Telegram Web Link
Pemakluman Tempat Diskusi Meja Bulat

Adalah dimaklumkan tempat bagi Diskusi Meja Bulat dijalankan di Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, UTM, Kuala Lumpur.

Kami membuka ruang terhad seramai 10 orang untuk hadir sebagai pemerhati. Tekan pautan di bawah untuk daftar:

https://ezy.la/DiskusiMejaBulatKerancuanFalsafahBarat

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
👍1
Apakah makna sains dan teknologi masa kini ? Bagaimana sains dan teknologi masa kini mengesani anda? Adakah kita sedar mereka mengesani kehidupan kita?

Bagaimana dengan sains dan teknologi yang benar boleh memberikan inovasi yang lebih berdaya kreatif dan imaginatif untuk masa akan datang?

Haa... Hendak tahu lebih lanjut ?

Jom bersama dengar penerangannya oleh Felo PEMIKIR kami En. Haji Amru Iskandar bin Burhan di ARENA Techsamana 2024 pada 23 November 2024 ini.

Jangan lepaskan peluang—daftar sekarang!
https://bit.ly/arenatech25
👍4
BERBAKI 3 HARI LAGI

Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu akan membicarakan berkaitan persoalan ontologi tentang hakikat akar ketamadunan Barat.

Kami membuka ruang terhad seramai 10 orang untuk hadir sebagai pemerhati. Tekan pautan di bawah untuk daftar:

https://ezy.la/DiskusiMejaBulatKerancuanFalsafahBarat
2👍1
Pendaftaran Telah Ditutup

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi Diskusi Meja Bulat Pemikiran telah pun ditutup.

Jumpa anda semua di sana.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
👏2
BERBAKI 2 HARI LAGI

Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu akan membicarakan berkaitan persoalan ontologi tentang hakikat akar ketamadunan Barat.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Persiapan akhir Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu yang berlangsung esok. Topik yang akan dibahaskan sekitar permasalahan ketamadunan Barat yang perlu difahami oleh umat Islam hari ini.

Membina kembali akar peradaban bukanlah agenda individu, tetapi ia perlu menjadi agenda ummah merentasi pelbagai sekolah pemikiran Islam sedia ada. Mematangkan sebuah idea perlu kepada wacana dan diskusi supaya ia dapat difahami dengan mendasar dan menyeluruh.

Moga usaha diskusi ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pembinaan ini. Ikuti diskusi ini secara atas talian esok.

——————————————————

MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN
BERBAKI 1 HARI LAGI
Wacana Diskusi Kerancuan Falsafah Barat

Diskusi ini bertujuan untuk membahas secara kritis persoalan ontologi tentang hakikat akar ketamadunan Barat. Merungkai elemen-elemen kerancuan dalam falsafah Barat khususnya dalam aspek metodologi dan asas pemikirannya serta implikasi terhadap pandangan mengenai Tuhan, kehidupan dan manusia.

Ikuti siaran langsungnya disini :

https://www.facebook.com/share/v/15bQxyTCbt/
👍3
Jom ke SIBF 2024: Karya Eksklusif PEMIKIR Menanti Anda! 

Bersempena Selangor International Book Fair (SIBF) 2024, karya PEMIKIR akan berada di dua reruai eksklusif iaitu Pelita Dhihin dan Taybah. 

Ini peluang anda untuk mendapatkan karya istimewa kami yang penuh dengan idea segar dan pemikiran mendalam, sesuai untuk pencinta buku yang dahagakan ilmu. Jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi bacaan anda dengan karya intelektual yang pasti memberi inspirasi. 

Jumpa anda di SIBF 2024

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Pada 25 November 2024 yang lepas pihak PEMIKIR telah dijemput oleh Arkib Negara Malaysia selaku tetamu didalam wacana Legasi Pemikiran dan Perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Slot perbincangan ini dibentang oleh Ybhg Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, Prof Dr Zaid Ahmad dan Dr Kamarul Afendey.

Beberapa idea yang harus kita faham mengenai Dr Burhanuddin Al-Helmy ini dalam perjuangannya adalah berkenaan idea Melayu Raya, konsep Budaya Bangsa dan kefahaman mengenai makna kebangsaan yang benar.

Dalam proses negara kita hari ini, tidak seharusnya kita menyempitkan makna Bangsa Melayu dengan perkauman yang sempit seperti yang dinyatakan oleh Dr Burhanuddin dalam bukunya Falsafah Kebangsaan Melayu. Malah dasar kemelayuan itu tidak seharusnya bersifat nasionalisma sekular akan tetapi mesti didasari oleh kemelayuan berakar dari Islam.

Membetulkan fahaman asabiyyah yang sering dinegatifkan menjadi makna perkauman sempit juga adalah beberapa noktah yang seharusnya kita ambil cakna dalam mencipta masa hadapan baharu peradaban Islam di tanah air ini. Malah idea melayu raya beliau itu yang meruntuhkan sempadan negara bangsa kini seharusnya diberi perhatian dalam membina kuasa nusantara.

Dr Burhanuddin al-Helmy selaku seorang tokoh perjuangan negara dan pemikiran seharusnya dibaca oleh setiap tokoh politik mahupun pembina dasar negara dalam melakar masa hadapan peradaban yang adil dan makmur.
👍3
Channel photo updated
[RAKAMAN] DISKUSI MEJA BULAT PEMIKIRAN PERADABAN BARU SIRI 2

https://youtu.be/gl3H1epG9LY

Diskusi Meja Bulat Siri 2 yang bertemakan “Kerancuan Falsafah Barat” adalah lanjutan daripada siri pertama yang membincangkan isu “Keperluan Membahas Kembali Falsafah Ilmu Pada Hari Ini.”

Dalam siri kali ini, pelbagai pandangan telah diketengahkan berkaitan falsafah ilmu, antaranya kedudukannya yang masih kekal dalam kerangka pemikiran Barat. Usaha membangunkan falsafah ilmu Islam yang komprehensif, yang merangkumi aspek ontologi, epistemologi, dan aksiologi, masih belum mampu mencakupi keseluruhan dimensi yang diperlukan.

Krisis ini berpunca daripada epistemicide (penghapusan epistemologi) yang dialami umat Islam, termasuk masyarakat Melayu akibat era imperialisme. Penjajahan bukan sekadar mendominasi politik tanah air, tetapi turut memusnahkan falsafah ilmu tempatan. Kekosongan yang ditinggalkan oleh penjajah ini kemudian diisi dengan falsafah ilmu Barat.
👍2👏2
Hermetisisme: Falsafah Pemikiran Yang Sesat dan Menyimpang

Hermetisisme adalah tradisi falsafah dan spiritual yang berakar daripada tulisan-tulisan Corpus Hermeticum, yang dikaitkan dengan tokoh mitos, Hermes Trismegistus.

Kepercayaan ini merupakan satu bentuk sinckritisme keagamaan (penggabungan pelbagai agama atau kepercayaan). Kepercayaan ini turut dinyatan adalah satu bentuk penggabungan kepada aliran falsafah dan mistik secara sinkritik dari kepercayaan Hermes dan Thoth.

Hermetisisme juga dapat ditafsirkan sebagai kepercayaan dualistik yang menggabungkan jasad manusia dan hubungan dengan dunia nyata sebagai antagonis kepada jiwa.

Pemahaman ini secara asasnya bertentangan dengan Islam kerana perbezaan dari pemahaman terhadap kepercayaan dan prinsip.

Dalam Hermetisisme, Tuhan dianggap sebagai kekuatan metafizik yang tidak personal dan merangkumi alam semesta secara keseluruhan.

Sebaliknya dalam Islam, Allah adalah Tuhan yang Esa (Ahad) dan tidak menyerupai makhluk ciptaan-Nya. Allah adalah Pencipta mutlak dan tiada konsep dualistik antara jasad dan jiwa seperti dalam Hermetisisme.

Hermetisisme melihat jasad manusia dan dunia nyata sebagai antagonis kepada jiwa.

Di dalam Islam menganggap jasad dan jiwa sebagai satu kesatuan yang diciptakan Allah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi. Dunia tidak dianggap sebagai musuh tetapi sebagai tempat untuk beramal dan mencapai keredaan Allah.

Hermetisisme secara asasnya mencerminkan falsafah Barat yang mengutamakan dualisme dan pandangan metafizik yang jauh berbeza dengan prinsip Islam.

Di dalam agama Islam pula menekankan kesatuan jasad dan jiwa serta hubungan langsung dengan Tuhan yang Esa berbanding ajaran yang memisahkan keduanya.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
👍2
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
2025/07/13 06:59:17
Back to Top
HTML Embed Code: