Telegram Web Link
Malu Itu Perhiasan Iman

Orang yang mempunyai sifat malu akan terpelihara daripada melakukan keburukan dan akan terdorong untuk melakukan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan, seperti menjaga aurat, bercakap benar, dan menjaga maruah diri. 

Semoga kita semua terus memelihara sifat malu yang terpuji, menjadi benteng diri daripada keburukan, dan menghiasi kehidupan dengan akhlak Rasulullah SAW.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH

17 SEPTEMBER 2025 / 24 RABIULAWAL 1447
Solat Hajat & Doa Selamat Bagi Mendoakan Kesejahteraan Rakyat Sabah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan pelaksanaan Solat Hajat di tiga (3) buah masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada:

🗓️ 17 September 2025 (Rabu)
selepas solat fardu Maghrib.

JAKIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT dengan penuh pengharapan, semoga keadaan di negeri Sabah segera pulih seperti sediakala, segala urusan mangsa bencana dipermudahkan, dan rakyat Sabah khususnya serta seluruh rakyat Malaysia amnya sentiasa dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT.
Akhlak Sesama Muslim

Seorang muslim harus sentiasa berusaha menjaga lisan dan tangan agar tidak mendatangkan mudarat atau bahaya kepada sesama muslim.

Jagalah lidah dan tangan kita agar tidak menyakiti orang lain. Hidupkan kasih sayang, pupuk persaudaraan.

#satujumaatsatuhadis
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Selamat Bersara & Terima Kasih

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bermula 14 Jun 2021 hingga 18 September 2025.

Selamat bersara, semoga dikurniakan keberkatan umur, kesihatan tubuh badan serta memberi ketenangan dan lebih banyak waktu untuk ibadah dan bersama keluarga tercinta.
Berfikir Sebelum Berkata-Kata

Kita digalakkan untuk tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang akan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari.

Jika tiada perkara yang baik untuk dikatakan, lebih baik memilih untuk diam.

Akibat tidak menjaga percakapan, adik beradik bergaduh, bercerai berai pasangan suami isteri dan bermusuhan antara satu sama yang lain.

Manfaatkan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk menimbang kata-kata sebelum mengucapkannya.

Semoga bermanfaat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Habbatussauda’ Sebagai Penawar Segala Penyakit

Amalkan Habbatussauda’ sebahagian daripada ikhtiar hidup sihat kita hari ini dan serahkan segalanya kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”.

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan‏ Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Yang Teramat Mulia Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al Sheikh, Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi merangkap Pengerusi Majlis Ulama Kanan Penyelidikan Ilmiah & Fatwa, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 September 2025.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia Islam, khususnya dalam medan dakwah, fatwa, serta penyebaran ilmu syariah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, ditempatkan bersama para solehin, dan diberi ganjaran sebaik-baik balasan atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada umat.
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”.

Seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berduka cita atas pemergian Allahyarham Encik Musa bin Abdul Wahab dari Bahagian Penerbitan JAKIM, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 September 2025.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat handai, dan juga warga JAKIM yang pernah bersama beliau dalam perjuangan dakwah serta khidmat bakti.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Daripada Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”.

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan‏ Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Yang Teramat Mulia Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al Sheikh, Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi merangkap Pengerusi Majlis Ulama Kanan Penyelidikan Ilmiah & Fatwa, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 September 2025.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia Islam, khususnya dalam medan dakwah, fatwa, serta penyebaran ilmu syariah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, ditempatkan bersama para solehin, dan diberi ganjaran sebaik-baik balasan atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada umat.
Malaikat Mengaminkan Doa Kepada Orang Sakit

Setiap ucapan yang baik ketika menziarahi orang sakit bukan sekadar kata-kata semangat, tetapi turut diaminkan oleh para malaikat.

Oleh itu, biasakanlah lidah kita dengan doa dan kata-kata yang menguatkan hati. Moga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan ketabahan kepada mereka yang diuji dengan sakit.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Berbaring Pada Sisi Kanan

Tidur berbaring pada sisi kanan sangat dianjurkan dalam Islam karena bermanfaat bagi jantung, membantu untuk bangun solat malam, dan ia merupakan sunah Nabi Muhammad SAW.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Larangan Menyerupai Jantina Lain

Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita. Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.

Hikmah Allah SWT dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.”

Ketua Pengarah serta seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Haji Muhammad Chan bin Abdullah, Pemilik Rangkaian Restoran Mohd Chan, yang telah kembali kerahmatullah pada 24 September 2025.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.”

Ketua Pengarah serta seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustazah Kamariah binti Zakari, Mantan Pembantu Hal Ehwal Islam JAKIM yang telah kembali kerahmatullah pada 25 September 2025.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
Lintasan Kufur dalam Hati & Terlafaz di Lidah

Kadangkala, hati kita diuji dengan bisikan dan persoalan yang mengganggu iman. Soalan seperti “Siapa yang menciptakan Allah?” mungkin terlintas.

Jika anda mengalami situasi sebegini, segeralah memohon taubat kepada Allah SWT dengan beristighfar serta memperbaharui dua kalimah syahadah.

Sentiasa melakukan amalan zikir dan doa agar sentiasa ditetapkan hati dalam keimanan dan ketaatan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/20 08:47:29
Back to Top
HTML Embed Code: