Telegram Web Link
Ketika hatimu merasa sunyi. Maka, berzikirlah kerana Allah itu Maha Mendengar.

Manakala ketika hatimu merasa gembira. Maka, bersyukurlah kerana Allah itu Maha Memberi

Ketika hatimu di dalam keadaan sedang marah. Maka, beristighfarlah kerana Allah itu sangat Maha Pemaaf.

Dan, ketika mana hatimu merasa sangat sedih. Maka, bersujudlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengasih.

@thetazkirahiman
Sungai yang kontang itu, tatkala di waktu ia mengalir, tiada siapa pun yang mensyukurinya.

Itulah lumrah hidup. Bila sudah tiada, barulah terasa kehilangannya.

@thetazkirahiman
Bunga itu tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan siapapun, ia hanya akan terus berbunga.

Hidup kita, jika dibandingkan dengan kehidupan orang lain, hanya akan membuatkan kita lemah, rasa tidak bersyukur. Kenapa dia lebih, kenapa kita kurang.

Kita teruskan kehidupan. Tidak perlu bersaing. Qona'ah. Redha. Syukur. Usaha dan bertawakkal kepada Allah.

@thetazkirahiman
Kehidupan ini seperti supermarket. Engkau berjalan di dalamnya dan mengambil apa yang engkau sukai. Akan tetapi, jangan lupa, bil menanti di hadapan.

Engkau perlu 'membayar' nilai segala barang yang engkau ambil.

@thetazkirahiman
Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah segala yang tidak bisa diubah.

Tiada yang mustahil bagi hak Allah.

@thetazkirahiman
Bila bersama dengan orang yang kita sayangi, dalam perkara yang kecil sekalipun sudah bisa membuat kita gembira.

@thetazkirahiman
Apa itu erti cinta?

"Cinta itu bukanlah sekadar dapat berjumpa semata, akan tetapi cinta itu adalah kesetiaan dan menerima seadanya"

@thetazkirahiman
Dengan hanya sedetik sabar ketika sedang marah, akan menyelamatkan dan menghalang seribu satu penyesalan.

@thetazkirahiman
Tiga kesakitan yang sangat perit

1. Perginya orang-orang yang dikasihi.

2. Kedengkian kerabat terdekat.

3. Dipulau rakan-rakan.

@thetazkirahiman
Jangan bersedih atas kehilangan sesuatu, boleh jadi apabila engkau memilikinya, kesedihan itu lebih besar.

Maka, segala yang baik itu ialah apa yang ditentukan oleh Allah untukmu. Sentiasalah mengucapkan Alhamdulillah dalam apa sahaja keadaan.

@thetazkirahiman
Barangsiapa yang menyerahkan segala urusan dan pengharapannya kepada Allah, kelak Allah akan mengurniakan kepadanya lebih daripada apa yang ia harapkan.

@thetazkirahiman
Hubungan sesama manusia ini seperti rumah.

Ada setengahnya yang perlu diberikan sedikit "touch up".

Dan ada setengah lagi, yang perlu diruntuhkan dan dibina semula.

Dan ada juga setengahnya yang memaksa kita untuk menjualnya.

@thetazkirahiman
Tiada kecantikan yang kekal.

Tiada satu pun yang telah pergi itu, kembali.

@thetazkirahiman
Beginilah keadaan orang yang sentiasa bersangka baik kepada Allah.

Bahawa Allah akan menumbuhkan baginya hari-hari yang sukar itu dengan bungaan mawar.

Hujan ada berhentinya. Siang ada malamnya. Duka ada sukanya. Segalanya berpenghujung. In shaa Allah, saat itu akan sampai.

@thetazkirahiman
Diwaktu engkau meletakkan solat itu pada kedudukan yang utama dalam hidupmu, secara tidak semena-mena segala baki urusan hidupmu akan berjalan dengan baik dan lancar.

@thetazkirahiman
Manusia yang paling jahat ialah orang yang datang kepadamu dengan muka yang baik dan suka berbuat baik padamu, sedangkan niat disebaliknya itu adalah ingin bermusuh dan ingin membuat keburukan pada dirimu.

@thetazkirahiman
Janganlah engkau meninggikan suaramu, akan tetapi tinggikanlah kualiti percakapanmu.

@thetazkirahiman
Orang yang tidak pernah mengalami dan merasai itu, tidak akan pernah tahu.

@thetazkirahiman
Jika engkau mahu berhenti daripada terus bimbang dan ingin memulakan semula kehidupanmu, maka hitunglah nikmat yang telah engkau nikmati selama ini, bukannya kejerihan dan kepayahan yang kau alami.

@thetazkirahiman
Mari kita bersama-sama berpuasa sunat Hari Arafah pada hari Khamis ini, 30 Julai 2020.

Lafaz niat,

"Sahaja aku berpuasa Sunat Arafah kerana Allah Ta’ala".

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@thetazkirahiman
2025/07/09 09:35:28
Back to Top
HTML Embed Code: