Telegram Web Link
SIARAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

SEMINAR LELAKI QAWWAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

7 OKTOBER 2025M / 15 RABIULAKHIR 1447H
Pelantikan 100 juruaudit baharu bukan sekadar langkah mempercepatkan proses pensijilan halal, tetapi usaha memperluas jaminan keyakinan rakyat terhadap produk yang mereka gunakan setiap hari.

Di sebalik inisiatif ini, terserlah kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh peranan JAKIM sebagai peneraju tadbir urus halal yang berintegriti dan profesional.

Terima kasih Kerajaan MADANI atas keprihatinan dan sokongan berterusan kerana dalam setiap dasar yang digubal, sentiasa tersemat kasih dan amanah terhadap ummah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Al-Allamah Prof. Dr. Ahmad Umar Hashim, Ahli Majlis Ulama Kanan Al-Azhar As Syarif, yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Oktober 2025.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia ilmu dan ummah.

Semoga segala jasa, sumbangan serta ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berkekalan di sisi Allah SWT.

Al-Fatihah buat Almarhum.
Dua Zikir Ringan yang Disukai Allah

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah sambil memuji-Nya,
Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”

Ringan diucap, besar ganjarannya. Mari basahi lidah dengan zikir ini setiap hari.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Mereka mungkin tidak di pentas utama, tetapi merekalah denyut nadi yang menghidupkan rumah Allah. Dari azan subuh hingga doa penutup hari, dari madrasah kecil hingga bilik KAFA di kampung semuanya diterangi bakti mereka.

Menyedari jasa besar golongan ini, Kerajaan MADANI menzahirkan penghargaan melalui langkah yang bukan sekadar tanda terima kasih, tetapi lambang kasih terhadap insan yang menjadi nadi rohani masyarakat.

Ikhtisar Belanjawan 2025: Seramai 74,614 orang penerima sumbangan khas RM500 dengan jumlah keseluruhan RM35 juta yang terdiri daripada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Ilmu itu cahaya, dan kesejahteraan penuntut adalah sinarnya.

Sebanyak 1,693 pelajar di bawah institusi JAKIM telah menerima manfaat kenaikan elaun penuntut di bawah seliaan JAKIM, satu langkah signifikan hasil keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan penuntut ilmu Islam di seluruh negara.

Kenaikan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi tanda sokongan moral kepada para pelajar yang menjadi generasi pewaris ilmu dan pembimbing ummah.

JAKIM komited memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara, seiring hasrat menjadikan pendidikan Islam sebagai nadi kemajuan bangsa.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Faqih Dalam Agama

Faham agama bukan milik semua, tapi anugerah bagi mereka yang dicintai Allah.

Teruskan menuntut ilmu, memahami hikmah dan mengamalkan ajaran-Nya dengan penuh taqwa.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Bacalah Surah al-Kahfi setiap hari Jumaat. Ia bukan sekadar amalan mingguan, tetapi perisai daripada ujian akhir zaman.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) kali ke-49 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-21.

🗓️14–20 Oktober 2025
📍Hotel Ames, Melaka,

Penganjuran ini menghimpunkan negara-negara anggota MABIMS bagi memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serantau melalui pelbagai program seperti Forum Perdana Ehwal Islam MABIMS, MABIMS Halal Summit 2025, Perasmian Kampung Angkat MABIMS, dan Mesyuarat MABIMS Kali Ke-21.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sentiasalah Muhasabah Diri

Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa menilai dan mengawal tindakannya, berusaha untuk memperbaiki dan mempersiapkan diri untuk kehidupan yang kekal abadi (akhirat) dan tidak terjerumus ke dalam hawa nafsu.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Belanjawan kali ini dirangka bukan hanya untuk menghadapi cabaran semasa, tetapi juga bagi memastikan nikmat kemakmuran dapat terus dirasai oleh seluruh rakyat dan negara tetap sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, kesejahteraan rakyat terus menjadi nadi utama dalam setiap perancangan dan tindakan kerajaan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Larangan Memutuskan Silaturrahim

Silaturahim itu jambatan ke syurga. Putusnya silaturahim, runtuhlah rahmat dan kasih sesama insan.

Jangan biarkan dendam menutup pintu kebaikan. Hubungkan yang jauh, damaikan yang renggang, dan eratkan kembali hubungan yang terputus.

Mulakan dengan satu kata maaf, kerana mungkin itu yang menyelamatkan kita di akhirat nanti.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENGUMUMAN BELANJAWAN MADANI 2026: BELANJAWAN UNTUK RAKYAT

11 OKTOBER 2025M / 19 RABIULAKHIR 1447H

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

📚 RM150 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Tahfiz dan Institusi Pondok, termasuk peralatan pengajian baharu.

👩🏻‍🎓 720 pelajar tahfiz akan menerima latihan kemahiran melalui GiatMARA, disamping pengajian tradisional diperkaya dengan ilmu digital, AI dan TVET bagi melahirkan generasi Islam berdaya saing.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

🏛️ Anugerah Masjid Malaysia bakal diperkenalkan bagi mengiktiraf masjid cemerlang di seluruh negara.

📖 Konvensyen Masjid pula menjadi wadah perkongsian ilmu dan wacana antara imam, ulama, umara, sarjana Islam dan teknokrat dalam memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ilmu dan perpaduan ummah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#BelanjawanMADANI
Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat

📖 Majlis Ilmu akan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman umat MADANI terhadap Islam.

📚Termasuk penganjuran Majlis Sama’ Hadis 2026, yang memberi peluang umat Islam menghayati hadis-hadis Rasulullah SAW dibacakan dengan penuh tartil oleh para ulama.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#belanjawanrakyat
#belanjawanmadani
Bahaya Fitnah

Fitnah boleh mencetuskan pergaduhan dan kemusnahan dalam hubungan sesama manusia dan dalam masyarakat. 

Dosa fitnah sangat besar dan ia boleh menghapuskan pahala amalan baik seperti solat, puasa, dan zakat. 

Ayuh, jaga lisan kerana satu perkataan mampu menutup pintu ke syurga.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/19 11:28:29
Back to Top
HTML Embed Code: