Telegram Web Link
Ingatilah Dedikasi Ini
ANAKKU ..

“Bila hidup kita teruji pastinya ada hikmah tersembunyi untuk kita temui , namun ia tidak seindah dalam mimpi tetapisebaliknya segala sukar akan dirasai. Ayahmu tidak selamanya di sisi, satu masa nanti atas percaturan ilahi akan pergi hingga tidak kembali lagi . Segala kenangan tercipta terus diingati walau terpisah antara dua hati kerana doaku buatmu tidak sesekali terhenti.

"Jika satu masa nanti dirimu perlu membuat pilihan dalam hidup usah tergesa-gesa untuk membuat keputusan. Seimbangkan antara keperluan yang memberikan manfaat atau kehendak untuk direalisasikan walaupun adakalanya ditolak. Pilihan dalam hidup menatijahkan bahagia atau derita tanpa rela maka pilihan yang baik saat jiwa dan akal kita sentiasa mencari terbaik.

"Seandainya waktu bersamaku adalah paling bahagia anakku itulah anugerah terindah dari Allah. Saatku memperdengarkan azan menyambut kelahiran hanya satu bermain di fikiran adalah untuk mencipta kebahagiaan dalam meneruskan kehidupan dan sentiasa menjadi peneman tika menikmati kegembiraan atau merasai kepahitan insan.

"Kekuatan jiwa melahirkan dirimu mengenal erti ketabahan, kekuatan akal membuatmu menghargai nilai kehidupan, kekuatan agama membentukmu menjadi hamba yang tidak berada dalam kealpaan dan kekuatan ikhlasmu menjauhkan diri terpesona dengan helah kecantikan pujian lalu tersungkur di persimpangan kehinaan."

#stayathome
#allahkanada
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#nasihatuntukdirisendiri
Hargailah Insan Bernama Ibu
ANAKKU..

"Cekalnya hati seorang ibu tidak pernah terlauh walau penat lelah menjaga segalanya kerana dia tahu itulah sahamnya membina kebahagiaan syurga. Kuatnya jiwa ibu terus menasihati walaupun anak-anak ada yang membenci seakan segalanya dikawal rapi tetapi dalam realiti ibumu sangat menyayangi. Sayangnya tidak terungkap, rindunya tidak terucap tetapi doanya tanpa hijab."

"Usah mendabik dada menyatakan segala kehebatanmu anakku, andai tangisan ibu dek kerana angkuh dan lagakmu kerana langkahanmu hanya indah di mata manusia terus memuji walau hakikatnya segala usahamu sia-sia disebabkan kamu merelakan tangisan seorang ibu yang melahirkan insan. Bukan kesenangan dunia jadi taruhan tetapi keberkatan hidup sebagai sandaran."

"Selagi masih berpeluang melihat ibumu tersenyum, itulah kekuatan kita melangkah melayari kehidupan penuh dugaan, hargailah senyuman termahalnya untuk melihat kita berjaya. Pengorbanannya bermula seawal kita dikandungkan hingga kita terputus hubungan antara dua dunia. Berbakti selagi sempat, dan santuni selagi berada di sisi."

"Terima kasih ibu atas pengorbanan melahirkan, mengajar diri mengenal erti kehidupan, membimbing ke jalan kebenaran, mendidik nilai harga kesyukuran, menasihati untuk sentiasa dalam ketaatan, menemani saat kesulitan, mendengari segala keluhan, membawa diri mempelajar makna berkorban dan menjadi insan pertama waktu diperlukan.

#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#KekalTenang
#stayhome
#syukurselalu
PESANAN HATI WALID
5 Kunci Untuk Bahagia

Bahagiakan diri sendiri dengan kepatuhan kepada Allah SWT melalui acuan sunnah Rasullah SAW. Jangan mencari bahagia dengan cara selainnya kerana itu bukan bahagia tetapi derita terseksa.

Bahagiakan Ibubapa tidak semestinya dengan kemewahan namun sebaliknya menjadi seorang anak yang taat dan sentiasa mengasihi mereka seikhlas hati .

Bahagiakan Pasangan kita dengan sentiasa luangkan masa bersama walaupun sesibuk mana kita , kerana itulah kunci bahagia kita . Jadilah pasangan terbahagia di dunia bersama yang tercinta.

Bahagiakan Guru-Guru yang pernah mendidik kita walaupun hanya mengenal sebutan huruf dan mengajar mengira kerana berkat ilmu dikongsi kita berjaya dalam kehidupan hari ini .

Jangan menilai kesenangan orang lain dengan kita sebaliknya menghargai apa yang kita ada. Barulah kita akan menikmati bahagia hakiki tanpa mencari apa yang kita tiada sedangkan terlalu banyak yang kita ada.

#syukurselalu
#allahjagakita
#allahkanada
PESANAN WALID
Persahabatan Termahal

Menjadi seorang sahabat bukan sahaja diperlukan saat mencipta kegembiraan bahkan lebih bermakna saat diuji kesukaran setia disisi walaupun tanpa ungkapan bicara namun titipan doa tidak pernah dilupa memohon bantuan kepada Maha Esa. Teman termahal ada tanpa dipinta bila tiada terasa hilangnya.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Sepi Riang Si Kecil.jpg
2.9 MB
PESANAN WALID
Sepi Riang Si Kecil

Tawa anak-anak di halaman rumah, berbasikal dan bermain seakan sudah tiada lagi kedengaran. Sepi dan sunyi seakan diragut tanpa rela, segalanya berubah sekelip mata walau tidak terjangka sampai bila pengakhirannya. Luka mereka dirawat sendiri untuk memahami situasi walau hakikatnya si kecil tidak mengerti segala yang terjadi.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
2025/10/25 17:44:15
Back to Top
HTML Embed Code: