Telegram Web Link
Forwarded from 12staryy
Tentang Berserah Kepada Tuhan

"Barangsiapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH & dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya & tidak ada rasa takut pada mereka & mereka tidak bersedih hati"
- QS Al Baqarah ; 112 -

"فإذا عزمت فتوكل على الله"
"Maka apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH"
- QS Al Imran ; 159 -

Melafazkan kata tawakkal itu mudah, tapi benar, kita manusia yang punya kerisauan, ketakutan, dan kebimbangannya tersendiri.
Tiap kali kita kata, "ah tawakkal jelah, kita kan dah usaha" tipulah kalau tak terdetik dalam hati, "eh, macam mana ek result/pointer/kerja/gaji/jodoh dll"

Sekadar berserah itu mudah, tapi 'berserah sepenuhnya' itu payah. Keyakinan seperti apa yang perlu kita capai untuk menyerahkan semuanya kepada ALLAH ?

Apa-apa pun, tetaplah tenang. Sekalipun kita masih belum mampu capai level berserah sepenuhnya, tetaplah tenang. Yakinlah bahawasanya Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Dengan syarat, jika kau meletakkan harapan, letakkan segala harapanmu kepada ALLAH, bukan kepada makhluk. Yakinlah dengan Dia. Aku janji, kau pasti takkan kecewa. Jika kau cukup yakin dengan Allah, baik atau buruk, semuanya baik. Bersangka baiklah dengan Dia. Dia pasti akan meletakkan kau di tempat yang sesuai dengan kemampuan kau. Itu janji Dia, jelas dalam Surat cintaNya.
Kerana itu, orang yang benar² berserah kepada ALLAH, tiada ketakutan mahupun kesedihan dalam hati mereka. Yakinlah, semuanya baik untuk kita, yakin dengan Dia. Orang putih kata, have faith.

Teruskan berdoa. Berdoalah bahawa ketetapan yang Dia tetapkan untukmu baik² sahaja.

Walaupun kita masih mampu berserah sepenuhnya, teruskan berserah. Kalau datang risau & takut dalam hati, mintalah pertolongan dari Allah, supaya semuanya baik² sahaja.
"Ya Allah jadikan hamba hamba yang bersyukur dengan segala kurniannMu dan jadikan hamba hamba yang reda dengan segala ketentuanMu"

Buat kamu, aku serahkan kita kepada ALLAH. Apa² yang akan datang, baik atau buruk aku doakan semuanya baik. Yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Aku menjadi saksi, Aku tak pernah kecewa dengan Tuhan yang bernama Ar Rahim.

:)

- 14062024 -
Forwarded from "Naseehat " 🤍
Untuk memberi nasihat ini, Ana sendiri belum layak rasanya, kerana tahu diri sendiri masih bertatih dan berjalan, cuma Ana hanya mampu kongsikan nasihat yang guru Ana bagi dan Ana selalu bawa kalamnya kemana-mana jua :

Setiap org yg mempunyai keinginan yg tinggi utk mujahadah dan istiqamah mesti perbaharui niat ikhlas kerana Allah setiap masa. Setiap kali niat berubah arah, teruskan berusaha untuk perbetulkan dan perbaharui niat.

Segala pokok pangkalnya bermain dgn niat. Bermula dgn niat, seseorang mampu berjaya dim suluknya. Bermula dgn niat juga seseorang itu termasuk dim kalangan org yg binasa.

Bila kita niat kerana ingin mendapatkan pandangan manusia, dkt situ kita akan susah untuk mujahadah dan istiqamah. Sebab tu para ulama sarankan utk beruzlah. Waktu uzlah tu perbaiki niat, perbaiki hati, buat lillahi taala, takda manusia yg nampak, tkda manusia yang tahu. Hanya kita dgn Allah. Ketika itu kita pasti diuji, tetapi sekuat mana niat dan azam kita utk buat kerana Allah, selagi tu kita akan berjaya lepas ujian tu.

Selain niat, kena selalu bersuhbah dgn orang-orang soleh. Dan jgn tinggalkan majlis ilmu. Jangan tinggalkan ta'lim.

Cari sahabat yang satu hati, Ingatkan pada akhirat,

Sebab perkara ini sgt memberi kesan, Sepanjang ana berjalan,

Ada seorang akak, yang saya kagumi, Setiap hari mesti tak terlepas dari ingatan agama, bahkan amalan itu sendiri

Paling sentap, bila soal kematian):
Forwarded from 12staryy
TENTANG TUHAN YANG TIDAK MEMBERIKAN SEGALANYA DALAM SEKELIP MATA

Aku cukup suka dengan satu quote daripada Ustazah Halimah Alaydrus tentang Tuhan yang tidak memberikan segalanya secara instant. Kata Ustazah, kalau kita doa nak sabar, adakah Allah akan terus memberikan kita sabar tu secara instant. Tak. Yang pastinya, Allah akan datangkan ujian demi ujian, dan melalui ujian-ujian itulah kita belajar erti sabar dan akhirnya, jadilah kita orang yang sabar. Begitulah cara Allah mengabulkan doa-doa kita. Allah nak ajar kita erti usaha.

Kita doa pada Allah nak perform dalam exam, kita duduk diam jeke, tidur 24/7 then terus dapat flying colours ? No. kita kena usaha, attend kelas, buat homework, buat latihan. Usaha. Kita doa pada Allah supaya jangan diletakkan cinta dunia dalam hati, Allah tak terus buang rasa cinta dunia tu magically dari hati kita, tapi Allah akan datangkan ujian-ujian keduniaan kepada kita. Kalau kita berjaya hadap ujian-ujian tu, insyaaAllah disitulah rasa cinta dunia kita akan digugurkan dari hati kita. Kalau tak berjaya ? cuba lagi sampai dapat. Lihat macam mana cara Allah mendidik kita. Katakana pulak kita doa pada Allah jangan sibukkan kita dengan duk memikir soal jodoh etc. Allah tak terus buang rasa tu terus daripada haati mahupun fikiran kita, tapi Allah datangkan pulak ujian berkenaan jodoh tu pada kita. Bila kita berjaya overcome ujian tu, barulah dapat hasilnya yakni hilang pemikiran tentang jodoh tu. Cantik tak Allah susun ? Allah nak ajar tak semua benda di dunia ni boleh minta, terus dapat sekelip mata. Ini dunia sayang, bukan syurga. Bahkan syurga pun perlukan usaha untuk kita dapatkannya apatah lagi dunia tipu-tipu ni.

Ulama kata, kita wajib bagi kita menjalani jalan usaha, tapi tak boleh kita gantung dengan usaha kita tu bahkan bergantunglah pada Allah. Hakikat dunia ini medan ujian. Maka, apa-apapun yang kamu doakan, mintalah kemudahan dan kekuatan daripada Sang Pemberi. Manakan dapat kita tempuhi ujian tanpa bantuan-Nya. Manakan dapat kita bernafas jika bukan kerana rahmat-Nya. Setiap kali kamu berdoa, ingatlah, jalan dihadapannya adalah ujian, kerana bukan semuanya sekelip mata. Berjuanglah, dunia ini tak mudah, kerana syurga je tempat kita rehat :)

11072024
Forwarded from 12staryy
TENTANG SUNNAH ORANG BERJUANG


Penat. Ya, satu pekataan itu cukup menggambarkan perasaan aku ketika ini. Sunnah orang berjuang itu ujian datang bagai ombak tiada henti. Jalan ini ya Allah, sungguh aku tak tahu berapa puluh kali aku terfikir untuk give up sahaja. Bukanlah give up dari kehidupan, bahkan give up dari mengejar Dia. Sungguh, payah sungguh jalan ini Ya Allah. Sungguh, aku tidak tahu kemana perasaan ini harus aku tujukan. I grew up, observing everything that happens around me, and I learn a lot. Makanya, Aku jadi belajar sendiri, apa-apa yang terjadi, aku ceritakan sendiri semuanya kepada Allah. Sungguh, sujud adalah ‘safe place’ yang paling safe dalam alam semesta ini. Disitu ada comfort, disitulah ‘home’. Aku jadi belajar sendiri untuk tak bergantung dengan dunia, untuk tak bergantung kepada manusia. Sebab aku tak pandai menterjemahkan perasaan melalui lisan, bahkan menulisnya begini pun tak terungkap tentang kesakitan dan keperitan ini. Akhirnya, aku faham sendiri, bercakaplah dengan Allah, bermanjalah dengan Allah, mengadulah kepada Allah. Bahkan jika kau tak lagi mampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata, bahkan ketika hanya air mata yang berbicara, bahkan ketika kau hanya mampu meraung dan mengadu melalui suara hatimu, bahkan ketika hatimu pun kaku dan sepi dari kata-kata, Allah faham semuanya, Allah tahu semuanya, Allah dengar semuanya. Tak perlu kita menuntut seseorang untuk mendengarkan kita, Allah dah terlebih dahulu mendengar. Tak perlu kita memilih siapakah yang patut dipercayai untuk aku ceritakan masalah aku, kerana Allah itu Sang Pemilik Rahsia. Tak perlu aku cari siapakah yang memberikan nasihat terbaik kerana semuanya sudah dinukilkan di dalam Al-Quran serta melalui lisan kekasih-Nya. Tak perlu aku cari bahu sebagai tempat bersandar kerana sujud itulah tempat bersandar terbaik dimana aku akhirnya boleh melepaskan nafas lega, menghela lelah dan merasa ‘safe’ kerna tahu, Dia takkan judge kita.


Sunnah orang berjuang, tak reti aku menceritakannya. Ytjt. Sungguh, aku penat. Sungguh, dunia ni cukup menyakitkan, duhai diri, macam mana lagi nak buat kau faham ? Dunia ni terlalu berkilauan sehinggakan aku begitu tertarik untuk mendekati walaupun tahu dengan sepenuh hati bahawasanya dunia ini tiada nilainya disisimu walau sebesar dan seberat sayap nyamuk-Mu. Apakah hipokrit cintaku padaMu dan kepada Rasulullah ? apakah munafik aku kerana berdusta dengan cintaku kepadaMu dan kepada kekasih-Mu ? adakah derhaka aku kerana bermain-main dengan taubatku, harini bertaubat namun esok masih jatuh di takuk yang sama ? aku jadi marah dengan diri sendiri aku jadi kecewa dengan diri sendiri. Eh, wali-wali-Mu ya Allah, ujian apakah yang mereka hadapi untuk sampai ke maqam itu ya Allah ? mujahadah seperti apakah yang mereka lalui untuk zuhud seperti itu ? ujian keduniaan seperti apakah yang mereka lalui sehinggakan tiada langsung setitik dunia di dalam hati mereka dan bahkan yang ada hanyalah diri-Mu di dalam diri mereka ? cinta semacam apakah yang dimiliki oleh Rabiatul Adawiyah sehinggakan syurga atau neraka pun tak mampu untuk menggoyahkan cinta dan keikhlasannya kepada-Mu ya Allah ? Sehinggakan tak perlu dia kepada dunia mahupun lelaki kerana tak sanggup dia letakkan selain-Mu di dalam hatinya. Cinta semcam apakah itu ya Allah ? mampukah aku sampai ke maqam itu ya Allah ? kekuatan seperti apakah perlu aku kumpulkan untuk berjalan lagi ?

Ya Rasulullah, cinta semacam apakah para sahabatmu padamu ya Tuan, sehinggakan Sayyidah Khadijah sanggup memeberikan segalanya untuk membantu dakwahmu sehinggakan tulangnya pun sanggup beliau wakafkan untuk jalan ini ya Rasulullah ? cinta semacam apakah Saidina Abu Bakar kepadamu sehingga seluruh hartanya dihabiskan untuk membantumu dalam dakwahmu, sehingga ketika menemanimu berhijrah ke Madinah yang ditinggalkan kepada keluarganya di Mekah adalah “Allah dan Rasul-Nya”, sehinggakan beliau boleh diam tak mengeluh kesakitan Ketika dipatuk ular di dalam Gua Tsur demi menjamin keselamatanmu ya Rasulullah ? cinta semacam apakah yang dimiliki seorang sahabiah itu sehinggakan
Forwarded from 12staryy
tidak dihiraukan berita tentang syahid ayahnya, suaminya dan anaknya di dalam perang selagi tidak melihat sendiri bahawa engkau, ya Rasulullah, baik-baik sahaja ? cinta semacam apakah yang dimiliki guru-guruku kepada Tuan, sehingga Dewan Selawat itu dibina dengan tangannya sendiri, sehinggakan mampu beliau berselewat kepadamu selama 24 jam dengan rehatnya yang kurang daripada 4 jam, sehinggakan bersinar mata dan wajahnya saat menceritakan tentangmu Tuan, sehinggakan menangisnya kerana terlalu rindu untuk melihatmu lagi, sehinggakan lebar sungguh senyumannya saat menceritakan tentangmu, tentang akhlakmu, syamailmu, sirahmu ya Tuan. Cinta semacam apakah itu, ya Rasulullah ? mampukah aku mencapainya Tuan pemilik kepada sekalian cahaya? Bantulah cinta ini ya Allah.


Ya Rasulullah, dulu hamba tak faham mengapa guru berkata bahawa Tuan adalah pintu dalam menuju cinta Rabb. Kini, baru aku memahaminya. Tuan, engkaulah kekasih-Nya yang tertinggi. Sukalah kita akan apa-apa yang dilakukan oleh sang kekasih. Maka segala tindak-tandukmu Tuan, segala sunnahmu sepanjang 63 tahun kehidupanmu, adalah segala apa yang Sang Kekasih cinta. Maka dengan mengikuti sunnahmu dengan sebenar-benar ikutan sebagaimana orang yang menjejaki jejak kaki orang yang berjalan dihadapannya di dalam salju, barulah dapat akan cinta Tuhan. Kerana mengikuti jejak kekasih, bakal dikasihi Sang Kekasih.


Hamba mohon kekuatan untuk terus berjalan ya Allah. jadilah dunia dan akhirat, semuanya hasanah, hidupkanlah ,matikanlah, bangkitkanlah dan himpunkanlah dengan iman ya Allah. Janngan kau biarkanku walau sesaat ya Allah. Bantulah hamba, ya Allah.

Aamiin ya Rabb.


13072024, 0144am
Forwarded from 12staryy
MONOLOGUE

Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku berjaya lulus jpj harini dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Sepanjang sebulan lebih ni aku belajar ambil lesen, manual pulak tu. Aku tak tipu, sumpah aku ketar-ketir lutut. Setiap kali nak kelas, aku kena prepare mentally about 2-3 days prior. Untuk qti dgn jpj ni pulak aku prepare selama 1-2 minggu hehe.

I’ve learned a lot through this short experience. I’m a timid person. Or senang kata, penakut/pengecut. Aku tak suka keluar dari comfort zone aku. Dan ambil lessen adalah benda yang keluar dari comfort zone aku. Berapa banyak kali aku sendiri overthinking bad scenarios while driving. Too many bad thoughts yang buatkan aku takut sangat-sangat nak pergi kelas and test. Tapi, benda dah bayar, mahal kot RM1.5K kot. Jadi, bak kata ustaz aku, hadap jelah. Aku gagahkan dan gigihkan jugak diri aku untuk datang setiap kelas and test.

Alhamdulillah, actually, those bad scenarios that we always overthinking about is not happening. Remember, it only happened in your mind, doesn’t mean it can actually happen. Kita banyak kali step back dari sesuatu challenges that was bestowed upon us sebab kita bayangkan benda-benda buruk yang boleh jadi if we take on those challenges. I learned that, if we want to grow, we need to get out of our comfort zone, and face it, either we want to or not. Kita tak tahu apa yang kita capable of, so trying something new won’t hurt. “kalau orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh buat ?”, itu ayat yang aku guna untuk memotivasikan diri sendiri. Disamping assuring diri sendiri yang segala overthinking aku tu tipu-tipu belaka.

Aku minta motivation dari kawan-kawan aku, tapi tbh, if you only depends on external motivation without you yourself giving an internal motivation, it won’t work. Bagilah sebanyak mana pun kata-kata motivasi kat kita, kalau kita sendiri tak ada motivasi, tak jadi jugak. Makanya, your own thoughts and motivation is very important on facing any challenges. So, be good to yourself. Yakin dengan diri sendiri. Untuk case aku, antara sebab aku ni timid, aku kurang percaya diri sendiri. Tapi bila aku start percaya yang aku boleh buat flawlessly, see ? alhamdulillah aku lulus jpj lesen D in one go. You need to give yourself the recognition it deserve. Only with that way, you can make the seemingly impossible possible. Why I said ‘seemingly impossible’ ? nothing in the world is impossible. Maybe, delulu is the solulu. Delulu all you want, doa pada Allah plus usaha, all your delulu with come trululu, InsyaaAllah. If you firmly believe in Him, nothing is impossible. Apa yang mustahil untuk Tuhan yang menciptakan segala sesuatu di alam ini ? so, with His help, nothing is impossible.

One thing, no matter how much you try to give yourself your own motivation, kadang akan datang those bad thoughts. So, try to push it away. It cant be helped sometimes. Tapi, indahnya kalau kita hidup bertuhan, doalah pada Allah minta Allah bantu kita. Kita manusia biasa, dah pasti ada kerisauan dan keraguan sendiri, that’s very human, you can’t deny it. Jadi, sebagai manusia biasa yang tak ada apa-apa kuasa bahkan ke atas dirinya sendiri, mintalah bantuan dari yang Maha Berkuasa. Letakkan seluruh keyakinanmu dan harapanmu kepada Allah. Dia tak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.

Sebab aku nebes sangat, aku amal satu zikir ni dari al mathurat which is.

”Allahumma inni a'uuzubika minal hammi wal hazan. wa a'udzubika minal ajzi wal kasali, wa a'udzubika minal jubni wal bukhli, wa a'udzubika min ghalabatid daini wa qhrir rijaal”

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan curang, dan aku berlindung kepada-Mu dari belenggu hutang dan penindasan terhadap rakyat. (Sahih Bukhari)

Alhamdulillah, bacalah dengan yakin bahawa Allah akan tolong kita, masuk-masuk je kereta, hilang terus ketar-ketir. Dalam berdoa ada 2 key, doa dengan khusyu, dengan hati dan yakin yang Allah akan qobul doa kamu.
Forwarded from 12staryy
Akhir sekali, segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segalanya untuk saya. Jangan lupa berterima kasih pada Allah atas setiap hal yang berlaku. Kalau Allah tak tolong, tak kemana kita. Bukanlah apa yang kita dapat tu kita yang menjayakannya, hakikatnya Allah lah yang menjayakannya. Jangan kata ‘sebab kita’ tapi katalah ‘sebab Allah’.

Last but not least, get out of your comfort zone ! there’s no growth in comfort zone, go out, then you can grow to be a better human being. Be proud of yourself, be brave and make the impossible possible ! cheers to youth !

17072024, 0108am
Forwarded from "Naseehat " 🤍
KEPENTINGAN ILMU BAGI WANITA

Kedudukan wanita dianggap rendah di sisi masyarakat Jahiliyyah. Pada zaman tersebut, wanita hanya dianggap sebagai objek penghambaan, dinafikan hak-hak mereka bahkan kedudukan mereka dalam masyarakat dianggap hina dan lekeh.

Lelaki dan wanita seperti kasta yang berbeza. Sehinggalah Islam datang, membetulkan segala kebobrokan itu.

Islam telah meletakkan wanita pada suatu kedudukan yang berbeza sebelum kedatangannya. Sehinggalah, muncul susuk-susuk nama yang masyhur dalam lipatan sejarah. Mereka dalam kalangan syuhada' dan alimat.

Peranan mereka dalam masyarakat mula diambil kira dan sehingga ke hari ini, diambil riwayat-riwayat hadis mereka dan dibahaskan hukum-hukum daripada riwayat mereka.

Dalam Sunan al-Nasaie, pada bab yang membahaskan tentang hadis-hadis Haid dan Istihadhah terdapat beberapa orang perawi hadis wanita yang masyhur yang diambil riwayat mereka oleh al-Imam Abdurrahman al-Nasaie. Mereka adalah:

1) Ummu Salamah, yang bertanyakan kepada Nabi persoalan Haid seorang Mu'tadah - orang yang kebiasaan datang haid.

2) Fatimah binti Qais atau juga disebut sebagai Fatimah binti Abi Hubaisy, yang menanyakan soalan berkenaan hukum haid bagi Mumaiyyizah kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasalam.

3) Hamnah atau Ummu Habibah binti Jahsy yang menanyakan kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasalam berkenaan hukum Mustahadah.

Kata Tuan Guru Haji Suhaimi, ini menunjukkan bahawa ilmu bagi seseorang wanita sangatlah utama, terutama apabila berkait dengan permasalahan yang berlaku ke atas diri mereka sendiri iaitu hukum-hakam haid dan istihadhah.

Para perawi wanita ini, mengambil peluang untuk bertanyakan lansung masalah-masalah haid dan istihadhah kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasalam, agar mereka memiliki kefahaman dan ilmu tentangnya. Peristiwa tersebut direkodkan sebagai riwayat hadis yang diterima.

Sayugialah, setiap wanita yang ada pada hari ini, mencontohi wanita-wanita di zaman Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam, yang masyhur dengan kedudukan mereka sebagai alimat yang menjadi sumber rujukan bagi permasalahan Fiqh Wanita.

Menuntut ilmu bukanlah pada faktor usia mahupun jantina. Bahkan, tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat. Tujuan daripada ilmu adalah makrifah, dan akhir pada sekalian makrifah adalah MakrifatulLah. Moga dengan makin berilmu, makin hampir pada MakrifatulLah.
Forwarded from "Naseehat " 🤍
Hati ini tak bertulang.
Tapi, meski begitu, ia juga bisa patah 💔. Dan patah hati terbesar seorang hamba adalah saat hatinya ingin taat, tapi raganya terjebak dalam jeruji kemaksiatan dan kelalaian. Sungguh, betapa pahitnya hidup saat jauh dari Allah 💔🥀
RAHSIA BISMILLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di sini Allah sebut dengan nama Nya, yang mana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2 sifat ini adalah sifat Allah yang termasuk dalam Asmaul Husna, yang 99.

Ertinya sifat-sifat Allah yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan 1 pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah.

Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Allah tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertiya kebesaran dan keagungan Allah tidak ada kesudahan tetapi Allah hanya sebutkan 99.

Daripada 99 sifat Allah itu, Allah sangat menonjolkan sifat rahman dan rahim Nya. Sebab itu Hadis ada menyebut,

"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya."

Mengapa Allah tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain?

Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:

1) Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol.

Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. Hidup lagi aku. Sayangnya Allah dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup. Hidup itu sendiri adalah rahman dan rahim Allah. Bila kita pergi bilik air, itu rahman dan rahim Allah. Boleh melangkah lagi aku. Allah sayang lagi dengan aku. Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu, bila dapat air, terasa segar. Itulah kasih sayang Allah. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu rahman dan rahim Allah. Mandi, bernafas dalam bilik air.

Lepas itu kita boleh sembahyang dengan rahman dan rahim Allah juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga rahman dan rahim Allah yang berlaku setiap detik.

Kita melangkah kaki, memijak di bumi Allah. Kalaulah Allah jerluskan, kan dahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Allah. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, Rupaya mata aku tidak buta. Ini rahman dan rahim Allah. Dengan rahman dan rahim Allah itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Allah.

Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diri Nya dengan 2 sifat ini. Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat rahman dan rahim Allah sangat menonjol. Sifat rahman dan rahim Allah yang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti.

Jadi munasabahlah Allah suruh menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang tertonjol.

2) Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat samada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah, jangan lupa bacalah Bismillah

Supaya lahir cinta terhadap Allah. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cnta Allah, itu tidak jadi masalah bagi Allah. Keagungan Allah tetap. Dia tidak berubah samada kita cinta atau bencikan Nya. Allah seolah-olah mengajar kita, apabila kita membaca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Allah. Supaya kita cintakan Allah. Agar kita jatuh hati dengan Allah. Faedahnya bukan untuk Allah.

Kalau orang cintakan Allah, automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, berkerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan. Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Allah. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam rahman dan rahim Allah itu, bila kita kaji hikmahnya, dalamnya itu ada rahman dan rahim. Hikmahnya itu juga adalah rahman dan rahim Allah. Dalam rahman ada rahman. Dalam rahim ada rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan.

3) Allah suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah

Ertiya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksudnya yang lain?
Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Allah. Rasa kehambaan itu sifat tawaduk yang wajib. Allah suka sangat hamba itu rasa hamba. Jadi bagi orang yang prihatin, dengan sendiri dia jadi tawaduk, rasa perlu dengan Allah, dia rasa kalau tidak kerana Allah, dia tidak boleh hidup. Lahir rasa bertuhan. Tidak besar ke? Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Allah.


4) Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian, makan minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat

Kalau tidak berkat, Allah tidak bersama kita. Bila Allah tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makan minum, penyakit pun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah satu bala dari Allah. Buat apa pun kalau tidak baca Bismillah, walau pun berjaya Allah beri secara istidraj. Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Meniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Allah marah, diberi secara istidraj, untung di satu sudut, di lain sudut Allah tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.

5) Kalau kita kaji lagi dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca surah al-Fatihah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja

Tetapi bagi Al Fatehah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatehah, batal solat. Apa maksudnya?

Sebenarnya kita baca Bismilah ini kasih sayang Allah. Bagi kita Al Quran yang isinya ada dalam Al Fatehah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan apply-kan nya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Allah yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Begitu kasih sayang Allah.

Patutlah Allah suruh baca Bismillah di awal Al Fatehah sebab Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatehah, tidak seperti surah-surah lain.

Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah rahman dan rahim Allah. Apa yang dicerita tadi, termasuk dalam isi Fatehah. Didahulukan ia supaya kita nampak sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Allah yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah. Sebab nikmat Allah ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifat roh. Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa. Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.

Setakat itu pun kita sudah terasa hebatnya Bismillah itu. Terima kasih ya Allah....

SILA SHARE DAN SEBARKAN
"Just like the moon and the sun who always got shadowed by the clouds,
Do they hate the clouds ?
Or do they hate themselves of not being able to shine properly ?
Because I do"

seriously, what do the moon and the sun feels like ?
who does they hate ?

sometimes, a rainy and pitch black day come over
tucking you in your own misery,
leaving you there, numb.

some day, we all feel like we are being the best version of ourselves,
and there's also a day where we hate and despise ourselves so much that even looking at ourselves in the mirror are a pain in the ass.
we couldn't bear to sleep because we were reminded by our own guilt, our own fault.
we rack our brain on how we could've done better at something that we have a guilty conscience for.
we beat ourselves up because we couldn't forgive ourselves.
we couldn't forgive, we despise, we get angry at ourselves and at last, we lost ourselves.

finally, i have an answer.
the moon and the sun hate neither the clouds nor themselves.
we're only human being so no one is perfect.
one is always trying their best despites their shortcomings.
we can't hates the clouds too, because it's only a testament for us.

it's our first time living,
be gentle to yourself.
if you feel like falling, it's okay. just dont fall apart, okay ?
if you're tired running, then walk.
if it's still tiring, catch a breath.
strategize, "what do i do after this ?"

keep trying.
no matter how many times you keep coming back to square 1,
ttry again and again and again,
don't give up.
if you feel useless, tell Him.
tell Him about everything you felt at the moment.

if you feel like a failure, tell Him.
if you feel like crying, tell Him.
tell Him. try again. TRY.
Until you succeed.

"And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me – indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided" - Al Baqarah ; 186 -

https://www.tg-me.com/namaakubintang
2025/10/22 02:18:49
Back to Top
HTML Embed Code: