Telegram Web Link
Forwarded from #BroSyariefShares
Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) menukilkan pesan Maymun ibn Mihran,

Kebaikan dalam kehidupan ini hanyalah untuk (1) orang yang sering bertaubat atau (2) orang yang beramal meraih pelbagai kedudukan. #BSS

Maksudnya:

Orang yang bertaubat itu dapat memadamkan kesalahannya yang lalu dengan taubatnya.

Adapun orang yang beramal itu akan bersungguh-sungguh meraih kedudukan yang tinggi (di sisi-Nya).

Sesiapa yang selain mereka berdua di atas, sebenarnya dia seorang yang rugi.


[Lathoif al-Ma’arif]

#BroSyariefShares
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tafsir Al-Muyassar
Surah Az-Zukhruf: 87


18, Julai
Isnin
750 pagi
Bersama Imam 1 Masjid Ar-Rahman

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif


Allah SWT berfirman dalam QS 43 : 87

وَلَىِٕنْ سَاَلْتَهُمْ مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُوْلُنَّ اللّٰهُ فَاَنّٰى يُؤْفَكُوْنَۙ

Terjemah Kemenag RI:
Dan jika engkau bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab, "Allah," jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah),"

Tafsir Muyassar:
Wahai Muhammad, jika kamu bertanya kepada orang-orang musyrik dari kaummu itu tentang siapakah yang menciptakan mereka, benar-benar mereka akan berkata, "Allah-lah yang telah menciptakan." Namun, mengapakah mereka berpindah dan berpaling dari menyembah Allah dan menyekutukan-Nya dengan yang lain?


#tazkirah750pagi
Forwarded from #BroSyariefShares
Apa tujuan menyimpan emas? #RenunganBSS

Kebetulan di sebahagian dinding media sosial banyak perbincangan tentang isu pelaburan emas dengan risikonya termasuk prosesnya yang tidak patuh syariah.

Dalam salah sebuah sesi bacaan #BSS membaca kitab Lathoif al-Ma’arif, kebetulan Ibn Rejab juga menyebutkan tentang emas dan perak selepas menukilkan ayat di bawah:

زُيِّنَ لِلنّاسِ حُبُّ الشَّهَواتِ مِنَ النِّساءِ والبَنِينَ والقَناطِيرِ المُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ والفِضَّةِ والخَيْلِ المُسَوَّمَةِ والأنْعامِ والحَرْثِ ذَلِكَ مَتاعُ الحَياةِ الدُّنْيا واللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ المَآبِ

“Dijadikan indah bagi insan, rasa cintanya kepada perkara yang memuaskan jiwa, seperti wanita, anak pinak, timbunan harta termasuk emas & perak, kuda peliharaan yang bertanda…“

[Aali ‘Imran(3):14]

Kemudian beliau menyatakan,

وهذا كله يصير ترابا ما خلا الذهب والفضة ولا ينتفع بأعيانهما بل هما قيم الأشياء #BSS

Semua (yang disebutkan) itu akan berubah menjadi tanah (di hari kiamat nanti) kecuali emas & perak (kerana ianya bahagian dari tanah), namun tetap ia tidak lagi bermanfaat di hari kiamat nanti, malah nilainya menjadi sama seperti yang lain (tidak berharga).

فلا ينتفع صاحبهما بإمساكهما وإنما ينتفع بإنفاقهما ولهذا قال الحسن:

Pemiliknya tidak akan mendapat sebarang manfaat dengan menyimpan emas dan perak, malah dia hanya akan mendapat manfaat dengan menginfaqkannya.

Pesan al-Hasan,

بئس الرفيق الدرهم والدينار لا ينفعانك حتى يفارقانك

‘Seburuk-buruk teman ialah dirham & dinar (matawang perak & emas). Kedua-duanya tidak akan memberi manfaat kepadamu sehinggalah mereka ‘berpisah’ darimu’.

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Faedah: Ramai yang menyimpan emas kerana takutkan kefakiran di masa depan, sedangkan maut boleh menjemputnya esok dalam keadaan emas itu akhirnya menjadi liabiliti di akhirat nanti.

Andai ianya disimpan bukan untuk bermatlamat keuntungan & kekayaan, malah untuk dimanfaatkan di masa depan & diwariskan kepada keluarga sambil hak zakat dipenuhi, maka itu tidaklah dilarang.

Namun ingatlah, Allah Maha Kaya & kita makhluk-Nya yang telah dijanjikan kecukupan rezeki walau apapun keadaannya. Jangan langgar hak Tuhan, diri & keluarga dalam usaha meraih rezeki yang telah ditetapkan-Nya.
__
#BroSyariefShares #صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
🤲🏻 INTERAKSI DOA TANPA HAMPA 🤲🏻 #PesanTuhan

‎قالَ رَبِّ إِنّي وَهَنَ العَظمُ مِنّي وَاشتَعَلَ الرَّأسُ شَيبًا وَلَم أَكُن بِدُعائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

“Nabi Zakaria berkata, ‘Tuhanku! Tulangku semakin rapuh. Rambutku kini dipenuhi uban. Namun aku tidak pernah merasa hampa untuk berdoa kepada-Mu, wahai Tuhanku!’ “

[Maryam(19):3] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Ajaibnya doa, ia bukan aturan yang boleh diteka, apatah lagi nak dijangka. Ia rahsia Yang Maha Esa. Jawapan-Nya terserah kepada-Nya. Tugas kita hanya meminta dan terus meminta, tanpa putus asa, walau ke hujung usia.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
Notis utk sahabat/rakan FB/ikm/pelajar mrsm/kmk/ikram/haluan/isma/abim/persatuan ukhuwah
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 15 Sept 750 pagi.

#TazkirahSetiapHari
#TafsirAlMuyassar750pagi
#surahalhujurat

Klik here:
https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Forwarded from Norsiah M
📍PENGUMUMAN
Kutipan Dana Gantirugi Mangsa 'Scammer' Penggodam Akaun Telegram Panelis Ukhuwah Sheikh THTL Al-Jazani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ukhuwah melahirkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa Panelis THTL yang mengakibatkan akaun telegram beliau terpaksa dinyahaktif dan kuliah harian online beliau di semua bilik telegram UiTO diberhentikan sertamerta.

Sehubungan dengan itu atas rasa prihatin dan tanggungjawab, Ukhuwah dengan ini melancarkan kempen kutipan dana bagi tujuan meringankan beban serta membayar balik kerugian yang ditanggung oleh mangsa penggodam akaun THTL berjumlah sebanyak RM4,000.00.

Besarlah harapan Ukhuwah agar semua penuntut ilmu bilik telegram UiTO khasnya penuntut ilmu kuliah harian beliau agar dapat sama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas ke atas usaha tersebut. Kutipan dana akan dihentikan sebaik sahaja jumlah yang disasarkan diperolehi. Sumbangan tuan/puan boleh dibuat terus ke akaun Ukhuwah seperti berikut:

Maybank
562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Ruj: bantuthtl

atau klik pautan dibawah:

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/infaqkebajikan02

🟢 Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran sila hubungi En Zahiri di https://www.wasap.my/60195662946/bantuTHTL

Jazakumullahu khayr. Baarakallahu fik.

AZLIZAN MOHD NAYAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

#Ilmu#Prihatin#Amal
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS

Ibn al-Jauzi menukilkan riwayat kisah Iblis bertemu Nabi Musa as, lalu Nabi Musa bertanya,

‘Apakah perbuatan yang manusia lakukan, lalu engkau dapat menguasainya?’

Iblis menjawab,

‘Apabila dia merasa takjub dengan (kesolehan) dirinya & merasakan telah banyak amalannya, malah dia lupa tentang dosa-dosanya sendiri.’

[Talbis Iblis]

#BroSyariefShares
2025/10/21 14:31:19
Back to Top
HTML Embed Code: