Telegram Web Link
Forwarded from MUSLIMAT🧕🏻 | Al-Mahabbah❤️
📣PERHATIAN!!!
Jangan kamu menyambut 'April Fool'.

🌸🔸🌸🔸🌸🔸🌸🔸🌸
🔸 MAKARIMUL-AKHLAQ 🔸
🌸🔸🌸🔸🌸🔸🌸🔸🌸

🌷HARAM BERCAKAP BOHONG 🌷

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

إياك والكذب فإن الكذب يهدي إلى الفجور وإن الفجور يهدي إلى النار.(رواه ابن ماجه)

Terjemahan: "Jauhilah daripada pembohongan, kerana pembohongan membawa seseorang ke arah kejahatan dan sesungguhnya kejahatan akan mengheret seseorang ke neraka" [Diriwayatkan oleh Ibn Majah]

🚫BOHONG ertinya menyampaikan sesuatu khabar yang berbeza dengan realiti sebenar dengan sengaja;

🚫Hukumnya HARAM sama ada dalam keadaan serius atau pun gurauan,

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لا يصلح الكذب في جد ولا في هزل (رواه البيهقي)

Terjemahan: "Pembohongan tidak boleh dilakukan sama ada dalam keadaan serius mahupun dalam bergurau senda" [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi].

WAJIB atas semua muslim menjauhi maksiat ini agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan.
(16/2)

www.baitussaadah.edu.my
Forwarded from MAJLIS ADZKAR OFFICIAL
🎤Al Habib Umar Hafizhahullah ditanya.

Tentang apakah niat-niat yang hendaknya kita niatkan untuk setelah bulan Ramadhan ini ?

💬Maka beliau menjawab:

💫Kita berniat untuk setelah bulan Ramadhan:

1️⃣ (Berniat) semoga kita bisa menyusul orang-orang Sholeh yang setiap waktunya (dipenuhi keberkahan) bulan Ramadhan.

2️⃣ (Berniat) untuk menerjemahkan hubungan kita dengan Allah yang Maha Pengasih di setiap ibadah-ibadah yang kita laksanakan di malam hari dan juga siang hari.

3️⃣ (Berniat) untuk berkhidmat kepada Ummat di dalam 3 sarana (Ilmu, Akhlaq dan Dakwah) dengan khidmat yang baik.

4️⃣ (Berniat) untuk mencari Ridho Allah dan menyenangkan Hati Baginda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi wa salam.

5️⃣ (Berniat) untuk memperkuat kehadiran hati ini bersama Allah di sepanjang waktu, terkhusus ketika sedang Sholat, membaca Al Quran dan berdzikir.

6️⃣ (Berniat) untuk mengadakan Majelis-majelis yang baik bersama para Saudara seiman kita.

7️⃣ (Berniat) untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawwal.

8️⃣ (Berniat) untuk berpuasa di hari-hari yang Utama, seperti (puasa) Hari Arafah, Hari ke 9 pada bulan Muharram dan juga 'Asyuro (hari ke 10 pada bulan Muharram).

9️⃣ (Berniat) untuk berpuasa setiap bulan tidak kurang dari 3 hari.
Forwarded from "Naseehat " 🤍
Doa yang tidak pernah saya berputus asa dalam meminta adalah direzekikan mataku  untuk menziarahi  dan  melihat Sebaik-baik insan iaitu Rasulillah ﷺ


Buat kalian ,


Mulai harini berazam untuk tidak berputus asa dan berharap memohon kepada Allah swt agar diri kalian juga direzekikkan untuk melihat sebaik-baik insan iaitu Habibullah ﷺ.



Sungguh ,

Seandainya ditakdirkan diri saya atau kalian dapat melihatnya . Nescaya tidaklah saya dan kalian menginginkan yang lain , melainkan ingin menatapnya lagi dan lagi insan yang mulia ini Rasulullah ﷺ.
Aku yakin, engkau dah penat menangis menanggung beban dan pedihnya jauh daripada Dia. Pelbagai jalan yang telah engkau tempuh untuk menemui erti kebahagiaan dan tujuan hidup yang mampu memuaskan hatimu. Namun, akhirnya, kau tak dapat menafikan bahawa… akhirnya, kebahagiaan hakiki, ketenangan abadi adalah apabila kau kembali ke jalan Allah. Kan?
 
Aku tak tahu, apa yang kau sedang alami dan rasai sekarang. Namun, aku sangat yakin, hidayah Allah telah menyapa lubuk hatimu, wahai sahabat.
 
Allah telah hadirkan hidayah kepadamu, sehingga hatimu rasa membuak-buak untuk menangis, jiwamu sebak kerana terlalu rindu untuk kembali kepada Allah SWT.
 
Aku mahu tanya satu soalan jujur kepada kau, wahai temanku…
 
Indah bukan perasaan ini?
 
Doa yang setiap hari kita pinta iaitu, “Hidayah”… akhirnya, Allah kabulkan.
 
Hidayah itu Allah beri kepada orang yang sangat Dia cintai. Malah, hari ini, sekali lagi Allah buktikan cintaNya kepadamu, dia telah beri engkau hidayah dan menitipkan perasaan ingin kembali dan bertaubat dalam lubuk sanubarimu, wahai temanku.
 
Indah bukan perasaan ini?

@ustazadninroslan
E G O

Bila berkata tentang ego, sumpah, ego aku melangit ke everest.

Nak kata terima kasih, sumpah, aku kena fikir dua tiga kali nak kata ke tak. Ego.

Lagi lagi kalau kena cakap maaf, sumpah, sampai kiamat tak terungkap. Kalau ada pun, sebenarnya tu tipu tipu je.
Ego.

Ego ni ada baik ada buruk.
Nak act tough depan orang tak nangis ? Your ego works well there fr.

Tu perangai aku yang dulu.
Sampailah aku terjumpa dengan seseorang yang akhirnya boleh runtuhkan ego aku.
Seorang guru yang sangat aku Hormati.

Aku ni narcissistic (my god I love it; gurau), tambah pula dengan ego aku yang tak kemana ni memang dulu aku ingat aku je yang bagus ;)

Tapi Sampailah guru aku tu point out kelemahan aku. Di situ titik mula aku cuba gugurkan ego setinggi everest aku tu. Rupa rupanya, bukan orang tu yang tak boleh dipercayai, aku yang tak nak percayakan dia, sebab aku ego.
Bukan orang tu yang tak boleh, tapi sebab aku yang tak bagi dia peluang untuk buktikan kelebihan dia.

The point is, aku TAK NAK.
Aku tak nak mengaku she is trustable and he is a good leader.

Tapi teguran guru sedikit sebanyak mengubah aku jadi open minded dan belajar kurangkan ego. Tbh, hidup lebih bahagia without any worries someone might surpass you hskshshjs. Because there will always be someone on top of
you. Buat kau lebih mudah untuk mengucapkan maaf dan terima kasih.

Cuma yelah, Walau dah kurang tapi still ego aku masih setinggi Kinabalu :D

Ego ni perlu dikawal, ada kala kau perlu ego, adakalanya kau patut buka hati, mata dan minda untuk melihat kecantikan dan kebaikan yang terdapat dalam diri manusia² di sekeliling kita, not just you.

Sekian,
Aku yang ego.

@eycahani
assalamualaikum w.b.t

Jadi memandangkann sekarang musim cuti sekolah.. lama pulak tu insya-Allah saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang bende yg boleh melalaikan kita time² cuti macam ni ..jadi bile sebut je tentang cuti kan mesti kita rasa 'yeayy boleh enjoy' 'aku boleh buat ape² je sekarang' sebb ape? Sebb kita dh tak terikat dengan peraturan sek semua kan..tapi perasan tak musim cuti ni allah akan uji kita dengan masa..ape kau buat time cuti? masa kau tu kau manfaat kan atau sia² kan? amalan kau kat sek sama tak macam kat rumah? ke kat sek je alim kat rumah hipokrit mula tunjuk perangai hm ..harini iman kita kembali turun sebab ape? Yelah solat pon lambat, rushing terkejar-kejar bende yg tak sepatutnye .. tengok cerita² lagha sampai ibadah kat allah kau lambat² kan ..jari tu sebuk taip fitnah/aib yg tak sepatutnye disebarkan tapi x digunakan untuk berzikir. mata pulak boleh bertahan berjam-jam scroll socmed , konten² yg takde tujuan sampai lewat malam tapi x digunakan untuk baca al-quran/bangun tahajud ...telinga banyak dengar lagu dari nasyid, selawat ..allah.. satu je nak tanya. kita sedar tak dosa yg kita buat? Of course kita sedar kan kesalahan kita tapi kita pilih untuk kalah, kita biar iman kita berguguran bagai daun kering yg tersapu angin. Kadang rasa bersalah tu ada tapi kau tutup dengan kata 'takpe masa banyak lagi' 'bukan aku sorang je yg macam ni, ramai lagi' betul tak?😊 Aih manusiaa allah tu kalau nak tarik nyawa kita.. sekarang pon boleh tau
Kita sebenarnya tau je ape yg salah apa yg betul, apa yg halal dan apa yg haram tapi masih buat jugak ..jadi kesudahannya--
Renung-renungkanlah kesalahan diri kita selagi masa masih ada lagini, perbaiki diri kita sekarang, isi masa cuti ni dengan hafal as sajdah, yassin , study dan sebagainya

-"Sungguh orang² yg berdosa berada dalam kesesatan di dunia dan akan berada dalam neraka di akhirat"
- "Pada hari mereka diseret ke neraka pada wajahnya dikatakan kepada mereka,'rasakanlah sentuhan api neraka' ".
(dari surah al-qamar ayat 47-48)

jadi itu sahaja daripada saya harap dapat memberi manfaat buat semua..cuti. cuti jugak tapi gunakanlah masa tu dengan sebaiknya okie maaf andai ada yg terasa sungguh ape yg saya tulis itu teguran buat diri saya jugak😊

barakallahufikum

- cr -
assalamualaikum w.b.t

Tajuk:Khusyuk Dlm Solat

Maksud:Khusyuk dalam solat adalah keinginan paling tinggi buat seorang Muslim yang menunaikan ibadah yang wajib itu.

Saidina Ali RA dan Sa’id bin Jubair mempunyai pandangan hampir sama iaitu khusyuk adalah orang tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, bahkan tidak mengetahui siapa yang berada di sebelah kanan dan kirinya.Manakala,Ibnu Abbas mengatakan khusyuk adalah tenang dan merendahkan diri.

Khusyuk boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:. Khusyuk Hati
Kehadiran hati semasa menunaikan solat untuk fokus menghadap Allah SWT, membawa rasa cinta, rasa mengangungkanNya, rasa takut terhadap seksaanNya. Dalam masa sama, seseorang juga rasa berharap dengan ganjaran pahalaNya, sehingga hati rasa dekat dan penuh penghayatan baik pada apa yang diucapkan atau yang dilakukan sepanjang solat.
2. Khusyuk Badan
Ia merupakan ketenangan dalam gerakan, beradab dan tidak tergesa-gesa semasa mengucapkan zikir atau doa. Ia juga bermaksud pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh kiri dan kanan serta tidak melakukan pergerakan yang sia-sia yang tidak ada kaitannya dengan solat.

Khusyuk dalam solat berlaku  pada seseorang yang mengosongkan hatinya untuk solat yang dikerjakannya. Hati akan melupakan perkara lain untuk memberi keutamaan kepada solat. Maka, pada masa itulah solat akan menjadi penyejuk hati.

Antara cara meraih khusyuk dlm solat:

1.Bersiap awal sebelum solat
Solat terbaik adalah pada awal waktu. Lakukan persiapan awal seperti bersugi dan mengenakan pakaian yang terbaik merupakan salah satu cara untuk meraih kekhusyukan. Dengan ini, kita tidak akan kelam kabut apabila tibanya waktu solat.
Hati dan perasaan menjadi tenang serta anggota badan akan lebih bersedia menunaikan solat. Khusyuk itu bukan sahaja terletak pada hati, tetapi juga pada anggota badan. Selaras dengan kata-kata Sa’id bin Musayyib rahimahullah dalam Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi,

“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”

2.Solat dgn Tenang dan tidak tergesa-gesa
Perlakuan solat seperti tidak mempunyai tamakninah antara rukuk dan sujud serta tergesa-gesa dilarang oleh Allah SAW. Baginda SAW mengingatkan dalam sabdanya;
“Sesungguhnya Nabi SAW masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah SAW menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”

3.Pengharapan yang tinggi kpd Allah SWT
Allah adalah semata-mata tempat berharap dan bukannya kepada makhluk atau material yang dimiliki. Solat adalah bukti pergantungan hamba kepada Allah kerana ketika ini kita paling dekat dengan Allah SWT terutama ketika sujud.

Jadi janganlah berhenti berusaha untuk meraih khusyuk dalam solat demi menjadikan solat kita sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
Jika tidak khusyuk dalam mendirikan solat, solat tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi nilai solat akan jatuh atau berkurangan. Sedangkan kita sewajarnya mengejar kemanisan khusyuk itu.

Semoga kita sentiasa berusaha meningkatkan kekhusyukan dalam mendirikan solat bahkan hati akan mudah menjadi khusyuk dan diterima oleh Allah SWT.

Sekian barakallahufikum

- cr -
Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang ade dekat dalam group ni. Kamu orang semua kena baca ni sampai habis, jangan skip okeyy, sebab harini saya akan kongsi satu ilmu yang sangatlah menarik.
        Jadi tazkirah yang saya nak sampaikan adalah tentang bersangka baik terhadap takdir. Jadi seperti yang semua dah tahu takdir adalah sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT terlebih dahulu which is mean penentuan daripada Allah. Jadi ramai daripada kita yang sukar untuk terima ketentuan takdir daripada Allah SWT ni. Ada yang diuji dengan musibah contohnya macam kematian ahli keluarga atau dilanda sakit berpanjangan. Sebenarnya Allah SWT turunkan takdir macam ni dekat kita hanyalah sebab Dia nak lihat sejauh mana kita sebagai hamba-Nya yang taat ini kekal istiqamah dan bersangka baik terhadap ketentuan-Nya. Hari ini saya nak kongsi satu ayat yang saya jumpa dekat media sosial :

“ Dear God, sometimes its hard for me to understand what you really want to happen, but i trust you. I know you’ll give me what’s best “

         Bila saya jumpa ayat ni, saya cakap dengan diri saya, “ betullah apa yang orang ni kata “. Nak tahu tak sebab apa saya fikir macamtu? Sebab hadis daripada Abu Hurairah RA juga berkata,

Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Aku Allah, menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Jika dia menyangka baik kepada Aku, maka baginya kebaikan sangka baiknya kepada Aku dan jika dia menyangka dengan sangkaan buruk kepada-Ku, maka baginya sangkaan buruknya kepada-Ku.” (HR Ibnu Hibban).

         Dekat sini dah jelas kata bahawa kalau kita bersangka baik terhadap apa yang Allah SWT tentukan terhadap kita, Allah SWT akan sentiasa mendatangkan kebaikan kepada kita. Jika tidak di dunia, maka di akhirat. Even, orang barat pun sendiri menggunakan teknik berfikiran positif untuk menaikkan lagi motivasi bagi meraih sesebuah kejayaan. Jika kita sebagai hamba Allah sentiasa bersangka baik terhadap takdir yg diberikan percayalah bahawa itu adalah tanda muslim sejati. Oleh itu, kita perlu beriman dengan ketentuan takdir Allah SWT dan selain daripada diberikan takdir yang cenderung kepada perkara yang baik-baik kita juga akan diuji dengan qadar yang buruk. Tapi qadar yang buruk ini boleh dihalang dengan kekuatan doa. Sebab itulah pentingnya doa dalam hidup seorang muslim dan sebesar-besarnya doa adalah dengan mengerjakan solat. Allah SWT pasti akan melaksanakan doa hamba-Nya dan hanya Allah SWT sahaja yang memberikan istijabah. Mesti kamu orang tertanya-tanya apa itu istijabah kan? Istijabah adalah memakbulkan doa. Istijabah ni boleh berlaku dalam beberapa situasi. Contohnya apa yang kita hajat, ditunaikan Allah SWT. Ada yang ditangguhkan buat sementara, iaitu ditunda ketika dunia, tapi diberikan saat kita lebih memerlukannya iaitu di akhirat kelak. Ada juga istijabah itu berlaku dengan cara Allah SWT menghalang takdir buruk berlaku kepada hamba-Nya. Sebab itulah penting kita berdoa walau di mana saja berada dan seluruh hidup kita perlu diisi dengan berdoa. Dan yang terakhir saya nak cakap yang jika benar hidup kita ni sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, maka jagalah solat lima waktu dan tambahlah dengan melakukan perkara kebaikan seperti berpuasa sunat dan sedekah.
        Sekian tazkirah daripada saya. Semoga apa yang saya kongsi pada hari ini memberi manfaat kepada kamu orang yang sudi membaca. Haaa cuti-cuti juga ye semua, tapi jangan lupa solat lima waktu 🙂

- cr -
Assalamualaikum wbt...tazkirah yang saya nak bagi hari ni ialah ibrah yang saya dapat daripada kisah cinta laila dan majnun...mula ii sekali saya nak minta maaf andai terlanjur kata atau tersilap cerita sewaktu saya menyampaikan kisah ini nanti...

بسم الله الرحمن الرحيم

Baik....sebelum saya ceritakan cerita dia...saya share pengenalan dulu...kalau dekat belah barat...macam kita semua tau ada Romeo and Juliet...tapi kalau kita tengok dekat belah arab persia...kita ada Laila dan Majnun.
Cerita Laila dan Majnun ni...dia ada banyak versi tau....ada versi Masnavi Rumi....selain tu ada jugak versi Nizami Ganjavi....versi yang saya nak cerita ni adalah dari versi Masnavi Rumi.....Cerita yang saya nak share ni bukanlah hanya semata-mata cinta kepada manusia....Masnavi Rumi buat cerita ni untuk kita percaya bahawa cinta yang mutlak itu adalah cinta kepada Allah SWT....Cerita dia panjang...tapi saya ambik dari beberapa episode yang saya pernah dengar je.

• Cerita dia begini....Majnun ( orang gila ) sebelum dapat gelaran tu...nama sebenar dia adalah Qais....macam mana dia bole suka kat laila ni ? waktu tu dia nak pegi sekolah...lepastu dia ternampak laila...lalu jatuh cinta pandang pertama...Lepastu bila diorang bercinta....ayah laila ni dapat tahu....ayah laila ni marah sebab mereka dari 2 kabilah ( mcm bani gitu ) yang berbeza....bagi ayah laila , cinta mereka akan mencemarkan nama keluarga diorang.
• Mereka pun dipisahkan....Qais pun sedih sampailah dia jadi gila....dan dapatlah nama Laila Majnun ( Orang yang tergila-gilakan laila )

Cerita 1
- Rumah laila ni buat kenduri tapi ayah laila tak jemput Majnun jadi Majnun pun pergi sendiri....dia tengok orang ramai beratur nak ambik makanan...jadi dia pun beratur....yang bagi makanan kat depan tu laila
- Sampai je giliran dia untuk ambik makanan....laila ambik piring dan lempar ke lantai....ayah laila nampak...jadi dia rasa gembira sebab dia fikir laila dah sedar yang majnun tu tak sesuai untuk dia
- Tapi tu bukan tujuan laila yang sebenarnya....jadi semua orang pun gembira termasuk Majnun....lepas tu ada orang tanya majnun "kenapa rasa gembira ? laila kan dah malukan kamu tadi ?"...Majnun balas " Bila masa laila malukan saya ? " " Apa yang laila buat ? "
- Orang tu pun bagitau balik apa yang laila buat tadi...lalu majnun cakap bahwa sebenarnya laila bukan memalukan dia tetapi bila piring tu dah pecah dan majnun tak dapat makanan...majnun akan beratur semula selepas itu mereka dapat bertatap - tatap mata melepaskan rindu

Pengajaran :
- Bila Allah SWT tak makbulkan doa kita walaupun kita dah rasa macam lama sangat....kita tak bole terus mengalah dengan rahmat-Nya sebab mungkin Allah SWT merindukan rintihan seorang hamba-Nya
- " Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah , kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani" " ( Az-Zumar : 53 )

Cerita 2
- Ada suatu hari....Majnun nak bertemu dengan laila...dia naik unta dia...tapi unta dia waktu tu baru je melahirkan anak...lepas tu unta tu pun bawakla majnun...tapi da separuh jalan , dia minta untuk patah balik sebab dia nak tengok anak dia
- Jadi majnun rasa macam...jalan yang sepatutnya pendek untuk dia bertemu laila jadi panjang sebab unta dia asyik nak patah balik untuk tengok anak dia...jadi majnun kata dekat unta dia "Sudahlah , aku tinggalkan kau di sini sebab cintaku dan cintamu sudah tidak sehaluan lagi , aku mencintai laila dan kamu mencintai anakmu"

Pengajaran 2
- Kalau ada apa ii yang menghalang kita untuk pergi mendapatkan cinta Allah SWT kita tinggalkan untuk mendapat redha-Nya yang lebih baik

Sekian daripada saya....yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri....Barakallahufikum

- cr -
Assalamualaikum wbt semuaaa ! sobahul khoir, good morning, selamat pagi dan seangkatan dengannya ..

Saya sebenarnya takde idea nk bagi tazkirah tentang apa and memandangkn skarang fyp saya dok penuh dgn Ramadan and puasa, so saya rasa nk share dgn korang semua tentang "Pintu Khas Syurga untuk Orang yang Berpuasa" .. tazkirah ni saya dpt time dengar tazkirah Ustaz Wadi Anuar, jadi kalau ada nk tambah apa ii tu silakn and kalau ada kesilapan tu mohon betulkan ehh 🥺 okayy saya nk mulakn tazkirah saya harini dgn 1 Hadis iaitu

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka: Mana orang yang berpuasa? maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari)

Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim pernah menyebut bahawa Hadis ni menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yg berpuasa .. jadi nk cakap kat sini, macam mana kita tahu ujian daripada puasa ni sangatlah besarkan and kedudukannya di sisi Allah SWT tu sangat mulia di mana Allah SWT telah sediakan 1 pintu khas yang dinamakan Ar-Rayyan iaitu pintu untuk orang yang berpuasa untuk masuk dalam syurga .. Malaikat yang jaga pintu syurga ni akan menyeru dan panggil orang yang berpuasa untuk masukkan dalam syurga melalui pintu ni dan takde sorang pun yang dapat melalui pintu ni melainkan mereka yang layak sahaja .. pintu ni dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” iaitu 'titisan air hujan yang pertama' .. Ia menjadi kiasan untuk orang yang berpuasa, bila kita masuk je dalam tu, segala kehausan kita akn hilang selama-lamanya .. sama macam bila kita sesat dekat padang pasir yang panas dalam keadaan haus, bila sebut je air, kita akn rasa kehausan tu semakin berkurang walaupun sebenarnya kita belum minum lagi air tu .. bayangkanlah bila kita dapat nikmati air tu time tengah haus, betapa nikmatnya tak dapat nak diungkapkan .. selain tu, Al-Rayyan ni juga membawa maksud 'orang yang tidak merasa dahaga' .. ia sifat yang sangat sesuai untuk orang yang berpuasa .. Mulla al-Qari pernah berkata: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.” .. Syurga tu sangat indah and terlalu mahal harga dia, so memang confirm untuk kita dapat masuk syurga ni sangat ii lah memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas .. dalam bulan Ramadan ni, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa ..

Ramadan ni dia macam hospital, tempat untuk kita pulihkan balik segala jenis sakit yang kita ada .. contohnya, sakit hati, sakit akhlak, and sakit ii maksiat yang kita pernah buat sebelum ni .. so bila keluarnya bulan ni pastikan sakit ii kita tu dah sembuh and jangan keluar dari bulan Ramadan ni dalam keadaan sakit .. biarkan kita keluar dalam keadaan kita sihat and dalam diri kita yang lebih baik dari sebelum ni 💗🤍

Jadi, sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad ﷺ dan teruskan berdoa supaya kita sempat ditemukan dengan bulan Ramadan yang mulia ni 🤍

Wallahualam

- cr -
bismillah assalamualaikum wbt , selamat pagi semua ! apa khabar ? insya Allah harini saya akan bagitau semua orang tentang cara kita beribadah ketika haid .

sepanjang tempoh kita mamnuk kita tak dibenarkan solat kan ? sampailah kita suci balik . walaupun kita dilarang untuk mengerjakan fardhu tapi kita bileh melakukan ibadah sunat seperti berzikir berdoa dan lain - lain .

semua nak tahu tak dalam pelbagai jenis doa , ada 1 doa yang kita boleh baca masa awal - awal darah haid kita keluar . nak tahu tak doa tu ?

doa ketika keluar darah haid : ‘Alhamdulillahi ‘ala kulli halin , wa astaghfirullaha ‘ala kulli zambin’

maksud dari doa ni adalah : segala puji bagi Allah atas segala perkara , aku mohon ampun dari-Mu Ya Allah ata segala dosaku

lepastu doa ni menarik bagi saya sebab ada banyak kelebihan seperti sepanjang haid kita akan mendapat pahala seolah - olah pahala kita beribadah , pahala 40 orang syahid , mudah meniti titian sirat dan dimudahkan perjalanan haidnya

Rasulullah saw bersabda : barangsiapa saja wanita yang mengalami haid , maka sakit yang mereka alami akan menjadi kafaroh / tebusan bagi dosa - dosa yang terdahulu jika baca doa itu di awal haidnya .

jadi semua dah tahu kan nak buat apa lepas je darah haid semua keluar ? jom kita sama - sama amalkan ye ?

jadi sampai situ je tazkirah saya maaf kalau terlanjur kata , ada typo ke , terkasar bahasa ke , maaf sangat ye , terima kasih kawan - kawan dan akak - akak sebab luangkan masa untuk baca tazkirah saya 🙂🫶

barakallahufikum .

- cr -
Forwarded from Dania Karmila
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi semuaa .

Jadi harini saya nak bagi tazkirah tentang kemanisan bersabar.Lagipun puasa dah nak dekat lagila banyak kita kena bersabar betul tak. Sebagai hamba, kita pasti diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian mengikut kemampuan kita. Macam tu jugak dengan Rasulullah SAW tidak lari daripada diuji oleh Allah walaupun Baginda seorang yang maksum iaitu bersih daripada dosa.

Dalam Allah memberi ujian kepada kita iaitu hambaNYA sama ada memberi ujian kesakitan, hilang orang yang tersayang, hilang pekerjaan tapi Allah tidak pernah jauh. Ujian adalah tarbiyah Allah kepada kita untuk lebih dekat dengan Allah. Setiap orang ditarbiyahkan dengan cara yang lain dan proses tarbiyah ini adalah untuk membentuk kita menjadi lebih baik dan memperbaiki diri menjadi yang terbaik.

Rasulullah mengajarkan kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang Allah berikan. Meskipun berat diuji dengan pelbagai rintangan. Sabar ni dia macam salah satu ciri utama ketakwaan kita dekat Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud;
“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).  

Sifat sabar sangat penting untuk mendidik hati menjadi lebih tenang dalam menghadapi musibah dan ujian. Sifat sabar ni perlu dididik dan disemai dalam diri kita dengan nilai keimanan dan kesedaran yang tinggi. Sebab, dalam kehidupan Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan dan kesabaran kita Allah.

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud;
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang – orang yang sabar”. (surah al-Baqarah: 155).

Ayat ini memberi penjelasan kepada kita yang janji Allah kepada mereka yang bersabar akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah sama ada pahala dan juga hikmah dalam urusan yang lain yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai kemanisan bersabar dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan.Jadi, kita kena sentiasa minta perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam sebelum buat sesuatu perkara. Yakin menunjukkan setiap jiwa kita mestilah menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan sesuatu perkara dan berusaha menghindarkan diri daripada sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah. Dengan cara ini, kita akan lebih tenang dan positif dalam setiap perkara yang bakal dilalui.
Memupuk kemanisan sabar juga haruslah dengan memperbanyakkan amal-amal kebajikan seperti bersedekah dan menolong mereka yang dalam memerlukan.

Seiring dengan firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud;
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. (surah al-Asr:1-3).

Jelas di dalam ayat ini untuk kita bersabar dan menjadi orang yang beruntung di sisi Allah.
Betapa Islam itu mendidik hambanya untuk lebih tenang dan sabar dalam setiap perkara yang dilakukan. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah, maka seharusnya kita tidak mudah tewas dengan apa sahaja ujian yang diberikan. Sabar menerima ujian dan tidak mudah merungut dan resah gelisah. Kerana setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmah dan tarbiyah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita melalui rahmat dan kebesaran-Nya. 

Sampai sini sahaja tazkirah saya pada hari ini.Barakallahufikum.
Forwarded from Syamimi Sanny
Assalamualaikum wahai akak2 dan kawan2 saya sekalian! Saya adalah pentazkirah bagi pihak form 2 harini. Saya x tahu apa nama tajuk but i'll try my best.

Pernahkah... Kita semua dizalimi oleh orang lain? Mesti pernah kan sebab itu merupakan salah satu ujian untuk kita yang diberi oleh Allah SWT. Soalan saya... Macam manakah kalian semua menangani kezaliman tersebut?

Kebiasaannya kita akan bertindak ikut perasaan kita. Contoh situasi: kawan kita terpukul kita secara tidak sengaja. According to human nature... Most humans will strike back with the same action or worse. Walaupun kita bergurau tapi tidakkah kita terpikir berkemungkinan kita akan overboard dengan benda tu? Macam kita balas balik tapi lagi kuat. Adakah perlakuan tersebut adalah betul?

Kita telah dibiasakan oleh orang lain untuk balas apa yang telah ditimpa oleh kita. Kebanyakan ini ditunjuk oleh orang barat. Bagi pihak ramai... Apabila kita balas balik ia dianggap sebagai "savage". In the end... We might be on the same level as them.

Rasulullah ajar umatnya untuk bersabar dalam apa2 perkara yang terjadi. Walaupun peritnya rasa sakit hati, untuk tenangkan hati kita semula adalah dengan meluahkan rasa sakit itu dekat Allah SWT. Lagi satu... Segala balasan bagi setiap perlakuan manusia hanya Allah saja yang boleh balas.... Ini adalah salah satu ujian yang ramai terlepas pandang.

Ada satu ungkapan yang amat menarik bagi saya. "Evil is inherited in humanity". Yang bermaksud kejahatan diwarisi dalam kemanusiaan. Dalam pandangan saya, "inherited" tersebut adalah bermaksud berkebolehan. Manusia berkebolehan jadi jahat.

Baiklah untuk jelaskan lagi, contoh lain... , ada satu kemalangan terjadi. A adalah mangsa manakala B adalah penyebab kemalangan tersebut. A terima kecederaan parah sehingga A sendiri cacat seumur hidup. Kalau keadilan... Ia akan jadi begini. Mereka berdua akan melalui sesi mahkamah dan akan diselesaikan dengan mengikut undang2 yang sedia ada. B akan terima hukuman yang adil yang sama rata dengan kecederaan A. Tapi kalau "revenge"... A sendiri akan hukum B sehingga A akan rasa puas.

Keadilan pada asasnya ditakrifkan sebagai konsep keadilan moral, yang berasaskan peraturan keadilan, etika, kesaksamaan dan undang-undang. Balas dendam pula merujuk kepada tindakan yang diambil oleh individu sebagai tindak balas terhadap kesalahan.

Soalan seterusnya... Bagaimana hendak kami tenangkan hati sekiranya keadilan itu tidak adil bagi kita? Well... First! Obviously kita kena redha. Itu semua merupakan qada' dan qadar Allah SWT. Kita juga kena move on sebab benda dah terjadi dan tidak boleh diubah walau betapa banyak hardwork kita letak. Kita kena move on and make do with what we have now. Kalau nak betulkan apa2 kesalahan... Start from the core. Nak betulkan sistem sekolah... Kita sebagai ketua pelajar mestilah kena buat peraturan yang adil bagi semua pihak. Nak dakwah... Mula dengan diri sendiri dan dekat orang yang paling dekat dengan kita... Macam Rasulullah. Penuhkan diri dengan ilmu supaya apa yang kita nak dakwah... Tidak lah tersalah ilmu. Lagipun revenge datang dari bisikan syaitan kerana api yang di dalam hati kita tak reda2 lagi.

Di sini nak cakap yang perasaan manusia sangat kuat sehingga boleh menyebabkan kita boleh terjerumus dalam maksiat. Apa2 pilihan yang nak dibuat... Hendaklah dibuat dengan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebab tidak semua benda yang kita suka adalah bagus untuk diri sendiri dan agama kita. Hanya akal yang sihat dapat melindungi diri daripada kemaksiatan. Jagalah perasaan masing2 kerana perasaan ini sangat bahaya kalau tidak dijaga dengan elok.

Itu sahaja untuk harini. Yang salah datang daripada saya dan betul datang daripada ilahi. Maaf segala kesalahan saya terhadap tazkirah ini... Kalau ada apa2 pembetulan... Sila bantu saya baiki kesilapan saya kerana saya tidak mahu sebarkan nasihat yang salah. Assalamualaikum semua... Have a good day! 😊
Forwarded from Aisyah Farhani
Soalan

Assalamualaikum, ustaz. Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan kat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.

Justeru itu, bagi mengelakkan segala kemudaratan dan maksiat, menjadi satu kewajipan untuk memuat naik yang menutup aurat dengan sempurna serta tidak melanggar adab, etika dan kesopanan seorang muslim.

Wallahu a’lam.

Huraian Jawapan

Dengan kemunculan dan pembaharuan pelbagai sistem tetapan dan ciri yang menarik di media sosial, pengguna media sosial ini perlu mengamalkan adab dan etika serta sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada diri, agama dan negara.

Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.

Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠) وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Surah al-Nur (30-31)

Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.

Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi. Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا ‌تُبَاشِرُ‌ المَرْأَةُ ‌المَرْأَةَ، ‌فَتَنْعَتَهَا ‌لِزَوْجِهَا ‌كَأَنَّهُ ‌يَنْظُرُ ‌إِلَيْهَا

Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.[1]

Riwayat al-Bukhari

Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu. Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)[2]
Forwarded from Filza Ahmad
Syaaban Mencorak Ibadah Di Bulan Ramadan

Rasulullah SAW, para sahabat dan kebanyakan para salafussoleh mengatakan bahawa bulan Syaaban sebagai bulan persediaan sebelum memasuki bulan Ramadan.

Rasulullah SAW juga menjadikan bulan Syaaban sebagai muqaddimah persediaan iaitu dengan memperbanyakkan puasa.

عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت:(لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم يصوم شهرا أكثر من شعبان)
Dari ‘Aisyah R.A pernah berkata bahawa, “Nabi SAW tidak pernah berpuasa lebih banyak selain daripada bulan Syaaban.”
(HR. Bukhari)
Bismillah Assalamualaikum semua ini Serba sedikit Dr saya, apa ii soalan boleh pm @eycahani di ig insha'Allah Segala update sy akan update sini jugak

Barakallahufikum walllahualam

Moga moga ALLAH buka kefutuhan ilmu ke atas Kita untuk menerima ilmu ilmu baru :)
Pada Aku, Ramadan kali ni Aku dapat pengajaran yang tak pernah Aku dapat sebelumnya. Dulu Aku ingat puasa ni setakat tahan makan minum carut semua tu je tapi Aku salah. Allah hantar Ramadan bukan sebab tujuan tu. Itu hanya metafora. Itu hanya contoh.

Dalam perjalanan pada Allah, Aku lupa, Kita tak ada syaitan je, ternyata nafsu tu 70 kali banding syaitan. Nak kalahkan nafsu, lagi payah dari syaitan. Bulan ni jadi saksi, muhasabah diri masing².

Dulu aku tak faham, medan didik diri pebenda. Akhirnya Aku faham, mendidik nafsu daripada ammarah kepada nafsu mutmainnah. Nafsu ni payah, Allah kata Dalam Quran, nafsu ni dia bawa pada Yang jahat², kalau tak jahat, dia suh tinggal hat baik. Nak buang tak boleh, nafsu tu diri kita. Translate mana² pun memang jawapan dia 'diri'. نفس

Sebab tu Allah bagi metafora tahan makan minum sebab tu nafsu paling suka. Lepastu Allah suruh hidupkan malam² sebab nafsu suka tidur. Kata ulama, nafsu ni ibarat binatang tunggangan, kalau kita tak naik dia, dia naik kita. Dan bilamana dia naik kita, kita gagal. Kita kena belajar mujahadah lawan nafsu ni sampai kita boleh naik dia, barulah boleh masuk syurga sampai Allah panggil "wahai jiwa² yang tenang, masuklah dalam kalangan hamba²Ku, masuklah dalam syurgaKu" (QS AL FAJR)

Tapi satu perkara lagi Aku belajar, Ya Allah astagfirullah susahnya. Tapi usahalah sehabis baik jangan putus asa, ulama bagi kaedah, mana² hat nafsu tak suka buat, buat hat tu dulu. Kalau tiba² rajin nak solat tapi malas baca Quran, pi baca Quran dulu solat nanti. Itu cara Kita menunggang nafsu. Inilah Yang menbentuk taqwa. Sebabtu Allah kata ibadah lain untuk kita, tapi puasa, Dia hat nilai sendiri. Iaitu taqwa kita. Mujahadah Kita.

Apa²pun, teruskan usaha kita menunggang nafsu pada hari² akan datang, jangan stop sini. banyakkan berdoa pada Dia sebab akhirnya, Dia pemilik nafsu kita. Susah² dulu kat dunia, nanti balik sana baru boleh rehat ;)

Wallahualam
2025/10/21 07:54:13
Back to Top
HTML Embed Code: