Telegram Web Link
Assalamua'laikum wr wt..

Tafsir Al-Muyassar
750 Pagi
Jemput bersama.
Moga Allah berikan hidayah, selamat dunia dan akhirat.

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS
#NotaTerjemahanBSS

Peti simpanan amalan

Pesan Ibn Rejab al-Hanbali,

Hari demi hari bagaikan peti khazanah milik insan, yang penuh dengan segala bentuk kebaikan dan keburukan yang mereka simpan di dalamnya.

Di hari kiamat kelak, semua peti tersebut akan dibuka untuk dilihat oleh pemiliknya.

Orang-orang bertaqwa akan menemukan kemuliaan dalam peti-peti simpanan mereka.

Orang-orang pendosa pula akan mendapati sumber penyesalan penuh di dalam peti mereka.


[Lathoif al-Ma'arif] #BSS

Faedah:

Segala amal yang kita lakukan hari demi hari akan direkodkan dan tersimpan bagaikan khazanah.

Sampai masanya nanti peti simpanan khazanah ini semuanya akan dibongkar semula menyerlahkan hakikat.

Adakah kita akan menerima kemuliaan kerana ketaqwaan di dunia atau sebaliknya menjadi terhina?

<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#Ramadhan100HariLagi Jadikan tempoh sebelum tibanya Ramadhan ini sebagai fasa penambahbaikan untuk kita jadi lebih baik, malah yang terbaik; supaya kita memasuki Ramadhan dalam keadaan bersedia untuk merebut segala kelebihan dan keutamaannya. #CountdownRamadhanBSS #BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS

Amal rahsia untuk-Nya

Pesan Ibn Rejab al-Hanbali rhm,

‘Apabila orang-orang yang ikhlas itu berinteraksi dengan Tuhan melalui puasa mereka secara rahsia, yang diketahui hanya antara dia dan Tuhan (ketika di dunia),

kelak (di akhirat) Allah akan dedahkan rahsia mereka kepada hamba-hambaNya, menjadikan ia terang-terangan dapat dilihat (tanda bangganya Tuhan).

Pendedahan ini menjadi ganjaran buatnya kerana dia berusaha menjaga (ketulusan hatinya) dan menyembunyikan amalannya (dari diketahui orang).’


[Lathoif al-Ma'arif] #BSS

Faedah:

Hebatnya puasa kerana Allah sahaja tahu seseorang itu berlapar dahaga, mengekang hawa nafsunya sebagai pengabdian kepada-Nya atau tidak.

Jadilah ia amalan yang Allah akan berbangga-bangga mendedahkannya kepada semua di hari akhirat nanti, kerana tulusnya hamba tersebut.

Usahalah sembunyikan amal yang digalakkan untuk disembunyikan seperti sedekah, solat malam dan pelbagai ibadah yang lain.

<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#Ramadhan91HariLagi

‘Dalam usaha untuk istiqamah & meraih kemanisannya, Allah uji akan ada yang culas & tempang. Ada yang kemudiannya terus ‘hilang’ merasa tak layak. Ada yang terus keliru buntu, bagai tersepit. Ada yang terus berusaha untuk bangkit kembali, walau jatuh berulang kali. Siapa untung? Siapa rugi?’

#CountdownRamadhanBSS
#BroSyariefShares
Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
. 🫲Assalamu'alaikum Sahabat Saudara, Dato' Datin, Tuan Puan yang dikasehi dan dirahmati Allah SWT.
🫴Jemput bersama-sama mendengar, memahami dan menghayati *TAZKIRAH ILMU HADITH* yang akan disampaikan oleh *IMAM 1 MASJID AR-RAHMAN MANJONG* bermula 6.30pm setiap hari insya Allah di pautan berikut👇
https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Forwarded from #BroSyariefShares
Bulan Rejab bulan haram! (Siri 01)

#NotaTerjemahanBSS

Allah - subhanahu wa ta’ala - berfirman,

‎إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ

“Bilangan bulan di sisi Allah ialah sebanyak 12 bulan (sebagaimana ditetapkan) di dalam kitab (ketentuan Allah) pafa hari penciptaan langit dan bumi. Di antaranya, ada 4 BULAN HARAM. Demikianlah ketetapan agama yang teguh. Maka, janganlah kalian melakukan kezaliman padanya terhadap diri kalian.”

[at-Taubah(9):36]

Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - pula memberikan maklumat tambahan mengenai bulan-bulan haram ini, katanya:

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

‘Setahun mempunyai 12 bulan. Di antaranya ada 4 BULAN HARAM. 3 daripadanya saling berturut: Zul-Qa’dah, Zul-Hijjah dan al-Muharram; (kemudian) REJAB yang terletak di antara Jumada (al-Akhir) dan Sya’ban”

[HR al-Bukhari]

Apa maksud bulan-bulan haram ni sebenarnya? Kenapa ia khusus untuk 4 bulan ini sahaja?

(Bersambung..)

#BroSyariefShares
Allah SWT berfirman dalam QS 18 : 46

اَلْمَالُ وَالْبَنُوْنَ زِيْنَةُ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَاۚ وَالْبٰقِيٰتُ الصّٰلِحٰتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَّخَيْرٌ اَمَلًا

Terjemah Kemenag RI:
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Tafsir Muyassar:
Harta dan anak-anak adalah keindahan dan kekuatan di dunia yang fana ini, sedangkan amal-amal shalih (terutama tasbih, tahmid, takbir dan tahlil) adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabb-mu daripada harta dan anak-anak. Amal-amal shalih ini adalah sebaik-baik pahala yang diharapkan manusia di sisi Rabb-nya, lalu dengan hal itu ia akan mendapatkan di akhirat apa yang dulu ia harapkan di dunia.


#Tafsir1ayat1hari
Allah SWT berfirman dalam QS 67 : 2

ۨالَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ اَحْسَنُ عَمَلًاۗ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُۙ

Terjemah Kemenag RI: 
Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.

Tafsir Muyassar: 
Wahai manusia, Dia-lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kalian, siapakah di antara kalian yang lebih baik dan lebih ikhlas amalnya? Dan Dia-lah yang Mahaperkasa. Tiada sesuatu pun yang dapat mengalahkan-Nya. Dia Maha Pengampun bagi setiap hamba-hamba-Nya yang bertobat. Ayat ini merupakan dorongan berlaku taat dan cegahan untuk berlaku maksiat.


#Tafsir1ayat1hari
It was narrated that Abu Hurairah said:
"The Messenger of Allah ( صلى الله عليه وسلم) said: 'There has come to you Ramadan, a blessed month, which Allah, the Mighty and Sublime, has enjoined you to fast. In it the gates of heavens are opened and the gates of Hell are closed, and every devil is chained up. In it Allah has a night which is better than a thousand months;whoever is deprived of its goodness is indeed deprived."
Narrated Abu Hurairah:
Allah's Messenger ( صلى الله عليه وسلم) said, "Allah said, 'All the deeds of Adam's sons (people) are for them, except fasting which is for Me, and I will give the reward for it.'
There are two pleasures for the fasting person, one at the time of breaking his fast, and the other at the time when he will meet his Lord; then he will be pleased because of his fasting."
[Al Bukhari]
Assalamualaikum wr wt

*Tafsir Al-Muyassar*


Allah SWT berfirman dalam QS 2 : 110

وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ ۗ وَمَا تُقَدِّمُوْا لِاَنْفُسِكُمْ مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ

Terjemah Kemenag RI:
Dan laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Tafsir Muyassar:
Wahai orang-orang mukmin, sibukkanlah diri kalian dengan mendirikan shalat secara benar dan menunaikan zakat yang diwajibkan. Ketahuilah bahwa setiap kebaikan yang kalian kerjakan untuk diri kalian, kalian akan menemukan pahalanya di sisi Allah di akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Melihat seluruh perbuatan kalian dan akan membalas kalian atasnya.

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
*Dah Dapat Masuk Ramadan, Manfaatkan Sebaiknya*

Selepas membaca hadis ini, pasti kita akan lebih bersyukur apabila direzekikan lagi bertemu dengan bulan Ramadan kali ini.

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ: أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، فكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا، وكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ، فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ، ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً، ثُمَّ تُوُفِّيَ. قَالَ طَلْحَةُ: فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ: بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ، إِذَا أَنَا بِهِمَا، فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا، ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ، ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ: ارْجِعْ، فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ، فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ النَّاسَ، فَعَجِبُوا لِذَلِكَ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -، وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ، فَقَالَ: "مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ؟ " قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا، ثُمَّ اسْتُشْهِدَ، وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ! فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: "أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً؟ " قَالُوا: بَلَى. قَالَ: "وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ، وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ؟ " قَالُوا: بَلَى. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: "فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Talhah bin Ubaidillah RA meriwayatkan berkenaan dua orang lelaki pada zaman Rasulullah SAW.

Mereka memeluk Islam pada waktu yang sama. Seorang daripada mereka lebih kuat beribadah berbanding seorang lagi.

Suatu hari, lelaki yang kuat beribadah ini keluar ke medan jihad dan beliau mati syahid.

Lelaki yang seorang lagi pula hidup sehingga setahun berikutnya lalu beliau pun meninggal dunia.

Talhah bermimpi melihat dua orang lelaki ini berada di hadapan pintu syurga.

Malaikat penjaga syurga pun membuka pintu, lalu mengizinkan kepada lelaki yang meninggal setahun kemudian ini untuk masuk ke dalam syurga terlebih dahulu.

Setelah itu barulah lelaki yang mati syahid diizinkan untuk masuk ke dalam syurga.

Malaikat itu berkata kepada Talhah: Pulanglah, belum tiba masanya untuk kamu masuk ke dalam syurga.

Pada pagi esoknya, Talhah menceritakan mimpi ini kepada para sahabat yang lain. Mereka berasa hairan dengan cerita tersebut.

Lalu cerita ini sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda pun bertanya: Apa yang membuatkan kalian hairan?

Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, lelaki ini lebih kuat beribadah serta mati syahid. Namun, lelaki yang satu lagi masuk ke dalam syurga terlebih dahulu daripadanya.

Maka Rasulullah SAW berkata: Bukankah lelaki itu telah hidup selama setahun selepas syahidnya lelaki yang kuat beribadah itu?

Para sahabat menjawab: Benar.

Rasulullah menyambung: Dan lelaki tersebut telah melalui bulan Ramadan dan dia berpuasa pada bulan Ramadan.

Para sahabat menjawab: Benar.

Rasulullah menyambung lagi: Dan lelaki tersebut telah mendirikan solat dengan bilangan rakaat sekian-sekian dalam tempoh setahun.

Para sahabat menjawab: Benar.

Rasulullah SAW bersabda: Sangat jauh amalan antara mereka berdua ibarat langit dan bumi.

(Hadis riwayat Ahmad, no. 1403 dan Ibn Majah, no. 3925, dinilai hasan lighairihi oleh al-Arnaut)

Semoga Allah membimbing kita agar kita tidak sia-siakan masa dalam bulan Ramadan.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2.  Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

3.  Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

4.  Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dan rujukan di dalam hidup kita. Semoga al-Quran memandu kita untuk ke syurga. Hadis Nabi SAW:
عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ

Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”   (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih

5.  Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka yang sentiasa mendampinginya, mempelajari, membaca, menghafal dan menjadikannya panduan.

6.  Sunnah Rasulullah SAW adalah penjelas dan penerang kepada al-Quran. Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.

7.  Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami aqidah,  ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.

Sempena Ramadan bulan al-Quran, marilah kita memastikan al-Quran sentiasa kita baca, fahami dan amalkan. Moga al-Quran menjadi hidayah serta panduan dan sunnah menjadi ikutan kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#FreePalestine
#TaufanAlAqsa
#SalamNuzulQuran
#SedekahSubuh_SRaM

28hb Mac 2024
17hb Ramadan 1445H
2025/10/19 22:32:19
Back to Top
HTML Embed Code: