berumah tangga, maka berkahwinlah, kerana perkahwinan itu lebih mampu menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan".

Perkahwinan bukan sekadar ikatan cinta, tapi jalan menyempurnakan agama, menjaga maruah, dan meraih reda Allah SWT.

Jom hidupkan sunnah kerana di sebalik perkahwinan ada keberkatan dan rahmat yang luas.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjemput orang ramai menyertai Pertandingan Menulis Pantun bertemakan “Islam dan Kesantunan Bahasa”.

Tarikh pertandingan : Bermula 1 hingga 14 Oktober 2025.

Pertandingan ini diadakan bagi memperkukuh gagasan Kalimah Tayyibah serta memartabatkan warisan pantun sebagai medium dakwah dan kesantunan bahasa.

📲 Sertai sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
🏆Wang tunai & sijil menanti pemenang!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#DekadBahasaKebangsaan
#DewanBahasaPustaka
#JAKIMbaca
Adab Ketika Bersin

Setiap perkara dalam Islam penuh dengan adab dan doa, termasuklah bersin. Rasulullah SAW mengajarkan kita:

👉 Bila bersin, sebutlah “Alhamdulillah ala kulli hal”.
👉 Saudara yang mendengarnya, jawablah dengan “Yarhamukallah”.
👉 Kemudian yang bersin membalas: “Yahdikumullah wa yuslih baalikum”.

Ringkas, tetapi penuh dengan doa & kasih sayang sesama Muslim.

Jom kita amalkan sunnah ini dalam kehidupan seharian!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/20 12:09:14
Back to Top
HTML Embed Code: