Telegram Web Link
PESANAN WALID
Kembali Bertuhan

Saat kita teruji dengan pelbagai kepayahan dan kesukaran meneruskan kehidupan dunia, ketika mana kita rasa tiada harapan untuk bertahan, kembalilah kepada tuhan yang menentukan segala aturan pasti akan ditemui nikmat indahnya sebuah ketaatan.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
PESANAN WALID
Hikmah Rezeki

Jangan bersangka rezeki pada banyaknya harta, besarnya rumah dan ramainya zuriat sebaliknya sihat tubuh badan, mampu beribadah, tenang dalam hidup, sentiasa ada masa bersama keluarga itu juga rezeki kurniaan Allah. Hargai rezeki dengan mentaati agar pengakhiran kita syurga dinikmati.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
PESANAN WALID
Kapsul Syukur

Menghargai apa yang kita miliki tanpa membandingkan apa yang kita tiada mampu menyemai nilai syukur begitu juga sebaliknya. Syukur menyuburkan rasa penghargaan atas kurnia tanpa mempersoalkan kenapa kita diuji hingga tidak terdaya menghadapinya.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
PESANAN WALID
Sinar Di Penghujung Laluan

Setiap ujian dan kesulitan yang dilalui tersimpan rahsia Maha Pencipta buat hambanya. Kesabaran menjadi penawar terbaik sebagai bekalan sepanjang perjalanan agar ditemui sinar di penghujung jalan. Jangan berputus asa teman teruskan langkah dengan tabah kerana kita sentiasa ada Allah.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Masa Untuk Pulang.jpg
2.6 MB
PESANAN WALID
Masa Untuk Pulang

Sejauh mana kita terbang, pasti satu masa akan kembali tempat kita bermula. Itu lumrah bagi anak rantau menjelajah pelusuk alam mencari makna hidup, menapak dalam ranjau kepayahan, merangkak melalui erti kesukaran dan membumikan harga sebuah pengorbanan. Masa pulang yang ditemui peluang agar ianya tidak terluang lalu terisi ruang untuk kembali pulang.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Ceritera Berkelana.jpg
2.6 MB
PESANAN WALID
Ceritera Berkelana

Mencari sesuatu sebagai bekalan menuju keredhaan ilahi pastinya akan teruji sekaligus mengheret dalam situasi menahan dengan kesabaran atau kecundang dek amarah melingkari tanpa disedari. Mencipta cerita tersendiri dalam realiti yang belum pasti namun terus digagahi agar ditemui sinar dinanti.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Sebuah Kuasa Usang.jpg
2 MB
PESANAN WALID
Sebuah Kuasa Usang

Berani tampil mempertahankan sebuah kuasa usang walaupun secara terangan jelas bertentangan namun kerana mencapai kehendak segalanya meruntuh batasan fikiran kebiasaan. Melaungkan keadilan sebaliknya menjadi boneka bisu untuk bersuara walau agama terus dipersenda.

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Hero Yang Tercampak.jpg
2.5 MB
PESANAN WALID
Hero Yang Tercampak

"Menjadi seorang hero pastinya mampu membina tarikan hingga sentiasa dipuji dan dipuja namun tidak semuanya indah seumpama diimpikan. Ada yang merasakan dirinya hero lalu berani tampil membela tapi rupanya baru tersedar dirinya tercampak tanpa sedar dek sangkaan kehebatannya namun sebaliknya itulah kebodohan sendiri."

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Usaha Terus Bertahan.jpg
2.6 MB
PESANAN WALID
Usaha Untuk Bertahan

“ Selagi mampu kita mampu bertahan , ada sebahagian terus gigih mencari solusi, ada juga sibuk menyalahi, tidak kurang juga mula tercari-cari kekuatan diri dan ada pula mandabik dada akui kehebatan sendiri. Paling parah mencari kuasa hingga segala diperjudikan tanpa rela. Terus bertahan dan berdoa pada tuhan agar diberikan jalan."

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
Pesanan Walid - Kekuatan Sokongan.jpg
1.5 MB
PESANAN WALID
Kekuatan Sokongan

“ Dengan sokongan dibina kekuatan, dengan sokongan dibumikan kepercayaan, dengan sokongan disuntik kebersamaan dan dengan sokongan tercipta permuafatan. Namun adakalanya sokongan mampu menjadi pembunuh senyap yang merancang serangan hendap lantas segalanya terus lenyap."

#nasihatuntukdirisendiri
#pesananhatiwalid
#AllahJagaKita
#kitamestimenang
#dudukrumah
#allahkanada
#syukurselalu
PESANAN HATI WALID

Andai Satu Masa Nanti
Anakku..

Saat kita sukar membuat pertimbangan bagi menetapkan keputusan, mengadulah di hadapan Allah SWT agar diberikan kekuatan mencari sinar dalam kesukaran kerana hanya DIa mampu menggerakkan hati kita untuk melakukan kebaikan walau dinilai sebaliknya pada pandangan manusia orang lain. Tekadkan hati dengan kebenaran dan beranikan diri memperjuang kejujuran.

Andai Satu Masa Nanti
Anakku..

Kemaafan adalah perkara termahal yang mudah diungkap tetapi sukar dilaksana. Usah malu memohon kemaafan kerana itulah penawar membentuk egoismu supaya tidak hanyut dibuat kesombongan yang akhirnya membinasakan jiwa dan akalmu. Kemaafan diberi tanpa syarat mampu meranapkan keangkuhan yang melarat.

Andai Satu Masa Nanti
Anakku..

Kekuatan sebuah legasi bukan terletak pada ramainya yang menyokongmu sebaliknya ada doa-doa mengiringi setiap langkahmu walaupun sukar pada awalnya pasti dibuka solusi di akhirnya. Usah bimbang membawa kebenaran meskipun terpaksa kehilangan rakan dan teman kerana tidak mampu menerima kenbenaran biarpun jelas , lumrahnya kejahatan lebih dihiasi cantik berbanding sebuah kebenaran.

Andai Satu Masa Nanti
Anakku..

Robohnya kepercayaan adakalanya lebih manis daripada runtuhnya kesopanan dek mempertahankan sebuah kesalahan. Kehilangan kata-kata dan akur menerima teguran lebih indah daripada tersenyum sinis disindir kerana kelemahan sendiri yang cuba dinafi walau jelas dilihat bertentangan dengan fitrah insani .

Andai Satu Masa Nanti
Anakku..

Jangan sesekali kesal saat dirimu terkhilaf dalam kehidupan , sebaliknya itulah rencah hidup untuk mengenal bagaimana ertinya sakit dan membina kekuatan untuk bangkit . Usah mengeluh ketika dirimu diherdik kerana kelemahanmu walaupun kecil, terus bangun dari lamunan segarkan fikiran untuk melakar kejayaan yang bermula dengan sebuah kebangkitan.

Andai Satu Masa Nanti
Anakku..

Jika dirimu dilingkari kesempurnaan hingga kabur menerima teguran, itulah penyakit yang tiada penawarnya di dunia melainkan belajar merendahkan dirimu untuk menilai selayaknya kesempurnaan hakiki untuk dimiliki . Kita adalah hamba ciptaan ilahi , segalanya telah ditentukan sejak kali pertama mata terbuka melihat bumi.

#syukurselalu
#Allahkanada
#nasihatuntukdirisendiri
#AllahJagaKita
2025/10/25 06:26:20
Back to Top
HTML Embed Code: