Telegram Web Link
Setinggi-tinggi Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Ahmad Talmizi Yahya atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP berkuat kuasa mulai 8 Oktober 2025.

Moga amanah ini terus memberi nilai dan keberkatan dalam memperkasa pengurusan hal ehwal Islam serta ummah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kunjungi Reruai JAKIM di Program MADANI Rakyat 2025 Melaka!

JAKIM menjemput anda ke Booth A10 di Politeknik Merlimau, Melaka dari 17–19 Oktober 2025.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda :

Makmal Analisis Halal Malaysia
Prosedur & Info Pensijilan Halal
Klinik Al-Fatihah & Kaligrafi Khat
Kaunter Gantian Kad Nikah Negeri Melaka

Jumpa anda di sana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#malaysiamadani
Sayembara Pantun MADANI Peringkat Kebangsaan 2025

Seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pegawai-pegawai yang mewakili JAKIM dalam Sayembara Pantun MADANI antara Kementerian Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan.

📅 13 Oktober 2025 (Isnin) – INTAN Jalan Elmu
📅 14 Oktober 2025 (Selasa) – INTAN Bukit Kiara

Mari sama-sama kita doakan kejayaan pasukan JAKIM dalam mengangkat keindahan bahasa dan warisan pantun Melayu yang sarat nilai MADANI.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
BELANJAWAN MADANI KEEMPAT : BELANJAWAN RAKYAT

💝 RM35 juta diperuntukkan sebagai tanda penghargaan buat wira agama, mereka yang tekun mendidik dan membimbing ummah.

🙌 Seramai 70,000 penerima termasuk imam, bilal, guru KAFA, guru takmir serta siak/noja/marbut menerima sumbangan khas RM500 atas jasa dan khidmat bakti mereka di seluruh negara.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#BelanjawanMADANI
BELANJAWAN MADANI KEEMPAT : BELANJAWAN RAKYAT

📖 Yayasan Restu dan JAKIM meneruskan usaha mencetak 1 juta naskhah al-Quran dalam 30 bahasa utama dunia.

🌿 Mushaf MADANI pula diperkenalkan sebagai sebahagian daripada program tadabbur al-Quran peringkat nasional.

🏛️ Kompleks Madinatul Quran Putrajaya akan dibangunkan sebagai pusat rujukan dan pengembangan ilmu al-Quran.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
BELANJAWAN MADANI KEEMPAT : BELANJAWAN RAKYAT

🕋Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi memastikan urusan ibadat Haji lebih selesa dan terancang.

💰 Had pengeluaran KWSP dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000, manakala penjawat awam turut dibenarkan pengeluaran awal GCR hingga RM10,000 bagi tujuan yang sama.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Dah hilang atau rosak kad nikah? Jangan risau!

JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Melaka JAKIM bawakan kemudahan gantian kad nikah khas untuk pasangan Negeri Melaka di Program MADANI Rakyat 2025 Melaka❤️

📍 Lokasi: Reruai JAKIM A10, Politeknik Merlimau
📅 Tarikh: 17–19 Oktober 2025 (Jumaat–Ahad)
Siap dalam masa 1 jam!

💥 15 pasangan pertama setiap hari PERCUMA!
Bawa dokumen yang diperlukan dan nikmati kemudahan gantian kad nikah anda dengan pantas dan mudah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jom Hadir Kuliah Subuh MADANI!

Rebut peluang bertemu dan menimba ilmu bersama ulama terkemuka dunia, Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz (Al-Allamah Murabbi Ummah) yang bakal menyampaikan Kuliah Subuh MADANI di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada:

📅 Selasa, 14 Oktober 2025
🕌 Masjid Wilayah Persekutuan, KL
🌤️ Bersama: YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II

Mari kita hidupkan Subuh dengan ilmu dan zikir. Ayuh warga Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang, isi pagi anda dengan keberkatan bersama para ilmuwan dan pemimpin ummah!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PEMINDAHAN SEMENTARA PUSAT PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) SUSULAN INSIDEN KEBAKARAN DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) TAMBUNAN, SABAH

13 OKTOBER 2025M / 21 RABIULAKHIR 1447H
📣 3 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2025 Melaka

Orang Melaka, jom ramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2025 di Politeknik Merlimau pada:

📅 17 – 19 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad)
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kunjungi Reruai JAKIM (A10) dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti:

Makmal Analisis Halal Malaysia
Prosedur Mendapatkan Sijil Halal
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Gantian Kad Perakuan Nikah Negeri Melaka
Klinik Al-Fatihah
Perkhidmatan Kaligrafi Islam

🎯 “Ingat A10, ingat booth JAKIM!”

Jom kita raikan semangat Malaysia MADANI bersama-sama.

Jumpa anda disana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM : “ISLAM MEKAR DI BUMI NUSANTARA”

Bagaimana Islam terus subur dan berkembang di rantau Nusantara? Ayuh hayati perbincangan penuh ilmu dan hikmah bersama tokoh-tokoh agama dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam sempena Mesyuarat SOM Ke-49 & MABIMS Ke-21 pada:

📅 16 Oktober 2025 (Khamis)
🕘 9.00 malam
📍 Pusat Pameran MABIMS, Melaka International Halal Festival (MITC)

Turut bersiaran secara langsung di RTM TV1 jam 9.00 malam.

Mari bersama kita raikan keindahan Islam yang mekar di bumi Nusantara. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
📣 2 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2025 Melaka

Orang Melaka, jom ramai-ramai ke Program MADANI Rakyat 2025 di Politeknik Merlimau pada:

📅 17 – 19 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad)
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kunjungi Reruai JAKIM (A10) dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti:

Makmal Analisis Halal Malaysia
Prosedur Mendapatkan Sijil Halal
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Gantian Kad Perakuan Nikah Negeri Melaka
Klinik Al-Fatihah
Perkhidmatan Kaligrafi Islam

🎯 “Ingat A10, ingat booth JAKIM!”

Jom kita raikan semangat Malaysia MADANI bersama-sama.

Jumpa anda disana!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Menarik di Pavilion Al Falah!

Temui 14 agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berkongsi pelbagai ilmu dan perkhidmatan menarik sempena Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF 2025) pada:

🗓️ Tarikh: 16 Oktober (Khamis) | 10.00 pagi – 10.00 malam
🗓️ 17–19 Oktober (Jumaat–Ahad) | 10.00 pagi – 5.30 petang
📍 Lokasi: Tapak Pameran, Melaka International Trade Centre (MITC)

Antara aktiviti dan perkhidmatan istimewa yang menanti anda:
Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji
Konsultasi Halal bersama pakar
Waqaf al-Quran
Jualan Produk Usahawan Bimbingan YaPEIM
Kuiz Kahoot! – 18 Oktober (Sabtu), 3.00 petang

Ayuh rakyat Malaysia, khusunya orang Melaka hadir ke Pavilion Al Falah dan rasai sendiri gabungan sinergi 14 agensi agama menyediakan perkhidmatan terus kepada masyarakat.

Jumpa anda di sana!
Kuliah Subuh MADANI!!

Ayuh hadiri Kuliah Subuh MADANI bersama ulama tersohor dunia, AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ pada:

🗓️ Tarikh: 16 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 5.00 pagi (Qiamullail)
🕌 Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
🗣️ Penceramah Utama: AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ (Al-Alamah Murabbi Ummah)

‘Syarah Kitab’: Qomi' Al-Thugyan 'ala Manzumah Syu'abil Iman

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YB Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan turut serta bersama-sama jemaah sekalian.

Turut diadakan majlis penyampaian Mushaf Tarim Yamani kepada Allamah Habib Umat bin Muhammad bin Salim bin Hafidz oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Ayuh, kita sama-sama suburkan jiwa dengan ilmu dan keberkatan!

Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan.
Sifat Panas Api Neraka

Api neraka bersifat sangat panas. Rasulullah SAW mengingatkan, api dunia hanyalah 1/70 daripada panasnya api neraka, dengan panas paling ringan pun mampu membuat otak mendidih.

Pelihara diri dan keluarga kita daripada bakaran api neraka. Hidupkan hati dengan zikir, solat, sedekah dan taubat.

Jauhi dosa, tingkatkan amalan, dan mohon perlindungan dari Allah setiap hari.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Ketua Pengarah serta seluruh warga JAKIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kejayaan cemerlang dalam Majlis Hari Inovasi & Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2025.

Kejayaan meraih empat (4) anugerah daripada 47 kumpulan yang bertanding dalam kategori Inovasi dan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ini membuktikan komitmen jitu dan usaha berterusan MAIWP dalam memperkukuh budaya inovasi serta penambahbaikan berterusan demi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Syabas MAIWP! Teruskan kecemerlangan sebagai peneraju inovasi dalam memperkasa institusi Islam di Malaysia.
1 Hari Lagi Program Madani Rakyat Melaka

Program Madani Rakyat Melaka bakal membuka tirainya esok. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai JAKIM serta dapatkan pelbagai info, perkhidmatan serta aktiviti menarik menanti anda!

🗓️ Tarikh: 17 hingga 19 Oktober 2025 (Jumaat-Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
📍 Politeknik Merlimau, Melaka

Jemput hadir beramai-ramai dan kenali lebih dekat peranan JAKIM dalam membina ummah sejahtera.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: “ISLAM MEKAR DI BUMI NUSANTARA”

Malam ini! Ayuh ramai-ramai hadir saksikan perbincangan penuh hikmah bersama tokoh-tokoh agama terkemuka dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, sempena Mesyuarat SOM Ke-49 & MABIMS Ke-21 pada:

📅 Khamis, 16 Oktober 2025
🕘 9.00 malam
📍 Pusat Pameran MABIMS, Melaka International Halal Festival (MITC)

🎙️ Moderator: Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud (Pegawai JAKIM)

Turut bersiaran langsung di RTM TV1, jam 9.00 malam.

Jumpa anda malam ini!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan kerana ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak.

Allah SWT akan memudahkan jalan ke Syurga serta mendapat perlindungan daripada para malaikat bagi orang yang menuntut ilmu kerana Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberi kita ilmu-ilmu yang bermanfaat dan memberi kita kefahaman dalam agama ini agar kita dapat sampaikannya kepada orang lain. Amin.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Bantulah Saudaramu Yang Zalim Dan Juga Yang Dizalimi.

Rasulullah SAW mengajarkan bahawa kasih sayang dan tanggungjawab sesama insan tidak mengenal kedudukan.

Jika dia menzalimi maka hentikan kezaliman itu dengan menegurnya. Jika dia dizalimi, bela dan lindungilah dia.

Mari kita jadi ummah yang berkasih sayang, bukan kebencian dan dendam kerana Islam mengajar kita agar saling memimpin menuju kebaikan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/19 19:04:49
Back to Top
HTML Embed Code: