SIAPA KITA UNTUK MENGHINA SESEORANG
Sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada permulaan tetapi yang Allah pandang adalah pengakhiran hidup seseorang. Oleh sebab itu, mohonlah pengakhiran hidup yang baik kerana kita juga belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita.
@thetazkirahiman

Mencintai Rasulullah adalah suatu kewajipan, bukan pilihan. Mencintai Rasulullah tanda kesempurnaan iman sebagaimana sabda Nabi ﷺ.
"لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده، وولده، والناس أجمعين".
“Tidak sempurna iman seseorang kamu, hingga aku (Rasulullah ﷺ ) lebih dikasihi daripada ibu bapanya, anaknya, dan manusia seluruhnya.
(Riwayat Al-Bukhari)

Ahlan Wa Sahlan Bulan Rabi’ul Awwal. Rabi'ul Anwar.
"Ketika aku diingatkan tentang Bulan Rabi'ul Awwal, hatiku riang gembira, semangat selawatku bertambah. Kerana di Bulan tersebut manusia pilihan, Baginda Nabi Muhammad ﷺ dilahirkan."
Al-Allamah Habib Umar Bin Hafidz Hafizhahullah

ABU LAHAB SANGAT GEMBIRA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD ﷺ
Dalam satu riwayat menceritakan pada waktu kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, Abu Lahab sangat gembira dengan kehadiran Baginda, sehinggakan membebaskan hambanya bernama Suwaibah kerana terlalu gembira. Bukan itu sahaja, Abu Lahab mengahwinkan anaknya dengan anak Rasulullah ﷺ .
Lantaran kasih terhadap Baginda, disebut dalam hadis riwayat Bukhari yang diceritakan Ibn Abbas, beliau bermimpi bertemu Abu Lahab dan bertanyakan apakah yang telah Allah SWT lakukan kepadanya di alam kubur. Lalu Abu Lahab menyatakan, pada setiap Isnin Allah SWT telah melepaskan dirinya daripada seksa kubur dan Allah SWT telah mengeluarkan air dari celah jarinya untuk diminum. Ini adalah pemberian rahmat dan pembalasan Allah SWT terhadap satu hari kegembiraan Abu Lahab menyambut kelahiran Nabi ﷺ ke dunia ini.
Wallahu’allam.

Suatu hari Syeikh Abdul Qadir al-Mandili pengarang Kitab Penawar Bagi Hati berjalan-jalan di kawasan tempat tinggal Syeikh Daud al-Fathani di Patani dahulu. Mundar mandir dikawasan tersebut lalu ditanya oleh orang kenapa begitu. Beliau menjawab, "mudah mudahan tapak kaki aku terkena dengan kesan tapak kaki Syeikh Daud al-Fathani dan aku mendapat keberkatan daripada itu". Allahurobbi.
Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar
@thetazkirahiman
Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar
@thetazkirahiman
أدب المرء خير من ذهبه
Adab seseorang itu jauh lebih berharga daripada emas yang dimilikinya.
@thetazkirahiman
Adab seseorang itu jauh lebih berharga daripada emas yang dimilikinya.
@thetazkirahiman
Berkata Muhammad Zakariya Al-kandahlawi RA,
"Aku dengar dari para masyaikh dan orang-orang soleh berkata, dan aku saksikan langsung juga,
Bahwa barang siapa yang tidak menghargai para gurunya akan terharamkan dari ilmu yang manfaat.
Dan, barang siapa yang tidak menghargai kedua orang tuanya akan terharamkan dari keberkahan rezeki."
Kitab tarbiyatus salikin

Ada pakaian untuk dipakai hari ini, ada makanan untuk dimakan hari ini, dan ada tempat untuk bermalam hari ini. Kalau kita mahu bersyukur itu sudah menjadi satu nikmat besar kepada kita.
Kerana malam ini, ada keluarga yang menangis kerana anaknya masih lapar. Ada orang yang menangis kerana sakit dan ada yang tak punya rumah untuk bermalam.
Sebelum mengeluh, bayangkan sebentar posisi mereka dan ingat betapa beruntungnya kita.

𝗠𝗔𝗡𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛.
Syeikh Abu Yazid Al Busthami رضى الله عنه, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,
“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”
Guru menjawab sederhana,
“Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah صلى الله عليه وسلم, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”
Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Umar bin Khattab رضى الله عنه walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri رحمة الله تعالى berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.