Telegram Web Link
@pedagangilmu

ADA ORANG

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi, sedia untuk solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tengok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik.

Ada orang subuh memang tak bangun2.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.

Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.

Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.

Ada orang, subuh gajah pun tak bangun lagi..

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati ALLAH, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.

Ada orang, sepanjang hari dia kerja, belajar, bila habis dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yang sama.

Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, hanya duduk tengok tv, main game atau lepak2 sama teman2.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap ALLAH meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...

Ada orang mati ketika dia sedang solat.
Ada orang mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.

Dan ada orang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita..?
Sad ending kah, atau happy ending.. ?

Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

ALLAH telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yang mensia2kannya selama ini. Bila ajal menjemput, menyesal tidak henti.

Ingatlah, bila ALLAH dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik. Kita dah habiskan semua waktu yang ALLAH peruntukkan untuk kita ke syurga.

MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA.. JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.
Forwarded from The Hifz Quran
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Khutbah ini disampaikan pada 9 hb,
Zulhijjah Tahun 10 hijriyyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji" sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat salama-lamanya.

Itulah Al Quran dan sunnahku Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya pula kepada orang lain Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu”

اللهم صلى على سيدينا محمد 💛

@thehifzquran
Forwarded from Smart Tahfiz (Akhi Lebai)
Walaupun kita orang yang menghafal Al-Quran,

Tak salah ikut maulid,
Tak salah nak ikut Tarekat,
Tak salah nak amalkan zikir khusus.


Tetapi jangan lupa dengan amanah kita untuk menjaga hafalan yang sepatutnya menjadi keutamaan.

@smarttahfiz
@pedagangilmu

Jaga mata, sebab mata kita ni yang nak tengok Rasulullah saw nanti, nak tengok syurga. Mata ni gak yang nak tengok wajah Allah nanti. Jagalah, jangan tengok benda haram.

-Ustaz moqti-
@pedagangilmu

Dunia Tareem

Jika kalian mahu lihat bagaimana zaman Rasulullah ﷺ ,
Maka lihatlah di Tareem.

Di sini mereka berlumba mencari ilmu,
Di sini mereka berlumba beramal soleh,
Di sini mereka berebut mengerjakan amalan-amalan sunnah,
Di sini mereka bersungguh berkhidmat

Apa yang kalian dengar di zaman Rasulullah ﷺ maka ahlu Tareem ada melakukannya.

Mutiara Kata Al Imam Al Haddad —

"Jika kalian membelanjakan harta harta kalian untuk menziarahi kota Tareem maka kalian akan diberikan lebih dari apa yang kalian belanjakan"

يا تريم وأهلها 🇾🇪♥️
Forwarded from Smart Tahfiz (Akhi Lebai)
Peringatan buat semua ahli-ahli Al-Quran,

Dimana ada di antara kita diberikan kelebihan oleh Allah dengan mampu mengingati semua ayat hafalan Al-Quran,

Ada juga di antara kita diberi kelebihan mampu membaca ayat suci dengan suara yang merdu,

Dan ada juga yang diberikan kelebihan dengan mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan ilmu Al-Quran terutama tafsir, tadabur dan lain-lain.

Tetapi ingat,
Kehebatan diri yang kita ada itu sepatutnya memberi manfaat kepada yang lain,

Bukannya untuk kepentingan diri, dan juga bukan menunujuk hebat pada yang lain.

@smarttahfiz
Jumlah Nabi yang wajib diketahui
Anonymous Quiz
5%
27
92%
25
4%
29
Berapakah bilangan Rasul ulul azmi
Anonymous Quiz
10%
3
29%
4
60%
5
Senarai nama Rasul ulul azmi, kecuali
Anonymous Quiz
18%
Nuh
9%
Ibrahim
14%
Isa
58%
Yunus
Mukjizatnya manusia pertama yang pandai membaca
Anonymous Quiz
47%
Nabi Adam A.S
43%
Nabi Idris A.S
10%
Nabi Nuh A.S
Nama ibu Nabi Muhammad SAW
Anonymous Quiz
11%
Khadijah
6%
Halimaton saadiah
83%
Aminah
Datuk baginda muhammad SAW
Anonymous Quiz
82%
Abdul mutalib
10%
Abu talib
8%
Abdullah
Wahyu pertama diturunkan?
Anonymous Quiz
66%
Surah alaq
3%
Surah an naba
31%
Surah al Fatihah
Sifat sifat Rasul , kecuali
Anonymous Quiz
2%
Sidiq
2%
Amanah
1%
Fatonah
95%
Khianat
Selamat mencuba!!
@pedagangilmu

𝘼𝙠𝙝𝙡𝙖𝙠 𝙈𝙪𝙡𝙞𝙖 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢𝙖𝙩

AF Ustaz Moqti bin Ahmad
28 Rabiulawal 1443H

🌹Akhlak mulia menyebabkan bahagia dunia akhirat. Maknanya orang perempuan ni jika ada akhlak mulia dia akan bahagia.

🌹Jika tiada akhlak dia jadi anak dia tekanan, dia jadi isteri dia tekanan.

🌹 Akhlak ni apa? Sifat mulia, sabar redha, tenang.
Orang perempuan kalau takde sabar, redha, tenang macamana nak hadapi rumahtangga? Macamana nak hadapi masalah suami dan anak-anak kita?

🌹 Orang takde akhlak adalah orang tak bahagia, tak boleh nak hadapi tekanan, stress dan sebagainya.

🌹 Bila ada akhlak Allah SWT redha dan menambah imanmu, berkat umurmu, lapang rezekimu.

Sabda nabi SAW: "Orang mukmin yang sempurna imannya yang paling baik akhlaknya.."

🌹 Selagi tak bagus akhlaknya tak sempurna imannya.

🌹Bukan senang nak akhlak mulia, perlukan latihan, pembersihan jiwa, kena berguru, kena dididik oleh seorang guru baru datangnya akhlak yang baik.

🌹 Kata Saidina Ali: Yang paling berat di Mizan nanti خلق حسن (akhlak baik)
Sabar ditimbang, redha ditimbang, tenang ditimbang, memaafkan ditimbang.

🌹 Dengan akhlak yang baik keluarga sayang, orang pun sayang.

Wallahu'alam💜
@pedagangilmu

Cinta terbaik adalah disaat kau mencintai seseorang yang membuat akhlakmu semakin baik, jiwamu semakin damai, dan hatimu semakin bijak.

(Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz)
@pedagangilmu

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ💚
"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ"

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagimu adalah hari jumaat, oleh itu hendaklah kamu memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawatmu akan ditunjukkan kepadaku"

[Hadis Riwayat Abu Daud]

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ💚
@pedagangilmu

SANNAH HELWAH DIRI SENDIRI

بسم لله
سبحان الله
الحمدولله
الله اكبر

الحدولله على كل حل


Waktu bersilih ganti, datang sudah harini, harini dimana aku dilahirkan, masa terlalu pantas meninggalkan sejuta kenangan masa lalu. Yang bahagia mahupun sebaliknya.

Kini jua, aku belajar untuk mengerti erti sebenar tujuan ,kenapa aku dilahirkan atas muka bumi ni.

Yeahh, bukannya mudah dan bukan sekadar makan dan minum,tidur dan berkerja,tapi ia adalah satu amanah yang besar yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan sang khaliq. Tujuannya, hanyalah Abid dan Khalifah.

Sahabat,

Kita semua akan pergi, akan tinggalkan kemewahan yang ada pada dunia. Kerana, semua ini lain tak bukan hanyalah alat untuk kita menunju tempat yang kekal abadi, yakni syurga. Maka, tiada nilai dunia ni berbanding syurga yang hakiki.

Harini, genap sudah umurku perkenalan dengan dunia yang penuh dengan janji janji manis. Dengan khayalan, dan mimpi. Yang pasti tujuan kita bukannya disini. Tp, disyurga firdausi.

Imipian kita nak bersama Nabi Nabi.
Yang paling diinginkan bersama dengan Nabi Muhammad saw . Kelak di hari akhirat, bukan ibu ayah kita yang sibuk mencari kita, bukan pasangan kita, bukan adik beradik kita, bukan sahabat kita, dan juga bukan kawan kawan seshopping kita. Tapi Beliau adalah Muhammad ibnu Abdillah.Manusia yang paling sibuk mencari umatnya di akhirat, saat yang tak mampu dibayangkan akan keadaanya, dan impian Rasulullah adalah mahukan semua umatnya masuk ke dalam syurga. Allahu,syukurlah jadi umat Nabi muhammad, seorang yang tak penah melihat kita, tapi merindui dan mendoakan kita.Allah Allah.Assalamualaika ya Rasulullah, Assalamualaika ya habibAllah.

Dan Nikmat paling besar dapat melihat wajah Allah. Allahu, izinkan kami ya Allah. HambaMu terlalu banyak maksiat, terlalu leka. Tapi, kami tak sanggup akan azabMu Ya rabb

Semoga hati tetap teguh dengan pendirian untuk lebih mendahului Allah dan Rasul dari segala hal.

Semoga dipermudahkan urusan untuk lebih mengenal Allah dan Nabi, serta perasan mendalam akan cinta Allah dan Rasul di dalam hati.

Semoga Allah berkati umur ni, dan sentiasa dalam RahmatNya.

Terima kasih tak terhingga kepada yang bertahan dengan ku hingga kini, terima kasih atas segala pengorbanan, segala motivasi, segala doa, segala masa yang dihabiskan dalam ukhwah kita.

-Creator-
2025/10/25 17:33:36
Back to Top
HTML Embed Code: