Telegram Web Link
Ketua Pengarah JAKIM Terima Kunjungan Hormat Persatuan Penerbit TV Malaysia

Putrajaya, 15 Ogos – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Penerbit TV Malaysia di pejabatnya.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Dato’ Jurey Latiff Rosli, bersama pasukannya hadir ke JAKIM bagi memperkukuh hubungan strategik antara agensi ini dan industri penyiaran. Kehadiran ini bertujuan memperluas penyebaran mesej dakwah, nilai-nilai murni, serta kandungan Islamik melalui medium televisyen dan pelbagai platform digital.

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak meneliti pelbagai ruang kerjasama termasuk penerbitan rancangan bercorak Islam yang kreatif, mendidik serta mesra penonton. Kerjasama ini dijangka merangkumi program berbentuk dokumentari, bual bicara, drama berunsur nilai Islam, dan program realiti yang menampilkan aktiviti kemasyarakatan berteraskan tema ‘Islam Mekar di Bumi Malaysia’.

Perbincangan dua hala ini memberi penekanan mengenai kandungan yang dihasilkan perlu mematuhi garis panduan syariah, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, selain menitikberatkan mesej yang membina dan memupuk perpaduan dalam masyarakat.

Ia bukan sahaja dapat memperkaya bahan siaran nasional, malah membantu membentuk minda penonton agar lebih menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Kunjungan hormat ini diharap menjadi langkah permulaan kerjasama dan komitmen bersama dalam memperkasa industri penyiaran Islam di negara ini.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah Kepada ENCIK MOHD NASIR BIN SULAIMAN, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, JAKIM atas pelantikan sebagai
Pengerusi (Pihak Pekerja) Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang berwibawa, memperkasa kerjasama dan memacu kecemerlangan JAKIM.

Daripada: Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Saudari Nurul Hazirah binti Mohmmed, Graduan Fakulti Usuluddin (Tafsir), Universiti Al-Azhar atas pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan akhir dengan pangkat “Mumtaz”.

Saudari Nurul Hazirah juga merupakan pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM dan menerima Skim Pembiayaan Huffaz , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (SPH JAKIM).

Semoga ilmu yang diperoleh terus menjadi cahaya, membimbing ummah dan memberi manfaat yang berpanjangan.

Daripada: Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM
Kami memperkukuh peranan institusi masjid supaya terus menjadi pusat yang memakmurkan ummah dan menggerakkan agenda pengurusan hal ehwal Islam secara berkesan. Kami usaha memastikan setiap peranan masjid diperkasa bukan sekadar tempat ibadah, tetapi pusat ilmu, bimbingan, dan kebajikan yang menghubungkan masyarakat dengan nilai Islam yang murni. Dari kanak-kanak yang baru belajar alif ba ta hingga warga emas yang setia mengikuti kuliah, kami pastikan semua merasa diundang, didengari, dan dihargai.

Dalam pengurusan hal ehwal Islam, kami patuh pada peraturan pentadbiran dan kewangan, memastikan setiap amanah diurus dengan telus, berintegriti, dan profesional. Kami bangga mengangkat martabat masjid melalui aktiviti yang bukan sahaja menghidupkan suasana, tetapi juga menyatukan hati, merapatkan jurang antara generasi, dan memupuk kefahaman agama yang mendalam.
Sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli, kami bangga menjadi suara di lapangan menyampaikan dasar, mendengar harapan, dan membawa pulang realiti kehidupan masyarakat Orang Asli untuk diangkat sewajarnya. Peranan ini bukan hanya menjadikan kami sebagai penghubung, tetapi juga penguat semangat dengan menyuntik nasihat, dorongan rohani dan bimbingan nilai murni Islam kepada mereka yang berjuang di tengah pelbagai cabaran.

Lebih daripada sekadar tugasan, peranan ini adalah perjalanan hati. Kami sampaikan realiti kehidupan Orang Asli dari suara ibu yang ingin pendidikan lebih baik untuk anaknya, hingga keluhan pemuda yang mahu peluang pekerjaan supaya tindakan pengurusan lebih menyeluruh dan adil. Bermula detik kecil inilah tumbuh transformasi besar ke arah ukhuwah yang diperkukuh, keterangkuman yang nyata, dan harapan baru yang benar-benar dekat dengan rakyat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Bulan Kebangsaan bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi detik untuk kita menyalakan kembali semangat cinta tanah air. Ayuh semua warga agensi Hal Ehwal Agama (HEA) , hadir beramai-ramai ke Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 Peringkat HEA. Inilah peluang kita mengangkat semangat patriotik & menyemarakkan rasa cinta pada Malaysia.

📅 21 Ogos 2025 (Khamis), 8.00 pagi
📍 Kompleks Islam Putrajaya

Antara acara menarik menanti anda:
Pertandingan Gaya Batik Merdeka 2025
🎶 Nyanyian lagu kebangsaan & lagu patriotik
🌟 Persembahan khas

Bersama kita raikan, bersama kita banggakan-Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Sebagai penjaga khutub khanah, kami beriltizam menyemarakkan budaya membaca (iqra’) dalam kalangan warga jabatan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti galak guna perpustakaan dan kempen membaca. Kami juga menyelaras permohonan ISBN, ISSN, CIP serta penyerahan bahan kepada Perpustakaan Negara dan Arkib Negara selaras dengan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) dan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Usaha ini memastikan setiap naskhah terbitan JAKIM kekal terpelihara sebagai warisan intelek negara untuk rujukan generasi kini dan akan datang.

Berbekalkan rasa cinta kepada ilmu dan hati yang ikhlas, kami istiqamah berusaha, menjaga integriti, dan memelihara amanah. Bagi kami, membudayakan membaca bukan sekadar program, ia adalah usaha membina minda, menghubungkan generasi, dan memastikan cetera Islam terus mekar di bumi Malaysia.
Kami bina generasi huffaz yang berkualiti melalui peranan bukan sahaja sebagai pensyarah, tetapi juga pengurus yang menyelaras aspek akademik tahfiz. Kami usaha memastikan pelaksanaan tasmik, pemantauan berterusan, pengesanan tahap pencapaian hafazan dan penyediaan laporan rasmi berjalan dengan penuh amanah. Setiap langkah ini diambil demi memastikan hafazan para pelajar sentiasa terpelihara, tepat, dan berkesan.

Kami bangga menjadi penggerak yang mendukung aspirasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, kerana melalui usaha ini lahirlah pelapis yang bukan sahaja menghafaz, tetapi menghayati al-Quran. Di sinilah kami menyumbang kepada transformasi pendidikan Islam, memperkukuh penyampaian dasar, dan mewujudkan keterangkuman agar setiap pelajar, tanpa mengira latar belakang mendapat peluang terbaik untuk berjaya sebagai pewaris ilmu dan pemimpin masa depan.
Kami bangga melihat bekas graduan Darul Quran JAKIM yang kini mengharumkan nama Malaysia sebagai Qari antarabangsa. Dari pentas kecil tempatan hingga ke gelanggang dunia, mereka membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh keindahan, membawa mesej Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan individu, tetapi tanda bahawa usaha pendidikan tahfiz yang kami jalankan melahirkan generasi yang diyakini dan dihormati di peringkat global.

Lebih membanggakan, mereka tidak hanya bergelar Qari malah kembali kepada masyarakat sebagai mentor yang membimbing anak-anak muda, mengajar masyarakat, dan menjadi contoh bahawa al-Quran boleh mengubah kehidupan. Inilah kisah yang kami ingin sampaikan iaitu kisah bagaimana pendidikan tahfiz mampu memacu perubahan, menyatukan masyarakat tanpa mengira latar, dan menyemarakkan budaya ilmu di bumi Malaysia.
📣 3 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan

Bersempena Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan, jom singgah di Reruai JAKIM No. R19 pada:

📅 22 – 24 Ogos 2025 (Jumaat – Ahad)
📍 Dataran Nilai, Negeri Sembilan

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya:
Makmal Analisis Halal Malaysia
Kaunter KSKCareCentre
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Gantian Kad Perakuan Nikah Negeri Sembilan
Kuiz Kahoot dengan hadiah lumayan! 🎁

👉 Ingat R19, ingat Booth JAKIM!

Jangan lepaskan peluang, jom datang bersama keluarga & rakan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
📣 2 hari lagi - Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan

Bersempena Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan, jom singgah di Reruai JAKIM No. R19 pada:

📅 22 – 24 Ogos 2025 (Jumaat – Ahad)
📍 Dataran Nilai, Negeri Sembilan

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya:
Makmal Analisis Halal Malaysia
Kaunter KSKCareCentre
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Gantian Kad Perakuan Nikah Negeri Sembilan
Kuiz Kahoot dengan hadiah lumayan! 🎁

👉 Ingat R19, ingat Booth JAKIM!

Jangan lepaskan peluang, jom datang bersama keluarga & rakan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Adab Nabi Muhammad S.A.W Ketika Makan

Rasulullah SAW mengajarkan kita adab yang penuh hikmah ketika makan.

Mari amalkan sunnah kecil ini dalam kehidupan seharian, kerana setiap adab yang kita ikuti membawa keberkatan besar dalam hidup kita.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
📣 Gantian Kad Nikah Negeri Sembilan

💍 Kad nikah hilang/lusuh? Datang ke Reruai JAKIM R19 sempena Program MADANI Rakyat 2025

📅 22–24 Ogos 2025 (Jumaat–Ahad)
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Dataran Nilai, Negeri Sembilan

🎁 15 orang pertama setiap hari adalah PERCUMA!

📝 Bawa:
1. Salinan IC (suami & isteri)
2. Surat Nikah asal (NS)
3. Gambar pasport (1 setiap seorang)
4. Bayaran RM30 (bagi selain 15 terawal)

Siap dalam 1 jam!

📌 Khas untuk pasangan berdaftar di Negeri Sembilan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
KESATUAN ISLAM: BAHAYA BERPUAK DAN BERPECAH BELAH

Umat Islam dituntut untuk hidup dalam kasih sayang, saling menyayangi, mengasihi dan membantu, bukan berpuak atau berpecah-belah.

Ingatlah, perpaduan adalah kekuatan, perpecahan pula membuka pintu kelemahan dan kehancuran.

Ayuh kita suburkan semangat ukhuwah, agar Islam terus kuat dan dihormati di persada dunia.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
Sebagai pembantu muballigh, kami memikul amanah menjadi penghubung dan penyelaras antara JAKIM dengan agensi Islam negeri serta NGO yang terlibat. Kami usaha memastikan setiap mesej dakwah, program keagamaan dan aktiviti masyarakat dapat disampaikan dengan lancar, tepat, dan menyentuh keperluan setempat. Peranan ini bukan sekadar koordinasi teknikal, tetapi juga membina jaringan ukhuwah dan kolaborasi agar dakwah lebih menyeluruh serta sampai kepada setiap lapisan masyarakat.

Kami bangga menjadi sebahagian daripada usaha menyantuni ummah ini, kerana melalui kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak, peranan dakwah dapat diperkukuh dan diperluas. Inilah cara kami memperkukuh penyampaian dasar Islam, memacu transformasi cara berkomunikasi dengan masyarakat dan memastikan setiap program benar-benar dirasai rakyat, dari anak muda hingga warga emas, dari komuniti bandar hingga pedalaman. Dengan itu, usaha dakwah bukan sahaja berkesan, tetapi juga hidup di hati rakyat.
9 HARI LAGI!!

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M pada:

🗓️ 12 Rabiulawal 1447H | 5 September 2025 (Jumaat)
🕤 9:30 pagi
📍 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Tema: Membangun Ummah Madani

Saksikan secara siaran langsung bermula jam 7.30 pagi hanya di RTM TV1.

#maulidurrasulsaw2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
2025/10/27 09:40:43
Back to Top
HTML Embed Code: