Telegram Web Link
Ulama kata: “Cukuplah kematian sebagai penasihat.”

• Ingat mati melembutkan hati – supaya tidak lalai dengan dunia.

• Motivasi beramal soleh – kerana bekalan akhirat lebih utama.

• Redha dengan ujian – dunia sementara, akhirat kekal.

• Hidup ini pinjaman – bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Kalau kita selalu ingat mati, hati jadi lebih tenang dan mudah untuk buat persediaan.
108😢22👍5
Setiap orang pasti akan diuji, cuma bentuk ujian itu berbeza-beza:

• Ada yang diuji dengan kesihatan (sakit, lemah badan).

• Ada yang diuji dengan keluarga (hubungan renggang, kehilangan orang tersayang).

• Ada yang diuji dengan harta (kemiskinan, hutang, kerugian).

• Ada yang diuji dengan perasaan (kesedihan, kesepian, kekecewaan).

• Ada juga yang diuji dengan kesenangan (rezeki melimpah, pangkat, kemewahan) – untuk melihat adakah dia bersyukur atau lalai.

Jadi kalau kita rasa ujian kita berat, sebenarnya orang lain pun ada ujian mereka – cuma bentuknya berbeza. Yang penting ialah sabar, doa, dan yakin bahawa ujian itu tanda kasih Allah untuk mengangkat darjat kita.
94😢9👍5
Bila hubungan dengan Allah renggang, hati jadi gelisah, tiada keberkatan, dan masalah terasa berat.

Bila jumpa punca, mulakan perbaikan perlahan-lahan: taubat dan ubah sikap.
116👍7😢6
Menutup aurat bukan sekadar pakaian tapi bukti taat kepada Allah. Ia tanda cinta kita pada Allah lebih daripada ikut hawa nafsu.

Aurat ditutup supaya wanita (dan juga lelaki) dihormati kerana akhlak dan ilmunya, bukan tubuhnya.

Ringkasnya : Tutup aurat itu ibadah, pelindung maruah, dan bukti ketaatan.
114👍2🔥2
Dalam al-Quran ada banyak surah dan ayat yang jadi doa perlindungan, tapi ulama sering sebut 7 surah utama yang sangat masyhur diamalkan untuk perlindungan diri, rumah, keluarga, dan daripada gangguan syaitan/jin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
103👍3
Kami nak ucapkan Terima Kasih dan Alhamdulilah.

Ramai yang telah jadikan koleksi buku Tarbiah Sentap sebagai “starter pack” untuk hijrah.

Lepas tu, boleh tambah dengan baca tafsir Al-Qur’an, hadith, atau buku ulama lain.

Sebab buku kami banyak sentuh soal hati, iman, dan semangat untuk berubah jadi lebih baik.

Buku koleksi Tarbiah Sentap ditulis dengan gaya santai tapi tegas, sesuai untuk anak muda yang nak cari kekuatan hijrah.
31🤩4👍1😱1
Kalau dengar lagu sekadar hiburan ringan yang tidak bercanggah dengan syariat

(contoh: lirik baik, tidak mengundang maksiat, tidak lalai dari solat), masih ada ruang kelonggaran.

Tapi kalau sudah buat hati lalai, leka dan jauh dari Allah, sebaiknya tinggalkan dan gantikan dengan perkara yang lebih bermanfaat.

(contohnya dengar alunan Al-Quran, zikir atau nasyid yang mendidik jiwa)
76👍9🔥6😱2
Circle yang baik itu nikmat besar. Mereka boleh jadi asbab kita istiqamah sampai ke Syurga.

• Circle yang baik biasanya tertarik dengan orang yang ada nilai kebaikan.

• Kalau kita cuba dekatkan diri dengan Allah, Allah akan dekatkan kita dengan orang yang sama tujuan.
133👍7😢5🔥1
Selepas berkahwin ada perubahan hukum batas aurat dengan keluarga pasangan.

Ipar-duai (abang ipar, adik ipar, kakak ipar, adik ipar) → bukan mahram, jadi hukum aurat sama seperti dengan orang luar.

• Contoh: perempuan wajib menutup aurat seperti biasa di depan abang ipar/adik ipar lelaki.

• Begitu juga lelaki di depan ipar perempuan.

Nabi saw bersabda: “Ipar itu maut.” (Riwayat Bukhari & Muslim) – maksudnya kena lebih jaga pergaulan kerana ipar selalu dekat dengan kita, tapi bukan mahram.
👍4829🔥2
Ingat selalu solat itu perintah Allah, bukan beban.

Jika kita jaga waktu, suasana, doa dan kesedaran hati, insyaAllah solat akan jadi mudah dan manis.
99
Dengan penyertaan hampir 50 kapal dan 400 pelayar dari 44 negara.

Ya Allah, jadikan setiap detik perjalanan mereka sebagai ibadah, setiap langkah mereka sebagai saksi cinta pada-Mu, dan setiap titisan peluh mereka sebagai syafaat di akhirat kelak.

Sampaikanlah mereka ke Gazzah dengan selamat, angkatlah misi mereka sebagai kemenangan, dan limpahkan keberkatan pada setiap tangan yang menyambut bantuan ini.
134🔥12
Ketahuilah kalau hati rosak, seluruh hidup pun jadi rosak. Ulama banyak sebut tentang perosak hati (amrad al-qulub)

Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah kata: “Hati akan hidup dengan zikrullah, dan akan mati dengan lalai daripada-Nya"
78😢19
Di bumi Palestin, setiap titisan darah adalah saksi ketidakadilan.

Jangan pernah diam. Mereka kehilangan rumah, keluarga, dan tanah air. Kita jangan sampai hilang rasa peduli.

Hasbunallahu wa ni‘mal wakil. Palestin tetap teguh dengan ṣumud (keteguhan)
165🔥15😢2
𝐓𝐀𝐑𝐁𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐓 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓 𝐊𝐑𝐄𝐖 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 BORNEO.

Tak lama lagi akan diadakan event buku iaitu Pesta Buku Borneo di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak.

Berlangsung selama 5 hari bermula 22 sehingga 26 Oktober 2025, 10 pagi hingga 6 petang.

Jadi itu, kami mencari individu yang sukakan pengalaman baru, kebolehan bekerja long hours dan gemar berinteraksi dengan pelanggan.

Elaun makanan disediakan.
Keutamaan kepada mereka yang tinggal di sekitar UNIMAS.

siapa yang berminat, boleh isi form dibawah 👇🏻

https://forms.gle/2Xs77675HPysMEEBA

Boleh sebarkan kepada kawan kawan korang yang sedang mencari pekerjaan ☺️
10
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗠𝗩 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔 - 𝗙𝗘𝗧𝗬𝗔 (𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨)

Sempena Ulang Tahun ke-2 Taufan Al-Aqsa. Fetya keluarkan semula MV Taufan Al-Aqsa yang baharu.

Moga lagu ini terus memberi semangat dan kekuatan buat seluruh rakyat Malaysia dan Nusantara.

Supaya kita terus teguh berjuang demi pembebasan bumi Palestin.

Sehingga kita dapat bersama sujud di Masjid al-Aqsa yang merdeka 🤲🏻

P/s: Kami tidak upload ke Fb, Insta, Youtube, Tiktok kerana kemungkinan besar akan cepat kena removed.

Sumber: Fetya

Sebar-sebarkan dengan kongsi pautan ini: www.tg-me.com/duniapalestin/57027
29🔥11😢6
Hamas Umum Gencatan Senjata

Hamas mencapai persetujuan perjanjian gencatan senjata di Gaza, pengunduran tentera penjajah Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tawanan. - Khalil Al-Hayya, Ketua Perunding Hamas

#beritaterkini
__
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.

www.tg-me.com/bumimikraj
90
2025/10/17 19:08:03
Back to Top
HTML Embed Code: