Telegram Web Link
๐Ÿ”Ž PELUANG INTERNSHIP DI TARBIAH SENTAP!

Kami membuka peluang kepada pelajar/intern yang berminat untuk menimba pengalaman bersama Tarbiah Sentap dalam bidang:

๐ŸŽฅ Videography ยท Photography
๐Ÿ“ข Marketing ยท Public Relations
๐ŸŽฌ Video Editor ยท Social Media

๐Ÿ“ง Hantar CV: [email protected]
๐Ÿ“ฑ WhatsApp: 011-1054 1745

๐ŸŒŸ Sertai kami dan kembangkan potensi anda bersama pasukan Tarbiah Sentap.
โค36๐Ÿ‘1
Baca doa ini dengan hati yang ikhlas, penuh penyesalan, dan berazam tidak mengulangi dosa.

InsyaAllah, Allah Maha Pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat.
โค96๐Ÿ˜ข8๐Ÿ”ฅ1
Hiburan itu jadi salah apabila :

1. Melalaikan daripada solat dan ibadah.

2. Mengandungi unsur maksiat (aurat terbuka, lirik lucah, pergaulan bebas).

3. Membawa kepada ketagihan sampai lupa tanggungjawab.

4. Mengisi hati dengan benda sia-sia sehingga keras hati.

Kalau selepas berhibur, hati makin jauh daripada zikir dan amal, itu tandanya hiburan itu melalaikan.
โค59๐Ÿ˜ข20
Cara elakkan riak di media sosial:

1. Periksa niat sebelum post: โ€œAdakah ini kerana Allah atau kerana manusia?โ€

2. Kalau niat nak beri motivasi, tulis caption yang mendidik, bukan menunjuk.

3. Amalkan amalan rahsia antara kita dengan Allah yang tak perlu orang tahu.

4. Ingat bahawa pujian manusia tak beri manfaat, cacian manusia tak beri mudarat, hanya Allah yang menilai.
โค82๐Ÿ‘10๐Ÿ˜ข7
Sebab itu kadang kadang hidup kita rasa susah tenang, susah nak khusyuk solat, susah nak dekat dengan Allah.

โ€“ Ibn Qayyim kata: โ€œMaksiat itu melahirkan kegelapan dalam hati, dan kegelapan itu makin bertambah hingga akhirnya menutup seluruh hati.โ€
โค82๐Ÿ˜ข11
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿด (๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ) ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—•๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ

Merdeka bukan sekadar bebas dari penjajah, tetapi bebas dari sifat malas, bebas dari maksiat, dan bebas dari kelekaan. Selamat Hari Kemerdekaan, Malaysia!
โค70๐Ÿ”ฅ6๐Ÿ˜ข6
Hatta Nabi saw yang paling mulia pun ada orang yang membenci baginda, apatah lagi kita manusia biasa.

Bila kita terima hakikat โ€œsuka dan benci itu lumrahโ€, hati jadi lebih tenang. Yang penting, kita jaga hubungan dengan Allah dan berusaha jadi insan yang baik.
โค122๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ‘4
Semua ujian ini membuktikan bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling sabar dan tabah dan baginda menjadi contoh teladan dalam menghadapi cabaran hidup.
โค107๐Ÿ˜ข9
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw ini mengingatkan kita untuk memperkukuh iman, memperbanyakkan selawat, serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan

Salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah dari Tarbiah Sentap.
โค89
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Antara tanda kita benar-benar mencintai Rasulullah saw :

1. Mengikuti sunnahnya โ€“ dalam ibadah, akhlak, cara hidup, bahkan dalam hal-hal kecil.

2. Mendahulukan Baginda daripada diri sendiri โ€“ sebagaimana sahabat rela berkorban demi Nabi ๏ทบ.

3. Banyak berselawat โ€“ kerana itu perintah Allah dan tanda cinta kita.

4. Rindu untuk bertemu Baginda โ€“ walaupun belum pernah melihatnya.

5. Menyebarkan ajarannya โ€“ menyampaikan Islam dengan hikmah dan akhlak mulia.

6. Menjaga larangan โ€“ meninggalkan maksiat kerana ingin menjadi umat yang Baginda redha.

Rasulullah saw sendiri bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu hingga aku lebih dia cintai daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya.โ€ (HR. Bukhari & Muslim)
โค42
Dalam Islam kita memang diajar supaya menjauhkan diri daripada tempat maksiat walaupun kita tidak terlibat secara langsung.

โ€ข Kalau kawan ajak ke tempat maksiat, tolak dengan baik.

โ€ข Kalau terpaksa lalu, jangan berhenti dan jangan terlibat.

โ€ข Pilih majlis ilmu, zikir, Qurโ€™an atau tempat yang mendekatkan pada Allah.

Nabi juga mengingatkan, bila kita duduk di majlis yang penuh dosa, bimbang kita terseret sama atau hati menjadi gelap
โค96๐Ÿ‘7
Bagaimana kita ingin menjauhi zina hati :

โ€ข Jaga pandangan โ€“ jangan melihat perkara yang haram.

โ€ข Sibukkan hati dengan zikrullah dan al-Quran.

โ€ข Jauhi suasana maksiat atau pergaulan bebas.

โ€ข Banyak berdoa: mohon agar hati dijaga daripada lintasan yang kotor.

โ€ข Nikah bila sudah mampu, kerana itu cara halal menyalurkan fitrah.

Zina hati mungkin tidak sama berat dengan zina anggota, tetapi ia tetap mengotorkan jiwa
โค111๐Ÿ‘6๐Ÿ”ฅ6
2025/10/16 22:43:21
Back to Top
HTML Embed Code: