Apabila engkau berjaya menipu daya seseorang, bukan bermakna engkau itu bijak dan dia pula bodoh.
Akan tetapi, hanya dia terlalu mempercayai engkau dan bersangka baik terhadap dirimu.
Maka, jangan dikhianati kepercayaan orang lain kepada kita.
@thetazkirahiman

Seseorang yang mengakui kesilapannya dan berterus terang memohon kemaafan itu, bisa dijadikan sahabat bergaul seumur hidup.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
“Zikir dengan sebutan nama-Nya “Ya Lathif” yakni Wahai Yang Maha Lembut sebanyak 129 kali, mampu melenyapkan segala kekhuatiran, melapangkan dada dan menghilangkan kedukaan”.
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah,
Mursyid Tariqah ‘Aliyyah Siddiqiyyah Syadzuliyyah & Anggota Hay’ah Kibar Ulamak al-Azhar al-Syarif.

“Di antara faktor sedikit keberkatan di zaman kita ini adalah kerana ramai di antara kita yang berpaling dari berselawat ke atas Baginda Nabi shallahu alaihi wa sallam. Berselawat ke atas Baginda adalah penyebab kepada banyak keberkatan dan kebaikan.”
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah,
Mursyid Tariqah ‘Aliyyah Siddiqiyyah Syadzuliyyah & Anggota Hay’ah Kibar Ulamak al-Azhar al-Syarif.
@thetazkirahiman
Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah,
Mursyid Tariqah ‘Aliyyah Siddiqiyyah Syadzuliyyah & Anggota Hay’ah Kibar Ulamak al-Azhar al-Syarif.
@thetazkirahiman
Bahagiakanlah isterimu, Allah akan lancarkan rezeki bagimu.
Mudahkanlah isterimu, Allah akan mudahkan urusan untukmu.
Didiklah isterimu, Allah akan menjamin syurga untukmu.
@thetazkirahiman
Mudahkanlah isterimu, Allah akan mudahkan urusan untukmu.
Didiklah isterimu, Allah akan menjamin syurga untukmu.
@thetazkirahiman
Disebalik setiap derap langkah yang indah itu ada doa dari seseorang yang bergelar ibu.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
Asas kejayaan utama yang diberikan oleh seorang ibu kepada bakal anak-anaknya ialah memilih seorang ayah yang soleh.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
Maulana al-Imam Dr. Ali Jum’ah pernah menceritakan kepada kami berkenaan kisah seorang kibar ulamak al-Azhar al-Syarif yang hidup kurun ke-9 Hijrah. Beliau yang dimaksudkan ialah al-Nahwi, al-Balaghi Syeikh Khalid al-Azhari (wafat 905H).
Cerita Mawlana al-Imam kepada kami, di permulaan hidup Syeikh Khalid al-Azhari, beliau hanyalah salah seorang pekerja di dalam Masjid al-Azhar al-Syarif. Pekerjaan beliau adalah memasang sumbu dan lampu pelita di dalam Masjid al-Azhar bagi menerangkan masjid seterusnya memudahkan pengajian para penuntut ilmu yang hadir ke Masjid al-Azhar.
Upah bulanan yang beliau terima pada ketika itu adalah sebanyak 8 Dirham. Dengan nilai 8 Dirham itulah beliau menyara keluarganya bagi tempoh sebulan. Manakala duit poket bulanan yang diterima oleh para pelajar di al-Azhar al-Syarif pula adalah sebanyak 4 Dirham.
Ditaqdirkan Tuhan, pada suatu hari sedang beliau menjalankan tugasnya, beliau sedikit tercuai sehinggakan minyak gas yang nak diisikan ke dalam pelita, tertumpah lalu menitis terkena lembaran kitab salah seorang pelajar.
Titisan minyak tersebut telah mengakibatkan lembaran kitab pelajar tersebut rosak. Maka, naik berang pelajar tersebut terhadap Syeikh Khalid lalu pantas berkata kepada beliau : “Kalaulah engkau seorang yang berpelajaran, engkau pasti tahu bahawa titisan minyak dan kecuaian kamu itu, telah merosakkan jihad besar oleh seorang penuntut ilmu. Dengarlah wahai si jahil!”.
Mendengar kalimat pedas yang berisi penghinaan tersebut, Syeikh Khalid terpaku lalu beliau terus bertanya kepada pelajar tersebut : “Adakah engkau telah menghina aku sebagai seorang yang jahil?”.
Jawab pelajar tersebut : “Ya! Aku telah menghina engkau dengan berkata sedemikian!”.
Mendengar jawapan tersebut, Syeikh Khalid sangat bersedih sehingga menangis. Lalu, beliau terus membawa dirinya pergi ke pejabat pengurusan Masjid al-Azhar. Sampai di situ, beliau mengajukan permintaan kepada pihak pengurusan supaya beliau ditukarkan pekerjaan dari seorang pekerja kepada seorang pelajar.
Mendengar permintaan tersebut, kerani tersebut menanyakan kepada Syeikh Khalid : “Adakah engkau nak mengurangkan ‘upah’ dari 8 Dirham sebulan kepada 4 Dirham sebulan?”.
Jawab Syeikh Khalid, “Ya! Aku ingin kurangkannya, yang penting aku diterima sebagai salah seorang penuntut ilmu di al-Azhar al-Syarif”.
Selepas permintaan beliau diterima, maka sejak dari hari itulah, bermulanya kisah pelayaran ilmu Syeikh Khalid al-Azhari. Usia beliau ketika itu adalah 36 tahun. Dari usia itu, beliau memulakan segala-galanya.
Dari seorang yang buta huruf dan tidak reti membaca sehinggalah beliau bergelar alim besar di al-Azhar la-Syarif. Lebih indah, para ulamak yang sezaman dan selepas beliau, telah menghadiahkan gelaran ‘Sibawaih Shagir’ (Sibawaih Kecil) kerana kealiman dan kematangan ilmu Bahasa Arab yang beliau miliki. Kitab-kitab karangan beliau mencapai 20 buah kitab, samada di dalam Nahwu, Balaghah, Usul Fiqh dan Tajwid.
Pedoman ringkas dari kisah di atas, jalan menuntut ilmu tidak pernah tertutup sekalipun seseorang insan itu sudah berusia 50 tahun.

Selawat ke atas Saidina Rasulullah ﷺ itu adalah kunci hakikat kebahagiaan dan kunci segala kebaikan. Maka bagi seorang Muslim yang mengharapkan kebahagiaan itu hendaklah mulutnya sentiasa berselawat pada kebanyakan waktunya; kerana sesungguhnya ia adalah cahaya kerahmatan, petunjuk kebenaran dan cahaya perlindungan.
Mawlana Dr Ali Jumuah hafizohullah
@thetazkirahiman
Mawlana Dr Ali Jumuah hafizohullah
@thetazkirahiman
Hasan Al Basri berkata:
Punca kejahatan ada tiga perkara, dan cabangnya ada enam. Adapun puncanya adalah:
1. Hasad
2. Tamak dan
3. Kasihkan dunia
Manakala cabangnya pula adalah:
1. Suka tidur
2. Suka makan
3. Sukakan kerehatan
4. Gila pangkat
5. Gilakan pujian
6. Gila kemegahan

Engkau tidak akan pernah menjumpai seseorang yang cekal dan kuat, yang masa lalunya hanya biasa-biasa sahaja.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
Hari-hari yang menggembirakan itu akan datang dengan izin Allah. Dan, kesusahan itu sama sekali tidak akan berpanjangan buat selama-lamanya.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
Berikanlah orang disekelilingmu itu kegembiraan, kelak kau akan merasakan kebahagiaannya di hatimu.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
Ya Allah, janganlah engkau angkat tutupanmu pada diriku ini, janganlah engkau melupakan aku daripada mengingatimu. Dan, janganlah engkau jadikan kami daripada orang-orang yang lalai.
@thetazkirahiman
@thetazkirahiman
PESAN BUAT LELAKI
Dalam hadis dikatakan Rasulullah ﷺ mafhumnya:
“Bagaimana kamu hidup di suatu zaman nanti, kalau wanita-wanita kamu melakukan perbuatan melampau, dan anak-anak muda kamu melakukan kefasiqan?”
Dimulakan dengan perempuan dahulu, kemudian rosaknya anak muda.
Ya, memang ramai anak-anak muda rosak disebabkan oleh kerana perempuan.
Perempuan itu rosak kerana tak dijaga oleh lelaki yang bertanggungjawab - kalau isteri itu tanggungjawab suami, kalau anak itu tanggungjawab ayah.
Sabda Rasulullah ﷺ, “Tidak aku tinggalkan fitnah setelah aku nanti yang lebih mencabar kepada laki-laki melebihi daripada fitnah perempuan.”
Sehingga ramai daripada orang yang tidak menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى dengan adanya anak, zuriat, dengan diabaikan, dan tidak dididik.
Sehingga tak peduli anak berkawan dengan siapa, pergi dengan siapa.
Menjadi perkara biasa anak lelaki kita makan malam dengan anak perempuan orang lain, kononnya untuk saling kenal-mengenali atau anak perempuan kita makan malam dengan anak lelaki orang lain yang mungkin kawan katanya.
Perkara itu tak jadi pelik, bahkan pelik jika ada orang berkahwin dan tiada ada perkenalan sebelumnya.
Disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Apa yang harus kami lakukan ketika dilanda putus asa dan kecewa dalam kehidupan?
Jawapan:
Ketahuilah dengan yakin akan hakikat,
Hakikat pertama: Bahawasanya dunia itu sementara dan sangat sedikit disisi Allah SWT.
Hakikat kedua: Bahawa dunia bukan tujuan Allah menciptakan makhluk-Nya melainkan tujuan Allah menciptakan makhluk-Nya adalah akhirat.
Maulana Syaikh Ali Jum’ah