Semoga doa yang bakal kita lantunkan malam ini dimakbulkan oleh Allah, menurut apa yang terbaik disisi-Nya.

Salam Nifsu Syaaban
Forwarded from CAHAYA ISLAM CHANNEL
Malam ni dah start tarawih!

Alhamdulillah diberi izinNya untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Terima kasih ya Allah.

Semoga Ramadhan ini penuh makna buatku dan dan semoga dapat meraih rahmat keampunanNya yang terbuka luas di bulan mulia ini.

Selamat menyambut Ramadhan yang penuh barakah semua 🕌🎇
Forwarded from The Garden of Al-Quran
"Bulan puasa baru nak cari Tuhan"

"Baru nampak muka kat masjid"

"Bulan ni baru nak baca Quran"

Sebolehnya, elakkan kalam begini kerana apabila kebaikan berlaku kepada saudara kita, sangat utama kita memberi dorongan dan mendoakannya, bukanlah mengejeknya.

Teringat saya kepada satu kalam dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri RA, apabila seorang lelaki yang berulang kali melakukan dosa kemudian berulang kali juga bertaubat. Tetapi al-Hasan al-Basri tidak mengejeknya tetapi berkata :

ما أعلم هذا إلا أخلاق المؤمنين

"Tidak aku ketahui perkara ini, melainkan ia adalah akhlak orang beriman"

Maka Ramadan ini, kita anjurkan kebaikan kepada semua orang, berilah dorongan supaya semua orang kekal setia dengan amal soleh.

#FawaidUlama
2024/05/21 10:50:36
Back to Top
HTML Embed Code: