Telegram Web Link
Guru dan Tradisi Keilmuan Islam: Warisan yang Semakin Terhakis

Dalam tradisi peradaban Islam, paksi kepada keilmuan adalah Guru. Ini kerana, menurut pandangan kita, hakikat ilmu bukan sekadar maklumat yang terakam, tetapi suatu makna yang menetap dalam diri insan. Ilmu ialah cahaya hidayah yang dipancarkan oleh Allah ke dalam jiwa, lalu dengan cahaya itu insan mampu memahami hakikat dan kebenaran sesuatu perkara.

Oleh itu, institusi atau madrasah yang dibangunkan dalam sejarah umat ini sebenarnya merupakan cerminan kepada pemikiran dan ketokohan seorang Guru. Buku pula ialah ekspresi buah fikiran Guru yang diungkap dalam bentuk penulisan agar dapat difahami dan diwarisi. Pendidikan bukan sekadar penyampaian maklumat, tetapi satu proses membina daya fikir, kefahaman, dan makna dalam diri murid—dan semua ini berlaku melalui bimbingan seorang Guru.

Namun, realiti pendidikan hari ini banyak disandarkan kepada modul, silibus, kokurikulum, bangunan institusi, peperiksaan dan yang terkini, kecerdasan buatan (AI). Semua ini, walaupun memberi manfaat tersendiri, secara tidak langsung telah menghakis peranan dan makna seorang Guru. Akibatnya, murid hanya memperoleh maklumat yang kontang nilai—bukan ilmu yang sarat dengan makna dan hikmah.

Perkembangan teknologi dan inovasi dalam pendidikan tidak wajar dinafikan. Namun, biarlah ia berjalan seiring dengan usaha mengangkat kembali makna dan martabat seorang Guru. Kerana apabila peranan Guru terhakis, maka makna ilmu juga akan hilang sedikit demi sedikit.

Jika ilmu boleh dicapai tanpa seorang Guru, nescaya Allah tidak perlu mengutuskan Rasul untuk menyampaikan wahyu. Hakikat bahawa setiap wahyu diturunkan melalui seorang utusan menjadi hujah paling besar bahawa Guru adalah jalan menuju ilmu yang hakiki. Maka, kembalikanlah semula tempat Guru di takhta keilmuan umat hari ini.

Selamat Hari Guru pada semua Guru yang telah membentuk diri ini. Hanya Allah yang layak membalas pengorbanan atas segala ilmu yang telah dicurahkan.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
DAPATKAN BUKU-BUKU TERPILIH TERBITAN PEMIKIR DI PBAKL 2025

Temui penulisan-penulisan dari PEMIKIR yang membongkar realiti pemikiran semasa dan menawarkan perspektif falsafah Islam:

Buku baharu:
1. Kerancuan Falsafah Barat
2. Dikotomi Ilmu dalam Pendidikan

Lokasi: Pelita Dhihin (S1-20) & IlhamBooks (3-06E)
Tarikh: 23 Mei – 1 Jun 2025
Tempat:PWTC, Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang miliki buku-buku ini dan sertai misi membina semula peradaban Islam.

#PEMIKIR #PBAKL2025 #FalsafahIslam #PemikiranKritis #MembangunPeradaban
Channel photo updated
Forwarded from AkalWahyu
Ep 05 | The Exile: Bagaimana Yahudi Seleweng Ajaran Nabi?

Agama Yahudi yang sinonim dengan Bani Israel merupakan satu agama yang terbina dari satu penyelewengan. Mereka mengubah kitab-kitab Allah dan merosakkan agama Tahudi yang dibawa oleh para nabi kepada mereka.

Bagaimana proses dari ajaran tauhid berubah kepada sebuah agama yang penuh dengan kesesatan?

Saksikan episod kelima melalui link YouTube pada jam 5 petang ini:

https://youtu.be/dMh8AacP6eg

#yahudi #kisahnabi #baniisrael #sejarahpalestin #TanahYangDijanjikan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Falsafah Barat dan Kerancuannya

Kesan dari penjajahan dengan melenyapkan makna dan identiti diri kita pada hari ini. Pelbagai reaksi yang lahir dari ummah untuk menghadapi kesan ini. Ada yang menerima, ada yang cuba membina kerangka yang baharu dan ada yang melihat dari perspektif yang adil?

Apakah cara terbaik untuk kita membina semula peradaban Islam dari falsafah ilmu yang sebenar?

Saksikan kupasan Ustaz Suhail Suffian, Sekretariat Ulum Syara', PEMIKIR.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Dapatkan Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat di PBAKL bermula dari 23 Mei – 1 Jun 2025 di reruai:

1. Taybah Press (6-10)
2. Pelita Dhihin (S1-20)
3. IlhamBooks (6-48).
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kesesatan Falsafah Barat & Mithraism

Ajaran Mithraism yang dipegang oleh Namrud dilihat menjadi kepada asas kepada kesesatan pemikiran Barat yang menjadikan ajaran ini sebagai kiblat mereka.

Wujud persoalan yang besar adalah mengapa ajaran ini menjadi pegangan pemikir Barat? Adakah hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh pemikir Barat terhasil daripada kepercayaan ini?

Saksikan kupasan Ustaz Suhail Suffian, Sekretariat Ulum Syara', PEMIKIR.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Dapatkan Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat di PBAKL bermula dari 23 Mei – 1 Jun 2025 di reruai:

1. Taybah Press (6-10)
2. Pelita Dhihin (S1-20)
3. IlhamBooks (6-48).
Forwarded from AkalWahyu
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kisah Sebenar Kesesatan Samiri

Di saat Nabi Musa bermunajat kepada Allah di atas Bukit Tursina, segelintir dari Bani Israel kembali kepada jalan gelap. Mereka mencipta sebuah patung anak lembu yang disembah, diagungkan dan dijadikan "tuhan" oleh tangan dan hawa nafsu mereka sendiri.

Namun persoalannya, bagaimana umat yang baru sahaja diselamatkan daripada kezaliman Firaun sanggup terjerumus ke dalam kesyirikan yang hina?

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Keluarga kita dalam bahaya! Ketahui & fahamkan ancaman serangan pemikirian yang sedang dipaksakan keatas kita!

Dapatkan segara buku Ancaman Pemikiran Pascamoden di PBAKL 2025 di reruai Taybah, Pelita Dhihin, Biblio dan Ilham Bookstore.
Mithraisme Dalam Menyelewengkan Ajaran Tauhid

Di dalam membicarakan bagaimana mitharisme menyelewengkan ajaran tauhid, antara contoh yang jelas boleh dilihat adalah daripada ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa telah diselewengkan oleh Paul:

"Paul the Apostle (4 -64M) yang merupakan seorang Yahudi menganut ajaran pagan dilihat berperanan penting dalam mencampur adukkan ajaran tauhid dengan pemikiran falsafah mistik neo-platonism. Penyelewengan ajaran Tauhid Nasrani ini mencapai kemuncaknya melalui Council of Nicacea (325M) melahirkan agama baharu Kristien."

(Siri Wacana Falsafah Ilmu. Kerancuan Falsafah Barat. PEMIKIR. 2025)

Ini menunjukkan bahawa penyimpangan besar terhadap ajaran tauhid dalam agama Nasrani tidak berlaku secara semula jadi. Tetapi hasil dari perancangan intelektual yang dipengaruhi falsafah asing seperti yang berlaku kepada ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Dapatkan Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat melalui link di bawah:

https://bit.ly/KerancuanFalsafahBarat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Membina kembali keagungan Peradaban Islam tidak cukup sekadar slogan, kata-kata atau seruan. Tetapi ia perlu bermula daripada projek tajdid secara sistematik pada rangka keilmuan sehingga ia benar menjadi benih pada pohon insaniah tersebut.

Dapatkan siri-siri buku terbitan PEMIKIR betemakan pemikiran dan peradaban di PBAKL 2025 di reruai Taybah, Pelita Dhihin, Biblio dan Ilham Bookstore.
PEMIKIR Mengalu-alukan Pelajar Pelatih Industri

Seramai tiga pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) akan menjalani sesi latihan industri di PEMIKIR. Pelajar yang berlatar belakang dari jurusan Usuluddin dan Multimedia. Latihan industri ini merupakan peluang bagi para pelajar untuk memperkukuh kemahiran praktikal seperti media dan wacana intelektual.

PEMIKIR komited untuk membimbing pelajar melalui pendekatan yang seimbang antara teori dan amali. Sesuai dengan visi kami untuk melahirkan generasi pelapis yang berfikir dan berperanan membina peradaban.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pemikiran Umat Islam Berada Dalam Kekeliruan dan Keracuan

Kelesuan umat hari ini bukan hanya pada jasad dan kekuatan jasmani. Tetapi lebih parah adalah pada akar pemikiran yang bercelaru antara yang hak dan batil. Tanpa asas ilmu yang jelas ummah mudah terpedaya oleh slogan palsu, ideologi asing dan fahaman songsang yang menyesatkan.

Perbaiki keseluan ummah ini dengan mendapatkan siri-siri buku terbitan PEMIKIR betemakan pemikiran dan peradaban di PBAKL 2025 di reruai Taybah, Pelita Dhihin, Biblio dan Ilham Bookstore.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Manusia Dikekang Potensi Diri Melalui Pendidikan Hari Ini

Pendidikan hari ini dilihat telah merencatkan potensi besar manusia untuk mencapai kebenaran dan potensi sebenar dirinya. Sistem yang terlalu berpusatkan peperiksaan, bersifat mekanikal dan mengejar pencapaian luaran telah mengabaikan misi asal pendidikan iaitu membina manusia yang berfikir dan berjiwa merdeka.

Ketahui metodologi terbaik untuk meledakkan potensi manusia dengan mendapatkan siri-siri buku terbitan PEMIKIR betemakan pemikiran dan peradaban di PBAKL 2025 di reruai Taybah, Pelita Dhihin, Biblio dan Ilham Bookstore.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Agama dan Tuhan Penghalang Manusia Mencapai Kebebasan Yang Sebenar?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh gerakan Pencerahan di Barat, satu era yang mendewakan akal, meminggirkan wahyu dan menjadikan kebebasan sebagai 'Tuhan baharu'. Dalam naratif mereka, agama dianggap penjara kepada pemikiran dan Tuhan dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan dan hak individu.

Adakah benar ini cara terbaik untuk mencapai kebebasan yang sebenar?

Ketahui apakah yang dinyatakan oleh Al-Quran dengan makna kebebasan itu sendiri dengan mendapatkan siri-siri buku terbitan PEMIKIR bertemakan pemikiran dan peradaban di PBAKL 2025 di reruai Taybah, Pelita Dhihin, Biblio dan Ilham Bookstore.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cara Terbaik Mencapai Kebahagiaan

Generasi kita hari ini sedang berhadapan dengan satu persoalan besar yang sering tidak disedari: Apakah erti kebahagiaan yang sebenar?

Kebahagiaan bukan sekadar perasaan sementar, tetapi hasil dari kehidupan yang mempunyai makna, panduan dan keseimbangan antara jiwa, akal dan realiti.

Ketahui apakah yang dinyatakan oleh Al-Quran dengan makna kebebasan itu sendiri dengan mendapatkan siri-siri buku terbitan PEMIKIR bertemakan pemikiran dan peradaban di PBAKL 2025 di reruai Taybah, Pelita Dhihin, Biblio dan Ilham Bookstore.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📚 2 HARI LAGI! DAPATKAN SEGERA BUKU PEMIKIR DI PBAKL 📚

Masih belum ke PBAKL? Tinggal dua hari sahaja lagi – jangan lepaskan peluang untuk singgah ke booth Pustaka Taybah!

Kami bawakan pelbagai buku-buku Islamik yang mendidik jiwa dan mencerdaskan fikiran – dari aqidah, tafsir al-Quran, hadis, dan banyak lagi.

📖 Antara karya terbaru yang hangat di booth kami:

“Kerancuan Falsafah Barat” terbitan kumpulan PEMIKIR –
✔️ Penolakan wahyu
✔️ Sifat Humanisme
✔️ Mengangkat nafsu sebagai tujuan hidup

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku ini dan banyak lagi karya ilmiah yang mengangkat nilai Islam sebagai asas kehidupan.

📅 PBAKL 2025 | 23 Mei – 1 Jun
📍 Booth Pustaka Taybah

🎉 Jumpa anda di sana – bawa rakan dan keluarga sekali!
PEMIKIR di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025

Kini, karya-karya PEMIKIR berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025. Koleksi buku-buku PEMIKIR seperti Ancaman Pemikiran Pascamoden, Dikotomi Ilmu Dalam Pendidikan dan yang terkini Kerancuan Falsafah Barat dijual di pesta buku ini.

Temui karya-karya kami di:

Lokasi: Dewan Tun Razak 3, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mei - 1 Jun 2025
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Reruai: Pustaka Taybah (Meja no. 6-10)

Kami menantikan kehadiran anda di sana.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
2025/07/04 12:29:43
Back to Top
HTML Embed Code: