Telegram Web Link
Menutup aurat bukan sekadar pakaian tapi bukti taat kepada Allah. Ia tanda cinta kita pada Allah lebih daripada ikut hawa nafsu.

Aurat ditutup supaya wanita (dan juga lelaki) dihormati kerana akhlak dan ilmunya, bukan tubuhnya.

Ringkasnya : Tutup aurat itu ibadah, pelindung maruah, dan bukti ketaatan.
❀114πŸ‘2πŸ”₯2
Dalam al-Quran ada banyak surah dan ayat yang jadi doa perlindungan, tapi ulama sering sebut 7 surah utama yang sangat masyhur diamalkan untuk perlindungan diri, rumah, keluarga, dan daripada gangguan syaitan/jin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
❀104πŸ‘4
Kami nak ucapkan Terima Kasih dan Alhamdulilah.

Ramai yang telah jadikan koleksi buku Tarbiah Sentap sebagai β€œstarter pack” untuk hijrah.

Lepas tu, boleh tambah dengan baca tafsir Al-Qur’an, hadith, atau buku ulama lain.

Sebab buku kami banyak sentuh soal hati, iman, dan semangat untuk berubah jadi lebih baik.

Buku koleksi Tarbiah Sentap ditulis dengan gaya santai tapi tegas, sesuai untuk anak muda yang nak cari kekuatan hijrah.
❀31🀩4πŸ‘1😱1
Kalau dengar lagu sekadar hiburan ringan yang tidak bercanggah dengan syariat

(contoh: lirik baik, tidak mengundang maksiat, tidak lalai dari solat), masih ada ruang kelonggaran.

Tapi kalau sudah buat hati lalai, leka dan jauh dari Allah, sebaiknya tinggalkan dan gantikan dengan perkara yang lebih bermanfaat.

(contohnya dengar alunan Al-Quran, zikir atau nasyid yang mendidik jiwa)
❀77πŸ‘9πŸ”₯6😱2
Circle yang baik itu nikmat besar. Mereka boleh jadi asbab kita istiqamah sampai ke Syurga.

β€’ Circle yang baik biasanya tertarik dengan orang yang ada nilai kebaikan.

β€’ Kalau kita cuba dekatkan diri dengan Allah, Allah akan dekatkan kita dengan orang yang sama tujuan.
❀137πŸ‘7😒5πŸ”₯1
Selepas berkahwin ada perubahan hukum batas aurat dengan keluarga pasangan.

Ipar-duai (abang ipar, adik ipar, kakak ipar, adik ipar) β†’ bukan mahram, jadi hukum aurat sama seperti dengan orang luar.

β€’ Contoh: perempuan wajib menutup aurat seperti biasa di depan abang ipar/adik ipar lelaki.

β€’ Begitu juga lelaki di depan ipar perempuan.

Nabi saw bersabda: β€œIpar itu maut.” (Riwayat Bukhari & Muslim) – maksudnya kena lebih jaga pergaulan kerana ipar selalu dekat dengan kita, tapi bukan mahram.
πŸ‘48❀30πŸ”₯2
Ingat selalu solat itu perintah Allah, bukan beban.

Jika kita jaga waktu, suasana, doa dan kesedaran hati, insyaAllah solat akan jadi mudah dan manis.
❀106
Dengan penyertaan hampir 50 kapal dan 400 pelayar dari 44 negara.

Ya Allah, jadikan setiap detik perjalanan mereka sebagai ibadah, setiap langkah mereka sebagai saksi cinta pada-Mu, dan setiap titisan peluh mereka sebagai syafaat di akhirat kelak.

Sampaikanlah mereka ke Gazzah dengan selamat, angkatlah misi mereka sebagai kemenangan, dan limpahkan keberkatan pada setiap tangan yang menyambut bantuan ini.
❀139πŸ”₯12
Ketahuilah kalau hati rosak, seluruh hidup pun jadi rosak. Ulama banyak sebut tentang perosak hati (amrad al-qulub)

Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah kata: β€œHati akan hidup dengan zikrullah, dan akan mati dengan lalai daripada-Nya"
❀80😒19
Di bumi Palestin, setiap titisan darah adalah saksi ketidakadilan.

Jangan pernah diam. Mereka kehilangan rumah, keluarga, dan tanah air. Kita jangan sampai hilang rasa peduli.

Hasbunallahu wa niβ€˜mal wakil. Palestin tetap teguh dengan αΉ£umud (keteguhan)
❀168πŸ”₯15😒3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗠𝗩 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗑 π—”π—Ÿ-𝗔𝗀𝗦𝗔 - π—™π—˜π—§π—¬π—” (𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨)

Sempena Ulang Tahun ke-2 Taufan Al-Aqsa. Fetya keluarkan semula MV Taufan Al-Aqsa yang baharu.

Moga lagu ini terus memberi semangat dan kekuatan buat seluruh rakyat Malaysia dan Nusantara.

Supaya kita terus teguh berjuang demi pembebasan bumi Palestin.

Sehingga kita dapat bersama sujud di Masjid al-Aqsa yang merdeka 🀲🏻

P/s: Kami tidak upload ke Fb, Insta, Youtube, Tiktok kerana kemungkinan besar akan cepat kena removed.

Sumber: Fetya

Sebar-sebarkan dengan kongsi pautan ini: www.tg-me.com/duniapalestin/57027
❀36πŸ”₯12😒8
Hamas Umum Gencatan Senjata

Hamas mencapai persetujuan perjanjian gencatan senjata di Gaza, pengunduran tentera penjajah Israel, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pertukaran tawanan. - Khalil Al-Hayya, Ketua Perunding Hamas

#beritaterkini
__
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.

www.tg-me.com/bumimikraj
❀100
Doa memperbaiki diri sendiri ni bertujuan untuk memohon pertolongan Allah agar kita berubah menjadi insan yang lebih baik β€” dari segi iman, akhlak, hati, dan perbuatan.

Kadang-kadang kita nak berubah, tapi kekuatan tu susah datang kalau bukan Allah yang bantu. Jadi amalkan doa ini.
❀87
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda:

β€œTidaklah suatu kaum duduk dalam majlis untuk mengingati Allah, melainkan malaikat akan mengelilingi mereka, rahmat akan meliputi mereka, ketenangan akan turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut mereka di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila kita duduk dalam majlis ilmu β€” sama ada di masjid, kuliah, atau mendengar tazkirah β€” Allah turunkan sakinah (ketenangan) ke dalam hati. Ilmu yang benar menghidupkan hati, membersihkan fikiran, dan menenangkan jiwa yang resah.
❀67πŸ‘1πŸ”₯1
PART TIME

KRITERIA

1. LELAKI
2. SIHAT TUBUH BADAN
3. MENJAGA SOLAT 5 WAKTU
4. UMUR 17-30 TAHUN
5. TIDAK MEROKOK
6. PAKAIN MENUTUP AURAT
7. MEMPUNYAI KENDERAAN SENDIRI
8. BOLEH BEKERJA DALAM BERKUMPULAN

NO TEL UNTUK DIHUBUNGI (WHATSAPP)
0133322075
πŸ‘7❀2
Ulama berkata: "Menunda taubat adalah dosa lain di atas dosa yang pertama.”

Kerana setiap saat yang berlalu tanpa taubat bermakna seseorang masih dalam keadaan derhaka kepada Allah.

Firman Allah Swt : "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah An-NΕ«r, 24:31)
❀84
2025/10/27 03:35:58
Back to Top
HTML Embed Code: