Telegram Web Link
Forwarded from #BroSyariefShares
#BanyaklahBerdoa

Ibn Rejab menukilkan kisah seorang lelaki di Basrah yang bisu selama 30 tahun.

Diapun berdoa pada malam ke-27 (bulan Ramadhan).

Lalu dia cuba menggerakkan lidahnya & dia dapat berbicara.

[Lathoif al-Ma’arif]
__
#BroSyariefShares
Allah SWT berfirman dalam QS 39 : 54

وَاَنِيْبُوْٓا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ

Terjemah Kemenag RI:
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tazkirah bil Quran 10 minit.
9 Syawal.
750 pagi.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tazkirah bil Quran 10 minit.
15 Syawal.
Isnin.
750 pagi.

Tazkirah setiap hari via Google Meet.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tazkirah bil Quran 10 minit.
21 Syawal.
Ahad

Banyakkan tasbih, tahmid, istighfar dan selawat.

750 pagi.

Tazkirah setiap hari via Google Meet.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Forwarded from #BroSyariefShares
To choose your words & care about people’s feelings is not hypocrisy, it’s courtesy..
__
#BeHonestToAllah1st
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
⬆️ DI HARI JUMAAT BANYAKLAH BERSELAWAT ⬆️ #PesanNabi

‎إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَأَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَىَّ #BSS

“Antara hari-hari kalian yang paling utama (kelebihannya) ialah hari Jumaat. Banyaklah berselawat kepadaku padanya, kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku!“

[HR Abu Dawud] #BSS

Hikmah pesannya: Perbanyakkan berselawat di penghulu hari, Jumaat. Semakin banyak selawat dibaca, semakin banyak ia dipamerkan & diterima oleh Nabi kita - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -, semakin hampir kedudukan kita dengannya di akhirat nanti.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS Ibn Rejab (w.795H) di hujung perbincangan kelebihan bulan Zulkaedah, mendendangkan bait ini, katanya:

Wahai engkau yang berulang alik dalam kelalaian,
Sampai bilakah engkau kan terus menyenangi keburukan?

Sampai bila lagi? Engkau tidak takutkah kedudukan..
di mana Allah akan menuntut seluruh anggotamu berbicara?

Aduhai betapa peliknya engkau ketika mampu menyedari,
bagaimana engkau boleh mengelak jalan yang jelas?

Bagaimana engkau boleh redha menjadi orang yang rugi..
pada hari orang yang beruntung (kerana taat) akan berjaya?

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Faedah:

Jangan pernah tunduk pada bisikan pasrah konon kita ditakdirkan buruk & jahat.

Takutlah kelak Allah akan jadikan seluruh tubuh akan bersaksi menentang kita.

Sedangkan jalan kebenaran itu jelas untuk kita ikuti & turuti.

Jangan tunggu untuk menyesal di hari yang tiada peluang kembali.
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS

Pesan Ibn Rejab - rahimahulLaah - (w.795H) di hujung peringatannya tentang keutamaan 10 awal Zulhijjah:

المبادرة المبادرة بالعمل

Segeralah! Segeralah beramal!

والعجل العجل قبل هجوم الأجل

Cepatlah! Cepatlah sebelum datangnya ajal!

قبل أن يندم المفرط على ما فعل

Sebelum menyesalnya orang yang lalai kerana apa yang telah dia lakukan.

قبل أن يسأل الرجعة فيعمل صالحا فلا يجاب إلى ما سأل

Sebelum (nanti di akhirat) dia merayu untuk dihantar pulang (ke dunia), lalu hampa.

قبل أن يحول الموت بين المؤمل وبلوغ الأمل

Sebelum datang kematian menghalang si pendamba dari mencapai impiannya.

قبل أن يصير المرء مرتهنا في حفرته بما قدم من عمل.

Sebelum seseorang itu di kuburnya hanya mampu menggadaikan amal seberapa adanya.

ليس للميت في قبره ## فطر ولا أضحى ولا عشر

Tiada lagi bagi yang dah pergi itu di kuburnya..

## ..peluang berbuka, berkorban, & beramal 10 hari awal Zulhijjah.

ناء عن الأهل على قربه ## كذاك من مسكنه القبر

Dia jauh dari keluarganya walau jasadnya dekat.

## Demikianlah bagi orang yang kediamannya adalah kubur.


[Lathoif al-Ma’arif]
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_ان_كنت_مخطئا
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
Jumaat ini kita akan menerima kedatangan musim ibadah 10 hari awal Zulhijjah.. Jom bersiap untuk beramal! 😊
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
Banyakkan amal soleh di 10 hari awal Zulhijjah! #BSS
Forwarded from CikguRahim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu , 6 Julai, 6 Zulhijjah

Bicara hadith jam 630 petang. Jika free, jemput lah. 1-10 Zulhijah hari-hari terbaik.
https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Forwarded from #BroSyariefShares
Pesan Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H),

‘Raya itu bukan untuk orang yang berbaju baru, kerana raya itu sebenarnya untuk mereka yang bertambah ketaatannya (kepada Tuhan).

Raya itu juga bukan untuk mereka yang berhias dengan pakaian dan kenderaan (cantik), kerana raya itu sebenarnya untuk orang yang diampuni dosa-dosanya.’


[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Jadikan Hari Raya Aidiladha ini sebagai titik peningkatan nilai iman & taqwa, bukan sebagai hari ‘cuti’ melupakan segalanya dengan alasan bergembira & berseronok semata.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Laa ilaaha illa-Allah,
walLaahu Akbar!
Allahu Akbar wa lilLaahil-Hamd.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga segala usaha kita diterima-Nya.
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
🤐 SUNNAH ‘PUASA’ SEBENTAR DI PAGI RAYA HAJI! 🤐 #PesanNabi

‎كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ.

“Nabi saw dahulu tidak keluar solat raya ‘Aidil-Fitri melainkan setelah dia makan. Dia pula TIDAK MAKAN pada hari raya ‘Aidil-Adha sehinggalah dia balik (selepas menunaikan solat raya)!”

[HR Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani] #BSS

Hikmah pesannya: Raya puasa, Nabi tunjukkan contoh makan dulu sebelum berangkat menuju tempat solat. Adapun Raya haji, Nabi ‘berpuasa’ sebentar sehinggalah baginda kembali dari solat raya, baru Nabi ‘berbuka’. Sedikit pengorbanan di pagi raya korban. Selamat Hari Raya!
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
PERBAIKI PADA YANG BERBAKI

#NotaTerjemahanBSS 210520 (170722)

وَقَالَ الْفُضَيْلُ بْنُ عِيَاضٍ لِرَجُلٍ: كَمْ أَتَتْ عَلَيْكَ؟ قَالَ: سِتُّونَ سَنَةً، قَالَ: فَأَنْتَ مُنْذُ سِتِّينَ سَنَةً تَسِيرُ إِلَى رَبِّكَ يُوشِكُ أَنْ تَبْلُغَ،

al-Fudhayl ibn ‘Iyadh bertanya kepada seorang lelaki, ‘Berapa umurmu?’

Dia menjawab, ‘60 tahun!’

al-Fudhayl mengatakan, ‘Kalau begitu, selama 60 tahun engkau telah berkelana menuju Tuhanmu & engkau hampir sampai kepada-Nya!’

فَقَالَ الرَّجُلُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، فَقَالَ الْفُضَيْلُ: أَتَعْرِفُ تَفْسِيرَهُ تَقُولُ: أَنَا لِلَّهِ عَبْدٌ وَإِلَيْهِ رَاجِعٌ

Lelaki itu pun mengucapkan (kalimah istirja’), Inna lilLah wa Inna ilayhi raji’un

al-Fudhayl bertanya, ‘Engkau tahu apa maksud kalimah itu?

Engkau sebenarnya mengatakan: Aku hamba milik Allah & aku akan kembali kepada-Nya!’

فَمَنْ عَلِمَ أَنَّهُ لِلَّهِ عَبْدٌ، وَأَنَّهُ إِلَيْهِ رَاجِعٌ، فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مَوْقُوفٌ، وَمَنْ عَلِمَ أَنَّهُ مَوْقُوفٌ، فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مَسْئُولٌ، وَمَنْ عَلِمَ أَنَّهُ مَسْئُولٌ، فَلْيُعِدَّ لِلسُّؤَالِ جَوَابًا،

‘Sesiapa yang menyedari hakikatnya sebagai hamba milik Allah dan dia akan kembali kepada-Nya, hendaklah dia sedar bahawa dia akan berdiri di hadapan Allah kelak.

Sesiapa yang menyedari hakikat dia akan berdiri di hadapan Allah kelak, hendaklah dia sedar bahawa dia akan dipersoalkan (tentang amalannya).

Sesiapa yang menyedari hakikat dia akan dipersoal, maka hendaklah dia mempersiapkan jawapan bagi sesi persoalanan tersebut (di akhirat).’

فَقَالَ الرَّجُلُ: فَمَا الْحِيلَةُ؟ قَالَ يَسِيرَةٌ، قَالَ: مَا هِيَ؟ قَالَ: تُحْسِنُ فِيمَا بَقِيَ يُغْفَرُ لَكَ مَا مَضَى،

Lelaki itu pun bertanya, ‘Jadi apa jalan keluarnya?’

al-Fudhayl menjawab, ‘Mudah saja..’

Lelaki itu bertanya lagi, ‘Apa dia?’

al-Fudhayl mengatakan, ‘Engkau usaha beramal sehabis baik pada waktu yang berbaki ini, dan apa-apa kekurangan pada yang telah berlalu itu akan diampunkan untukmu!’

فَإِنَّكَ إِنْ أَسَأْتَ فِيمَا بَقِيَ، أُخِذْتَ بِمَا مَضَى وَبِمَا بَقِيَ،

Sekiranya engkau berprestasi buruk pada waktu yang berbaki ini, engkau akan dinilai & dihukum berdasarkan apa yang engkau telah lakukan pada kedua-dua waktu yang berlaku dan waktu yang berbaki.

وَفِي هَذَا الْمَعْنَى يَقُولُ بَعْضُهُمْ:

Dengan maksud inilah, sebahagian orang Arab mendeklamasikan..

وَإِنَّ امْرَأً قَدْ سَارَ سِتِّينَ حِجَّةٍ     
إِلَى مَنْهَلٍ مِنْ وَرْدِهِ لِقَرِيبُ

Ada seseorang yang telah melalui kehidupan 60 tahun lamanya,

Nescaya dia semakin dekat ke lokasi mata air, tempat pengakhirannya.

[Jami’ al-‘Ulum wal-Hikam]

Pengajaran: Jangan dirisaukan apa yang telah berlalu. Fokuslah pada peluang dari masa yang tersisa.

Besar ruang untuk kebaikan yang dicapai dapat membersihkan kekurangan dan kesilapan lampau.

Pesan Tuhan - ‘azza wa jalla -,

﴿إِنَّ الحَسَناتِ يُذهِبنَ السَّيِّئَاتِ﴾

“Kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan..”

[Hud(11):114]

Pesan Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -,

وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا

“Susuli kesalahan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan memadamkan kesalahan itu.”

[HR at-Tirmizi. Hadith ini Hasan Sahih]
__
#BroSyariefShares
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
2025/10/22 14:53:03
Back to Top
HTML Embed Code: