Telegram Web Link
Sekalung Tahniah

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dalam Kategori Hafazan (Hafiz) di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-65 Tahun 2025/1447.

Tempat Pertama: Usamah Barghouth - Jerman
Tempat Kedua: Mohammad Abdullah Masasati - Syria
Tempat Ketiga: Mohammad Jamil Farhat - India

Keberkatan Al-Quran ini telah menyatukan kita semua tanpa mengira sempadan negara. Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya panduan dalam kehidupan kita!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian anda. Teruskan semangat dan kecemerlangan ini di peringkat seterusnya!
Sekalung Tahniah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Wan Sofea Aini binti Wan Mohd Zahidi dari Malaysia atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Qariah di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-65 Tahun 2025.

Semoga terus cemerlang mengharumkan nama negara dan menyinari dunia dengan keindahan al-Quran.

Daripada: Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM
Sekalung Tahniah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Aiman Ridhwan bin Mohamad Ramlan dari Malaysia atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Qari di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-65 Tahun 2025.

Semoga terus cemerlang mengharumkan nama negara dan menyinari dunia dengan keindahan al-Quran.

Daripada: Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM

#MTHQA2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yayasan Waqaf Malaysia atas pengiktirafan Industry Outstanding Award (ASEAN Islamic Financial Services) sempena Malaysia Industry Award (MINDA) 2025.

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen dalam memperkasa industri kewangan Islam di peringkat ASEAN, selari dengan visi Malaysia MADANI menuju kemakmuran bersama.
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-78 kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan YAB Dato’ Seri kesihatan yang berpanjangan, umur yang penuh keberkatan, hati yang ikhlas memimpin serta hikmah dalam setiap keputusan demi kemakmuran rakyat dan negara.
‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham En. Jamal bin Ibrahim, Mantan Jurufoto Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah kembali kerahmatullah pada 10 Ogos 2025 / 16 Safar 1447H.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa beliau, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM
Global Halal Summit (GHAS) 2025 – Halal Certified Bodies Convention (HCBC)

📅 16–17 September 2025
📍 Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

🔥 Special for Malaysians!
Use promo code MYGHAS100 to enjoy RM1,200 (Normal RM1,500). First 100 registrations only!

📌 For Malaysians working in Malaysia only. Price excludes accommodation & transport. T&Cs apply.

💻 Register at www.myghas.com or scan the QR code.
Global Halal Summit is coming this September 2025!

From conferences to exhibitions, these exciting events will be held across Kuala Lumpur and Putrajaya.

1️⃣ Halal Certification Bodies Convention (16th–18th Sept)
🔗 https://myghas.com/

2️⃣ International Halal Technical Capacity Development Programme (16th–18th Sept)
🔗 https://myghas.com/

3️⃣ Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) (17th–20th Sept)
🔗 https://mihas.com.my/

4️⃣ World Halal Business Conference (18th Sept)
🔗 https://whbc.hdcglobal.com/

5️⃣ Malaysia International Halal Research & Education Conference (MIHREC) (19th–22th Sept)
🔗 https://halal.upm.edu.my/mihrec_2025-4554

6️⃣ SMIIC Technical Committee Week (22th–26th Sept)
🔗 https://smiic.org/en/calendar-of-meetings

📢 Don’t miss it – register now!

#GlobalHalalSummit2025
#YakiniHalalMalaysia
#JAKIMUntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#MalaysiaMADANI
LARANGAN KERAS MEMUKUL SESAMA INSAN

Islam melarang keras perbuatan memukul atau menyakiti orang lain, sama ada dengan tangan, kata-kata atau perbuatan. Larangan ini disebut berulang kali dalam al-Quran dan hadis, kerana ia termasuk dalam dosa yang akan dihisab di akhirat.

Setiap pukulan, cacian atau perbuatan zalim terhadap orang lain akan kekal tercatat dan tiada yang terlepas, walau sekecil zarah. Di hadapan Allah nanti, semua akan dibalas setimpalnya.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kami menyelaras, mengurus, dan memastikan program pengimarahan kelas takmir di masjid dan surau berjalan lancar, teratur, dan menepati objektif. Usaha ini menjadi wadah menyebarkan ilmu yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah kepada masyarakat di semua peringkat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Kami bina hubungan yang rapat antara JAKIM dan masyarakat melalui penyampaian maklumat yang tepat, beretika, dan berpaksikan Syariah. Setiap hebahan program, setiap berita, dan setiap kata kami susun dengan amanah agar ia menjadi cahaya yang membimbing, bukan sekadar maklumat yang berlalu. Kami percaya, komunikasi yang baik adalah kunci untuk menghubungkan rakyat dengan nilai-nilai agama yang murni.

Inilah sumbangan kami dalam memperkukuh penyampaian dasar agama, memacu transformasi cara berkomunikasi yang lebih segar dan relevan, serta memastikan keterangkuman tanpa mengira latar belakang. Kami bangga menjadi penghubung yang menyatukan aspirasi negara dan suara rakyat, kerana pada akhirnya, setiap perkataan yang kami sampaikan adalah amanah untuk membina masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Kami menguruskan permohonan pensijilan halal melalui penilaian menyeluruh dari sudut sains, teknologi, dan keselamatan makanan. Setiap bahan ramuan, proses pengeluaran, dan sistem kawalan kualiti diperiksa dengan teliti bagi memastikan semuanya mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

Kami membina kepercayaan ini melalui kerja lapangan yang rapi dengan menyemak dokumentasi teknikal, menilai keberkesanan amalan kebersihan dan keselamatan, serta menasihati industri agar menambah baik proses mereka agar selari dengan standard serta keperluan pensijilan halal. Bagi kami, halal bukan sekadar label, tetapi jaminan pematuhan syariah yang disokong oleh piawaian kualiti, kebersihan, dan keselamatan demi ketenangan pengguna.
Kami bina landasan pendidikan KAFA yang kukuh di seluruh daerah dan negeri, memastikan setiap sesi pengajaran berlangsung dengan lancar, berkesan, dan penuh makna. Kami usaha memantau kualiti pembelajaran, mengurus guru dengan profesional, dan memastikan kurikulum serta aktiviti sentiasa relevan dengan cabaran masa kini. Setiap penilaian yang dibuat adalah untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama yang membina akhlak dan minda.

Kami bangga menjadi penghubung antara sekolah, ibu bapa, guru, dan pihak berkuasa agama, mengeratkan kerjasama demi kesejahteraan semua. Inilah langkah kecil yang membawa perubahan besar penyampaian ilmu yang lebih dekat di hati rakyat, transformasi pendidikan yang membina keterangkuman, dan pembentukan generasi yang yakin memimpin masa depan dengan ilmu dan iman.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Kami bina kekuatan institusi Masjid Putra melalui kepimpinan solat yang menghubungkan hati, khutbah yang membangkitkan kesedaran, dan bimbingan agama yang diberikan menyuburkan iman dari hari ke hari. Kami usaha memastikan setiap program dan aktiviti yang diadakan membawa kesan positif bukan sahaja menyatukan masyarakat, tetapi juga memperkukuh kefahaman Islam agar ia benar-benar dihayati dalam kehidupan seharian. Setiap tetamu yang hadir sama ada dari tanah air mahupun pelosok dunia, kami sambut dengan layanan mesra, agar mereka membawa pulang memori indah tentang Islam di Malaysia.
Kami membina kepercayaan melalui setiap perjalanan yang kami pandu. Sebagai pemandu kenderaan jabatan, kami memastikan setiap urusan tiba tepat pada masa, selamat, dan lancar kerana kami percaya, kelancaran pergerakan adalah nadi kepada kelancaran tugas jabatan. Bagi kami, setiap perjalanan adalah amanah membawa mesej, harapan, dan khidmat demi kesejahteraan masyarakat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Kami bina generasi berilmu dan berakhlak melalui dedikasi guru-guru KAFA yang meletakkan sepenuh jiwa dan raga dalam mendidik anak-anak tanpa mengira usia atau latar belakang. Kami usaha memastikan setiap detik masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi pelaburan untuk melihat mereka berjaya bukan sekadar cemerlang dalam akademik, tetapi juga kukuh sahsiah dan jati diri sebagai insan beriman. Bagi kami, kejayaan anak didik adalah hadiah terindah yang membayar segala penat lelah, dan senyuman mereka menjadi sumber kekuatan untuk terus melangkah.

Di sebalik tirai, kami juga menggerakkan media dalam pelbagai program Pejabat Pendidikan Islam Daerah. Dari merakam detik-detik berharga, menyunting video penuh nilai, hinggalah mengabadikan setiap momen dalam gambar yang bercerita, kami bangga memastikan setiap aktiviti dipersembahkan dengan kualiti terbaik.
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PELAKSANAAN MyHALALINGREDIENTS

14 OGOS 2025M / 20 Safar 1447H
Jangan biarkan perbuatan, kata-kata atau tingkah laku kita menjadi sebab orang lain memohon kepada Allah kerana kezaliman kita.

Ingat, doa orang yang teraniaya itu mustajab dan terus menembusi langit tanpa hijab.

Marilah sama-sama kita hidupkan kasih sayang dan jauhi kezaliman.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
2025/10/27 13:29:19
Back to Top
HTML Embed Code: