Telegram Web Link
Forwarded from 12staryy
Tentang Berserah Kepada Tuhan

"Barangsiapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH & dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya & tidak ada rasa takut pada mereka & mereka tidak bersedih hati"
- QS Al Baqarah ; 112 -

"فإذا عزمت فتوكل على الله"
"Maka apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH"
- QS Al Imran ; 159 -

Melafazkan kata tawakkal itu mudah, tapi benar, kita manusia yang punya kerisauan, ketakutan, dan kebimbangannya tersendiri.
Tiap kali kita kata, "ah tawakkal jelah, kita kan dah usaha" tipulah kalau tak terdetik dalam hati, "eh, macam mana ek result/pointer/kerja/gaji/jodoh dll"

Sekadar berserah itu mudah, tapi 'berserah sepenuhnya' itu payah. Keyakinan seperti apa yang perlu kita capai untuk menyerahkan semuanya kepada ALLAH ?

Apa-apa pun, tetaplah tenang. Sekalipun kita masih belum mampu capai level berserah sepenuhnya, tetaplah tenang. Yakinlah bahawasanya Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Dengan syarat, jika kau meletakkan harapan, letakkan segala harapanmu kepada ALLAH, bukan kepada makhluk. Yakinlah dengan Dia. Aku janji, kau pasti takkan kecewa. Jika kau cukup yakin dengan Allah, baik atau buruk, semuanya baik. Bersangka baiklah dengan Dia. Dia pasti akan meletakkan kau di tempat yang sesuai dengan kemampuan kau. Itu janji Dia, jelas dalam Surat cintaNya.
Kerana itu, orang yang benar² berserah kepada ALLAH, tiada ketakutan mahupun kesedihan dalam hati mereka. Yakinlah, semuanya baik untuk kita, yakin dengan Dia. Orang putih kata, have faith.

Teruskan berdoa. Berdoalah bahawa ketetapan yang Dia tetapkan untukmu baik² sahaja.

Walaupun kita masih mampu berserah sepenuhnya, teruskan berserah. Kalau datang risau & takut dalam hati, mintalah pertolongan dari Allah, supaya semuanya baik² sahaja.
"Ya Allah jadikan hamba hamba yang bersyukur dengan segala kurniannMu dan jadikan hamba hamba yang reda dengan segala ketentuanMu"

Buat kamu, aku serahkan kita kepada ALLAH. Apa² yang akan datang, baik atau buruk aku doakan semuanya baik. Yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Aku menjadi saksi, Aku tak pernah kecewa dengan Tuhan yang bernama Ar Rahim.

:)

- 14062024 -
Forwarded from "Naseehat " 🤍
Untuk memberi nasihat ini, Ana sendiri belum layak rasanya, kerana tahu diri sendiri masih bertatih dan berjalan, cuma Ana hanya mampu kongsikan nasihat yang guru Ana bagi dan Ana selalu bawa kalamnya kemana-mana jua :

Setiap org yg mempunyai keinginan yg tinggi utk mujahadah dan istiqamah mesti perbaharui niat ikhlas kerana Allah setiap masa. Setiap kali niat berubah arah, teruskan berusaha untuk perbetulkan dan perbaharui niat.

Segala pokok pangkalnya bermain dgn niat. Bermula dgn niat, seseorang mampu berjaya dim suluknya. Bermula dgn niat juga seseorang itu termasuk dim kalangan org yg binasa.

Bila kita niat kerana ingin mendapatkan pandangan manusia, dkt situ kita akan susah untuk mujahadah dan istiqamah. Sebab tu para ulama sarankan utk beruzlah. Waktu uzlah tu perbaiki niat, perbaiki hati, buat lillahi taala, takda manusia yg nampak, tkda manusia yang tahu. Hanya kita dgn Allah. Ketika itu kita pasti diuji, tetapi sekuat mana niat dan azam kita utk buat kerana Allah, selagi tu kita akan berjaya lepas ujian tu.

Selain niat, kena selalu bersuhbah dgn orang-orang soleh. Dan jgn tinggalkan majlis ilmu. Jangan tinggalkan ta'lim.

Cari sahabat yang satu hati, Ingatkan pada akhirat,

Sebab perkara ini sgt memberi kesan, Sepanjang ana berjalan,

Ada seorang akak, yang saya kagumi, Setiap hari mesti tak terlepas dari ingatan agama, bahkan amalan itu sendiri

Paling sentap, bila soal kematian):
Forwarded from 12staryy
TENTANG TUHAN YANG TIDAK MEMBERIKAN SEGALANYA DALAM SEKELIP MATA

Aku cukup suka dengan satu quote daripada Ustazah Halimah Alaydrus tentang Tuhan yang tidak memberikan segalanya secara instant. Kata Ustazah, kalau kita doa nak sabar, adakah Allah akan terus memberikan kita sabar tu secara instant. Tak. Yang pastinya, Allah akan datangkan ujian demi ujian, dan melalui ujian-ujian itulah kita belajar erti sabar dan akhirnya, jadilah kita orang yang sabar. Begitulah cara Allah mengabulkan doa-doa kita. Allah nak ajar kita erti usaha.

Kita doa pada Allah nak perform dalam exam, kita duduk diam jeke, tidur 24/7 then terus dapat flying colours ? No. kita kena usaha, attend kelas, buat homework, buat latihan. Usaha. Kita doa pada Allah supaya jangan diletakkan cinta dunia dalam hati, Allah tak terus buang rasa cinta dunia tu magically dari hati kita, tapi Allah akan datangkan ujian-ujian keduniaan kepada kita. Kalau kita berjaya hadap ujian-ujian tu, insyaaAllah disitulah rasa cinta dunia kita akan digugurkan dari hati kita. Kalau tak berjaya ? cuba lagi sampai dapat. Lihat macam mana cara Allah mendidik kita. Katakana pulak kita doa pada Allah jangan sibukkan kita dengan duk memikir soal jodoh etc. Allah tak terus buang rasa tu terus daripada haati mahupun fikiran kita, tapi Allah datangkan pulak ujian berkenaan jodoh tu pada kita. Bila kita berjaya overcome ujian tu, barulah dapat hasilnya yakni hilang pemikiran tentang jodoh tu. Cantik tak Allah susun ? Allah nak ajar tak semua benda di dunia ni boleh minta, terus dapat sekelip mata. Ini dunia sayang, bukan syurga. Bahkan syurga pun perlukan usaha untuk kita dapatkannya apatah lagi dunia tipu-tipu ni.

Ulama kata, kita wajib bagi kita menjalani jalan usaha, tapi tak boleh kita gantung dengan usaha kita tu bahkan bergantunglah pada Allah. Hakikat dunia ini medan ujian. Maka, apa-apapun yang kamu doakan, mintalah kemudahan dan kekuatan daripada Sang Pemberi. Manakan dapat kita tempuhi ujian tanpa bantuan-Nya. Manakan dapat kita bernafas jika bukan kerana rahmat-Nya. Setiap kali kamu berdoa, ingatlah, jalan dihadapannya adalah ujian, kerana bukan semuanya sekelip mata. Berjuanglah, dunia ini tak mudah, kerana syurga je tempat kita rehat :)

11072024
2025/10/21 23:49:48
Back to Top
HTML Embed Code: