Telegram Web Link
@pedagangilmu

"Hilangkan berharap pada makhluk dari hatimu,
maka engkau akan merasakan kenikmatan berharap kepada Allah SWT"

~ al-Habib Umar bin Hafidz
@pedagangilmu

Daripada hati yang baik dan bersih akan melahirkan otak yg baik. Dr otak yang baik akan melahirkan emosi yang baik. Dari emosi yang baik akan menghasilkan perbuatan baik.

#usrah
@pedagangilmu

“Ilmu agama ini bukan tunggu kamu ada masa untuk menuntutnya, tetapi kamu yang kena kosongkan waktu untuk menuntut ilmu agama.”

[Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang]
𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗤 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗟𝗘𝗛.

Walaupun beliau seorang yang terkenal di seluruh dunia, tetapi akhlaq dan tawadhunya melebihi kemasyhurannya. Moga kita dapat mengikuti akhlaq beliau.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari Kiamat adalah akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda maksudnya,

Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat pada majlisku pada hari Kiamat ialah mereka yang terbaik budi pekertinya. (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

* Habib Umar bin Muhammad Bin Salem bin Hafidz bersama Habib Hassan bin Ahmad Ibn Syeikh Abu Bakar bin Salem.

#KalamUlama
@pedagangilmu

WAFATNYA FATIMAH AZ-ZAHRA

Pagi Tanggal 3 Ramdhan Tahun 11 Hijriah, Fatimah Mandi Dan Berpakaian Baru, Kemudian Berbaring Di Tempat Tidur. Kepada Ali, Fatimah Berkata Bahwa Saat-saat Kematiannya Sudah Dekat.

Ali Pun Menangis, Namun Fatimah Menghibur Suaminya Agar Jangan Bersedih Dan Menjaga Ank² Mereka Fatimah Juga Berpesan, Setelah Meninggal Nanti, Ia Tidak Ingin Di Kuburkan Dengan Upacara Pemakaman.

Lantaran Waktu Shalat Tiba, Ali Berangkat Ke Masjid. Saat Ali Tidak Ad Fatimah Menghembuskan Nafas Terakhir. Kedua Putra Mereka, Hassan Dan Husain, Info Menyusul Ali Ke Masjid Untuk Mengabarka Berita Duka Itu. Mendengar Istrinya Tiada,Ali Tak Sadarkan Diri.

Setelah Siuman, Ali Menuruti Pesan Terakhir Istrinya, Fatimah Di Kuburkan Secara Diam² Tampa Upacara. Tidak Ad Warga Madinah Yang Tahu Selain Ali Dan Keluarga Terdekat.

Saat Ali Bin Abi Thalib Memasukkan Jenazah Istri Tercintanya Fatimah, Beliau Menangis Terisak-isak

Putranya Al Hasan Ra Pun Bertanya " Wahai Ayahku, Ap Yang Membuat Dirimu Menangis Sedemikian Rupa?"

Ali Lalu Menjawab "Wahai Putraku Al Hasan, Aku Teringat Pesan Kakek Mu Rasulullah Saw, Beliau Bersabda Kepadaku : "Kelak Jika Putriku Fatimah Telah Tiada, Wahai Ali, Maka Akulah Yang Akan Pertama Kali Menerima Jasadnya Di Liang Lahat"
Dan Demi Allah Aku Melihat Tangan Kakekmu Rasulullah Menerima Jasad Ibumu, Aku Melihat Rasulullah Mencium Wajah Ibumu, Fatimah"

Ali Lalu Berkata Lagi
"Wahai Rasulullah, Kini Aku Kembalikan Amanah Yang Telah Engkau Berikan Ke Padaku. Aku Kembalikan Belahan Jiwa mu, Yang Setiap Engkau Rindu Akan Surga, Engkau Mencium Wajah Suci Putrimu,Fatimah"...

Masyaa Allah
Al Allamah Habib Omar siang dan malam dipenuhi dengan dakwah dan menyantuni tetamu,Al Habib sentiasa tersenyum apabila berjumpa dengan sesiapa saja, hidupkan penuh dengan khidmat pada masyarakat terutama dalam bab ilmu, amal dan akhlak. Al faqir setiap pagi masuk kuliah Al Habib Kitab Al Mu atho' ( الموطأ ) Imam Malik semoga Allah meredhainya.Selepas kuliah Habib akan solat dhuha sebanyak 8 rakaat.Selesai solat Habib akan melayani orang yang ingin berjumpa dengannya.

Dikisahkan, Al Habib memakai cermin dan setiap tahun power cermin mata Habib bertambah, maka Dr.mata memeriksa mata Habib untuk mencari punca kenapa power cermin mata Habib naik setiap tahun, setelah diperiksa ternyata ada 2 sebab, pertama, mata Habib selalu dalam keadaan letih dan kedua, air mata Habib berkurangan menyebabkan mata Habib menjadi kering.Tahukan kalian kenapa begitu berlaku pada Habib.Ada 2 sebab,pertama Habib kurang tidur, itu yang menyebabkan mata Habib letih dan kedua, Habib banyak menangis itu yang menyebabkan air mata Habib berkurangan.

Setelah itu Dr.menasihatkan agar Al Habib banyakkan tidur dan kurangkan menangis, namun Habib menolaknya kerana Habib lakukan itu adalah untuk umat, Habib habiskan masa malamnya dengan ibadah dan doa munajat untuk umat, sekiranya Habib tidur banyak malam2 Habib bimbang keadaan umat dan nak jawab apa dekat akhirat kelak.MasyaAllah.sebab itu kita boleh tengok betapa bersungguhnya Habib dalam menyampaikan dakwah.

Adapun kita hari ini, betapa banyaknya dosa kita melalui mata sebab itu kita banyak terhijab dengan Allah, akibatnya kita lemah beribadah.Kita tak mampu menjaga mata baik orang awam hatta kepada ustaz2 mungkin Wallahu A'lam.Apabila kita dapat menjaga mata maka kita akan dapat menjaga hati, Ilmu tidak akan dapat menembus di dalam hati apabila kita tidak mampu menjaga mata.

Orang Tarem, masyarakat mereka apa yang Al faqir tahu, sangat menjaga mata, mana ada wanita yang membuka aurat, pasar mereka pun nak jumpa wanita pun payah,masjid di Tarem tiada tabir untuk wanita, wanita solat di rumah atau ditempatkan yang khusus.Sebab itu ulama' mereka ramai yang kasyaf.Baru ni Al faqir makan dengan seorang Habib ( dirahsiakan namanya ),lalu Al faqir berkata dalam hati " Habib ini makan banyak ", tidak semena mena Habib itu berkata " kami kalau makan banyak kami akan beribadah banyak". Terkejut Al faqir, jangan main-main dengan ulama' sini.Astaghfirullah rasa bersalah pulok.

Kata ulama' ,ada 4 mata yang menyelamatkan tuannya dari azab api neraka.
1- Mata yang berjaga malam kerana jihad fisabilillah.
2- Mata yang tidak pernah melihat perkara yang haram.
3- Mata yang bersengkang mata kerana beribadah sampai ke pagi.
4- Mata yang sentiasa menangis kerana mengingatkan akan dosa2.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita disebabkan tidak menjaga mata.Semoga Allah menjadikan mata kita sebagai penyelamat di akhirat kelak.
@pedagangilmu

Dendam tak semestinya kesumat, Marah tak semestinya membenci. Kenal tak semestinya menyayangi, rindu tak semestinya perlu mengenali. Dan itulah lumrah yg perlu ditutup rapi, dari ada pihak yg terasa hati. Walhal itu hanya sekadar rasa hati. Terima kasih, yang tak terperi.

Tapi hakikatnya tagisilah Dia yang sentiasa menangisi kita setiap hari,setiap malam, dan merindui kita walaupun kita masih belum wujud di bumi ,1400 tahun dulu.Dialah baginda Muhammad ibnu Abdillah

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habibAllah
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
@pedagangilmu

Ya Rasulullah ﷺ di saat selalu...
ku sebut sebut nama MuliaMu
Maka terjawablah segala hal dan keperluanku

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم
@pedagangilmu

Kebahagiaanmu
tergantung dgn siapa hatimu berkasmaran
pada dunia,maka kecewa pun bertebaran
pada Al Musthofa ﷺ,,Bertambah tumbuhlah senyuman
Hingga dirimu terlupa akan Mimik kerut dari kekecewaan

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

-umaThoha
@pedagangilmu

“ Barangsiapa yang cinta kepada ulama, duduk bersama mereka, belajar dengan mereka, membantu mereka. Jika mereka bukan menjadi ulama, maka Allah akan jadikan keturunannya ada yang menjadi ulama.”

• Al Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith •
@pedagangilmu

Diri ini malu, malu Yang tak terperi saat mana Allah memakbulkan setiap doa doaku, adakah Dia tidak mempedulikan diriku walaupun diriku seorang pendosa Yang tegar.
@pedagangilmu

Hati insan mati kecualilah orang yg berilmu.

Orang yg berilmu semuanya terlena kecualilah yg beramal.

Manakala yg beramal semuanya tertipu kecualilah mereka yg ikhlas.

(Iman Ghazali).
@pedagangilmu

Termenung seketika mengenangkan betapa gagalnya aku untuk mengajak budak budak untuk faham bab aurat.

Aku tahu, aku banyak kekurangan diri sendiri, apatah lagi nak membentuk anak muda untuk kenal akan akhirat, jauh rasa diri terdampar. Bertapa, bezanya zaman aku dan mereka.

Zaman yang terkenal dengan media sosial dan trend sampah yang langsung tidak memberi sedikit manfaat. Yang bermanfaat tak kisah.


Dunia dah tenat!!


Ya Allah, bagi la mereka faham agama, bagilah mereka faham ya Rabb.
@pedagangilmu

Semua orang ada impian dan cita cita

Dan

Impian Rasulullah saw adalah, untuk semua umat beliau masuk syurga, hinggalah manusia terakhir.

اللهم صلى على سيدنا محمد

Selawat sampai bertemu nabi
@pedagangilmu

Aku tahu banyak benda nak luah untuk apa yang terpendam, tapi bibir hanya mampu mengukapkan صبر.

صبر

Hurufnya sikit ,tapi ertinya besar.

صبر

Sikit je lagi nak kena sabar, kita nak tinggalkan dunia dah, lepas ni dah takde penat dah. Sekarang je nak rasa, nanti dah masuk syurga, kita tak sedih dah, sentiasa dalam nikmat dan redha Allah.

Sekarang ni perlu sabar je, dengan namanya ujian, barulah kita faham apa itu redha.

@Staystrongukhti!
@pedagangilmu

Wahai Penuntut Ilmu,

Allah akan menguji masa mudamu dengan mendatangkan seseorang yg membuatmu jatuh hati.

Seolah-olah dia membawa cinta, padahal hanya maksiat belaka dan kemudian pergi setelah iman dan hatimu porak peranda.

Ternyata Kalian hanya dua tokoh yg dipertemu untuk saling menguji IMAN masing-masing, bukan dipersatukan.

Rasa yg besar dan hawa nafsu yg menggebu, membuat kalian mejalani hubungan yg menjauh dengan الله, hingga الله hantar berjilid jilid luka untuk menampar sedar.

Allah tahu kegelisahan hatimu bagaimana kau ketar-ketir di depan rasa, tapi tahanlah kau belum siap menikah, masih banyak amanah dan tanggunggjawab yg harus kau selesaikan.

Semoga dengan luka ini kau mengerti, sungguh hubungan atas dasar cinta sebelum nikah itu tidak berguna selain mengotori IMANmu , dia juga membuat ranah ILMUmu terbengkalai. 😊

#رابيعة العدوية
2025/10/24 19:38:59
Back to Top
HTML Embed Code: