Saat Terlafaznya Akad : Pesan Buat Isteri ..
1- Suami adalah khalifah yang bertanggungjawab memimpin syurga kecil kita, andai tersalah langkah berikan waktu memperbaiki kerna jiwa ya sangat menyayangi isteri.
2- Suami akan terus berusaha menyediakan segalanya mengikut kemampuan usahlah dibandingkan dirinya dengan sesiapa kerana saat itulah jiwa mereka menangis dalam senyum.
3- Suami insan kiriman tuhan untuk disayangi, dikasihi walau tidak sempurna pada rupanya namun hatinya sangat mendambakan belaian isteri disayangi.
4- Suami ditakdirkan bersama pilihan Allah untuk kita berkongsi segala kisah, biarpun dia tidak selalu melafazkan cinta namun yakinlah rasa itu terus mekar dan segar.
5- Hayati setiap nasihat suami, bumikan segala impian walau ada ketikanya sukar, tiada apa yang diharapkan selain memimpin isteri disayangi ke syurga bersama.
#syukurselalu
#allahjagakita
#kaupemilikcinta

PESANAN HATI WALID
Teruskan Menulis Anakku..
“ Tulisan yang baik mampu membuka jiwa-jiwa untuk mencari sebuah kebenaran begitu juga sebaliknya andai tulisanmu hanya berkiblatkan nafsu kepuasan hingga menjatuhkan dan menjadikan manusia buta dalam membuat penilaian antara kebaikan dan kejahatan akhirnya tersandar di jendela penyesalan bahkan semakin menjauh dari rahmat tuhan.”
“ Setiap tulisan yang disusun akan menjadi saham kita untuk mencipta bahagia di Syurga atau merasai derita dalam Neraka. Hati-hati dalam tulisanmu, agar segalanya mampu memberi erti , betulkan niatmu saat menulis kerana itulah jiwa yang menghidupkannya hingga terkesan saat sesiapa membacanya.”
“ Usah terpesona dengan merasai dirimu begitu sempurna dalam menulis kerana itulah racun hingga kita asyik lalu melupakan betapa hakikat sebenar kita juga tidak akan pernah sempurna. Sebaliknya bumikan jiwa untuk senada dalam ketaatan seorang hamba kepada Maha Pencipta pastinya kerendahan hati membuat kita hargai segala kurnia.”
“ Tulis dengan berhikmah agar setiap pembaca menikmati ungkapan indah , pastinya membelai hati yang gundah mencari nilai rahmat Allah . Tulislah demi menyampaikan nasihat tanpa suara, menjentik hati mengingati mati, menyuburkan jiwa mentaati Maha Esa dan menyemai syukur dalam tafakur.”

*PESANAN HATI WALID*
_Satu Masa Nanti Anakku..._
“ Ayahmu pasti akan tua, lemah untuk berfikir, perlahan ketika berjalan dan mungkin lupa beberapa perkara . Walaupun begitu anakku, jangan biarkan ayah sendirian dek kerana segala kekurangan sebaliknya terus setia di sisi agar setiap masa terluang melakar kenangan bermakna sebelum tertutup mata bertemu Maha Esa.”
“ Kudrat ayahmu pasti tidak segagah dulu, hatinya mudah tersentuh, bicara tidak setegas saat usia mudanya dan selera semakin berkurangan . Namun satu perkara yang terus mekar dan segar dalam jiwanya adalah berusaha sehabis mampu mendidik anaknya walaupun hanya ungkapan nasihat singkat.”
“ Berbaktilah kepada ayahmu biarpun ingatannya tidak sekuat dulu mengingati segala kenangan dulu. Sayangilah dengan seadanya walau adakala dia lupa yang pernah menyayangi kita satu masa dulu. Hargailah detik bersamanya untuk disimpan dalam kamus hidupmu biartanpa sepatah bicara kerana bila ayahmu telah pergi itulah bekalan paling indah bersamanya .”
“ Teruskan hidup untuk memberi selagi berpeluang , manfaatkan masa usah biarkan terluang , sayangilah keluarga agar membumikan nilai kasih sayang dan segarkan jiwa mengenal makna ketaatan Maha Pencipta tanpa terhenti di persimpangan antara kelazatan dunia sementara dan keindahan syurga bahagia selamanya.”
#syukurselalu
#allahjagakita
#kaupemilikcinta
#pesananhatiwalid

Pesanan Walid
SEBALIK PAKAIAN
“Segak si pemakai dengan penuh keyakinan melangkah dan berhujah tanpa sekelumit resah. Pastinya ramai terpegun dek kepetahan tetapi sebalik pakaian ini tersimpan pelbagai kisah yang sukar difahami melainkan sendiri merasai segala beban dan tanggungjawab . Tiada yang mengerti hanya ramai mengeji .”
#syukurselalu
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitapastimenang

PESANAN WALID
Laluan Rapuh
“ Memilih langkah untuk meneruskan kehidupan pastinya melalui saat paling sukar. Andai laluan kuat dan kukuh dapatlah bertahan hingga ke akhir namun jika sebaliknya andai ia rapuh mungkin terjatuh dan terduduk lalu tidak mampu untuk bangkit kembali.
Kekuatan untuk bangkit selepas jatuh perlukan sesuatu yang luar biasa agar tidak mengulangi perkara biasa-biasa. ”