Telegram Web Link
[💡] Harta kita Allah yang punya.

Tak semua orang hidup dalam kesenangan yang sama.Mungkin ada yang mampu iftar di restoran mewah hampir setiap hari dan mungkin ada juga yang lauk sahur mereka sama dengan juadah berbuka kerana perlu mengawal perbelanjaan mereka untuk sebulan Ramadhan.

Setiap kali kita rasa kekurangan, ingatlah masih ada lagi di luar sana yang lebih kurang daripada kita.

Nikmat yang sedia ada perlu kita syukuri barulah rasa tenang dan tak pernah rasa tak cukup.

Kalau memberi atau bersedekah lagi lah kita akan jadi lagi gembira. Di sampingkan ringankan beban mereka yang kurang berkemampuan kita juga dapat tambah amal ibadah.

Bukan kuantiti yang dilihat tapi keikhlasan itu yang membuahkan ketenangan.

@tarbiahsignal
Sahabat yang baik ialah sahabat yang mendekatkan diri dengan Allah ❤️
[❤️]La ilaa ha illallah

Al-Quran memang diturunkan untuk kita manusia sebagai pedoman dan panduan.Jadi, tak salah kan kalau kita jadikannya sebagai rutin harian walaupun bukan di bulan Ramadhan?

Semua orang layak untuk membaca Al-Quran.Tak kira sejahil mana pun dia dalam menyebut huruf jawi.Jangan pernah perlekehkan mereka yang baru nak membaca Al-Quran sebab sekurangnya mereka ada 'rasa' dan 'keinginan' nak menyebut kalimah Allah.

Lagipun,mendengar ayat Allah pun boleh dapat pahala apatah lagi kalau kita usaha untuk baca dan fahami isinya kan?

Jom sama2 kita tilawah dan tadabbur.Fahami apa mesej daripada Allah untuk kita😊

@tarbiahsignal
[❤️] Your brain and your heart are the two most powerful organs in your body. Do not give control of them to anybody.

Mufti Ismail Menk

@tarbiahsignal
10 malam terakhir ramadan 🤍
[❤️] Allah itu Maha Adil

Sedangkan makanan dan minuman pun ada tarikh luput masing-masing.Apatah lagi keampunan Allah pada dosa-dosa kita.

Kita manusia memang takkan lari dari melakukan dosa.Jadi jangan pernah sombong atau malas untuk memohon keampunan dari-Nya dan kalau berpeluang,tunaikanlah atau lazimkan rutin harian kita dengan solat sunat taubat.

Moga keampunan Allah untuk kita semua.Lebih-lebih lagi di bulan penuh barakah dan keampunan ini.

Jangan lepaskan peluang yang ada😊 sebab bila dah terlambat,kesan dan penyesalannya adalah pada kita bukan pada orang lain.

@tarbiahsignal
Assalamualaikum
Sesiapa yang mahu belajar/ulang kaji/bertanya soalan bagi subjek bahasa arab kssm boleh whats app no 0179815041. keutamaan kepada pelajar spm dan pt3 ya 👍🏻
[❤️] Cari masa bersama Allah

Kadang-kadang kita rasa penat,letih,'drain' dengan apa yang kita lalui seharian sampaikan kita tak sedar yang kita sering mengeluh tanpa henti,mengungkit tanpa berfikir dahulu,menyalahkan orang lain atas apa yg terjadi tanpa muhasabah diri sendiri dahulu.

Mungkin dah tiba masa kita 'charge' balik hati kita.

🔋🔋🔋

Luah pada-Nya terlebih dahulu baru kita luah pada hamba-Nya.

Tak ada yang salah pada yang baru nak mencuba.Allah tak lihat pada waktu bila kita bermula tapi sampai mana kita bertahan mengamalkan sesuatu tu.

Chin up!

Masa kita memang hak Allah jadi memang jadi tanggungjawab kita untuk men'cari' dan me'lapangkan' waktu bersama-Nya.

🕯

@tarbiahsignal
HUKUM MENYERTAI PERAYAAN HANTU LAPAR

“Setelah meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.

Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT:

‎وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”
(al-Furqan: 72)

Maksud al-zur menurut Ibn Kathir adalah perayaan orang-orang kafir. Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 6/130.

Perayaan hantu lapar Cina ke hantu Korea ke Jepun ke hantu raya ke atau apa jua hantu hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau bekap mekap tebal seinci..

Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama.

Penganut Hindu yang warak tidak pula beriya-iya nak menyertai upacara korban kita sebagai Muslim & kita sebagai Muslim pula tidak menyindir mereka yang tidak menyertai kerana kita faham itu prinsip agama mereka.

Tak pernah pula saya jumpa penganut Kristian yang warak beriya-iya menyertai upacara membawa kavadhi & berarak dalam Thaipusam & tidak pula penganut Hindu yang alim menyindir penganut agama lain yang tidak sertai mereka.

Mereka faham prinsip agama masing-masing & tidak beriya-iya menyertai perayaan mahupun pesta agama lain.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2614-al-afkar-18-menyertai-perayaan-hantu-lapar
[❤️] Satu-satunya ibu dan ayah

"Mak dan ayah ni walaupun mereka jahat, dia adalah keramat yang diciptakan oleh Allah untuk menguji kita"

-Ustaz Wadi Anuar-

Tiada mereka tiadalah kita.Hargai ibu ayah kita selagi mereka masih hidup sebab bila dah ditarik nyawa salah satu daripada mereka,tiada siapa lagi yang boleh ganti diorang.

Mungkin satu hari nanti,layanan anak kita adalah pantulan layanan kita kepada mak ayah kita sekarang.

Sayang,hormati dan hargai mereka tak kira apa pun yang berlaku.

❤️❤️❤️
❤️❤️❤️

Pernah kecewa bila tak dapat result or pointer yang kita inginkan? 🤔

Mesti pernahkan😔

Kecewa dan sedih...yup itu yang kita rasa pada saat itu.

Akan tetapi ketahuilah, janganlah kita meletakkan pointer atau result itu sebagai suatu benda utama kerana tugas kita hanya berusaha, akan tetapi yang memberi rezeki itu Allah.

Boleh jadi Allah itu suka melihat usaha kita, sehingga Dia uji kita untuk tidak mendapat result yang tidak baik, untuk Dia lihat usaha kita lebih lagi.

Jadi teruskan berusaha wahai sahabat dan jangan putus asa!!🤩

@tarbiahsignal
Jadual Waktu Solat Hari Ini
📍 Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam (Selangor)
🗓 Jumaat, 21/10/2022
🌟 24 Rabi'ul Awal 1444H

 🌥 Imsak   : 05:39
⛅️ Subuh : 05:49
🌤 Syuruk : 06:56
🌞 Zohor : 13:01
☀️ Asar : 16:18
🌙 Maghrib : 19:00
⭐️ Isyak : 20:10


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
2025/07/04 09:25:01
Back to Top
HTML Embed Code: