Telegram Web Link
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENGUMUMAN BELANJAWAN MADANI 2026: BELANJAWAN UNTUK RAKYAT

11 OKTOBER 2025M / 19 RABIULAKHIR 1447H

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

πŸ“š RM150 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Tahfiz dan Institusi Pondok, termasuk peralatan pengajian baharu.

πŸ‘©πŸ»β€πŸŽ“ 720 pelajar tahfiz akan menerima latihan kemahiran melalui GiatMARA, disamping pengajian tradisional diperkaya dengan ilmu digital, AI dan TVET bagi melahirkan generasi Islam berdaya saing.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

πŸ›οΈ Anugerah Masjid Malaysia bakal diperkenalkan bagi mengiktiraf masjid cemerlang di seluruh negara.

πŸ“– Konvensyen Masjid pula menjadi wadah perkongsian ilmu dan wacana antara imam, ulama, umara, sarjana Islam dan teknokrat dalam memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ilmu dan perpaduan ummah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#BelanjawanMADANI
Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

πŸ“– Majlis Ilmu akan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman umat MADANI terhadap Islam.

πŸ“šTermasuk penganjuran Majlis Sama’ Hadis 2026, yang memberi peluang umat Islam menghayati hadis-hadis Rasulullah SAW dibacakan dengan penuh tartil oleh para ulama.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Bahaya Fitnah

Fitnah boleh mencetuskan pergaduhan dan kemusnahan dalam hubungan sesama manusia dan dalam masyarakat. 

Dosa fitnah sangat besar dan ia boleh menghapuskan pahala amalan baik seperti solat, puasa, dan zakat. 

Ayuh, jaga lisan kerana satu perkataan mampu menutup pintu ke syurga.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Setinggi-tinggi Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Ahmad Talmizi Yahya atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP berkuat kuasa mulai 8 Oktober 2025.

Moga amanah ini terus memberi nilai dan keberkatan dalam memperkasa pengurusan hal ehwal Islam serta ummah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kunjungi Reruai JAKIM di Program MADANI Rakyat 2025 Melaka!

JAKIM menjemput anda ke Booth A10 di Politeknik Merlimau, Melaka dari 17–19 Oktober 2025.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda :

βœ… Makmal Analisis Halal Malaysia
βœ… Prosedur & Info Pensijilan Halal
βœ… Klinik Al-Fatihah & Kaligrafi Khat
βœ… Kaunter Gantian Kad Nikah Negeri Melaka

Jumpa anda di sana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#malaysiamadani
Sayembara Pantun MADANI Peringkat Kebangsaan 2025

Seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pegawai-pegawai yang mewakili JAKIM dalam Sayembara Pantun MADANI antara Kementerian Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan.

πŸ“… 13 Oktober 2025 (Isnin) – INTAN Jalan Elmu
πŸ“… 14 Oktober 2025 (Selasa) – INTAN Bukit Kiara

Mari sama-sama kita doakan kejayaan pasukan JAKIM dalam mengangkat keindahan bahasa dan warisan pantun Melayu yang sarat nilai MADANI.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
BELANJAWAN MADANI KEEMPAT : BELANJAWAN RAKYAT

πŸ’ RM35 juta diperuntukkan sebagai tanda penghargaan buat wira agama, mereka yang tekun mendidik dan membimbing ummah.

πŸ™Œ Seramai 70,000 penerima termasuk imam, bilal, guru KAFA, guru takmir serta siak/noja/marbut menerima sumbangan khas RM500 atas jasa dan khidmat bakti mereka di seluruh negara.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#BelanjawanMADANI
BELANJAWAN MADANI KEEMPAT : BELANJAWAN RAKYAT

πŸ“– Yayasan Restu dan JAKIM meneruskan usaha mencetak 1 juta naskhah al-Quran dalam 30 bahasa utama dunia.

🌿 Mushaf MADANI pula diperkenalkan sebagai sebahagian daripada program tadabbur al-Quran peringkat nasional.

πŸ›οΈ Kompleks Madinatul Quran Putrajaya akan dibangunkan sebagai pusat rujukan dan pengembangan ilmu al-Quran.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
BELANJAWAN MADANI KEEMPAT : BELANJAWAN RAKYAT

πŸ•‹Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi memastikan urusan ibadat Haji lebih selesa dan terancang.

πŸ’° Had pengeluaran KWSP dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000, manakala penjawat awam turut dibenarkan pengeluaran awal GCR hingga RM10,000 bagi tujuan yang sama.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Dah hilang atau rosak kad nikah? Jangan risau!

JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Melaka JAKIM bawakan kemudahan gantian kad nikah khas untuk pasangan Negeri Melaka di Program MADANI Rakyat 2025 Melaka❀️

πŸ“ Lokasi: Reruai JAKIM A10, Politeknik Merlimau
πŸ“… Tarikh: 17–19 Oktober 2025 (Jumaat–Ahad)
⏰ Siap dalam masa 1 jam!

πŸ’₯ 15 pasangan pertama setiap hari PERCUMA!
Bawa dokumen yang diperlukan dan nikmati kemudahan gantian kad nikah anda dengan pantas dan mudah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jom Hadir Kuliah Subuh MADANI!

Rebut peluang bertemu dan menimba ilmu bersama ulama terkemuka dunia, Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz (Al-Allamah Murabbi Ummah) yang bakal menyampaikan Kuliah Subuh MADANI di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada:

πŸ“… Selasa, 14 Oktober 2025
πŸ•Œ Masjid Wilayah Persekutuan, KL
🌀️ Bersama: YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II

Mari kita hidupkan Subuh dengan ilmu dan zikir. Ayuh warga Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang, isi pagi anda dengan keberkatan bersama para ilmuwan dan pemimpin ummah!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PEMINDAHAN SEMENTARA PUSAT PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) SUSULAN INSIDEN KEBAKARAN DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) TAMBUNAN, SABAH

13 OKTOBER 2025M / 21 RABIULAKHIR 1447H
πŸ“£ 3 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2025 Melaka

Orang Melaka, jom ramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2025 di Politeknik Merlimau pada:

πŸ“… 17 – 19 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad)
⏰ 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kunjungi Reruai JAKIM (A10) dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti:

βœ… Makmal Analisis Halal Malaysia
βœ… Prosedur Mendapatkan Sijil Halal
βœ… Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
βœ… Gantian Kad Perakuan Nikah Negeri Melaka
βœ… Klinik Al-Fatihah
βœ… Perkhidmatan Kaligrafi Islam

🎯 β€œIngat A10, ingat booth JAKIM!”

Jom kita raikan semangat Malaysia MADANI bersama-sama.

Jumpa anda disana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : β€œISLAM MEKAR DI BUMI NUSANTARA”

Bagaimana Islam terus subur dan berkembang di rantau Nusantara? Ayuh hayati perbincangan penuh ilmu dan hikmah bersama tokoh-tokoh agama dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam sempena Mesyuarat SOM Ke-49 & MABIMS Ke-21 pada:

πŸ“… 16 Oktober 2025 (Khamis)
πŸ•˜ 9.00 malam
πŸ“ Pusat Pameran MABIMS, Melaka International Halal Festival (MITC)

Turut bersiaran secara langsung di RTM TV1 jam 9.00 malam.

Mari bersama kita raikan keindahan Islam yang mekar di bumi Nusantara. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
πŸ“£ 2 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2025 Melaka

Orang Melaka, jom ramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2025 di Politeknik Merlimau pada:

πŸ“… 17 – 19 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad)
⏰ 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kunjungi Reruai JAKIM (A10) dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti:

βœ… Makmal Analisis Halal Malaysia
βœ… Prosedur Mendapatkan Sijil Halal
βœ… Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
βœ… Gantian Kad Perakuan Nikah Negeri Melaka
βœ… Klinik Al-Fatihah
βœ… Perkhidmatan Kaligrafi Islam

🎯 β€œIngat A10, ingat booth JAKIM!”

Jom kita raikan semangat Malaysia MADANI bersama-sama.

Jumpa anda disana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Menarik di Pavilion Al Falah!

Temui 14 agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berkongsi pelbagai ilmu dan perkhidmatan menarik sempena Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF 2025) pada:

πŸ—“οΈ Tarikh: 16 Oktober (Khamis) | 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ—“οΈ 17–19 Oktober (Jumaat–Ahad) | 10.00 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Lokasi: Tapak Pameran, Melaka International Trade Centre (MITC)

Antara aktiviti dan perkhidmatan istimewa yang menanti anda:
βœ…Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji
βœ… Konsultasi Halal bersama pakar
βœ…Waqaf al-Quran
βœ…Jualan Produk Usahawan Bimbingan YaPEIM
βœ…Kuiz Kahoot! – 18 Oktober (Sabtu), 3.00 petang

Ayuh rakyat Malaysia, khusunya orang Melaka hadir ke Pavilion Al Falah dan rasai sendiri gabungan sinergi 14 agensi agama menyediakan perkhidmatan terus kepada masyarakat.

Jumpa anda di sana!
Kuliah Subuh MADANI!!

Ayuh hadiri Kuliah Subuh MADANI bersama ulama tersohor dunia, AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ pada:

πŸ—“οΈ Tarikh: 16 Oktober 2025 (Khamis)
⏰Masa: 5.00 pagi (Qiamullail)
πŸ•Œ Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
πŸ—£οΈ Penceramah Utama: AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ (Al-Alamah Murabbi Ummah)

β€˜Syarah Kitab’: Qomi' Al-Thugyan 'ala Manzumah Syu'abil Iman

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YB Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan turut serta bersama-sama jemaah sekalian.

Turut diadakan majlis penyampaian Mushaf Tarim Yamani kepada Allamah Habib Umat bin Muhammad bin Salim bin Hafidz oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Ayuh, kita sama-sama suburkan jiwa dengan ilmu dan keberkatan!

Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan.
2025/10/20 09:33:17
Back to Top
HTML Embed Code: